Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kekasih Separuh Jiwa
Kekasih Separuh Jiwa
Nurina Feeza
31/1/2019 22:36:26
146,146
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
4 - 2

“MAAF menganggu, cikgu. Pengganti Mazwinsudah datang, dan dia berada di luar,” beritahu Kak Leen pada Safwan. Suratpertukaran Elis diletakkan di atas meja Guru Besar muda itu.

            “Tidakmengapa. Arahkan dia masuk untuk bertemu dengan saya!” balas Safwan dengan nadaserius.

            KakLeen keluar semula. Beberapa minit kemudian, masuk bersama-sama figura Elis disisinya. Lalu, Kak Leen beredar meninggalkan bilik Safwan.

Elis menghampiri mejaSafwan.

“Assalamualaikum, cikgu!”sapa Elis dengan nada lembut.

Safwan tergamam tatkalasuara itu menampar gegendang telinga. Ia seakan memberi tusukan tepat kejiwanya. Tanpa menatap wajah si gadis, serta-merta dadanya tiba-tiba berasaberdebar-debar. Dihalakan pandangan ke arah hadapan.

Mata bertentangan mata.

Safwan terkedu. Pukulandi hati semakin kuat. Ada satu rasa halus menyelinap ke ruang hatinya.

Elis menyengetkan bibirke tepi. Kenapa tenung muka aku? Tahulah aku cun!

“Cikgu?” tegur Elis.

Safwan tersentak, serayamembetulkan duduk.

            “Siapanama awak?” Safwan cuba menyembunyikan kegelisahan di hatinya.

            “Namasaya ialah Elis Nou’rell binti Hazwan. Panggil Elis saja,” balas Elis.

            “Duduk,” arahSafwan.

            Iris duduk,berhadapan dengan meja Safwan.

            “Awak dariTerengganu ke?” Terpancar ketegasan Safwan selaku seorang Guru Besar di sekolahitu.

            Elis angguk.

            “Kenapaawak mohon tukar ke Selangor?” soal Safwan lagi.

            “Dulu saya pernahbekerja di Selangor. Tetapi bukan dengan jabatan kerajaan, dengan syarikatswasta. Disebabkan satu alasan, saya berhenti kerja dan berpindah ke kampungarwah abah saya. Kebetulan pada masa itu, saya ditawarkan jawatan ini danditempatkan di sana. Selepas beberapa tahun, saya mohon untuk ditukarkan keSelangor. Ibu saya juga menetap di sini,” cerita Elis.

Spontan, kenangan bersama Farish terimbaukembali di ingatan. Rasa sebak mencengkam sukma. Namun lekas ditepis perasaanitu. Dia tidak mahu tergugat dengan rasa sedih lagi. Dia mahu kuat dan tabah!

            Safwanmenyandarkan tubuhnya.

            “Berapaumur awak? Ceritakan serba sedikit tentang latar belakang awak. Apakahkeistimewaan awak yang boleh saya praktikkan di sekolah ni? Senaraikankelebihan dan kekurangan awak.” Nah, bertubi-tubi permintaan Safwan.

            Elisternganga. Eh, aku ni nak lapor diri ke atau tengah temuduga untuk jawatanbaru?

            “Elis,jawab soalan saya!” bentak Safwan.

            Elismenggigit bibir bawahnya. Mujurlah kita ni baru kenal. Kalau dah lama, memangaku dah ‘basuh’ kau cukup-cukup! Mentang-mentang ketua jabatan aku, kau bolehbuat sesuka hati saja? Poddah!

            “Sayaberumur dua puluh lima tahun. Saya tidak berapa pasti apa kelebihan saya. Sayamasih belajar untuk meningkatkan kemahiran dan mutu kerja saya. Segalakekurangan akan saya cuba untuk baiki,” balas Elis.

            “Jadi,rumah awak dekat dengan sekolah ke?” soal Safwan lagi.

            “Ya,cikgu. Saya mengambil masa lima ke tujuh minit untuk ke sini,” balas Elis.

            “Bagus!Sebelum awak mula bekerja, saya akan terangkan beberapa peraturan yang wajibawak patuhi sepanjang bergelar staf saya!” tegas Safwan.

            Elismengerutkan dahi.

            “Pertama,awak wajib datang ke sekolah tepat pada pukul 7.30 pagi. Kiranya awak akan mulabekerja pada pukul 7.30 pagi dan pulang pada pukul 4.30 petang. Sepanjang awakbekerja di sini, saya tidak mahu awak lambat! Kalau awak punch card melebihi waktu selama tiga hari berturut-turut, awakharus berdepan dengan saya, berserta surat tunjuk sebab kelewatan. Saya tak nakdengar alasan yang tidak munasabah. Saya mahu asbab yang kukuh!”

            Elisterkebil-kebil.

            “Kedua…”sambung Safwan.

            Eh,ada lagi ke?

            “Kalauawak bercadang untuk mengambil cuti rehat, awak perlu mengisi borang cuti rehatdalam HRMIS seminggu awal sebelum tarikh bercuti. Jika borang itu diisi secara last minute, maka saya tidak akanmeluluskannya. Dan… misal kata awak diberi cuti sakit, sila inform secepatnya pada saya. Pastikansijil cuti sakit awak tu ada. Awak perlu mengisi borang cuti sakit secara manualdan atas talian. Sebelum itu, saya beri amaran keras kepada awak! Doktorbukanlah ketua jabatan awak, tetapi saya. Kalau saya benarkan awak bercuti atastiket MC yang doktor keluarkan tu, barulah awak boleh cuti. Faham?”

            Elismendengus. Hisy, dia ni berlagak betul! Kuku besi! Hati batu! Apa lagi? Huhh!Kaulah ketua jabatan, kaulah doktor! Tiba-tiba saja aku rasa sakit macam nakmati, aku perlu minta kebenaran daripada kau dulu ke? Cikgu, saya rasa macamnak pitam! Begitu ke hah?

            “Hmm…apa lagi, ya?”

Safwan mengetuk-ngetukpermukaan meja.

            “Kalauada apa-apa yang awak tak tahu, silalah rujuk dengan Leen dan Fidah,” sambungSafwan lagi.

            Elisangguk.

            “Bilaawak boleh mula kerja? Hari ni ke?” tanya Safwan ingin tahu.

            Elisangguk.

            “Okey!Saya mengucapkan selamat datang ke SK Seri Sekamat. Saya amat berharap agarawak dapat menggalas tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan sempurna.Ingat, tugas sebagai seorang pegawai kerajaan bukanlah sesuatu yang mudah. Awakperlulah melicinkan segala tugasan yang tersenarai di dalam skop kerja awak. Sayamahu awak merujuk portfolio jika tidak sahih akan sesuatu perkara. Bekerjabiarlah dengan hati yang ikhlas. Nescaya rezeki kita akan memperolehikeberkataan Allah.”

            Dalamucapan, Safwan sempat menyelitkan tazkirah kepada Elis.

            “Sebelumsaya terlupa, beritahu pada Leen supaya daftar data awak di dalam SistemKehadiran Staf,” sambung Safwan.

            “Baik,cikgu,” balas Elis.

            Elisbangun lalu meninggalkan bilik Safwan.

Safwan menggeleng. Mengapa hatinya berasa tidakkeruan di saat pertama kali memandang Elis? Rasa apakah itu?

 

Previous: 4 - 1
Next: 4 - 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.