Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kekasih Separuh Jiwa
Kekasih Separuh Jiwa
Nurina Feeza
31/1/2019 22:36:26
143,386
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
2 - 1

Permulaanbaru…

Kisahbaru...

 

BEG pakaian disimpan di dalam bonet.Sejurus itu, Elis mendekati pintu penumpang di bahagian kiri kereta.Dihumbankan tubuhnya itu masuk ke dalam perut kereta yang dipandu oleh ShamilHakeem.

            Shamil mengukirkan senyuman manis kearah Elis. Hatinya berasa gembira kerana akhirnya Elis membuat keputusan untukpulang ke Selangor semula.

            “Selamat pulang, Elis,” ucap Shamil.

            “Terima kasih ambil aku di airport.” Digaritkan sedikit senyuman dibibir. Elis sebolehnya tidak mahu menyusahkan Shamil. Dia boleh menaiki Uberuntuk pulang ke rumah. Dia tidak mahu termakan budi di atas kebaikan Shamil.Jenuh nak bayar nanti! Tetapi lelaki itu beria-ia menawarkan pertolongan. Diaberasa serba salah untuk menolak.

            “Sama-sama, sayang,” balas Shamiltanpa sedar.

            Elis berdecit. Shamil masih menaruhperasaan terhadapnya.

            “Shamil, kita sudah berbincang kan?Kau tidak akan paksa aku untuk terima kau!” tegas Elis. Dia belum bersediauntuk menyerahkan hatinya kepada sesiapa termasuk Shamil. Tragedi di masalampau itu telah meninggalkan ketakutan di dinding hatinya. Takut untukbercinta lagi. Lebih baik hidup sendiri daripada berpaut pada dahan cinta yangrapuh.

            Shamil melepaskan keluhan.

            “Jangan dera perasaan aku, Elis.Sampai bila aku harus menanti?” Shamil mempersoalkan keputusan Elis. Elis tidakpernah sedar akan cinta sucinya yang begitu tulus itu. Bahkan hanya menganggapdia sebagai seorang kawan. Berdosakan dia jatuh cinta kepada Elis?

            Elis membisu. Dia mahu mengelakuntuk membahaskan isu itu.

            “Answermy question now, Elis Nou’rell!” bentak Shamil.

            Elis mendengus.

            “Stopyour car now!” Elis berasa amat bengang. Shamik seakan ingin mendesakdirinya! Dia memerlukan ruang dan masa untuk berfikir.

            Shamil menjadi gelisah apabilakemarahan mula berakar umbi di dalam diri Elis.

            “I’mso sorry! Aku tak patut paksa kau, Elis. Aku janji tidak akan ulangiperbuatan aku lagi,” janji Shamil.

            “Leaveme here!”

            “Aku akan hantar kau balik! Akutidak mahu perkara buruk berlaku pada kau. Jika ia berlaku, aku akan menyesaluntuk seumur hidup,” pujuk Shamil.

            Elis memeluk tubuh lalu membuangpandang ke luar tingkap.

            “Elis,please say something.”

            “Justdrive your car and please send me home!”

            Shamil menghela nafas lega.

Previous: 1 - 3
Next: 2 - 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.