Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kekasih Separuh Jiwa
Kekasih Separuh Jiwa
Nurina Feeza
31/1/2019 22:36:26
143,388
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
1 - 3

ARIQmendekati kaunter. Ditekan loceng yang terletak di hujung kaunter selamabeberapa kali sehingga seorang staf perempuan muncul. Tergesa-gesa staf itumenghampiri Ariq.

            “Ada apa ni, Ariq?” tanya staf itudengan reaksi cemas.

            “Kak Lina, dia dah pergi ke? Dia dahtak kerja kat sini lagi ke?” Nah. Terpacul soalan cepumas daripada bibir Ariq.

            Jatuh rahang Kak Lina.

            “Ariq tekan loceng bagai nak gilasemata-mata untuk hal tu ke? Ariq!” marah Kak Lina.

            “Akak, tolonglah jawab pertanyaan Ariq!Akak boleh marah Ariq sepuas hati selepas tu!” desak Ariq. Sepucuk suratpemberian gadis itu masih di tangan Ariq. Dia tidak boleh menerima kenyataanbahawa gadis itu bukanlah seorang staf di sekolah itu lagi. Dia sudah berpindahke Selangor.

            Kak Lina mengeluh.

            “Dia dah ke airport, Ariq. Akak rasa flightdia dah berlepas ke KLIA,” beritahu Kak Lina serba salah.

            “Akak, kenapa dia berpindah keSelangor?” balas Ariq.

            Kak Lina menjungkitkan bahu.

            Ariq berdecit. Ah, silapnya jugakerana mahu merahsiakan identiti dirinya daripada gadis itu. Kini, gadis itusudah menghilang dari pandangan matanya. Adakah dia masih berpeluang untukmenatap wajah ayu itu lagi? Ya ALLAH, aturkanlah pertemuan kedua kami. Akuingin mengubati kedukaan di hatinya. Kaburkanlah permintaanku ini. Aku merayu.

Previous: 1 - 2
Next: 2 - 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.