BUAT macam ni pun okey. Ke nak buat macam
lain? Emm… Penat juga ada klien yang cerewet ni. Kejap nak colourful, kejap nak monotone.
Tak boleh ke specificsatu tema? Aku
mengarahkan tetikus ke arah New Filedan
membuka sebuah page lain untuk
meneruskan rekaan company profile
yang diminta klien.
Di
sebelah kiri aku penuh dengan contoh profil yang dipinjam daripada Diba. Mujur
juga dia rajin menyimpan barang-barang pusaka sejak semester satu lagi. Ada juga gunanya.
Mataku
sudah mula berair menandakan ianya sudah terlebih digunakan. Baru jam dua
petang. Lambat lagi nak berbuka. Aku menggeliat, mengendurkan urat belikat yang mula rasa tegang. Tiba-tiba
sahaja telefon Samsung Corby
aku yang bernatar housing warna merah jambu menggegarkan meja tulis.
“Assalamualaikum!”
“Waalaikumsalam, ye Lenny…” Aku tersengih mendengar
suara teman karibku sejak di MMU, Lenny atau nama Melayunya Salina. Pelikkan? Macam-macam ragam.
“Kau
dah siapkan profil tu?” tanya Lenny di hujung talian. Suaranya kedengaran
mengah. Mungkin sedang menaiki tangga ke pejabatnya di tingkat lima. Itulah, ada lif tak
mahu pakai. Nilah padahnya kalau terlalu obses mengenai kurus. Kalau kurus tapi
tak bahagia pun susahkan?
“Belum,
kenapa?” Sementara menantikan jawapan Lenny, aku menyimpan fail yang terbuka di
skrin Illustrator.
Hajatku untuk menyambung kembali selepas solat Zohor nanti.
“Meeting tu tunda next week. Kawan aku tu nak fly
ke Itali pula. Ada kerja kat sana.” Ah! Bagusnya! Tak payah aku pulun
macam orang
gila sekarang. Kalau tak, mesti malam ni tak tidur. Dahlah minta sampai 3 jenis
profil. Haru! Mengenangkan poketku yang bakal kembung, aku hanya mengiyakan
sahaja permintaannya. Rezeki jangan ditolak!
Aku
menghempaskan diri ke atas katil empuk bercadar warna oren, berjalur putih
dengan campuran abstrak warna ungu. Kata Angah, cantik. Kata Along, nak tidur
pun sakit mata. Padahal bukannya tidur menghadap ke cadar, kan?
Siling
putih yang sudah mula dicemari perumahan
labah-labah itu kutenung tajam. Bila agaknya aku akan dapat kerja? Persoalan
yang sedang menghantui diri sehingga kini.
Kawan-kawan
aku semuanya sudah mula mendambakan diri di pejabat. Tak kurang juga sibuk
membeli barang keperluan untuk majlis bahagia. Nampak gayanya, aku sahaja yang belum layak untuk
menyibukkan diri dengan dua agenda besar itu.
Sebelum
terlelap, baiklah aku solat dulu. Kejap lagi dah terbabas, takde siapa boleh
tolong. Dengan rasa sedikit malas, aku terus bangun dari katil dan menuju ke
bilik air.
Usai solat
Zohor, aku membaringkan diri sekali lagi. Remote
controlalat penghawa dingin yang terbujur kaku di meja sebelah katil aku
capai dan menurunkan suhunya ke suhu paling rendah.
Ops!
Langsir belum tutup lagi! Aku terus bangun sepantas kilat dan menarik langsir
serta menutup lampu kalimantang putih. Selimut tebal aku tarik hingga ke paras
leher. Pergh! Kenikmatan yang tiada tandingan. Bertuah pula rasa tidak bekerja
dan hanya bermalasan di rumah. Nikmat…
Mataku mulai layu sehinggalah
bunyi telefon bimbitku bergema. Ah! Kacau betul! Tanpa memandang ke arah skrin
dan dengan mata separuh terkatup, aku menjawab.
“Hello…”
“Adik,
kau tengah buat ape?” Uhuh! Along rupanya. Apa pula orang tua ni nak di waktu indah begini.
“Membuta…”
“Wei
bangunlah! Makruh tidur banyak-banyak bulan puasa ni!” Dah mula dah! Ini yang
aku malas nak angkat telefon. Aku hanya menggumam tanpa menjawab bebelan along.
“Petang
ni tak payah ke pasar Ramadhan. Along nak ajak makan kat Tarbush, Ampang
Park.
Lepas sekolah nanti angah pergi ambil adik dekat rumah, okey? Alang Iqal terus daripada tempat kerja dia.
Along jumpa korang kat sana
terus nanti.” Ujar along dengan panjang lebar.
“Okey!”
Terbuntang anak mata aku bila mendengar nama restoran Tarbush di sebut. Uhuuu
Nasi Beriyani Ayam terbayang di mata. Rasa nak meleleh air liur ni… Isk! Tak
baik, nanti batal puasa!
--------------------------------------------------------------
AMPANG Point dipenuhi ramai orang yang sedang berduyun-duyun keluar
masuk. Kebanyakan daripada mereka masih menyarung baju kerja. Aku memandang angah
yang hanya sempoi memakai seluar pendek paras lutut jenis baggy, t-shirt kelabu dan berselipar.
Angah
masih sempat mandi dan bersiap wangi-wangi setelah pulang daripada sekolah
tadi. Tidak sah kalau tidak sempurna. Memang sejak dulu lagi angah dipanggil
lelaki metrosexual, menjaga
penampilan diri melebihi diri aku sendiri. Kadang-kadang kalau dia di depan
pintu rumah, bau perfume dia sahaja
boleh di kesan daripada dapur! Senang saja nak tahu angah ada di rumah ke tak.
“Nah,
order terus.” Along menyerahkan menu.
“Briyani
ayam.” Tanpa membuka menu, aku terus menjawab.
“Takde
menu lain ke nak minta? Itu aje dari dulu.” Alang mencelah. Dia hanya berkemeja hitam
dengan lengan bajunya disinsing sehingga ke siku. Sesekali aku perasan alang
menguap panjang. Mungkin keletihan.
Aku
hanya tersengih. Malas nak menjawab kerana perutku sudah mula berlagu riang.
Nasiblah, sahur tadi hanya makan 2 keping roti cicah kari ikan yang angah
masak. Tak ada selera nak makan nasi.
Waktu
senggang sementara masuk Maghrib itu aku isikan dengan bermain internet melalui
telefon bimbit. Abang-abangku
yang lain sibuk berbual di antara mereka tentang isu semasa, terutamanya
perihal bola.
“Okey
dah. Baca doa.” Along memulakan doa setelah pelayan di restoran tersebut
memberitahu sudah masuk waktu Maghrib.
Alhamdulillah,
rezeki. Sambil menelan air liur, aku mencapai kurma di dalam bekas plastik yang
memang dibawa daripada rumah. Dengan tidak memandang kiri atau kanan, aku mula
mengerjakan nasi beriyani ayam itu.
“Sabar
dik, sabar…” gelak
angah sambil memandang aku. Baru aku perasan, abang-abang aku sedang merenung
aku yang sedang enak melayan makanan ini.
Cis, teruk sangat ke perangai aku
makan? Aku mengusap perlahan pipi aku dengan tangan kiri. Cheh, ada pulak
sebutir nasi terbabas. Patutlah kena sakat.
--------------------------------------------------------------
“IZAM!” suara seorang lelaki menerjah di
cuping telinga aku. Ketika itu kami baru sahaja keluar daripada restoran. Aku
menoleh ke arah empunya suara. Mak aih! Handsome
gila mamat ni!
Terkebil-kebil aku melihat mamat
itu menghampiri kami. Ada seorang gadis mengikutinya daripada belakang. Huiyo!
Cantinya! Terasa seperti nampak patung-patung mannequin berjalan pula.
“Eh
la, Yonghwa! What are you doing here?”
Tanya along separuh terperanjat. Mamat yang dipanggil Yonghwa itu betul-betul
berada di depan aku sekarang. Dia tersenyum ke arah aku sebelum menjawab
pertanyaan along. Boleh gugur jantung kalau kena macam ni selalu. Gadis di
sebelahnya juga turut mengukir senyuman manis. Adus! Indahnya ciptaan ILAHI…
“Dinner. Kau buka puasa kat sini ke?”
Ler, boleh cakap Melayu rupanya dia ni. Kalau tengok rupa, ada macam Jepun
sikit. Takpun Korea.
Lebih kuranglah tu. Aku mengalih pandangan ke arah alang yang juga sedang
menumpukan perhatian ke arah along dan rakannya.
“A`a.
Ni kenalkan, semua adik beradik aku. Izal, my
twin yang dulu selalu aku cerita tu. Yang ini Iqal dan yang comel ni adik
bongsu aku, Aryana.” Aku hanya tersengih memandangnya.
Dia menyalami angah dan alang
manakala dia hanya tersenyum apabila giliran aku diperkenalkan. Wow! Dia tahu
agaknya mana yang halal dan yang haram. Ini yang bikin aku jatuh cinta ni.
Tambah pula bila dia senyum, terus nampak lesung pipit di sebelah pipi kirinya.
Gila macho! Sabar weh sabar!
“Amboi, dengan siapa ni?” Along
mengusik.
“Ah! Aku lupa pula. Wife to be. Seo Joohyun.” Yonghwa ketawa
kecil manakala gadis itu menyalami aku. Rasa macam lesbian pula bila hati asyik memuji kecantikan sang gadis ni. Dah
memang cantik gila, nak buat macam manakan?
“Kau
kerja mana sekarang?” Along meneruskan perbualan. Alang
dan angah beredar ke gerai yang menjual aksesori seperti gelang dan jam. Aku? Aku mestilah terus terpaku
di sebelah along bagaikan orang
kemaruk cinta. Biarlah ada bakal isterinya di sebelah pun, apa salahnya
menikmati anugerah ciptaan ALLAH yang agung ini?
“Kerja
dengan ayah aku. Graphic design company.”
Ujar Yonghwa pula. Dia hanya berjeans hitam dan T-shirt lengan pendek warna
merah tua. Wajahnya sentiasa diukir dengan senyuman.
“Oh,
samalah dengan adik aku ni. Dia baru habis belajar.” Terkesima sekejap bila along
menyebut namaku.
“Really? Kerja mana sekarang?” Anak
matanya yang bundar warna cokelat itu merenungku tepat. Erk!
“Err…”
“Jobless lagi.” Along ketawa kecil. Cis,
jatuh air muka aku kalau macam ni. Aku hanya tersengih kecil.
“Ah,
kalau macam tu, why don’t you try to send
your resume to our company? Kami memang tengah cari graphic designer.” Ops! Kejap. Kejap. Aku salah dengar ke? Tak
salahkan? Kerja? Dengan mamat ni? Wow! Pucuk dicita, ulam mendatang!
Yonghwa
menghulurkan kad kerjanya kepada aku dan along sebelum dia dan Joohyun mengundurkan
diri. Sempat dia berpesan sekali lagi supaya menghantar resume aku di alamat
emelnya.
“Hah,
apa lagi? Sukalah tu?” celah alang. Bila masa entah dia terselit di antara
kami, aku pun tak perasan.
“Mestilah
suka! Siapa yang taknak kerja dengan bos sebegitu handsome macam dia? Orang gila je taknak!”
“Gatal!”