BAB 54: Kegusaran
“Kau tengok instafamous ni… dia bawa isteri dia pergi bercuti naik cruise! Bukan main happy aku tengok bini dia dalam ni”, kata Jai.
“Tengok…ohh dia ni… Aku pun follow juga mamat ni. Dia dua tahun lagi tua dari kita tak silap”, kata Rais.
“Oooh…aku baru follow”, kata Jai.
“Mamat ni memang anak orang kaya, tapi kejayaan dia semua ni dia usaha sendirilah…Modal dia minta dekat keluarga dia… lepastu dia berusaha buat bisnes, untuk dapat bini dia ni tak silap aku. Sebelum kahwin, bini dia bagi syarat… kalau nak dia, tak boleh guna satu sen pun duit keluarga. Itu yang dia nekad tu agaknya. Bila berjaya untung ribu-ribu… itu yang boleh kahwin dengan bini dia dan bagi hasil dekat keluarga dia juga”, cerita Rais.
“Wahh kau tahu ya pasal mamat ni?”, tanya Jai.
“Dah dia pergi cerita dekat story lah…dekat feed lah. Lagipun aku follow dia dari sebelum dia kahwin lagi. Bini dia tengah mengandung ni… Lawa kan bini dia?”, sengih Rais.
“Lawa…”,kata Jai.
Perbualan Jai dan Rais menarik minat Daniel.
Mereka bertiga sebenarnya berkumpul di bilik asrama. Tujuannya untuk bincang mengenai pembentangan yang makin hampir. Usai makan tengahari dan solat Zohor mereka berehat sebentar.
“Korang dua tengok apa tu?”, tanya Daniel lalu meletakkan telefon pintarnya di tepi.
“Ohh tengok instafamous ni… dia bawa bini dia jalan-jalan naik kapal layar”, Jai memberikan telefonnya kepada Daniel.
Daniel menyambut telefon itu lalu melihat Instagram itu.
“Fuhhhkaya mamat ni bawa isteri dia naik cruise…Kau tengok riak muka isteri dia”, kata Daniel.
“Kan… yalah orang tak pernah naik cruise, lepastu suami tiba-tiba bagi kejutan bercuti atas kapal layar mewah. Siapa je tak terkejut”, kata Jai lagi.
“Memang isteri cair punya kalau bagi kejutan macam ni…Ohh sayang I tak sangka you bagi surprise macam ni… I terharu sangat-sangat. You buat I lagi sayang dekat you!!”, Rais membuat suara perempuan yang tak berapa nak menjadi. Jai hanya ketawa.
Daniel pula khusyuk melihat dan scroll-scroll ig instafamous itu, Daniel berhasrat untuk turut follow lelaki itu. Kemudian dia melihat kembali gambar instafamous yang bercuti di cruise itu bersama isterinya lagi. Angan-angan mula berawan di atas kepalanya.
**
Diatas kapal layar yang luas ini, Daniel dapat melihat Nadirah yang sedang berdiri di sudut hadapan kapal. Nadirah memandang ke belakang dan mata mereka berdua tertaut. Masing-masing senyum malu-malu. Saat itu juga Daniel berjalan menuju ke arah isterinya dan memeluk isterinya dari belakang. Kepala Daniel didekatkan di bersebelahan muka Nadirah. Di suasana petang matahari terbenam terasa sangat indah saat melihat keindahan lautan bersama pasangan. Terasa macam adegan filem Titanic pun ada. Daniel melihat wajah Nadirah yang semakin cantik saat disinari dengan sinaran senja.
Kemudian Nadirah memandang suaminya dan mereka menatap wajah masing-masing. Wajah mereka semakin rapat sehingga dapat mendengarkan nafas masing-masing.
“Terima kasih sayang… bawa saya datang sini. Serius cantik! Saya rasa istimewa sangat awak surprise kan saya macam ni… Mesti awak berusaha penat-penat untuk dapatkan benda ni semua… Ini yang buat saya makin sayang dekat awak”, senyum Nadirah dengan wajah yang bahagia.
Daniel terasa puas. Apabila melihat kebahagiaan isteri membuatkan Daniel berasa gembira juga. Dia berasa dia menjalankan tanggungjawabnya dengan baik saat isterinya berasa selesa. Dia ingin isterinya turut merasakan kesenangan seperti ini. Dia ingin menjadi seorang suami yang boleh memberikan apa saja kepada isterinya asalkan isterinya gembira. Usaha kerasnya selama ini membuahkan hasil. Daniel senyum lebih lebar memandang isterinya.
“Sebagai suami… saya akan usahakan yang terbaik untuk anak dan isteri. Saya… saya cintakan awak Nadirah”.
“ Saya pun…”, kata Nadirah.
“Sayapun cintakan awak sayang”, kata Nadirah lagi dengan suara yang sudah berubah seperti suara lelaki yang membuat-buat suara perempuan.
Daniel mengerutkan kening saat suara Nadirah berubah menjadi seperti suara lelaki pondan.
“Dah dah lah Rais! Curse my ear lah kau buat suara macam tu. Telinga aku rasa tercemar. Hahahha!”, ketawa Jai.
Daniel memandang belakang dan melihat keberadaan Jai yang turut berada di atas kapal itu.
**
Awan angan-angan Daniel terhapus saat suara Nadirah tadi bertukar menjadi suara Rais dan keberadaan Jai yang secara tiba-tiba turut berada di atas kapal.
Daniel memandang dua orang rakannya yang mengekek-ngekek seperti kera. Mereka ketawa terbahak-bahak sambil memegang perut masing-masing.
‘Ish diorang ni… macam mana boleh termasuk dalam berangan aku?! Sibuk je”, Daniel berkerut kening.
“Danny kau tak rasa lawak ke suara Rais tadi?”, tanya Jai.
“Apahal pula lawak? Aku dulu masa kecil-kecil boleh buat suara perempuan tau! Suara chipmunk pun boleh! Sekarang je dah lain sebab dah lama tak polish skil dubbing!”, kata Rais.
“Itu masa kau kanak-kanak! Sekarang kau dah akhil baligh! Apabenda lah hahahahhah.Suara kau tadi tak macam perempuan tau! Tapi macam pondan! Suara garau tahu tak?! Suara jantan. Skil dubbing konon! Hahhaha”, ketawa Jai lagi.
Apabila melihat karenah dua orang rakannya yang skru tercabut itu, Daniel ketawa kecil.
“Haa kau pun ketawa kan Rais dengan suara kau sendiri?”, tanya Daniel pula.
“Aku ketawa sebab korang ketawa!”, tawa Rais lagi.
Mereka bertiga masih rasa terhibur dengan situasi mereka.
**
Nadirah berasa ceria saja di tempat kerja. Semuanya terasa lebih sempurna. Oleh kerana itu, dia berhasrat hendak membuat overtime pada hari ini.
Liza menyedari sikap ceria Nadirah lalu berkata, “bukan main bright kau hari ini!”.
Nadirah senyum dan mengangguk dengan pernyataan Liza.
“Ini mesti suami ni… Suami kau berjaya… I guess he successful, making you got smitten with him”, sengih Nadirah.
Nadirah malu lalu menepuk Liza.
“Apa kau cakap macam tu? Mana adalah! Aku cuma rasa semangat je”, kata Nadirah dengan senyum malu. Namun di hati Nadirah akui yang kata-kata Liza ada benarnya.
Di saat rehat, Nadirah membuka Instagram untuk membuang rasa bosan. Tiba-tiba Nadirah mendapat chat daripada seseorang yang tidak mengenalinya. Dia membuka akaun itu tetapi privasi pula. Malas memikirkan siapa, Nadirah kembali kepada chat itu dan langsung membacanya.
‘Kami Lina. Akak pernah jumpa kami dan bawa kami ke kedai minum dulu. Tujuan kami tulis ni… kami nak minta maaf atas semua yang berlaku. Kami mengaku salah kami… tapi akak kena tahu yang kami tak sengaja. Kami khilaf masa tu.
Masa kami cakap yang kami dan Danny saling suka tu semua bohong ja! Kami khaba’ mai lagu tu pasai kami ingat akak buat salah pada Danny… Kami ingat akak dera perasaan Danny. Kami selalu nampak Danny macam biasa di luarannya, tapi kami rasa dia banyak fikirkan sesuatu.
Jadi kami rasa macam nak beri pengajaran pada akak… tapi rupanya sebaliknya. Rupanya tindakan kami ni yang hampir nak menghancurkan rumah tangga orang. Tapi Danny tu setia kepada akak sorang ja. Kalau akak nak tahu, dia tak layan mana-mana perempuan pun dekat kampus. Danny pun tak tahu apa-apa pasal pertemuan kita.
Bila kami tengok reaksi akak saat kami bohong tu, hati kami mula terdetik yang akak orang baik-baik. Kami rasa berdosa sebab asyik melihat buruk orang ja… tapi kami tak sedar, kami yang pikiaq buruk.
Kami tak senang duduk saat kami pikiaq kamilah punca rumah tangga orang roboh. Jadi kami khaba’ pada Danny yang dia kena jaga akak betui-betui. Dia takkan jumpa perempuan sebaik akak yang sanggup korbankan perasaan sendiri.
Kami minta maaf sekali lagi kak… Tindakan kami ni memang tak matang. Saat kejadian tu berlaku, kami selalu berdoa agar hubungan akak pulih seperti sedia kala. Keadaan ni memberi pengajaran kepada kami yang kita tak boleh ukur orang ikut suka hati kita. Seberapa tinggi pun ilmu agama seseorang, tetapi kalau memecahbelahkan masjid tiada guna… macam kami ni. Semua orang itu sama ja tak kira ilmu atau pangkat, yang membezakannya adalah siapa yang paling ingat Dia… Siapa yang paling bersabar menghadap ujian Dia. Jadi kami minta maaf sekali lagi. Kami khilaf…
Kami berharap akak maafkan kami. Dengan ujian akhir yang dah nak dekat ni, kami nak hati kami rasa tenang. Kami nak akak tahu yang kami selalu pikiaq lagumana nak minta maaf pada akak. Sejujurnya kami sangat malu dengan diri kami. Kalau nak jumpa minta maaf apatah lagi. Jadi kami hanya mampu minta maaf dekat chat ni ja.
Kami doakan kebahagiaan akak dan Danny. Semoga Allah selalu merahmati akak dan memberi ganjaran melimpah pada kesabaran akak di dunia dan syurga nanti.’
Nadirah mengeluh panjang saat membaca ucapan maaf daripada Lina yang sangat panjang itu.
Nadirah berfikir, Lina juga rupanya rasa bersalah atas apa yang menimpa pada rumah tangganya.
Nadirah mengeluh lagi. Apabila terkenangkan hal lama, jujur hatinya rasa pedih. Tetapi kesemuanya hakikatnya hanya salah faham belaka. Baik daripada pihak suaminya, dirinya dan juga Lina.
Sesungguhnya manusia itu memang makhluk yang ada saja kelemahan. Setiap orang itu ada baik dan buruknya. Hanya Allah sahajalah yang Maha Mengetahui segalanya, Yang Maha Sempurna, Tidak tidur dan Tidak leka.
Nadirah membaca lagi berulang kali mesej maaf Lina itu. Entah mengapa mood nya berasa terganggu. Bukan salah Lina pun, tetapi dirinya saja yang terasa badmood. Sekejap saja perasaan cerianya ditarik. Baru sahaja mood nya baik pada pagi tadi tetapi sekarang sudah tiada mood.
Saat pulang ke rumah, dia langsung menuju ke bilik tidur dan masuk ke tandas untuk membersihkan diri tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Entah kenapa dia berasa sangat penat dan ingin berehat saja pada malam ini.
Setelah selesai membersihkan diri dan solat isyak sendirian, Nadirah langsung berbaring di atas katil.
Daniel pula berada di ruang bilik bacaan. Dia rasa ada mendengar isterinya pulang tetapi tidak pula berbunyi selepas itu. Daniel terdetik hati untuk ke bilik tidur dan melihat isterinya sudah berbaring mengereng di atas katil.
“Nad…awak sampai rumah pun saya sedar tak sedar. Setidaknya cari saya dulu… barulah tak risau”, kata Daniel.
“Hmm”,kata Nadirah sambil baring. Riak gayanya seakan malas hendak membalas.
“Nad baru balik ni tak nak makan ke? Lauk petang ada lagi dan saya pun ada masak nasi lebih sebab saya dah terhabiskan nasi tadi. Kot-kot Nad nak makan ke? Itu yang saya masakkan nasi baru”, kata Daniel lagi.
“Saya tak ada seleralah… Kalau awak nak habiskan lauk tu, awak habiskan jelah”, kata Nadirah.
“Saya tak ada rasa nak makan pun… emm nasi saya masak tu esok kita buat nasi goreng ya. Sayang pula tak dimakan”, kata Daniel.
Nadirah hanya mengangguk dengan matanya yang terpejam.
‘Penat sangat ni isteri aku hari ini’, getus hati Daniel lalu pergi.
Saat kerja Daniel siap dilaksanakan di bilik bacaan, waktu sudah larut malam. Daniel solat hajat sebentar di bilik bacaan lalu masuk ke bilik tidurnya. Saat baring di atas katil, Daniel melihat isterinya yang berbaring mengiring membelakanginya. Keadaan itu membuatkannya teringat saat mereka bergaduh dahulu. Tidak mahu memikirkan hal lama, Daniel merapati isterinya dan memeluk isterinya dari belakang.
Saat itu Nadirah berbunyi, “hmm?”.
“Awak jangan peluk saya boleh tak? Saya rasa rimas… panas tahu tak?”, kata Nadirah lagi dengan nada suara mamai.
Daniel berkerut kecil, ‘kenapa dengan isteri aku ni?’.
‘Sebelum-sebelum ni dia okay je… siap manja-manja apa semua. Lagak gaya dia macam kucing lagi. Sekarang dah jadi dingin. Dah jadi kucing garang pula’, getus hati Daniel.
“Tolonglah Danny… saya rasa penat kerja hari ini. Bagi saya berehat dengan tenang boleh tak? Sesak tau awak peluk saya. Tak boleh bernafas jadinya”, berkerut sahaja kening Nadirah.
Apabila mendengarkan kata-kata Nadirah, Daniel melepaskan pelukannya. Dia tidaklah peluk begitu kuat pun. Isterinya saja yang sensitif malam ini. Mata Daniel membulat dan melihat lagi jadual suami soleh yang berada di dalam laci.
‘Ada lagi ke yang aku tak buat ni? Ya Allah… aku mohon jagalah rumah tangga kami. Berilah rahmatMu. Aku tidak ingin rumah tangga ku jadi seperti dulu lagi. Berikanlah kelembutan hati buat isteriku Ya Allah’, getus hati Daniel risau.