Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sayang 3 Dalam 1
Sayang 3 Dalam 1
Weeda Airiza
15/8/2014 19:21:59
54,160
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
PROLOG

Semua orang punya ceritera sendiri. Aku juga tidak terkecuali. Melalui proses ceritera inilah, kita membesar menjadi manusia yang hampir sempurna. Ada kisah sentiasa girang tertawa, ada kisah berduka sepanjang masa, tetapi ada juga kisah yang tidah tahu hujung pangkal mahupun noktahnya.

Kisah aku seperti kisah kamu. Ada suka. Ada duka. Ada kasih. Ada cinta. Aku hidup dalam keadaan yang sederhana. Dikelilingi keluarga tercinta dan juga teman-teman. Aku harap kamu juga begitu. Meskipun sesekali badai pasti menimpa, tetapi ingat, apa yang berlaku itu semua kehendak dari Yang Esa. Setuju? Bagus…

Umur aku sewaktu penceritaan ini bermula ialah 26 tahun. Orang kata, umur yang paling sesuai untuk mendirikan rumahtangga. Iye ke? Entah. Aku tak pasti. Namun perasaan mula menjerut rasa apabila saban hari pakcik posmen bergaji datang menghulur kad-kad pelbagai warna dan berbau harum.

Ah, itu mereka. Ini kehidupan aku. Betul? Pedulikan. Yang penting aku tahu perjalanan hidupku ini telah ditentukan oleh DIA. Hanya menunggu waktu yang sesuai untuk memulakan segala apa yang telah diciptakan-Nya.

Aku kini hidup bersama abang-abang atau lebih mesra dipanggil kekanda-kekanda yang aku sayangi di sebuah kondominium tidak berapa mahal yang terletak di pinggir Kuala Lumpur. Ya, kamu tidak salah baca. Aku mempunyai abang seramai tiga orang.

Dua daripadanya keluar bersama-sama 29 tahun yang lepas. Manakala seorang lagi menjelma 2 tahun kemudiannya. Berapa umur mereka? Wajarlah kamu mengiranya sendiri kerana aku juga lemah di dalam matapelajaran Matematik.

Pasti di antara kamu memikirkan aku punya kehidupan seperti Dania yang juga punya tiga orang abang dan aku adalah anak perempuan yang paling bongsu. Siapa Dania? Tentulah dia di dalam drama bersiri Awan Dania di Astro Ria. Tidak tahu? Tidak mengapalah. Tidak penting.

Cerita cinta diri aku bermula apabila aku mendapat kerja setelah hampir 5 bulan menjadi penganggur terhormat. Aku terjumpa bekas kekasih merangkap cinta monyetku di zaman persekolahan. Oh Tidak! Tekanan dibuatnya, tetapi apakan daya perasaan itu tak seharusnya dibataskan. Betul?

Dugaan mula menerjah apabila aku mengenali seorang jejaka lain yang berhati beku dan pendiam. Dia sangat sengal kerana seringkali menduga aku! Ah! Sukarnya! Lebih sukar apabila bekas tunangnya mula datang mahu memporak-perandakan hidupku!

Tidak penatkah dia memperlakukan aku sebegitu rupa? Argh! Menyampah pula dengan gadis yang sungguh perasan ini! Sudahlah kerja satu pejabat, lepas tu nak sibuk mencari pasal dengan aku! Agak-agak sedap tak kalau aku bagi penampar sulung padanya?

Oh, lupa pula! Nama aku Aryana Shafnie dan inilah kisah yang hendak aku ceritakan kepada kamu selepas ini. Jika punya persamaan, itu hanyalah kebetulan. Kisah ini kisah biasa, ada ketika kita gembira berada di lautan air tetapi bersedialah untuk menghadapi duka apabila berada di lautan api…

Next: BAB 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.