Home Novel Komedi/Romantik Komedi Encik Tunang 17 Tahun (COMPLETE)
Bab 4

BAB 4: Anak ikan


Di hadapan komputer Nadirah termenung.


“Hoii!”, sergah Liza.


“Terkejutlah!”,Nadirah tersedar dari lamunan.


“Apa termenung jauh sangat ni? Dah sampai waktu rehat ni. Jomlah kita makan tengahari”, ajak Liza.


Nadirah hanya mengangguk dan mengikuti Liza. Sepanjang perjalanan mereka ke kedai makan, Liza mendapati Nadirah banyak diam. Jika ditanya soalan, sepatah sahaja dijawab.


“Nad…beritahu aku! Apa yang mengganggu kepala kau?”, paksa Liza yang juga sedang memandu.


“Tak adalah…”.


“Nad…”, Liza memandang rakannya itu.


“Hmm… Cuma hal sepele sahaja”, Nadirah mengeluh.


“Okay sambil jalan kau cerita”, Liza nekad hendak mendengar.


**

“Untunglah crush nasihat hahaha!”, kata Rais kepada Daniel.


“Diamlah!”,marah Daniel.


“Hish… menyesal aku ikut kau ponteng seminar SPM tu! Malu aku! Boleh pula bertembung dengan Kak Nad dekat sini”, kata Daniel lagi.


“Janganlah macam itu Danny. Ini namanya takdir… tengok kau ponteng, kau terjumpa Kak Nad dekat sini”.


“Takdir apanya?! Kalau takdir yang elok-elok tak apalah juga… Ini takdir kena tangkap ponteng dengan crush… tak ke memalukan”.


“Wah kau memang suka Kak Nad kan…”.


“Janganlah cakap kuat-kuat!”.


**

“Seriuslah anak jiran kau cakap macam tu?!”, mata Liza terbeliak.


“Hmm ya… diorang tunggu aku dekat luar tandas. Sebelum keluar tandas, aku terdengar budak-budak tu sebut nama aku. Jadi, aku curi-curi dengarlah”.


“Kenapa mereka tunggu kau?”, tanya Liza.


“Sebab aku pelawa nak tumpangkan mereka balik. Sebelum itu, mereka datang naik train”.


“Wahhhh… ada anak ikan dah kau sekarang”, teruja Liza.


“Hishh kau ni Liza…”.


Liza ketawa kecil melihat rakan dihadapannya yang kelihatan bingung.


“Dia di umur yang macam itu lah Nad…”, sengih Liza.


“Di umur apa?Maksud kau?”, berkerut Nadirah kerana tidak memahami maksud Liza.


“Kalau kau nak tahu… semua lelaki pernah macam itulah. Kadang-kadang kebanyakan mereka ada crush dengan perempuan yang lebih berusia. Tapi mereka masih muda kan… masih hingusan. Jadi mereka hanya mampu tengok sahaja dan tak boleh nak buat apa-apa sebab mereka sedar, mereka tu masih budak”.


“Macam adik lelaki aku… masa dia sekolah dulu pernah fanatik gila dengan Emma Maembong,sebab itulah dia tiada makwe masa tu...hahahah”, kata Liza lagi.


Nadirah terkenangkan kata-kata adik lelakinya, Fauzi.


‘ “Alaa kak…budak sekolah pun, Daniel tu lelaki… Fauzi pun dulu pernah jadi macam Daniel…tingkatan 5 tu dah bukan budak lagi dah kak…”’.


Nadirah mengeluh.


“Kau patut berbangga ada budak muda minat kau”, usik Liza.


Tiba-tiba Nadirah tergelak, “hahaha haah kan… kenapalah aku banyak sangat fikir”.


“Hah! Macam itulah! Kau boleh jadikan benda ni supaya dia lebih semangat nak belajar… kau layan dia baik-baik”, cadang Liza.


“Aku tak adalah sampai macam itu… nanti beri harapan, patah hati pula budak tu”.


“Alaa tak ada patah hatinya… nanti dia lagi semangat nak belajar kau tengoklah!”.


“Hmm”, Nadirah berfikir.


**

“Minggu ni terakhir kita belajar dekat rumah akak…”, beritahu Kak Nad.


“Ohhh…hmm kenapa?”, wajah tertanya-tanya Daniel sememangnya menghiburkan Nadirah.

Nadirah ketawa kecil, “hahaha… tak adalah. Abang Fauzi tu dah nak balik kampus dia balik. Jadi tak elok dua orang macam ni dalam rumah. Danny kan dah besar”.


“Ohh”, Daniel turut tersenyum lalu memandang ke bawah.


 “Jadi lepas ini mungkin kita akan belajar dekat luar… macam dekat perpustakaan ke? Kan lebih seronok”.


Daniel mengangguk setuju. Setelah selesai sesi pembelajarannya Daniel pulang ke rumah.


Nadirah hanya memerhati pemuda itu keluar dari rumahnya. Entah mengapa apabila melihat Daniel seperti itu, sememangnya menghiburkan hati Nadirah. Daniel kadangkala memberi aura positif kepadanya.


Semenjak hubungannya dan Yus putus, dia selalu merasa dia seorang wanita yang tiada tarikan. Namun, luahan perasaan Daniel yang dicuri dengarnya di pusat membeli-belah tempoh hari sedikit sebanyak mengubati perasaannya.


Nadirah tersenyum. Dia terasa seperti seorang artis yang mempunyai peminat. Peminat yang sentiasa dan hanya akan memandang dirinya seorang, seperti Daniel.


Nadirah mula berangan.


‘Maaflah Danny…kita dipisahkan dengan jarak umur yang jauh. Jangan salahkan takdir tuhan atas sebab umur kita ini. Danny akan jumpa orang yang sesuai dengan Daniel…lagipula siapa yang nak perempuan lebih berusia…Hoho’.


‘Jangan bicara seperti itu Nad… umur bukan penghalang. Danny akan sentiasa setia dengan Nad sampailah Nad boleh terima Danny’.


Nadirah bermonolog di lubuk hatinya yang dalam.


Nadirah ketawa kecil, “haha… hehe… baiklah. Kalau itu yang Danny inginkan”.


“Siapa inginkan apa?”, kata Fauzi yang memecahkan lamunan Nadirah.


Nadirah terkejut sekali. Alangkah malunya diri, jika bait-bait kata tadi didengari adik lelakinya.


“Hahaha hahaha…emm drama tv? Hehehe”, Nadirah menunjuk ke arah televisyen yang kebetulan sedang menyiarkan drama.


“Ah ingatkan apa tadi”, kata Fauzi lalu memasuki dapur.


“Minggu depan Fauzi dah balik kampus. Akak nak ajar Danny lagi ke?”, tanya Fauzi.


“Ajar… ajar dekat perpustakaan awam macam tu”, jawab Nadirah.


“Ohhh…”.


“Kak…”, Fauzi menghampiri Nadirah setelah keluar dari dapur.


“Kenapa?”,Nadirah memandang Fauzi.


“Pasal Danny…”.


“Danny?...”,Nadirah tertarik untuk tahu.


“Aa… tiada apalah”, Fauzi tidak jadi berbicara.


“Alahai!...”,Nadirah hampa.


*

Amar dan Wan hanya memerhatikan Daniel lalu mereka memandang antara satu sama lain. Walaupun tidak begitu ketara, mereka dapat merasakan perubahan Daniel yang semakin serius dalam belajar dan cuba untuk berlagak matang. Rais disebelahnya pula seperti yang biasa, seakan tidak sedar perubahan Daniel, atau mereka ada rahsia yang disembunyikan dan tidak diberitahu. Amar dan Wan tertanya-tanya.


Sewaktu rehat,mereka berempat berkumpul dan makan seperti biasanya.


“Sejak akhir-akhir ni kau macam lainlah Danny… ada apa-apa ke?”, terpacul soalan daripada Wan.


Daniel mengerutkan kening, “ lain bagaimana?”.


“Yalah… kau macam nak act matang, belajar kira-kira pun dah tak banyak mengeluh… tak macam dulu”.


Daniel tersenyum, “well… dah nak SPM kita tak boleh main-main kan”.


Amar dan Wan memandang antara satu sama lain dan bermonolog.


‘Betul ke Danny ni? Kenapa senyuman dia macam orang tengah jatuh cinta je?’.


“Apa ni? Apa ni?”, Rais datang kembali setelah ke tandas.


“Tak adalah… kami tanya kenapa Danny macam lebih bersemangat. Selepas itu, dia nampak matang”.


“Ohhh hahaha…dah awek pujaan dia lebih tua. Mestilah dia nak ubah diri dia untuk jadi lebih matang…”, jawab Rais dengan ketawa.


Daniel yang sedang minum air tersedak.


Amar dan Wan membulatkan mata lalu kembali memandang Daniel meminta penjelasan.


‘Terima kasih’kepada keceluparan kata-kata yang terkeluar daripada Rais, tidak semena-mena Amar dan Wan turut mengetahui rahsia besar Daniel.


“Apa yang kau suka sangat dekat Kak Nad ni?”, Amar tertanya-tanya.


“Entahlah… aku syok dekat dia dari aku kecil lagi… Dia cantik…baik… Sejak akhir-akhir ni aku rasa macam tak bertepuk sebelah tangan. Aku tak tahu macam mana nak terangkan perasaan aku?”, kata Daniel sambil menggaru-garu kepalanya. Dia juga berasa sulit untuk menjelaskan perasaannya.


“Hmm yalah yalah. Aku rasa aku faham”, kata Amar apabila melihat Daniel dalam kesukaran untuk menerangkan jawapannya.


Wan masih berkerut kening memandang Daniel.


“Kau kenapa macam itu?”, kata Rais kepada Wan.


Wan hanya menggeleng.


“Kenapa?!”,Daniel ingin tahu.


Wan mengeluh, “aku nasihatkan kau supaya jangan terlalu… hmm macam mana nak cakap eh?”.


“Jangan terlalu apa?...”, Daniel tertanya-tanya.


“Perempuan lebih berusia ni biasanya tak begitu serius dengan budak lebih muda daripada dia…biasanya lelaki lebih muda ni dijadikan trofi kebanggaan saja. Yalah ada teman lelaki muda. Kalau takpun mereka masukkan kita dalam senarai peminat. Kau nak ke dimasukkan dalam fan list Kak Nad tu?”, terang Wan.


“Macam mana kau tahu semua ni?”, tanya Rais.


“Mestilah aku tahu… aku ada 5 orang kakak”.


“Alaa… Kau bukannya suka sangat dekat Kak Nad tu kan? Kau cuma crush sikit sahajakan?”, tanya Amar.


Daniel terdiam.Keningnya berkerut. Wajahnya kelihatan sedih.


Amar, Wan dan Rais berpandangan antara mereka.


“Takkanlah kau minat sangat-sangat dekat Kak Nad… Kau nak kahwin dengan Kak Nad ke?”.

Daniel mengeluh.


“Kebiasaannya Danny… kita sebagai lelaki muda kena usaha lebih untuk dapatkan mereka. Usahalah apa-apapun… sampai mereka ada kepercayaan dekat kita”, Wan memberi tips.


Daniel memandang Wan.

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.