BAB 62: Keringat II
Daniel berdiri sahaja di hadapan pintu biliknya. Keningnya berkerut. Jujur dia rasa ingin terduduk di hadapan itu, tetapi dia cuba bertahan. Perasaan beban terasa bertambah-tambah. Perbualan isterinya di telefon didengari Daniel.
‘“Yeke? Alaa macam mana ya? Suami aku masih latihan industri… komisen dia meniaga online pun tak banyak sangat. Kalau aku tak kerja… kami ada lagi duit tapi masalahnya aku mengandung. Nak kena fikir duit untuk bersalin, susu anak, peralatan baby apa semua. Itu je yang kos tambahan sekarang ni… Bukan sikit-sikit barang untuk anak-anak kecil ni. Harga dia pun boleh tahan… untuk dua orang baby pula tu”.’
‘“Aku kena buat bajet untuk bersalin ni… simpanan aku pun boleh tampung ni rasanya. Haraplah”.’
‘“Cukup ke ni… Kena jimat-jimat”.’
Daniel mengeluh. Dia turun ke bawah dan pergi ke laman rumah untuk mengambil angin.Daniel berasa malu untuk masuk ke bilik bersemuka wajah dengan isterinya.
Duduk saja di kerusi di luar rumah. Daniel memandang bawah. Keningnya masih berkerut. Hatinya terdetik.
‘Malunya aku dengan Nad… Aku rasa tak berguna sangat sebagai suami Ya Allah. Suami macam apa aku ni, buat isteri risau. Nad isteri aku dan sedang mengandung anak aku…dan dia sepatutnya jaga diri dia, jaga kandungan dia… tapi dia fikirkan pasal aku pula. Dia tahu keadaan ekonomi aku macam mana… Betapa aku berasa rendahnya maruah aku sebagai suami yang sepatutnya sediakan segalanya untuk isteri, tetapi isteri aku pula yang fikirkan keadaan aku’, fikir Daniel. Dia berasa stress, tekaknya terasa sakit kerana mata hendak berair tetapi Daniel cuba bertahan.
‘Jangan macam ini Danny… Kau tak teruk. Kau bukan suami yang tak berguna… Kau bukan suami tak ada maruah… Kau cuba… kau cubakan... Kau sedang mencuba… Allah nampak usaha kau cari kerja sambilan. Allah nampak usaha kau untuk tambah pendapatan untuk keluarga. Allah nampak kau angkat beras. Allah nampak kau teliti meneropong mikroorganisma. Allah nampak peluh kau turun dari dahi sewaktu bawa motor untuk ke tempat kerja. Kau jangan lemah semangat macam ini. Nad pun faham keadaan kau’, kata jiwa hati Daniel yang paling dalam.
‘Ya…Nad faham keadaan aku. Dia faham aku sebab aku masih tengah intern dan masih useless sebagai suami. Aku sedar yang pemberian aku masih tak banyak kalau nak dibandingkan dengan tolak ansur Nad kepada aku. Sampai sekarang dia masih tolak ansur kepada aku’, Daniel masih berasa rendah diri.
‘Don’t take it as wrong way Danny… Tolak ansur Nad tu bukanlah maksudnya kau useless.Nad is just try to be an understanding wife. She just want to be a good wife. Tak banyak isteri yang setia dengan suami saat susah senang. Ada isteri yang duduk dengan suami dia saat suami dia kaya sahaja, tapi bila suami dia jatuh miskin…isteri dia tinggalkan dia, isteri dia curang cari lelaki lain yang lebih kaya. The point is… you are not useless and god still bless you with an understanding wife! Be grateful Danny!’, dalamannya memberi kekuatan.
Daniel terdiam. Daniel cuba meredakan gelora jiwanya yang menggeledak dan dia cuba berfikir.
‘Baiklah…tapi masalahnya, macam mana aku nak kerja? Abang Din dah bagi aku warning kalau dia nampak lagi aku kerja dekat kedai Uncle Lim. Nak cari kerja dahlah susah! Bila dah dapat, Abang Din punya hal pula! Nad mengandung anak aku bukan seorang, tapi dua orang tau… Aku suka je, tapi bajet nak bagi Nad bersalin dekat hospital swasta pun dah lari. Nak harapkan gaji intern yang setakat berapa ratus sebulan tu? Memang taklah… Nak berhenti kerja situ pun tak boleh! Sebab intern punya pasal! Gaji puntaklah seribu sebulan pun dekat situ. Kalau bukan sebab universiti punya pasal…dah lama aku berhenti situ, cari kerja yang gajinya lagi tinggi. Ini sebab universiti… kalau aku berhenti situ, mak aku… grad aku…”, bentak hati Daniel lagi dan lagi apabila berasa stress.
‘Danny…Danny!!’, jiwanya mengingatkannya kembali.
‘Danny… Bukan senang nak dapat isteri yang memahami dan tolak ansur Nad bukanlah bermaksud kau boleh ambil mudah… Allah cuma nak kau berasa syukur kerana walaupun kau berada dalam kesempitan tetapi masih ada sisi yang menyenangkan. Abaikan segala negativiti yang ada di fikiran kau. Kau tak sendiri… tuhan itu ada danakan tolong. Jadi berusaha saja yang terbaik’, fikiran Daniel di sisi lain membisik-bisik.
Daniel akur. Jika dia betul-betul ingin menjadi suami yang berguna, dia tidak perlu berkeluh kesah. Dia sepatutnya matang. Dia sepatutnya mencari jalan apa saja sekalipun. Itu lebih penting.
Daniel cuba menutup matanya. Dia menenangkan fikirannya dan jiwanya sebentar. Dia menarik nafas dan menghembus.
Kemudian, dia membuka telefon pintarnya dan mencari kerja kosong. Dia membelek telefon hampir 20 minit. Daniel menutup telefonnya dan berehat sebentar.
‘Apa lagi kerja boleh buat ni?’, fikir Daniel.
Kemudian matanya tertancap pada motornya.
Daniel tersenyum, ‘Allah… aku asyik nak cari kerja dekat certain tempat je. Tak terfikir pula kerja rider’.
Daniel membelek lagi telefonnya dan mencari informasi tentang pekerjaan penunggang motosikal. Daniel tersenyum.
‘Alhamdulillah…Kenapalah tak terfikir dari dulu’, sengih Daniel.
**
“Sayang…saya rasa bulan depan baru saya buat surat cuti kot”, kata Nadirah sambil mengusap perutnya.
Daniel yang sedang bersiap untuk tidur terganggu dengan kata-kata isterinya.
“Eh kenapa awak cakap macam itu? Doktor tak bagi kerja kan? Surat doktor pun dah dapat… Kenapa tempat kerja Nad tak approve ke?”.
“Tak adalah… Liza cakap, syarikat tak bagi gaji cuti mengandung. Jadi saya nak dapatkan gaji sampai bulan depan je lagi tinggal. Lepas itu barulah saya minta cuti”, kata Nadirah setelah dia buat perkiraan pada siang tadi.
Daniel tersenyum kecil dengan keningnya yang sedikit menurun. Dia mengusap kepala isterinya lembut.
“Sayang tak boleh buat macam itu. Sayang kena dengar cakap doktor. Kalau jadi apa-apa kepada baby-baby kita macam mana. Kalau sayang fikir soal duit, nak bayar rumah ke kereta ke hospital ke barang baby ke… itu semua awak tak perlu risau. Saya ada duitnya… Sambil-sambil intern tu saya ada buat kerja part time. Kosnya dah boleh cover bayar rumah, kereta dengan dah boleh start beli barang baby kalau awak nak beli sekarang. Saya tinggal kerja saja lagi untuk kumpul lagi sampai awak bersalin dekat hospital swasta”, kata Daniel tidak ingin isterinya risau.
“Hospital swasta? Hospital kerajaan pun dah okay awak… Facilities cukup, doktor-doktor dah di train pun Alhamdulillah”, kata Nadirah. Dia tidak mahu membebankan suaminya.
“Untuk isteri yang tersayang ni… saya cuma nak berikan awak keselesaan to the fullest okay”.
“Saya tak nak susahkan awak. Kita bersederhana pun tak apa Danny… Lagipun asal baby selamat. Saya alhamdulillah dah”.
“Nad tak payah risau. Awak doakan untuk saya je… doa isteri untuk suami Allah redha tau. Awak duduk dekat rumah jaga kandungan awak elok-elok. Polish skill untuk jadi mom…Boleh minta mak dengan ibu tips ke, makan sedap-sedap ke. Saya nak orang dalam rumah ni safe and sound”, kata Daniel yang sudah memeluk isterinya untuk tidur. Daniel juga mencium dahi isterinya dan mengusap perut isterinya. Dia ingin meyakinkan lagi isterinya agar tidakada apa lagi yang perlu dirisaukan. Orang di rumahnya berjiwa selesa buat Daniel berasa gembira juga.
Apabila mendengarkan kata-kata suaminya sebegitu, hati Nadirah berasa sejuk. Dia terasa bernaung di bawah suaminya. Dia berasa selamat. Dia berasa suaminya sangat cool saat menuturkan kata-kata tadi dan hati Nadirah sepenuhnya lega. Kemudian Nadirah membalas pelukan suaminya erat.
“Hebatnya suami saya ni. Cool betul awak tadi…Makin sukalah”, Nadirah menggomolkan dirinya kepada Daniel.
Daniel senyum dan ketawa kecil.
“Hish dia buat macam ni… Geramlah saya dengan bini chubby ni. Eiiii pipi tu, rasa nak gigit je!”, Daniel berasa geram dan terhibur melihat tindak balas isterinya sebegitu.
Masing-masing memeluk antara satu sama lain erat. Bukan hanya tubuh yang memeluk, tetapi hati mereka juga.
**
‘ “Haiyaa… lu mau berhenti dahka? Banyak rugi wooo saya. Kalau saya tau, saya suruh you angkat minyak semalam”, kata Uncle Lim.
“Maaf Uncle Lim, saya dah kena berhenti sebab supervisor dah perasan, dia tak bagi kerja sambilan”.
“Yalah kalau begitu… nak buat macam mana you masih student. Nanti bila-bila you mau kerja sini lagi… You kena introduce diri you lagi. Saya ni cepat lupa ma”, sengih Uncle Lim.
“Baik uncle… terima kasih juga terima saya kerja sini”, Daniel senyum.
“Tak da hal lah. Sama-sama”.’
Daniel terkenang dengan perbualan bersama Uncle Lim tempoh hari. Ada sedikit penyesalan berhenti kerja di kedai runcit Uncle Lim. Itulah… Boleh saja dia terus bekerja di kedai Uncle Lim asalkan tidak dilihat Abang Din. Gaji upah yang diberikan Uncle Lim juga berbaloi. Sekarang dia sudah berhenti, malu pula kalau nak meminta kerja semula apabila baru dua minggu berhenti.
Kini Daniel sudah bekerja sebagai rider FoodWanda sudah hampir 3 minggu. Penatnya dua kali ganda dari kerja di kedai runcit. Daniel menerima pesanan makanan dari aplikasi, lalu dia pergi ke restoran dan memesan makanan yang dipilih pelanggan. Kemudian hantar ke rumah pelanggan pula. Itu baru satu trip. Gaji rider berbeza dengan gaji kedai runcit. Semakin banyak trip, semakin banyaklah gaji upah yang diperoleh. Tapi penatnya jangan cakaplah. Belum ambil kira lagi kos minyak motor, alamat rumah pelanggan yang mengelirukan atau order dari rumah pangsa yang tinggi. Tetapi tidak apalah, sekurang-kurangnya peluang untuk dilihat oleh Abang Din itu tipis.
Setiap pekerjaan itu ada saja kesusahannya. Hanya kita saja hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Alah bisa tegal biasa.
Apabila terkenangkan keluarga, Daniel redah saja. Habis bekerja, Daniel pulang ke rumah.
Sampai saja ke rumah, Daniel terus membersihkan diri dan langsung tidur.
“Sayang…kenapa terus tidur ni? Saya tak tidur tunggu awak balik… Sembanglah dengan saya”.
“Maaf sayang… saya penat sangat ni. Lagipun dah nak pukul 1 pagi… kenapa awak tak tidur lagi ni?”.
“Saya tak ngantuk… tak boleh nak tidur. Lagipun saya dapat rasa macam ada tendang-tendang dalam ni”, kata Nadirah sambil mengusap perutnya.
“Alaa comelnya… saya tepuk-tepuk awak. Kot-kot boleh tidur”, sengih Daniel. Mata Daniel juga sudah tertutup.
Nadirah mendekatkan diri dengan suaminya. Apabila Nadirah dekat dengannya, Daniel menepuk-nepuk Nadirah dengan harapan isterinya boleh tidur.
“Sayang…Danny…”, panggil Nadirah lagi saat suaminya berhenti menepuknya. Baru beberapatepukan sudah berhenti.
“Hish…tipu. Sejak-sejak Daddy sibuk ni, dia sampai dah tak layan kita”, sebek Nadirah mewakili anak dalam kandungan juga.
‘Maafkan saya Nad… saya dah penat sangat’, pinta Daniel dalam hatinya.
**
Semenjak Nadirah berhenti kerja, dirinya berasa bosan yang melampau. Perasaannya terasasunyi saja walaupun ada orang sekeliling. Walaupun ada mak dan ibu mertua yang melayan tetapi perasaannya ingin suaminya juga di sisi. Dia inginkan belaian orang lelaki di sisinya. Daniel pula sangat sibuk. Balik sahaja ke rumah terus tidur.
Nadirah faham suaminya sibuk mencari rezeki di luar. Tetapi perasaan emosi dan naluri hati dalamannya ada rasa memberontak inginkan perhatian
‘Kenapalah aku rasa macam ni… Rasa craving kan attention’, getus hati Nadirah.
“Ini mesti bawaan anak mama ni…”, kata Nadirah kepada kandungannya.
“Tapi peliklah rasa macam ni... Ilyas dan Ilyasa kenalah kawan-kawan dalam tu. Kalau tumbuk-tumbuk bukan korang je yang sakit, perut mama pun sakit tau. Mama pula yang rasa lonely”, kata Nadirah dengan nada sedih.
“Nad? Okay ke ni? Muka sedih-sedih je ibu tengok”, kata Puan Kiah.
“Nasib baik ada ibu!...”, senyum Nadirah memeluk ibunya erat.
“Eh? Haha”, Puan Kiah terhibur dengan gaya anak perempuannya yang seorang itu. Perut sudah membuyut tapi perangai macam anak kecil juga bila dekat dengan ibunya.
“Mungkin baby nya rasa sunyi… Itu yang sampai ke kamu pun rasa”, Puan Kiah mengusap belakang anaknya.
Nadirah berkerut, “Nad yang sunyi ibu. Ilyas boleh kawan dengan Ilyasa dalam perut Nad…tapi Nad?”.
Puan Kiah terdiam.
“Haahkan… tapi biasanya sebab baby tududuk sorang-sorang dalam tu, dia rasa sunyi ke itu yang sampai pengaruh ke kamu… tapi bayi kamu dua orang dalam ni… betullah mungkin kamu kot. Ini mesti nanti nak keluar cepat ni cucu TokMa”, sengih Puan Kiah sambil mengusap perut Nadirah tetapi dia masih terfikir-fikir juga.
“Yeke ibu?!”, Nadirah terkejut bercampur teruja juga.
Puan Kiah ketawa kecil dan tersengih, “ibu cakap je… ibu tak tahu pun”.
“Ibu ni… ingatkan betul-betul”, muncung Nadirah.
“Hahaha…dah dah… sebek pula anak ibu ni”, Puan Kiah terhibur dengan anak perempuannya yang seorang ini.
Nadirah tersenyum kecil lalu kembali termenung untuk beberapa minit.
“ Kenapa diam kamu ni?”, tanya Puan Kiah.
“Tak adalah… Nad terfikir, suami Nad jarang-jarang ada dekat rumah sejak perut Nad dah memboyot ni. Nad… kadang-kadang ter doubt suami Nad tau… Apalah dia buat dekat luar tu? Kerja macam mana? Betul ke kerja? Kenapa jarang sangat nak ada masa untuk Nad? Nad rasa lonely ibu… Memang ibu ada… mak ada…tapi Nad pun nak Danny ada dekat sini juga. Hari Sabtu Ahad pun Danny jarang ada. Nad takutlah ibu… Nad cuba untuk bersangka baik. Nad faham bila dia balik kerja penat ke apa. Tapi Danny macam lainlah…Dia tak pernah cakap ke cerita apa-apa dekat Nad. Nad pun tak cakap dengan dia apa yang Nad rasa sekarang sebab Nad tak nak make this a big deal tau tapi…kadang-kadang bila Nad tengok cermin… Nad nampak perut Nad besar, dengan stretch mark apa semua. Sebab Nad dah tak lawa ke? Sebab Nad dah gemuk ke Danny jarang balik? Benda-benda macam tu bermain dalam fikiran Nad…”, luah Nadirah.
Puan Kiah menggeleng kepala, “bawa mengucap Nad… bawa istighfar… Kamu jangan fikir yang bukan-bukan pasal suami kamu. Ibu percaya Danny berusaha sehabis dia bekerja tu semua untuk kamu dan anak kamu. Orang lelaki… suami ni memang macam tu… dia kerja keras kita tak nampak… tapi hasil dia itu semua untuk kita, isteri dan anak-anak. Sayang dia tu bila dia nampak anak bini dia dapat cukup semua,dia rasa tenang gembira tau. Danny pun tengah buat benda yang sama. Ibu percaya dekat Danny sebab ibu dapatkan rasakan dia sayang kamu sepenuh hati dia… sebab itulah ibu dan abah bagi dia masuk meminang kamu. Ibu abah terima dia bukan sebab dia anak jiran kita semata-mata tau… tapi bila ibu tengok muka dia yang bersungguh-sungguh nak kamu masa dulu-dulu. Kamu pula macam nak tak nak masa tu…”,Puan Kiah terkenang.
“Nad…masa mengandung ni memang macam-macam emosi perasaan apa semua. Ibu faham…sebab ibu pun pernah rasa. Nasihat ibu, Nad kena banyakkan lagi mengaji. Kalau Nad selalu mengaji berapa waktu satu hari?… Nad kena double kan triple kan waktu mengaji tu. Perasaan ragu-ragu kamu kepada suami itu semua bisikan syaitan tau… Bisikan tak baik. Danny memang jarang ada dengan kamu sekarang… tapi mak selalu nampak, kalau waktu dia mengaji tu mesti dia usap perut kamu kan. Masa tu kamu rasa tenang. Kamu pun kena buat double triple lagi macam tuuntuk diri kamu sendiri. Kalau kamu nak ibu dan mak pun boleh buatkan… datang je bilik kami masa mengaji”, kata Puan Kiah.
Nadiranh dengan wajah sedihnya memandang bawah.
‘Betul apa yang ibu cakap tu… aku tak sepatutnya meragui suami aku, tapi aku rasa sunyi sangat. Perasaan ni tak fair! Macam mana nak tenang selagi Danny tak ada dekat dengan aku’, getus hati Nadirah kesedihan.
**
Jarum jam menunjukkan pukul 3 petang. Cuaca panas terik matahari memang membahang kali ganda untuk hari ini. Satu botol besar air mineral pun sudah habis diteguknya. Badannya pun lenguh sana-sini. Walaupun di hari cuti, Daniel gigih juga bekerja apabila terbayangkan Nadirah hendak bersalin.
Sehinggalah langit sudah gelap, Daniel nekad inilah akan jadi trip terakhirnya untuk hari ini. Kemudian dia berhasrat untuk langsung pulang ke rumah. Sehabis sahaja solat Isyak di persinggahan, Daniel ke restoran untuk mengambil pesanan yang terakhir.
Daniel bergerak menuju ke rumah yang memesan.
“Penat nampak bang? Abang ambillah ni…”, kata lelaki yang memesan itu.
“Ehh tak apa-tak apa. Itu kan dipesan”, Daniel menolak.
“Alah…tak apa bang. Ambil je air ni dengan pai ni sekali. Saya dan adik saya tak makan pun, order sebab dia dah berset je. Tak ada ala carte pula”, senyum lelaki yang berada di depan pintu rumahitu.
Apabila mendengarkan kata-kata budak itu, Daniel senyum dan mengambil sahaja makanan yang diberi.
Masing-masing mengucapkan terima kasih untuk satu sama lain. Daniel makan sedikit sahaja makanan yang diberi oleh lelaki itu dan dia membungkus kembali pai itu masuk kedalam beg. Minuman juga tidak habis. Fikiran Daniel ingin cepat pulang.
Saat Daniel menunggang motor. Telinga Daniel berasa terawangan dengan bunyi-bunyi jalan raya di sekeliling. Dengan cahaya lampu tiang yang agak menyilaukan pandangan, Daniel teruskan sahaja pecutan. Pecutan motor membuatkan angin berdesup desup menembus dirinya, telinganya dan bajunya yang berkibar-kibar. Kesejukan di malam hari, membuatkan Daniel terbayangkan rumahnya. Dia ingin segera ke rumahnya untuk berehat di sebelah isterinya yang tersayang.
Disaat itu matanya terpejam…
Bunyi langgaran dan tekanan kenderaan bertebaran. Makanan yang diberi oleh pelanggan tadi berterabur dengan botol air yang sudah hancur. Daniel terbaring di jalan raya. Dia sudah tidak mampu berfikir. Yang dirinya tahu hanyalah bunyi-bunyian dan cahaya-cahaya kenderaan serta orang berkerumun di sekitarnya. Kepenatannya sudah tiada daya, matanya benar-benar terpejam waktu ini.