Home Novel Komedi/Romantik Komedi Encik Tunang 17 Tahun (COMPLETE)
Bab 71

BAB 71: Nad Bersalin!


               Selepas perkahwinan Fauzi dan Laila berlangsung, beberapa bulan berlalu dengan pantas. Tahun itu adalah tahun pertama buat Daniel dan Nadirah tidak membuat persiapan raya. Persiapan raya yang menjadi kebiasaan itu diganti dengan persiapan menyambut kelahiran bayi mereka. Baju-baju bayi serta beberapa barang bayi sudah siap dibeli. Nadirah kelihatannya sedang mengemas pakaian-pakaian bayi yang hendak dibawa ke hospital bersama ibu dan mak mertuanya. Daniel pula memeriksa kereta agar perjalanan esok menjadi lancar. Setelah selesai memeriksa kereta, Daniel naik ke biliknya untuk memeriksa keadaan isterinya. Daniel dapat melihat Nadirah sibuk mengemas. Daniel menghampiri Mak Esah lalu berbisik.


               “Mak nak tanya sikit…”.


               “Tanya apa?”.


               “Danny kena buat apa eh waktu-waktu macam ni? Nad nak due dah… Danny pula terasa nervous nya”.


               “Kamu nak buat apa? Kamu tak payah buat apa-apa. Bukan kamu yang nak bersalin. Kalau kamu yang tak bersalinpun nervous… inikan pula maknya”, kata Mak Esah sambil memandang Nadirah. Daniel melihat Nadirah juga.


               “Dulu arwah ayah macam mana? Masa mak bersalin dulu…”.


               “Dulu lain… sekarang lain. Sekarang lagi senang. Teman je isteri kamu ke hospital. Pimpin dia dan bawa barang-barang semua. Kalau boleh minta dekat doktor yang kamu nak teman isteri kamu… kalau boleh lah. Doakan isteri kamu supaya mudah bersalin. Kamu kena banyak berdoa kepada Allah masa itu. Masa nak bersalin tu, usap-usaplah kepala isteri kamu dan beri kata-kata semangat. Mak dan ibu tak boleh ikut kamu waktu nak bersalin. Lepas bersalin baru kami boleh datang”.


               “Baik mak”, risau sahaja wajah Daniel.


               “Mak… kalau anak lelaki azan telinga kanan kan?”, tanya Daniel sambil membuat gaya ala-ala hendak azan.


               “Ya ya… Allah… Nervous teruk kamu ni kalah maknya. Macam kamu pula yang nak beranak”, kata Mak Esah.


               Daniel tersedar akan dirinya yang terlebih-lebih lalu tersengih sambil mengangguk, “ya mak”.


**

               Jika diikut tarikh yang diberi doktor itu hari ini, namun alhamdulillah Nadirah tidak rasa sebarang kompilasi. Perjalanan mereka ke hospital juga lancar sahaja. Mereka memberikan surat doktor dan Nadirah sudah mula dimasukkan ke dalam wad bersalin untuk menunggu waktu pecah ketuban.


               Daniel menunggu di luar sambil menjaga barang-barang. Dia juga menelefon Sarah jikalau Sarah boleh hadir ke hospital bagi menemaninya. Beberapa jam menunggu Sarah hadir bersama Mak Esah.


               “Belum lagi ya?”.


               “Belum lagi mak… Kejap Daniel pergi tengok”, jawab Daniel lalu pergi lebih mendekati satu pintu yang menuju ke dalam wad bersalin.


               Saat mendekati, seorang doktor keluar.


               “Ini suami siapa? Puan Nurul Nadirah ke?”, tanya doktor itu.


               “Ya saya!”, laju Daniel menjawab.


               “Boleh masuk cepat ya encik…”,ajak doktor itu.


               Sarah dan Mak Esah dari jauh dapat melihat Daniel masuk ke dalam sebuah bilik. Mereka dapat mengangak yang Nadirah hendak bersalin.


               Saat Daniel masuk, dia dapat melihat Nadirah sedang meneran. Pantas Daniel pergi di sisi isterinya sambil memberi semangat.


               “Teran lagi sayang… awak kuat. Boleh sikit lagi”.


               Nadirah yang sedang meneran, terkenangkan waktu beberapa minit yang lalu. Saat dia baring, dia tidak rasa apa-apa. Sewaktu mengandung beberapa bulan lepas lebih sakit jika nak dibandingkan dengan kandungan di hujung-hujung hendak bersalin. Kadangkala dia sudah lupa bagaimana rasa perutnya terasa sakit sebelum ini. Saat leka memikirkan keadaan lalu, mata Nadirah terbeliak. Dia sudah dapat merasakan sakit yang amat sangat menyerangnya secara tiba-tiba.


               ‘Waktu dah sampai ke? Itulah berlagak lagi!’, fikir Nadirah.


               “Nurse!!! Nurse!!!”, Nadirah cuba memanggil mengikut kudratnya.


               “Nurse!!”, panggil Nadirah lagi saat merasakan ada cairan yang keluar dari alat sulitnya.


               Jururawat yang sedar akan hal itu pantas bertindak sehinggalah ke keadaan ini.


               “ARRGHHHH HA HA HA”, Nadirah cuba meneran. Sungguh dia merasakan kesakitan yang amat sangat, yang tidak pernah dirasakan sebelum ini.


               “Boleh puan… Kepalanya dah ada ni…”, kata seorang jururawat.


               Saat mendengar kata-kata sebegitu, Nadirah memaksa dirinya lagi untuk meneran. Kata-kata jururawat itu membuatkan Nadirah rasa tidak sabar untuk melihat bagaimana anaknya. Sakit memang sakit, tetapi dia ingin melihat anak yang dikandungnya keluar dengan sihat.


               “ERGHHHHHH HA HA HA”.


               Saat itu juga Daniel masuk dan bergegas ke sampingnya.


               “Boleh Nad… Teran lagi sayang!Awak boleh!”.


               Saat Daniel masuk, Nadirah berasa agak malu dengan keadaannya yang sekarang. Keadaan yang berpeluh-peluh dan wajah meneran itu bukanlah sesuatu yang cantik untuk dilihat. Dia mungkin kelihatan hodoh. Fikir Nadirah.


               Air mata Daniel mengalir. Sebak melihat isterinya yang berpeluh-peluh, badan pun kecil sahaja. Kalau diikutkan Daniel terfikir, berkudrat ke isteri aku nak bersalin?


               “ERGHH HA HA”, teriak Nadirah perlahan dengan harapan doktor boleh menarik bayinya.


               “Belum lagi puan… Kuat lagi”,cemas doktor.


               “Lagi sayang… kuat lagi… Ya Allah”, sebak Daniel. Begini ke Mak Esah melahirkannya dahulu? Fikir Daniel. Daniel rasa bersalah. Andai saja dia dapat berkongsi rasa sakit itu. Nadirah hendak melahirkan anaknya juga. Fikir Daniel. Saat itu Daniel terfikir, hanya Allah saja yang dapat meminjamkan kekuatan buat isterinya.


               Saat Daniel memberi semangat dengan mata yang berair, Nadirah menjadi lebih bersemangat. Dia ingin proses ini cepat selesai. Dia sudah terbayang bagaimana keluarganya, suaminya gembira dengan kelahiran bayi mereka. Ya! Dia ingin cepat selesai.


               “ARGHHHHHHHHHH”, paksa Nadirah semaksimum mungkin.


               “Okay baik puan!”.


               WUEKKK!! WUEKKK!!


               Bunyi tangisan sudah bergema diruang bilik itu.


               “Nad… alhamdulillah. Ilyas dah keluar… Kuat lagi Nad, tinggal Ilyasa’ je ni”, senyum Daniel sambil mencium isterinya.


               Doktor juga menarik bayi yang keluar lalu diberikan kepada jururawat berhampiran.


               “Lagi puan…”, kata doktor itu.


               “ARGHHHHHHH HA HA HA”, Nadirah meneran lagi. Saat itu dia sudah rasa kepala bayi itu. Dia tahu dia akan merasakan kesakitan itu sekali lagi tetapi….


               “ARGHHHHHHHHHHHHHHHH”, Nadirah fikir dia harus menempuhnya agar semuanya dapat selesai dengan segera.


               “Okay dah puan… tenang puan tenang…”.


               Nadirah bernafas tercungap-cungap.


               Doktor menarik bayi Ilyasa’ keluar anggota kedua-dua tangan dan menarik terus lalu memotong tali pusat untuk diberikan kepada jururawat yang hampir.


               Daniel menangis memeluk isterinya, “alhamdulillah sayang! Tahniah… Ya Allah alhamdulillah”. Daniel bersyukur tidak terhingga.

               Nadirah pula sudah lelah dan rasa hendak tidur. Usahanya melahirkan anak kembarnya sudah selesai. Sekarang tidak ada apa lagi yang perlu difikirkan. Fikir Nadirah lalu menutup mata.


               “Nad… Nad”, panggil Daniel saat Nadirah diam.


               “Doktor? Isteri saya pengsan ke?”, cemas Daniel.


               Doktor melihat Nadirah dan melihat skrin berhampiran yang isinya tidak Daniel fahami.


               “Nyawanya dalam bahaya!! Doktor kita kena operate segera!”, kata doktor itu kepada doktor yang lain.


               Daniel berkerut mendengar ucapan doktor, “maksud doktor? Doktor! Apa maksud doktor! Selamatkan isteri saya!!”.Daniel sudah gundah. Sekejap sahaja Allah beri rasa gembira itu lalu diganti dengan gundah.


               “Encik… encik kena keluar sementara”, seorang jururawat sudah menyuruh Daniel keluar.


               “Isteri saya kenapa?!”, cemas Daniel.


               “Sila keluar dahulu”, kata jururawat lelaki pula lalu menutup pintu bilik. Tinggallah Daniel di luar bilik itu dalam keadaan yang tertanya-tanya.




Previous: Bab 70
Next: Bab 72a

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.