Home Novel Komedi/Romantik Komedi Encik Tunang 17 Tahun (COMPLETE)
Bab 5

BAB 5: Seindah Khabar


‘ “Kau nak ke dimasukkan dalam fan list Kak Nad tu?”, terang Wan.’


Kata-kata Wan masih terngiang-ngiang di fikiran Daniel.


 ‘Aku tak nak hanya sekadar jadi peminat di mata Kak Nad… Aku nak dia tahu yang perasaan aku serius’.


‘Mungkin lelaki bukanlah makhluk yang menzahirkan rasa cinta… tapi sekali mereka jatuh cinta. Siapa yang tahu?...’.


‘Seriang manapun seorang lelaki itu, pasti akan ada perempuan yang membuatkan hatinya terluka.’


‘Seego manapun seorang lelaki itu, pasti akan ada perempuan yang melembutkan hatinya.’


‘Sesempurna manapun seorang lelaki itu, pasti akan ada perempuan yang berjaya membuat hidupnya serabut’.


“Kelas tambahan hari ini habis awal kan”, beritahu Amar.


“Hari ni kan hari Sabtu… jomlah pergi lepak mana-mana”, ajak Rais.


“Boleh… balik rumah dulu, tukar baju”, beritahu Wan.


“Alaaa pakai jela baju sekolah ni… Hahahah, pergi panggung wayang boleh dapat harga pelajar”, cadang Rais dengan sengih nakalnya.


“Engkau kalau bab-bab cari masalah ni memang nombor satu… kau lupa ke hari Sabtu mana ada harga pelajar”,ketawa Amar.


Daniel hanya senyap.


“Danny…telefonlah Kak Nad, kot-kot boleh bagi tumpang. Hihihihi”, gurau Rais.


Wan dan Amar hanya menggeleng.


Daniel mengeluh lalu berkata, “kau jangan nak merepek Rais… nombor Kak Nad dekat mak aku. Kau pergilah telefon mak aku…”.


Masing-masing ketawa kecil. Namun, Wan dapat membaca wajah Daniel yang sebenarnya sedang resah.


Baru sahaja hendak bergerak berjalan kaki bersama rakan-rakan, satu kereta berhenti di hadapan mereka berempat. Tingkap kereta diturunkan.


“Danny… jom naik dengan Kak Nad”, senyum Nadirah dari dalam kereta.


Daniel terkejut dan senyumannya terukir. Entah kenapa, hatinya sungguh terusik. Perasaan berbunga tahap bunga api.


Rais, Wan dan Amar membulatkan mata. Mereka terdiam dan memandang antara satu sama lain.


“Apa lagi Danny…pergilah!”, Wan membuka pintu kereta Nadirah. Rais dan Amar turut serta menolak Daniel ke dalam kereta.


Nadirah terpinga-pinga dengan tindakan remaja-remaja lelaki di hadapannya.


Bye Danny!...huuu”,rakan-rakannya melambai.


“Hahhaha hyper sungguh mereka”, ketawa Nadirah. Namun, senyum kelat Nadirah masih tidak lekang.


‘Peliknya… ada apa dengan budak-budak ni sebenarnya?’, getus hati Nadirah.


“Kenapa Kak Nad ambil Danny balik?”, Daniel tertanya-tanya.


“Oh… mak Danny suruh ambil sebab kunci rumah ada dekat Kak Nad”.


“Mak tak ada dekat rumah ke?”.


“Aah mak pergi rewang dan suruh Danny belajar dengan akak… tapi Danny mesti penat baru balik sekolah”.


“Belajar dengan Kak Nad?! Mestilah boleh!”, Daniel kelihatan bersemangat.


“Ooh… okay.Haha”, Nadirah pula terasa bingung.


**


Setelah beberapa minit Nadirah menunggu di dalam kereta, akhirnya Daniel turun.


Perancangan Nadirah ingin membawa remaja lelaki itu pergi ke perpustakaan. Oleh itu,Nadirah meminta Daniel untuk menukar baju.


“Jom Danny”,kata Nadirah dengan senyuman.


Daniel tersenyum malu apabila melihat senyuman yang Nadirah berikan kepadanya.


‘Wah… rasa macam pergi dating pula hehehe’.


Sepanjang Nadirah memandu, Daniel tidak habis-habis cuba untuk mencuri pandang wanita disebelahnya itu.Daniel berasa Nadirah nampak sangat anggun. Lebih-lebih lagi sewaktu mengambilnya pulang dari sekolah. Daniel tersengih, pasti Amar dan Wan lebih terkejut memandangkan mereka menyuruhnya untuk berhati-hati dengan perasaannya.


**


“Tak ada cerita baru ke Nad?”, Liza tertanya-tanya.


Nadirah ketawa kecil,“ cerita apa?”.


“Ala… macam mana dengan anak jiran kau tu apa cerita?”.


“Hmm okay saja”,Nadirah makin tersenyum.


“Kenapa senyum?!”, Liza tertanya-tanya.


“Entah… budak tu sedikit sebanyak mengisi hati aku”.


“Isi hati?”.


“yalah… aku anggap dia macam adik-adik juga”.


Liza hanya memerhati rakannya sambil tersengih, “hmm… you are a sinful woman”.


Nadirah mengerutkan dahi, “apa?!”.


“Eh eh! Bersembang pula makcik bawang ni!”, marah Farid yang merupakan rakan sepejabat mereka.


“Kau kenapa?!Masa rehatkan sekarang”, marah Liza kembali.


“Entah!”, sokong Nadirah pula.


Farid memandang Nadirah lama.


“Baru naik pangkat nak berlagak!...”, sindir Farid lalu beredar pergi.


Liza dan Nadirah, masing-masing berkerut memandang antara satu sama lain.


“Entah apamasalah mamat tu?!”, luah Liza. Nadirah hanya mengeluh.


“Dia dengki dengan kau ke Nad? Farid tu selalu nak cari pasal dengan kau”, tanya Liza.


“Aku tak tahu…aku selalu cuba nak buat baik, tapi dia macamtulah perangainya”.


**


Pada cuti umum,Nadirah sempat pulang ke rumahnya di kampung. Apabila ada saja masa terluang yang panjang pasti Nadirah akan pulang ke kampung walaupun tinggal di sana hanya untuk 2 hari.


“Baguslah Nad ajar Danny… Ilmu yang ada kena diturunkan ya tak ayah? Hahaha”, kata Puan Kiah iaitu  mak kepada Nadirah dan Fauzi.


“Hmm betullahtu… lagipula, dah besar dah Danny tu. Handsome pula tu… dulu dia kecil saja”, Encik Hamid mengangguk.


Nadirah ke luar rumah dan mendapati Fauzi sedang mengasah parang.


“Asah parang Fauzi?”, tanya Nadirah.


“Hmm untuk kelapa yang jiran bagi”, jawab Fauzi.


“Dah berapa bulan ya kau ajar Danny kak?”, tanya Fauzi secara tiba-tiba.


“Danny? Ohh 5bulan lebih jugalah”, jawab Nadirah tersenyum.


“Kak… kau jangan bagi harapan dekat dia”, kata Fauzi.


Nadirah mengerutkan kening, “harapan apa?”.


“Tak adalah…akak layan dia baik semacam. Bukan apa… Fauzi rasa Danny syok dekat akak”.


Nadirah membulatkan mata, “kenapa Fauzi rasa macam tu?! Mestilah Danny rasa hormat saja kepada akak… Akak ni lebih berusia daripada dia kot”.


“Fauzi pernahlalui zaman Danny… Fauzi tahulah. Fauzi tak nak akak jadi perempuan yang permainkan perasaan lelaki muda”, terang Fauzi sambil mengasah lagi parang yang lain.


“Hah?! Fauzi pernah kena ke?”, Nadirah menjadi tertanya-tanya.


Fauzi terdiam.Kenangan silam terimbau.


“Takdalah… tapi hmm apa-apa sajalah”, Fauzi menggeleng.


**


Memandangkan Nadirah sudah menjadi tenaga pengajar kepada Daniel, dia juga meluangkan masa cutinya untuk mengajar remaja itu.


“Topik-topik untuk section C, paling berpeluang untuk skor. Question triangle,probability and index usually not as hard as other sections. Just simple HOTS question”, Nadirah kembali mengingatkan.


Daniel mengangguk.


Daniel semakin selesa dengan Nadirah. Perasaannya kepada wanita itu semakin jelas. Mak Esah,mak Daniel juga sudah mengenali Nadirah. Keluarga Nadirah juga mengenali Daniel memandangkan Daniel diajar oleh Nadirah. Nadirah juga melayannya dengan baik sehingga dia juga tertanya-tanya, adakah Nadirah mempunyai perasaan yang sama?


Maklumlah,lelaki cepat perasan.


“Kak Nad… Kak Nad nampak lawa hari ini”, puji Daniel.


“Ooh hahah terima kasih…”, Nadirah hanya tersenyum.


Memandangkan sesi pembelajaran mereka sudah habis, Nadirah singgah di restoran berdekatan untuk mengisi perut mereka. Nadirah memang tidak lokek dalam bab membelanja.


“Kak Nad… Danny nak pergi toilet dulu”, pinta Daniel.


“Okay”, senyum Nadirah.


Nadirah memerhatikan Daniel. Nadirah tersenyum kecil.


He is an obedient boy… Macam manalah kalau dia dah dewasa nanti?’.


Nadirah mengeluh dan kembali memerhatikan sekeliling. Matanya tiba-tiba tertancap pada sepasang mata. Pantas Nadirah melarikan pandangan.


“Aduh… apa Farid buat dekat sini?!”.


Farid terkejut,matanya juga tertancap pada sepasang mata yang sangat dikenalinya. Farid tersenyum sinis.


“Excuse me…”,kata Farid kepada wanita di hadapannya memandangkan Farid sedang makan bersama wanita itu.


“Okay”, wanita itu hanya mengangguk dan sambung makan.


Farid menghampiri Nadirah yang kelihatannya cuba untuk menghindarinya. Farid ketawa kecil.


“Oh tengok siapa dekat sini…”, kata Farid.


Nadirah mengangkat mukanya memandang Farid dengan senyuman terpaksa, ‘aduh…’.


“seorang saja?... Oh maaf, lupa pula kena tinggal dengan bf . Yus nama dia kan?”,  kata Farid.


Nadirah terdiam.Dia merenung mata Farid lama. Farid tidak sedar yang dia sudah menyentuh isu peribadi Nadirah. Ingin sahaja Nadirah mencurahkan air minumannya ke muka Farid tetapi apakan daya, Farid merupakan superior nya.


Daniel yang barukeluar dari tandas segera ke arah Nadirah apabila melihat ada lelaki lain disitu.


Kehadiran Daniel menarik perhatian Farid. Mulutnya lancang berbicara tanpa berfikir, “wah siapa ni? Patutlah tak stres dekat pejabat… luar waktu office ada date dengan gigolo?”.


Daniel mengerutkan keningnya, ‘apahal mamat ni?!’.


Daniel membulatkan matanya, ‘pakwe Kak Nad ke?! Alamak...’.


“Emm semua nisalah faham bang… saya bukan gigolo. Saya cuma…”, Daniel cuba untuk menerangkan namun dicelah Nadirah.


“Dia kekasih baru saya… Encik Farid ada apa-apa masalah ke?”, Nadirah masih senyum kepada Farid.


Daniel membulatkan matanya.


“Hmmph memang terdesak untuk taste muda ke?”, Farid memerli.


“Haha… saya memang suka lelaki muda ni, tapi kan Encik Farid… hal peribadi saya ada kena mengena dengan keuntungan syarikat ke? Ada termasuk dalam perbelanjaan syarikat ke? Terima kasih sebab ambil berat pasal saya tapi cara Encik Farid ni tak profesional langsung. Saya tak tahu saya buat salah apa dekat Encik Farid… tapi saya minta maaf jugalah kalau ada. Saya cuba berbuat baik dekat encik… tapi kalau perangai encik buruk macam ni… you make me lost respect towards you”,kata Nadirah dengan senyuman.


Farid terdiam. Kemudian, dia tersenyum, “wahh… Nadirah…”, belum habis Farid berbicara, Nadirah memotong.


“Kita di luar waktu pejabat ya… sila malu dengan diri sendiri”, senyum Nadirah lagi memandang Farid.


Farid mengerutkan kening dan masih berdiri di situ.


“Boleh pergi dari sini? Saya nak luangkan masa bersama kekasih saya ni…”, senyum Nadirah lagi.


Wajah Daniel merah. Dia tersipu malu. Daniel cuba untuk menahan senyuman.


Pertikaman lidah antara Farid dan Nadirah sedikit menarik perhatian orang di sekitar mereka.Apabila menyedarkan hal itu, Farid langsung beredar. Namun, ketidakpuashatian jelas terpancar di wajah Farid.


Daniel yang menyaksikan berfikir, ‘wah… masalah tempat kerja nampak berat’.


Nadirah yang acah-acah sedang minum sambil tersenyum sempat mencuri pandang Farid. Setelah Farid hilang dari pandangannya, Nadirah melepaskan nafasnya.


“Fuhh!... Ya Allah… mak aih! Hahh! Hehh! Heeeh!”, Nadirah terasa satu bebannya terlepas. Nadirah juga menarik nafas berkali-kali. Daniel yang melihat ketawa.


Nadirah tersedar dengan kewujudan Daniel di hadapannya. Nadirah menggaru kepalanya yang tidak gatal.


“Aduh… malunya Kak Nad”, kata Nadirah kepada Daniel. Nadirah berasa malu kerana Daniel harus menyaksikan masalah kerjanya.


“Emm tak apa…saya pun rasa apa yang Kak Nad rasa. Patutlah selama ni perasaan saya terhadap Kak Nad kuat. Rupanya saya tak bertepuk sebelah tangan. Emm… saya tak main-main tau. Perasaan saya dekat Kak Nad serius”, luah Daniel dengan tersipu malu.


Nadirah mengerutkan dahi, ‘alamak… Daniel salah faham ke apa ni?’.


**

Nadirah mengurut dahinya. Wajahnya resah.


“Seriuslah! Anak jiran kau kata macam tu?!”, terkejut Liza apabila mendengar cerita Nadirah.


“Iya Za… aduh!Beban beban”, luah Nadirah.


“Selepas itu kau cakap apa bila Danny cakap macam tu?”, tanya Liza.


“Aku tergamam weyh… aku nak reject pun fikir dua tiga kali… yalah dia balik dengan aku. Kalau aku reject dia masa tu tak pasal-pasal dia nak balik naik bas”.


“Hishh… macam mana si Danny ni boleh salah anggap? Jangan-jangan dia memang syok gila dekat kau… Perghh sinful woman”, sengih Liza.


“Tak tahu weyh…aku cakap malu tu maksudnya sebab dia terpaksa witness hal aku dengan Farid. Tapi dia salah anggap… dia rasa aku malu sebab aku kata dia kekasih aku…Alaaah!”.


“Hahahha… there is going to be a new chapter in your life Nad…”, sengih Liza.


new chapter apanya?!...”.


“Aku rasa kau ada dua pilihan. Pertama kau follow the flow saja… yalah aku rasa kau cinta monyet je untuk dia. Si Danny tu tak mampu buat apa-apa pun untuk kau. Kedua,kau minta maaf dan terus terang. Tapi cara itu mungkin akan meninggalkan parutlah. Kena hati-hati cakap, salah gaya cakap… tak pasal-pasal budak tu down.Dahlah dia nak periksa”, nasihat Liza.


“Macam susah saja dua-dua…”, Nadirah berwajah masam.


**

“Kau dengan Kak Nad memang serius suka sama suka?!”, Amar teruja. Wan juga berminat untuk mendengar.


Daniel tersenyum mengangguk.


“ Untunglah!...Kau ada makwe dulu daripada aku… Hmm, padahal aku yang bersungguh-sungguh nak cari makwe kot”, keluh Rais.


Wan sekali lagi menepuk songkok Rais seraya berkata, “taktik kau nak mengurat tu yang salah…Ramai perempuan takut dengan kau tahu tak?”.


Rais tersengih,“hehe…”. Amar dan Daniel ketawa apabila songkok Rais tergerak ke hadapan hingga menutup mata kerana kesan dari tepukan Wan.


“Apa-apapun Danny… sampai bila kau dengan Kak Nad nak macam ni? Maksud aku… kau cuma budak sekolah saja. Kak Nad tu wanita bekerja. Bila-bila masa saja lelaki yang lebih berjaya boleh ambil dia”, tanya Rais.


Daniel terdiam.Dahinya berkerut. Dia mula teringat lelaki yang menumpangkan Nadirah pulang pada waktu malam. Dia juga teringat kepada lelaki yang bernama Farid itu.


“Habis itu macam mana? Aku cuma budak sekolah… mana boleh buat apa-apa?”.


“Hmm kalau perasaan Kak Nad kepada kau serius… mesti dia boleh tunggu punya”, kata Amar.


“Betul tu… tapi aku rasa kau boleh saja buat sesuatu”, Wan kelihatan berfikir.


Semua memandang Wan menanti jawapan.


“Kau ikat dengan tali pertunangan… kalau Kak Nad tolak, itu maksudnya dia mempermainkan kau saja”, beritahu Wan lagi.


Daniel berkerut sambil berfikir, ‘wah… susah ni tapi…’.


**

Mak Esah tersenyum apabila guru kelas Daniel memuji prestasi Daniel di kelas yang makin membaik. Mak Esah melakukan kerja dapur dengan senang hati memandangkan anak lelakinya semakin baik prestasinya.


“Assalamualaikum…”,Daniel langsung masuk ke dalam rumah.


“Daniel… mak dah dengar prestasi kamu dari cikgu. Mak bangga dengan kamu…”, senyum ibunya.


Daniel hanya tersenyum. Namun, kesedihan turut pamer di wajah Daniel.


“Kenapa ni?Prestasi dah baik tapi muka masam… ada apa-apa ke?”, tanya Mak Esah.

Daniel menggeleng.


“Hmm macam inilah… kamu nak apa? Hadiah ke atau kamu nak makan apa-apa ke? Insyaallah mak boleh buat”, Mak Esah cuba menceriakan hati anak lelakinya.


Daniel memandang ibunya. Mak Esah dapat melihat sinaran dari mata anaknya yang amat mengharapkan sesuatu.


“Kalau Danny minta ni mak boleh buatkan?”,Daniel berwajah sedih.


“Mestilah boleh!”, jawab Mak Esah bersungguh-sungguh.


“Mak… Danny nak mak pinangkan Kak Nad untuk Danny”,wajah sedih Daniel masih tidak lekang.


Mak Esah terdiam.Dahinya berkerut.

‘Betul ke permintaan anak aku ni?’.

‘Aku salah dengar ke?’.


Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.