Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kekasih Separuh Jiwa
Kekasih Separuh Jiwa
Nurina Feeza
31/1/2019 22:36:26
143,398
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
8 - 2

apa ni, Elis? Siapa yangkau maksudkan tu?”

Shamil dipalit rasa cemburu. Dia mula berasa bimbangjika hati Elis dicuri oleh salah seorang guru mahupun staf di sekolah itu.Sudah lama dia menaruh harapan agar gadis itu membuka pintu hatinya itu.

            “Shamil ke ni?”Alamak! Rupa-rupanya Shamil yang menelefonnya.

            “Ya. Aku,Shamil!” tekan Shamil.

            “Kau nak apa?” Elisserta-merta mengubah topik.

            “Siapa cikgu tu, Elis?”Shamil masih tidak berpuas hati selagi tidak mendengar penjelasan Elis.

“Tak ada siapa-siapalah!” bentak Elis.

“Cakap jujur dengan aku, Elis!” tengking Shamil.

“Kenapa kau nak marah aku ni? Siapa pun dia, itutidak penting! Itu urusan aku. Kita bukannya bercinta pun. Kita hanya berkawansaja! Jadi tolonglah jangan berlagak seperti kita pasangan kekasih!”

Elis terkesima dengan tingkah Shamil. UngkapanPuan Salawati tempoh hari masih terngiang-ngiang di cuping telinga Elis. PuanSalawati menuduhnya kejam! Oleh itu, dia perlu menjauhkan diri daripada Shamil.Dia tidak mahu ada apa-apa hubungan dengan Shamil lagi, walaupun sekadar kawan.

“Elis, aku minta maaf,” ucap Shamil kelam kabut.

“Kenapa kau menelefon aku ni?” tanya Elis.

“Aku nak ajak kau lunch hari ini.”

“Aku bawa bekal.” Elis memberi alasan.

Shamil berdecit.

“Kita dah jarang jumpa, Elis. Jomlah!” desakShamil.

“Aku rasa kau belum bebal lagi, Shamil. Kaufaham ayat aku tadi tu kan?” herdik Elis.

Shamil terdiam.

“Kalau tak ada apa-apa lagi, aku nak matikantalian. Aku banyak kerja!”

Elis segera mematikan talian. Diamelepaskan keluhan. Aku mohon maaf, Shamil. Aku tak berniat untuk menyakitihati kau. Aku berpegang pada janji aku. Kau berhak memiliki wanita yang lebihbaik daripada aku.

Elis sebak. Shamil sudah terlalu banyak menolongnya.Sudah tiba masanya Shamil memikirkan diri sendiri. Dia mengesat air mata. Lalumenarik nafas dalam-dalam.

Lantas muk berisi Nescafe itu diangkat laludibawa ke bilik Safwan.

Previous: 8 - 1
Next: 8 - 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.