Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kekasih Separuh Jiwa
Kekasih Separuh Jiwa
Nurina Feeza
31/1/2019 22:36:26
146,146
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
7 - 3

Tanpa melihat skrin, Elismenjawab panggilan itu.

            “Hello?”sapa Elis.

            “Adakah ElisNou’rell yang sedang bercakap?” tanya si pemanggil.

            “Yes, Elis’sspeaking. Who are you?” balas Elis.

            “I am HaziqSafwan. The principal of SK Seri Sekamat,” beritahu Safwan.

            Iris ternganga.Eh, dia tahu ke yang aku tengah mengutuk dia dekat pantri ni?

            “How did yougot my phone number?” soal Elis.

            “Eh, saya adalah ketuajabatan awak. Awak dah lupa ke? Takkanlah saya tidak tahu nombor telefon stafsaya sendiri? Semua maklumat guru termasuk staf ada di dalam simpanan saya,”balas Safwan.

            Elis menepukdahi. Bagaimana dia boleh terlupa yang Safwan merupakan Guru Besar di sekolahitu? Soalan apalah yang kau tanya ni, Elis? Soalan bebal!

            “Kenapa cikgu menelefonsaya? Membazirkan kredit cikgu saja. Saya tak pergi mana-mana pun. Ada dipejabat ni,” balas Elis.

            “Awak sudahbancuh Nescafe saya tu ke?” tanya Safwan.

            “Saya tengahbuatlah ini,” jawab Elis.

            “Saya tak nakawak guna Nesface 3 in 1,” arah Safwan.

            “Habis itu?” Elistercengang. Banyak kerenah sungguh!

            “Saya nak rasaair tangan awak. Bancuh dengan serbuk Nescafe yang ada di rak kaca itu,” balasSafwan.

            Elis berdecit.Dia menggaru dahi dengan jari telunjuk kanannya. Macam mana ni? Aku anti benardengan bau semerbak harum Nescafe ni. Rasa nak termuntah pun ada.

            “Awak dengar keapa yang saya cakap tadi?” tegur Safwan.

            “Dengar!” Bibir Elisterjuih ke depan.

            “Dah tu kenapaawak diam?”

Safwan hairan dengan tingkah Elis yang tiba-tibadiam. Umpama digam uhu saja.

            “Tak boleh kekalau saya bancuh guna Nescafe 3 in 1?” balas Elis teragak-agak.

            “No, you can’t!Itu adalah minuman kegemaran saya!” bentak Safwan.

            “Fine! Jangankompelin kalau air cikgu itu tidak sedap!” marah Elis.

“Saya suruhlah awak bancuh semula sampai rasanyajadi sedap,” balas Safwan.   

Elis mencemik lalu mematikan talian. Kau memangsuka mengarah tahu tak? Minta benda bukan-bukan dekat aku. Aku tabur serbuk Nescafeatas kepala kau, baru tahu! Botol Nescafe dicapai. Sudu diambil. Baru sahajahendak membuka penutup botol, sekali lagi telefonnya berdering. Dia segeramenjawab.

“Cikgu nak apa lagi?” herdik Elis.

“Saya nak awak letak dua sudu serbuk Nescafe dansedikit gula dalam muk. Bancuh secukup rasa. Tak manis dan tak pahit,” arahSafwan lagi.

“Ya!”

Talian dimatikan. Dia melakukan seperti yangdiarahkan oleh Safwan. Cerek elektrik di atas meja dicapai. Dia baru sahajahendak menuang air panas, sekali lagi telefonnya berdering. Dengan rasa geram, Elismenjawab panggilan itu.

“What more do you want hah?” maki Elis.

“Jangan panas sangat. Nanti lecur lidah saya,”arah Safwan lagi.

“Hmm!”

Elis mematikan talian. Dia menjelingtajam telefon bimbitnya. Siaplah, kalau membebel tak sedap, pergi buat sendiri!Malas nak layan lagi!

Air panas dituang sedikit. Botol mineral di tepirak diambil, dituang ke dalam muk. Kemudian dikacau mengikut putaran arah lawanjam. Sekali lagi telefonnya berdering. Tanpa melihat nama pemanggil di skrin, Elisterus menjawab.

“Cikgu nak apa lagi hah?” jerkah Elis.

Previous: 7 - 2
Next: 8 - 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.