Home Novel Komedi/Romantik Komedi Encik Tunang 17 Tahun (COMPLETE)
Bab 8

BAB 8: Tunang Orang

Nadirah di tandas tempat kerjanya. Baru sahaja hendak membasuh tangan di singki, matanya terpandang pada cincin tunang di jarinya. Nadirah mula terkenang. Sudah berbulan mereka bertunang. Daniel juga sedang menduduki SPM. Sekejap sungguh masa berlalu.


**                               


“Jangan berangan sangat ingat tunang… tunggu habis last paper dulu”, kata Wan.


“Mana ada aku berangan… diam-diamlah Wan. Nanti orang dengar!”, Daniel takut-takut.


“Hahhaha ni yang aku suka nak usik”, kata Amar pula.


Rais pula menggosok kepala Daniel, “Heee jealous nya aku dengan budak ni!!!”.


Amar dan Wan ketawa melihat gelagat rakan mereka.


“Aku sekarang ni nak berusaha sebaik mungkin untuk SPM ni… aku nak banggakan mak aku!”, kata Daniel dengan bersungguh-sungguh.


“Tunang?”, tanya Amar.


“Dia nanti dulu…aku nak fokus periksa ni habis. Lepastu…”, Daniel tiba-tiba tersengih. Tapi Daniel cuba untuk menahan sengihannya.


“Lepas itu apa?!”,kasar Rais.


“Apa?... Mana ada apa-apa”, Daniel mengerutkan dahinya.


Amar dan Wan masih ketawa.


Rais sekali lagi menggosok kepala Daniel seraya berkata, “heee! Jangan buat aku jealous boleh tak?!!”.

Ketawa Amar dan Wan makin galak.


**

Daniel dan Nadirah menjalankan kehidupan masing-masing seperti biasa. Setelah selesai menduduki SPM, Daniel sibuk dengan kerja sambilannya. Daniel bekerja sebagai juruwang disebuah pasaraya. Dia juga mengikut Rais dan Wan pergi membantu kenalan Wan berniaga di pasar malam. Nadirah pula semakin jarang pulang ke rumah. Sejak akhir-akhir ini Nadirah sering mendapat tugasan outstation. Kebetulan Nadirah outstation di Krabi 3 bulan.


“Assalamualaikum mak…”, Daniel memasuki rumahnya.


“Waalaikumsalam Danny.Meh sini makan petang dengan mak”, ajak Mak Esah.


“Danny sibuklah mak… lepas solat Asar Danny nak ikut Rais buat kerja tambahan”, beritahu Daniel.


“Kamu tak boleh macam tu… Nadirah beritahu mak yang kamu kena berehat juga. Jangan paksa diri. Nadirah suruh kamu luangkan masa lebih dengan mak”, Mak Esah mencebik.


“Hah?! Nadirah telefon mak?”, teruja Daniel mendengar. Langsung dia duduk di meja makan bersama maknya. Mak Esah tersenyum.


“Ya... Dia tanya khabar mak dan kamu”.


“Kenapa dia telefon mak? Kenapa dia tak direct call Danny?”, Daniel sedikit hampa.


“Eh eh budak ni!... Kamu mengganggu pekerjaan dia je nanti”, Mak Esah mencebik.


Daniel hanya menggaru kepala. Dia berfikir mengapa Nadirah tidak menelefonnya.Walaubagaimanapun, perasaannya sedikit lega mendengar khabar tentang Nadirah melalui ibunya.


“Nadirah tu dekat Krabi 3 bulan… ikut company dia”, kata Mak Esah lagi.


“Hmm rasa macam 3 tahun…”, perlahan suara Daniel.


“Apa?”, Mak Esah seakan dengar sesuatu.


“Heheh tiada apa-apa”, sengih Daniel.


**

Nadirah hanya memerhati beberapa pasangan pelancong di hadapannya.


‘Kamu dah telefon tunang kamu?’, pertanyaan Puan Kiah kepadanya terimbau.


Nadirah langsung berbuat demikian. Dia tidak terasa hendak menelefon tunangnya. Jadi dia hanya menelefon Mak Esah bagi memenuhi kehendak ibunya.


Jiwanya tiada perasaan cinta. Dia hanya mengikut sahaja apa yang terjadi.


Kemesraan pasangan pelancong membuatkan Nadirah tersenyum kecil.


“Kenapa aku tak boleh bercinta macam orang normal yang lain?”, Nadirah masih tersenyum sedih.


**


Beberapa bulan sudahpun berlalu, keputusan SPM akan diumumkan esok. Daniel agak berdebar namun hal Nadirah juga membuatkan dia risau. Daniel agak kecil hati memandangkan Nadirah tidak pernah menelefonnya. Hanya satu kali sahaja Nadirah telefon,itupun melalui maknya. Dia juga pernah cuba untuk menghubungi Nadirah tetapi, selalu tak diangkat. Walaubagaimanapun, dia cuba untuk tidak menunjukkan kesedihannya.


Pada malamnya,Daniel mengikuti maknya solat sunat malam bersama-sama. Setelah selesai berdoa,dia bersalaman dengan maknya.


“Mak… apa-apayang terjadi esok. Danny nak minta maaf atas salah silap Danny”, Daniel mencium tangan maknya.

“Daniel memang nakal tapi tak pernah berkasar dengan mak. Apa-apa yang terjadi esok adalah di atas diri kamu. Kamu yang akan merasa apa yang kamu telah buat. Mak sentiasa doakan yang terbaik untuk kamu. Apa-apa keputusan sekalipun, kamu kena terima dengan hati yang ikhlas”, maknya menggosok kepala anaknya.


Daniel teringat Nadirah. Nadirah tidak pernah menghubunginya, tetapi maknya sentiasa berada disampingnya dan tidak putus mendoakan kesejahteraannya. Walau secinta manapun dirinya kepada Nadirah, hubungan tunang itu boleh terputus. Namun, hubungan darah dirinya dan maknya dibawa sampai ke syurga. Betullah, syurga seorang lelaki itu adalah ibu mereka.


“Mak… Danny minta maaf! Terima kasih selalu kejutkan Danny subuh. Selalu ingatkan Danny pergi solat Jumaat awal. Terima kasih selalu ajak Danny solat sama-sama dengan mak…”,Daniel mula mengesat air mata lalu memeluk maknya. Mak Esah tersenyum dan hanya mengusap kepala anak lelakinya itu.


**


“Assalamualaikum kak?”, Fauzi menelefon Nadirah.


“Ya Fauzi… manadapat nombor baru akak?”.


“Kak Liza bagi…”, jawab Fauzi.


“Ohh kakak baru saja call ayah semalam. Ingatkan Fauzi dapat nombor dari ayah?”.


“Taklah…”.


“Fauzi sihat?”,tanya Nadirah.


“Sihat… kakak dah telefon Danny?”.


Nadirah terdiam.


“Kakak wish dia untuk SPM tak?”.


“Ohh belum lagi…bila ya keputusan SPM?”.


“Kakak?!!!”,Fauzi bertegas.


“Kenapa?!”,Nadirah cemas.


“Keputusan SPM dah keluar semalam dah. Sampai hati kakak tak wish dekat tunang sendiri! Kalau tak kisah pasal Danny pun… kesianlah dekat Mak Esah. Sampai hati kau buat macam tu dekat anak lelaki dia kak! Kau tahu dia kerja lebih untuk kumpul duitkan?”, bebel Fauzi.


‘Tak ada siapa suruh dia kumpul duit kahwin pun…’, Nadirah mengeluh. Walaupun begitu, Nadirah rasa bersalah kepada Daniel.


“Alaa… okay kakak akan telefon dia… tapi kakak tak ada nombor dia. Nombor dia ada dekat telefon yang rosak tu”.

“Hmm yelah yelah nanti Fauzi forward kan nombor mereka dekat akak…”.


“Okay Fauzi”.


“Lagi satu kak!Akak kena bagi pujian dekat Danny sepuji-pujinya!”.


“Kenapa?”.


“Danny dapat 7A…antaranya matematik dan addmath juga”.


Nadirah menekup mulutnya, “Serius?!”.


“Ya kak!”


Nadirah tersenyum gembira serta-merta. Dia turut gembira untuk kejayaan Daniel. Dia mula memasang semangat untuk memberi perhatian lebih kepada Daniel.



Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.