Home Novel Komedi/Romantik Komedi Encik Tunang 17 Tahun (COMPLETE)
Bab 3

BAB 3: Gelora jiwa


“Lin tu macam syok dekat kau…”, sengih Rais menyenggol lengan Daniel.


“Taklah… dia syok dekat kau kot”, Daniel malas hendak nelayan Rais.


“Eh eh… aku cakap dia syok dekat kau, kau cakap aku pula”.


“Alaa… kalau betul dia syok dekat aku sekalipun. Aku tak nak lah bekas-bekas orang ni…dahlah Lin tu baru break dengan budak hot kelas sebelah. Malas aku dengan hubungan-hubungan complicated ni”.


“Amboi kau Danny! Kalau Lin dengar ni, kecil hati dia…”.


“Habis tu… dah aku pun memang tak minat dia”.


“Kau takda minat budak kelas lain ke?”, tanya Rais.


“Kalau ada mestilah aku beritahu kau…”, jawab Daniel.


Rais teringat,“ohh… atau kau masih lagi crush dekat jiran kau tu… Kak Nad kan?”.


Daniel berhenti menulis. Dia terdiam.


“Ohhhh huhuhu”,sengihan Rais makin melebar.


“Apa?”, Daniel turut tersenyum sedikit demi sedikit.


“Kau memang suka akak tu ke? Aku ingatkan kau main-main”.


“Hmm…”, Daniel hanya mengiakan.


“Kau punya citarasa memang perempuan lebih berusia ke apa?”, Rais pelik.


“Aku tak tahulah… Kalau Kak Nad tu lebih muda daripada aku sekalipun, aku rasa aku akan syok dekat dia juga…”, jawab Daniel.


“Wah wah… nampaklah yang kau memang suka Kak Nad tu, tapi kan dia mestilah banyak exboyfriend. Kau cakap taknak bekas orang…”.


“Tadi lain… Kak Nad lain… Itu namanya pengalaman. Maksud aku, aku suka perempuan yang banyak pengalaman”, Daniel memutarbelitkan fakta.


“Macam sama saja… pengalaman my ass”, kata Rais perlahan.


“Apa kau cakap?!”, Daniel berkerut.


“Hahahaha”, Rais ketawa melihat gaya Daniel.


**


“Yus… Yus tipu Nad. Yus kata Yus kumpul duit untuk beli cincin tunang, tapi Yus kahwin dengan orang lain?!”, Nadirah bengang apabila dia kebetulan bertembung Yus dan isterinya.


“Nad… saya minta maaf sangat-sangat. Keluarga saya dah aturkan semuanya”, Yus mengerutkan keningnya bernada serius.


“Heh… atau kau yang tak beritahu family kau?!”, marah Nadirah.


Yus terdiam dan tunduk ke bawah. Pegangan tangan isterinya juga dieratkan. Nadirah naik meluat melihat dua mempelai di hadapannya. Inai merah di tangan mereka juga makin menyakitkan hati Nadirah.


Nadirah mengeluh sekerasnya, “Yus… kalau Yus nak kahwin dengan orang lain, cakap awal-awal dekat Nad. Jangan buat perempuan lain tertunggu-tunggu… kalau Nad tahu Yus nak kahwin dengan orang lain, baik Nad cari lelaki lain dari dulu… tak payah nak tunggu Yus. Yus memalukan keluarga Nad tahu tak!”.


“Dan awak…”,kata Nadirah kepada isteri Yus pula.


“Kalau benda macam ni jadi dekat anak perempuan awak macam mana?”.


Nadirah langsung beredar pergi. Yus dan isterinya juga hanya diam menunduk.


Liza datang kepada Nadirah di mejanya sewaktu rehat, “kenapa?”.


“Aku terserempak dengan Yus dan bini dia…”.


Liza membulatkan matanya, “biar betul! Lepastu macam mana?”.


“Aku sound sikitlah diorang”.


“Wahh, kau tak nampak sedih sangat… kalau orang lain dah nangis-nangis kot”, kata Liza.


Nadirah mengeluh, “entahlah, sebenarnya aku sedih dan sakit hati sangat-sangat masa aku dengar pasal Yus kahwin tu… tapi bila fikir dari sudut positifnya… baguslah dia buat hal sebelum kahwin. Kalau dah kahwin buat hal lagi susah”.


“Lagipun… aku baru 22 tahun. Setakat lelaki macam Yus tu, ramai lagi lelaki lain yang aku belum jumpa”, kata Nadirah lagi.


Liza hanya mendengar.


“Sebenarnya Liza… rupa-rupanya Yus berkenalan dengan ramai sangat perempuan belakang aku selama ini. Selepas itu, antara perempuan-perempuan tu termasuk aku… dia pilih yang mana sesuai untuk jadi isteri dia”.


“Mak aih…kiranya yang dia kahwin sekarang ni lah yang kononnya dia pilih?”, tanya Liza.


“Yalah agaknya…”.


“Mana kau tahu?”, tanya Liza.


“Sebelum ni aku ada terjumpa salah seorang perempuan yang berkenalan dengan Yus. Dia pun sama situasi dengan aku, dialah cerita”.


“Ada orang macam tu ya?... Apa dia ingat ini rancangan mencari jodoh ke apa?”, Liza bersuara.


“Tulah… walaupun niat dia nak mencari isteri, tapi cara dia ni salah. Dia dah bagi harapan dekat ramai perempuan. Sepatutnya, dia perlu berterus-terang dengan semua perempuan yang dia mengurat sebelum dia kahwin”.


“Jadi sekarang kau macam mana?”,tanya Liza.


“Aku single lah hahaha hmmm”, Nadirah cuba menghiburkan hati sendiri.


“Tak apalah Nad.Aku yakin tuhan akan pertemukan kau dengan orang yang lebih baik dari Yus”,kata Liza.


**

“Daniel… aku ada tengok keputusan kuiz matematik kau tadi…”, sampuk Wan.


“Kau dapat C!”,kata Wan lagi tercungap-cungap.


Daniel membulatkan matanya, “biar betul Wan? Mana kau tahu?”.


“Tadi aku tolong cikgu bawa kertas math dan nampak markah kau”.


Daniel tersenyum gembira. Namun, tiba-tiba dia bermasam muka.


“Lahh kenapa?Patutnya kau gembira”, tanya Wan.


“Entahlah Wan…buat masa sekarang sahaja yang aku boleh gembira. Waktu SPM sebenar? Aku tak rasa aku boleh buat”.


“Ke situ pula…”,Wan mengangkat kening.


“Aku rasa macam nak drop subjek ni lah…”.


“Kau jangan…”,nasihat Wan.

“Aku memang tak minat subjek kira-kira oh sebenarnya… Aku rasa terpaksa sangat…”, luah Daniel.

“Daniel…”, kata Wan pula. Wan risau melihat keadaan rakannya yang seakan putus harapan.


**

Sesudah pulang dari kerja, Nadirah terlihat Mak Esah di tangga dan Nadirah tergerak hati untuk bertanya tentang Daniel memandangkan dia mengajar Daniel subjek kira-kira sudah hampir 2 bulan.


“Macam mana Mak Esah perkembangan Danny?”, tanya Nadirah.


“Risaulah… Danny kata dia macam tak boleh. Ada ke patut Danny kata dia nak drop subjek matematik dengan matematik tambahan?”, luah Mak Esah.


“Tak boleh macam tu… subjek matematik sangat penting. Itu subjek wajib lulus. Kalau tak ambil subjek matematik… mana-mana tempat kerja pun tak nak ambil kita. Matematik tambahan pun penting… sebab nak masuk matrikulasi kena ada matematik tambahan. Cukup-cukup lulus pun jadilah”, Nadirah turut risau.


“Kenapa Mak Esah…markah dia makin menurun ke?”, tanya Nadirah lagi.


“Tak juga… cikgu kata markah dia menaik sikit dari sebelumnya. Cikgu kata, mungkin Danny target terlalu tinggi. Bila tak dapat, dia rasa kecewa dan nak drop…”.


“Mengada-ngada anak jantan seorang tu”, kata Mak Esah lagi.


Nadirah tersengih melihat Mak Esah lalu berkata lagi, “esok Danny ada lagi kelas dengan saya kan… saya akan cuba nasihat dia”.


“Ohh esok dia tak ada”.


“Danny ada apa-apa ke?”.


“Haah… Danny ada bengkel matematik tambahan dekat sekolah. Semua pelajar tingkatan 5 terlibat”, beritahu Mak Esah.


“Ohh…”, Nadirah hanya mengangguk.


Pada Sabtu esoknya, Daniel kelihatan sedang bergembira bersama Rais di Suria KLCC. Mereka makan di restoran makanan segera, membeli sedikit barang dan mencuci mata juga melihat barang-barang yang menarik. Mereka turut menonton wayang memandangkan Rais mendapat promosi potongan tiket separuh harga.


Nadirah di Kinokuniya Bookstore mencari bahan bacaan yang boleh mengisi masa lapangnya. Dia turut singgah di kafe kedai buku berkenaan. Setelah keluar dari kedai buku itu, dia berjalan-jalan di sekitar pasaraya itu.


“Tengok tu…anggun je perempuan tu jalan”, bisik Rais apabila melihat seorang wanita dihadapan mereka. Tiba-tiba sekeping kad kepunyaan wanita itu terjatuh. Rais dan Daniel terkejut.


“Weyh… tengok kad apa tu?”, tanya Daniel. Mereka berdua melihat kad itu dan mendapati ianyakad bank.


“Kena pulangkan Rais!”, Daniel bergegas ke arah wanita itu.


“Nanti Danny nanti…”, kata Rais pula.


“Lah… kenapa?”, Daniel menjadi bingung.


“Kitakan lelaki... kena pulangkan dengan cara gentleman…”, Rais membuat gaya.


Daniel mengurut dahinya, “alaa stail apa pula kau ni?!”.


“Tengok aku…”,Rais mengambil kad itu dan pergi mendapatkan wanita di hadapan mereka.


“Cik kak…”,tegur Rais.


“Ahh ya saya…”.


“Awak ada terjatuh sesuatu lah…”, kata Rais.


“Ohh yeke?!”,dia membelek dompetnya dan mendapati dompetnya tidak dizip sepenuhnya.


“Awak terjatuhkan hati awak…”, kata Rais dengan penuh gaya.


“Hah?!”, Nadirah mengangkat kening sebelahnya. Apabila diperhati lelaki di hadapannya, dia merasa seakan pernah melihat wajah itu. Tapi di mana?


“Sebenarnya cik terjatuhkan kad bank ni…”, sampuk Daniel pula.


“Danny?”, kata Nadirah apabila Daniel tiba-tiba mencelah.


Daniel tergamam.


“Ahh by the way… terima kasih”, Nadirah mengambil kad yang dihulur Daniel.


“Wahhh kebetulan apakah ini? Hihihi”, Rais ketawa sendiri. Daniel merenung tajam ke arah Rais.


“Bukan kamu berdua sepatutnya ada seminar kira-kira ke harini dekat sekolah? Macam mana boleh ada dekat sini?”, tanya Nadirah apabila hal yang disembangkan bersama Mak Esah terlintas di fikiran.


Rais dan Daniel berpandangan antara satu sama lain. Masing-masing mengerutkan kening.

Perjumpaan mengejut antara Nadirah, Daniel dan Rais masih lagi berlanjutan di sebuah kafe di pasaraya besar itu.


Order order…Kak Nad belanja”, kata Nadirah.


Rais dan Daniel rasa bersalah. Mereka hanya menunduk. Mereka sedar kesalahan mereka ponteng kelas tambahan anjuran sekolah.


“Saya nak limau ais dan mee kari…”, pesan Nadirah kepada pelayan lelaki itu.


“Bang?”, tanya pelayan lelaki itu kepada Daniel dan Rais. Daniel masih lagi menunduk.


“Saya nak milo ais dan nasi goreng cina”, pesan Rais teragak-agak.


“Takpa Kak Nad belanja”, senyum Nadirah kepada Daniel.


Apabila diminta begitu, Daniel juga teragak-agak untuk memesan.


“Saya sama macam dia…”, kata Daniel kepada pelayan itu sambil menunjuk ke arah Rais.


Pelayan itu mengangguk lalu beredar.


“Maaflah Kak Nad menyibuk… tapi kenapa tak datang sekolah hari ini?”, tanya Nadirah kepada kedua-duanya.


Kedua-duanya diam.


“Tak… akak saja tanya. Bukannya nak marah”, sengih Nadirah. Nadirah berhati-hati dalam tutur bicaranya memandangkan remaja zaman sekarang sudah lain. Jika salah gaya, mahu remaja di hadapannya ini memberontak.


“Saya tak daftar program sekolah tu”, tipu Rais.


“Saya… saya dah tak boleh ikut serta anjuran tu. Saya terpaksalah Kak Nad. Kalau saya datangpun, nanti saya tidur sahaja”, Daniel menunduk.


Nadirah mengeluh.


“Akak pernah lalui zaman kamu ni, dan subjek yang akak tak suka ekonomi asas… tapi akak cuba sedaya upaya akak bila akak teringatkan ibubapa. Akak bukannya dapat A pun masa SPM untuk subjek tu, tapi kira okay lah… dari gagal dan D setiap ujian…masa SPM akak dapatlah juga B. Tuhan itu sentiasa ada… dia tengok usaha kita. Jangan pernah rasa kejayaan kita dari kita sendiri. Kejayaan itu Allah yang bagi, tapi jika kita usaha dan tak capai target, Percayalah… sesungguhnya tuhan tu tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba dia”, Nadirah cuba menasihati remaja dihadapannya.


Rais dan Daniel hanya mengangguk.


“Kak Nad percaya Rais dan Daniel boleh buat yang terbaik… jangan putus asa. Kalau ada seminar disekolah lagi lepas ni… cuba buka fikiran untuk hadir ke seminar tu. Kalau kamu tertidur pun tak apalah. Sekurang-kurangnya kamu di tempat orang yang menuntut ilmu. Hasil belajar kamu ni bukan untuk ibubapa pun, tapi untuk diri kamu sendiri”.


“Rais dan Daniel masih muda, muda belia orang kata. Kalau hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”.


“Baik Kak Nad”,angguk Rais dan Daniel.


Nadirah tersenyum. Sekurang-kurangnya Rais dan Daniel mendengar apa yang dikatakannya dan mereka tidaklah memberontak. 

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.