Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kekasih Separuh Jiwa
Kekasih Separuh Jiwa
Nurina Feeza
31/1/2019 22:36:26
143,526
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
8 - 1

Benar,cinta itu memang indah…

Namunparah andai ia bertepuk sebelah tangan…

 

“ZAKI, kau saja yang boleh tolong aku! Akumemerlukan maklumat mengenai dia. Dulu, aku amat bodoh kerana tidak berterusterang tentang identiti sebenar aku. Aku terlalu takut untuk berhadapandengannya. Aku hanya berani mengutuskan nota demi nota buat dia. Babe, kasihanilahaku!” rayu Ariq bersungguh-sungguh. Mujurlah dia mempunyai seorang sahabat yangbekerja di Kementerian Pendidikan. Mungkin, kawannya itu boleh menghulurkanbantuan kepadanya.

            Zaki melepaskan keluhan.

            “Aku tidak boleh mendedahkan apa-apadata staf mahupun guru kepada orang lain. Ia merupakan fail sulit. Tolonglahjangan letak diri aku di dalam situasi bersalah, Ariq. Bukan aku tidak mahutolong, tetapi kau perlu memahami situasi aku. Aku tersepit di tengah,” balasZaki.

            Ariq berdecit.

            “Aku juga bakal staf di KPM. Akubukan saja-saja nak. Aku ingin mengetahui lokasi keberadaan dia. Salahkah?Tolonglah mengerti, Zaki.” Ariq tidak mahu menyerah kalah. Walau apapun yangberlaku, dia harus berusaha untuk memujuk Zaki. Hatta melutut pun, dia sanggup.Dia cuma ingin membuang rasa terkilan.

            “Begitu juga dengan aku, Ariq. Akuhanya menjalankan tugas. Kau sendiri tahu, kita wajib menjaga amanah tugas yangtelah digariskan buat kita. Biarpun kau merupakan kawan baik aku, tetapi akumohon maaf kerana tidak berupaya untuk membantu kau. Tolonglah mengerti situasiaku,” tegas Zaki.

            “Tapi…”

            Tutt… tutt… tutt… talian dimatikan.

            Ariq meraup wajah.

            “Elis, bagaimana cara untuk Ariqcari Elis? Ya ALLAH, tolonglah tunjukkan jalan pada-KU. Permudahkanlah urusankuyang satu ini,” doa hati Ariq.

 

Previous: 7 - 3
Next: 8 - 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.