CANTIK pun! Aku melihat sekali imbas buat
kesekian kalinya di cermin yang terletak di sebelah almari pakaian. Cermin yang
sama tinggi parasnya dengan daun pintu itu memang memuaskan hati sesiapa sahaja
yang mahu bersiap elok daripada hujung rambut ke hujung kaki.
“Yana!
Cepatlah! Jam berapa nak masuk pejabat ni?” Suara Along bergema di sebalik
pintu dan menyebabkan secara automatiknya aku tersentak.
Jam
hampir menunjukkan ke angka lapan ketika aku memasuki kereta Myvi milik along.
Mujur juga kebanyakan kelas along bermula jam sepuluh pagi ke atas. Bolehlah
dia menjadi supir aku setiap hari. Senangnya dalam hati!
“Tak
ada LRT ke dekat kawasan pejabat kau tu dik?” Along bertanya. Kereta sangat
banyak dan sememangnya di waktu pagi, jalan akan menjadi sangat sesak.
Bunyi
along ni macam tak ada hati nak hantar aku pergi pejabat je setiap hari? Baru
hari pertama dah tanya, ni mesti gara-gara dia kena bangun awal setiap hari!
“Tak adalah along. Damansara tu
mana ada LRT.” Iya iya saja aku cuba meyakinkan along walhal aku sendiri tak
tahu selok belok Damansara.
Along
hanya diam sahaja sepanjang perjalanan. Hampir setengah jam kemudian baru aku
tiba di perkarangan Menara Budi. Setelah menyalami along, aku terus menarik
nafas panjang. Relax babe! Tugasan
baru sudah bermula!
Setiap
langkah menyembunyikan debaran yang sangat hebat dalam diri aku. Yang aku
menggelabah sangat ni pasal apa ya? Suasana kerja baru? Atau sebab banyak officemates baru aku tu berbilang
bangsa?
Namun,
aku pasti setiap orang akan turut merasai perkara yang sama. Justeru, relax Aryana! Kau kan pemegang Ijazah Pertama
dan best student fakulti! MasyaALLAH,
riaknya aku. Eleh, sebut dalam hati je pun, takpelah kan? Syukur alhamdulillah
atas anugerah-NYA.
“Hi,
good morning!” Gadis resepsi yang aku
kenali sebagai Sue itu amat pemurah dengan senyuman. Mungkin itu yang diperlukan
bagi seorang receptionist. Kalau aku,
mesti orang takut nak masuk. Mana taknya, 24 jam buat muka cemberut nanti.
Setelah
mengukir senyuman yang paling cun pagi itu, aku terus menuju ke studio di mana
terletaknya pekerja-pekerja bertauliah macam aku ni.
“Ah,
you pekerja baru yang Mr. Yonghwa cakap hari tu ya?” Mujur tak melayang
semangat berkobar-kobar aku apabila seorang lelaki India menegur di sebalik
dinding berpelapik laminate graphic.
Seketika
kemudian, dia muncul di sisi sambil menatang secawan besar air yang aku kira
air kopi berdasarkan jelingan daripada ekor mataku.
Gaya tubuh persis Shah Rukh Khan
itu melalikan aku sesaat dua. Agaknya pejabat ni kritiria nombor satu mestilah
kacak, lawa dan bergaya! Kiranya aku termasuk dalam kategori lawalah kan?
Hahaha!
“Selamat
hari raya! Tempat you di sebelah I ni, come
I show you.” Wah, tak sempat tahu nama terus rasa bahagia di layan
sebegini. Siap bagi ucapan raya, betul-betul 1 Malaysia! Menghormati semua
jenis bangsa dan agama. Ke mula-mula ja? Mana tahu lepas ni aku di dera? Oh
tidak!
“Terima
kasih. Nama saya Aryana, boleh panggil Yana saja.” Melilau mata aku mencari
kawan-kawan sepejabat lain yang tiada di situ.
“Saya
Raj. In charge departmen grafik.”
Aku
mengangguk perlahan sambil tersenyum. Baru aku perasan, meja komputer aku
menempatkan LCD monitor screenberukuran
24 inci! Mak aihh! Ini kalau aku buka Facebook, memang satu dunia akan nampak!
“Hello!”
Suara yang aku kira agak merdu bagi seorang wanita bergema betul-betul di
belakang. Seorang gadis berlesung pipit sedang tersenyum. Dia menghulurkan
tangan untuk bersalam.
“Saya
Afiqah. Panggil Fiqa saja.” Huluran kami bertautan. Aku dapat rasakan Fiqa
seorang teman yang bakal menjadi teman yang baik kerana tingkah lakunya yang
kelihatan selesa.
“Bukan
Fiqa, panggil Pika… chu!” Pikachu? Kartun comel warna kuning yang bulat itu?
Nasib baik tak terhambur ketawa aku. Harus cover
biar ayu! Namun, aku akui wajahnya ada persis kartun tersebut kalau di cat
kuning.
Seorang gadis lain berselendang
warna krim muncul di sisi. Kalau tak silap aku, dialah yang menyebabkan Fiqa menarik
muka masam.
“Saya pula Baiti!” Tawa kecil
gadis kenit itu bergema. Memang agaknya pejabat ni dipenuhi dengan gelak
ketawa. Aku tahu aku semakin senang kerana sikap mereka.
Sepuluh minit kemudian lengkap
sesi perkenalan aku dengan teman-teman studio. Ada dua departmen iaitu
departmen grafik dan departmen projek yang menguruskan acara-acara majlis.
Sumpah! Baru pertama kali aku
dengar pejabat ni juga ada events
management. Menarik! Yang penting, lebih banyak ilmu yang akan aku
perolehi.
Aku
ditempatkan di bahagian grafik bersama Raj, serta dua teman yang lebih senior iaitu Lew dan Baiti. Manakala
departmen projek pula diketuai oleh Fiqa, Putri, Kannmani dan Azrul.
--------------------------------------------------------------------
TELEFON bimbit aku bergetar beberapa kali
semasa aku baru sahaja selesai morning
briefing. Setiap pagi akan ada mesyuarat ringkas untuk mengenal pasti
setiap kerja yang perlu diselesaikan setiap hari.
Kini
aku ditugaskan membantu Raj dalam menguruskan projek signage sebuah pasaraya kecil milik syarikat Korea yang perlu
disiapkan dalam tempoh tiga minggu.
Kita lunch sekali hari ini nak? – Zafran
SMS
daripada Zafran aku pandang sekali lalu. Malas sungguh rasanya mahu bertentang
mata dengan mamat ni. Bukan sebab takut jatuh cinta sekali lagi, walaupun aku
sendiri ragu-ragu dengan kenyataan tu. Entah, aku sendiri tak faham mengapa.
Lain kali ja. I
makan dgn kwn2 office.
Zafran
tidak membalas. Faham sangat hati wanita agaknya! Entah-entah sudah beratus
wanita yang diajak lunch bersama. Tak
dapat aku, mungkin ada Halimah, Fatimah ataupun Salmah. Tak baik bersyak
wasangka kan?
“Eh
jom! Dah jam satulah!” Kannmani bersuara lantang. Nampak gayanya aku perlu
biasakan diri untuk sentiasa bersedia mendengar suaranya yang seperti speaker bergerak itu. Kus semangat!
Aku
menjenguk ke arah Baiti yang terhadang dengan monitor komputer besar gedabak
itu. Mukanya yang masam mencuka menandakan ada sesuatu tak kena.
“Tak
mahu makan?” Entah bila Kannmani datang bertenggek di meja, aku pun tak
perasan.
“Eh,
sape kata tak nak?” Aku tersengih.
Baiti
mengadu sakit perut dan dia hanya memesan makanan kepada kami. Azrul dan Raj
pula sudah menghilang sekelip mata.
Terdapat
beberapa orang lagi yang sedang menunggu pintu lif terbuka. Aku memandang ke
arah sekitar dan baru aku sedar terdapat beberapa buah lagi pejabat di aras
yang sama.
“Alamak
Kann, I terlupa nak ambil telefon!” menggelabah sekejap aku apabila menyedari
telefon bimbit tiada di pegangan tangan.
“Kitorang
tunggu kat bawah ya!” Fiqa memberitahu sebelum aku mengangguk dan mengatur
langkah ke dalam pejabat semula.
Tiada
sesiapa di dalam studio. Mungkin Baiti telah berlalu ke ruang pekerja yang
menempatkan beberapa buah sofa serta televisyen. Seronok sungguh ada kemudahan
sebegitu. Bila boring, datang sekejap
tengok televisyen, lepas tu sambung balik kerja. Best gila pejabat ni!
Selesai
mengambil telefon, aku terus keluar daripada pejabat. Hanya aku berada di ruang
lif lobi. Aku terus menunggu dengan sabar. Kasihan pula dengan mereka yang
terpaksa menunggu aku di tingkat bawah.
Pintu
terbuka dan… Air muka lelaki itu sangat
jernih. Sumpah! Aku terpaku seketika sebelum dia bersuara.
“Awak
nak masuk ke tak?”
“Eh!
Lif ni turun bawahkan?” Aku mengetap bibir menahan malu. Dah sah-sahlah turun
wahai Aryana! Bukankah kau sendiri yang menekan butang lif sebentar tadi?
Lelaki
itu hanya mengangguk. Tidak senyum langsung, tetapi wajahnya kelihatan tenang.
Bukannya seperti mamat di meja resepsi lobi yang berwajah macam ada 1001
masalah.
Aku tahu! Aku tahu ada debaran
asing di dalam dada. Ummi! Kenapa ni? Apa dah terjadi? Kenapa anak ummi
berpeluh sakan macam baru pulang acara marathon?