Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kekasih Separuh Jiwa
Kekasih Separuh Jiwa
Nurina Feeza
31/1/2019 22:36:26
146,143
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
5 - 3

“ABANG aku memang cuai! Mujurlah aku belum balik lagi. Jika tidak,handphone mahal dia sudah dicuri.Teruk bebenor! Sikap tidak pernah berubah. Suka meninggalkan barang dimerata-rata tempat!” Sepanjang perjalanan ke sekolah, Samsul membebel tanpahenti. Memarahi kealpaan si abang.

            Samsul memarkirkereta Perodua Vivanya di bahu jalan bersebelahan dengan kantin sekolah.Telefon bimbit yang disimpan di kotak dashboard segera diambil. Nombor telefonpejabat sekolah dihubungi. Beberapa minit kemudian, nada bersambut. Kedengaransuara seorang wanita yang menjawab panggilan itu. Setelah menyatakan hasrat dantujuan untuk bertemu dengan Safwan, Samsul bingkas mematikan talian. Diamenyandarkan tubuhnya ke belakang, sementara menunggu kedatangan si abang.

            Pada masa itu,bola matanya menangkap satu susuk tubuh yang diakenali. Samsul bingkasmenegakkan tubuhnya. Dia terkedu.

            “Adakah dia orangyang aku cari?” gumam Samsul sendirian.

            Lantas, diamematikan enjen kereta lalu keluar. Langkah diayun mengekori susuk tubuh itu.Namun niatnya mati apabila Safwan menyentuh bahunya. Samsul memusingkan tubuhdan tersenyum lesu memandang si abang.

            Safwanmengerutkan dahi.

            “Sam nak pergi kemana?” soal Safwan.

            Samsul ketapbibir.

            “Sam… err… Samnak pergi ke tandas.” Samsul memberi alasan. Dia ingin bertanya lebih lanjuttetap identiti gadis itu, namun dia tidak mahu bersoal jawab dengan si abang.Oleh itu, dia membuat keputusan untuk melupakannya. Barangkali, dia tersilaporang.

            “Oh…” Safwantersenyum.

            Samsul menyelukkocek seluarnya.

            “Nah! Lain kali,tolonglah jangan leka. Nasib baik Sam nampak. Kalau orang lain, alamatnyameloponglah abang!” Sempat Samsul memerli Safwan.

            Safwan tersengih.

            “Okey, abangmohon maaf,” balas Safwan.

            Samsul mencemikmuka.

            “Sam baliklahdulu. Nak membuta. Assalamualaikum.” Samsul beredar menuju ke keretanya.

            Safwan menggelengmelihat telatah Samsul. Mentang-mentang cuti semester, kerjanya tidur sahaja!Sam… Sam…

 

 

 

 

Previous: 5 - 2
Next: 6 - 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.