Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sayang 3 Dalam 1
Sayang 3 Dalam 1
Weeda Airiza
15/8/2014 19:21:59
54,179
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 2

BUAT macam ni pun okey. Ke nak buat macam lain? Emm… Penat juga ada klien yang cerewet ni. Kejap nak colourful, kejap nak monotone. Tak boleh ke specificsatu tema? Aku mengarahkan tetikus ke arah New Filedan membuka sebuah page lain untuk meneruskan rekaan company profile yang diminta klien.

Di sebelah kiri aku penuh dengan contoh profil yang dipinjam daripada Diba. Mujur juga dia rajin menyimpan barang-barang pusaka sejak semester satu lagi. Ada juga gunanya.

Mataku sudah mula berair menandakan ianya sudah terlebih digunakan. Baru jam dua petang. Lambat lagi nak berbuka. Aku menggeliat, mengendurkan urat belikat yang mula rasa tegang. Tiba-tiba sahaja telefon Samsung Corby aku yang bernatar housing warna merah jambu menggegarkan meja tulis.

“Assalamualaikum!”

“Waalaikumsalam, ye Lenny…” Aku tersengih mendengar suara teman karibku sejak di MMU, Lenny atau nama Melayunya Salina. Pelikkan? Macam-macam ragam.

“Kau dah siapkan profil tu?” tanya Lenny di hujung talian. Suaranya kedengaran mengah. Mungkin sedang menaiki tangga ke pejabatnya di tingkat lima. Itulah, ada lif tak mahu pakai. Nilah padahnya kalau terlalu obses mengenai kurus. Kalau kurus tapi tak bahagia pun susahkan?

“Belum, kenapa?” Sementara menantikan jawapan Lenny, aku menyimpan fail yang terbuka di skrin Illustrator. Hajatku untuk menyambung kembali selepas solat Zohor nanti.

Meeting tu tunda next week. Kawan aku tu nak fly ke Itali pula. Ada kerja kat sana.” Ah! Bagusnya! Tak payah aku pulun macam orang gila sekarang. Kalau tak, mesti malam ni tak tidur. Dahlah minta sampai 3 jenis profil. Haru! Mengenangkan poketku yang bakal kembung, aku hanya mengiyakan sahaja permintaannya. Rezeki jangan ditolak!

Aku menghempaskan diri ke atas katil empuk bercadar warna oren, berjalur putih dengan campuran abstrak warna ungu. Kata Angah, cantik. Kata Along, nak tidur pun sakit mata. Padahal bukannya tidur menghadap ke cadar, kan?

Siling putih yang sudah mula dicemari perumahan labah-labah itu kutenung tajam. Bila agaknya aku akan dapat kerja? Persoalan yang sedang menghantui diri sehingga kini.

Kawan-kawan aku semuanya sudah mula mendambakan diri di pejabat. Tak kurang juga sibuk membeli barang keperluan untuk majlis bahagia. Nampak gayanya, aku sahaja yang belum layak untuk menyibukkan diri dengan dua agenda besar itu.

Sebelum terlelap, baiklah aku solat dulu. Kejap lagi dah terbabas, takde siapa boleh tolong. Dengan rasa sedikit malas, aku terus bangun dari katil dan menuju ke bilik air.

Usai solat Zohor, aku membaringkan diri sekali lagi. Remote controlalat penghawa dingin yang terbujur kaku di meja sebelah katil aku capai dan menurunkan suhunya ke suhu paling rendah.

Ops! Langsir belum tutup lagi! Aku terus bangun sepantas kilat dan menarik langsir serta menutup lampu kalimantang putih. Selimut tebal aku tarik hingga ke paras leher. Pergh! Kenikmatan yang tiada tandingan. Bertuah pula rasa tidak bekerja dan hanya bermalasan di rumah. Nikmat…

Mataku mulai layu sehinggalah bunyi telefon bimbitku bergema. Ah! Kacau betul! Tanpa memandang ke arah skrin dan dengan mata separuh terkatup, aku menjawab.

“Hello…”

“Adik, kau tengah buat ape?” Uhuh! Along rupanya. Apa pula orang tua ni nak di waktu indah begini.

“Membuta…”

“Wei bangunlah! Makruh tidur banyak-banyak bulan puasa ni!” Dah mula dah! Ini yang aku malas nak angkat telefon. Aku hanya menggumam tanpa menjawab bebelan along.

“Petang ni tak payah ke pasar Ramadhan. Along nak ajak makan kat Tarbush, Ampang Park. Lepas sekolah nanti angah pergi ambil adik dekat rumah, okey? Alang Iqal terus daripada tempat kerja dia. Along jumpa korang kat sana terus nanti.” Ujar along dengan panjang lebar.

“Okey!” Terbuntang anak mata aku bila mendengar nama restoran Tarbush di sebut. Uhuuu Nasi Beriyani Ayam terbayang di mata. Rasa nak meleleh air liur ni… Isk! Tak baik, nanti batal puasa!

--------------------------------------------------------------

AMPANG Point dipenuhi ramai orang yang sedang berduyun-duyun keluar masuk. Kebanyakan daripada mereka masih menyarung baju kerja. Aku memandang angah yang hanya sempoi memakai seluar pendek paras lutut jenis baggy, t-shirt kelabu dan berselipar.

Angah masih sempat mandi dan bersiap wangi-wangi setelah pulang daripada sekolah tadi. Tidak sah kalau tidak sempurna. Memang sejak dulu lagi angah dipanggil lelaki metrosexual, menjaga penampilan diri melebihi diri aku sendiri. Kadang-kadang kalau dia di depan pintu rumah, bau perfume dia sahaja boleh di kesan daripada dapur! Senang saja nak tahu angah ada di rumah ke tak.

“Nah, order terus.” Along menyerahkan menu.

“Briyani ayam.” Tanpa membuka menu, aku terus menjawab.

“Takde menu lain ke nak minta? Itu aje dari dulu.” Alang mencelah. Dia hanya berkemeja hitam dengan lengan bajunya disinsing sehingga ke siku. Sesekali aku perasan alang menguap panjang. Mungkin keletihan.

Aku hanya tersengih. Malas nak menjawab kerana perutku sudah mula berlagu riang. Nasiblah, sahur tadi hanya makan 2 keping roti cicah kari ikan yang angah masak. Tak ada selera nak makan nasi.

Waktu senggang sementara masuk Maghrib itu aku isikan dengan bermain internet melalui telefon bimbit. Abang-abangku yang lain sibuk berbual di antara mereka tentang isu semasa, terutamanya perihal bola.

“Okey dah. Baca doa.” Along memulakan doa setelah pelayan di restoran tersebut memberitahu sudah masuk waktu Maghrib.

Alhamdulillah, rezeki. Sambil menelan air liur, aku mencapai kurma di dalam bekas plastik yang memang dibawa daripada rumah. Dengan tidak memandang kiri atau kanan, aku mula mengerjakan nasi beriyani ayam itu.

“Sabar dik, sabar…” gelak angah sambil memandang aku. Baru aku perasan, abang-abang aku sedang merenung aku yang sedang enak melayan makanan ini.

Cis, teruk sangat ke perangai aku makan? Aku mengusap perlahan pipi aku dengan tangan kiri. Cheh, ada pulak sebutir nasi terbabas. Patutlah kena sakat.

--------------------------------------------------------------

“IZAM!” suara seorang lelaki menerjah di cuping telinga aku. Ketika itu kami baru sahaja keluar daripada restoran. Aku menoleh ke arah empunya suara. Mak aih! Handsome gila mamat ni!

Terkebil-kebil aku melihat mamat itu menghampiri kami. Ada seorang gadis mengikutinya daripada belakang. Huiyo! Cantinya! Terasa seperti nampak patung-patung mannequin berjalan pula.

“Eh la, Yonghwa! What are you doing here?” Tanya along separuh terperanjat. Mamat yang dipanggil Yonghwa itu betul-betul berada di depan aku sekarang. Dia tersenyum ke arah aku sebelum menjawab pertanyaan along. Boleh gugur jantung kalau kena macam ni selalu. Gadis di sebelahnya juga turut mengukir senyuman manis. Adus! Indahnya ciptaan ILAHI…

Dinner. Kau buka puasa kat sini ke?” Ler, boleh cakap Melayu rupanya dia ni. Kalau tengok rupa, ada macam Jepun sikit. Takpun Korea. Lebih kuranglah tu. Aku mengalih pandangan ke arah alang yang juga sedang menumpukan perhatian ke arah along dan rakannya.

“A`a. Ni kenalkan, semua adik beradik aku. Izal, my twin yang dulu selalu aku cerita tu. Yang ini Iqal dan yang comel ni adik bongsu aku, Aryana.” Aku hanya tersengih memandangnya.

Dia menyalami angah dan alang manakala dia hanya tersenyum apabila giliran aku diperkenalkan. Wow! Dia tahu agaknya mana yang halal dan yang haram. Ini yang bikin aku jatuh cinta ni. Tambah pula bila dia senyum, terus nampak lesung pipit di sebelah pipi kirinya. Gila macho! Sabar weh sabar!

“Amboi, dengan siapa ni?” Along mengusik.

“Ah! Aku lupa pula. Wife to be. Seo Joohyun.” Yonghwa ketawa kecil manakala gadis itu menyalami aku. Rasa macam lesbian pula bila hati asyik memuji kecantikan sang gadis ni. Dah memang cantik gila, nak buat macam manakan?

“Kau kerja mana sekarang?” Along meneruskan perbualan. Alang dan angah beredar ke gerai yang menjual aksesori seperti gelang dan jam. Aku? Aku mestilah terus terpaku di sebelah along bagaikan orang kemaruk cinta. Biarlah ada bakal isterinya di sebelah pun, apa salahnya menikmati anugerah ciptaan ALLAH yang agung ini?

“Kerja dengan ayah aku. Graphic design company.” Ujar Yonghwa pula. Dia hanya berjeans hitam dan T-shirt lengan pendek warna merah tua. Wajahnya sentiasa diukir dengan senyuman.

“Oh, samalah dengan adik aku ni. Dia baru habis belajar.” Terkesima sekejap bila along menyebut namaku.

Really? Kerja mana sekarang?” Anak matanya yang bundar warna cokelat itu merenungku tepat. Erk!

“Err…”

Jobless lagi.” Along ketawa kecil. Cis, jatuh air muka aku kalau macam ni. Aku hanya tersengih kecil.

“Ah, kalau macam tu, why don’t you try to send your resume to our company? Kami memang tengah cari graphic designer.” Ops! Kejap. Kejap. Aku salah dengar ke? Tak salahkan? Kerja? Dengan mamat ni? Wow! Pucuk dicita, ulam mendatang!

Yonghwa menghulurkan kad kerjanya kepada aku dan along sebelum dia dan Joohyun mengundurkan diri. Sempat dia berpesan sekali lagi supaya menghantar resume aku di alamat emelnya.

“Hah, apa lagi? Sukalah tu?” celah alang. Bila masa entah dia terselit di antara kami, aku pun tak perasan.

“Mestilah suka! Siapa yang taknak kerja dengan bos sebegitu handsome macam dia? Orang gila je taknak!”

“Gatal!”

Previous: BAB 1
Next: BAB 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.