Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kekasih Separuh Jiwa
Kekasih Separuh Jiwa
Nurina Feeza
31/1/2019 22:36:26
144,392
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
2 - 3

ARIQduduk di hadapan Kak Lina. Merenung wajah Pembantu Tadbir itu dengan niatmeraih simpati. Hari-hari dia akan temui wanita itu. Dengan harapan agar mendapatmaklumat tentang lokasi terbaru Elis.

            “Akak kena tolong Ariq. Dimanakahtempat tinggal Elis? Ariq nak jumpa dia. Tolonglah bantu Ariq,” rayu Ariq.

            Dia amat menyesal kerana tidakberterus-terang dengan Elis. Kalaulah dia beritahu, pasti mereka sudahbersahabat kini. Tetapi, impian itu tidak kesampaian. Hakikatnya, mereka tidakakan bersua muka lagi.

            Kak Lina berdecit. Ditepuk dahinyabeberapa kali apabila Ariq tidak berhenti mendesak.

            “Akak dah janji dengan Elis. Akakcuma boleh beritahu yang Elis sudah berpindah ke Selangor. Tolonglah janganterus paksa akak,” balas Elis dengan nada tegas.

            Dia ingin membantu Ariq. Tetapi, diatersepit di tengah. Dia tidak mahu persahabatan terputus gara-gara perkara ini.Silaturrahim haruslah dikekalkan sehingga bila-bila.

            Ariq melepaskan keluhan. Kecewadengan penolakan itu.

            “Akak kenal Ariq. Ariq tidak akanmelibatkan akak dalam hal ini. Ariq hanya…”

            “Cukuplah, Ariq,” celah Kak Lina.

            “Ariq…”

            “Akak nak Ariq anggap tiada jodohantara kamu berdua. Masa depan Ariq bukan dengan Elis. Ariq sangat kacak danbekerjaya hebat. Ramai wanita di luar sana yang lebih sepadan dengan Ariq.Carilah perempuan lain,” nasihat Kak Lina.

            Ariq tergamam. Mudah bagi Kak Linamengungkapkan kata, tetapi sukar untuk dia melakukan. Memilih orang lainsebagai suri? Tidak! Entah mengapa dia berasa amat yakin bahawa Elis adalahpemilik tulang rusuk kirinya. Bagaikan ada kuasa magnet yang menarik merekauntuk bersatu.

            “Ariq sayang pada Elis, kak,” balasAriq.

            “Tiada guna Ariq menyulam kasihsedangkan si dia sudah tiada di hadapan mata. Simpan perasaan itu di lubuk hatiyang paling dalam. Terimalah ketentuan DIA,” balas Kak Lina lagi.

            Jujur Kak Lina berasa suka jika Ariqdan Elis berpasangan. Dia pernah menyuarakan pendapat itu kepada Elis. Namundemikian, Elis menolak dengan alasan tidak mahu menanggung derita.

            Ariq terkedu. Akhirnya menguncibibir daripada terus melafaz. Mungkin ada benarnya. Cinta yang membara-bara inisukar untuk dilabuhkan kepada si pemiliknya bahkan amat jauh untuk digapai.

            Kak Lina merenung Ariq. Terdetikrasa simpati di sanubari.

            “Ariq okey ke ni? Ariq, akak mohonmaaf andai Ariq terasa hati. Percayalah… akak sayang pada kamu berdua. Akakjuga sudah anggap kamu seperti adik. Akak cuba, tetapi apakan daya. Akak…”

            “Tak apalah, kak. Mungkin dia milikorang lain, bukan Ariq.” Ariq tersenyum lemah. Dia bangun lalu perlahan-lahanmenyusun langkah meninggalkan pejabat sekolah itu.

            Kak Lina hanya memerhati dari jauh.Dia serba salah.

 

 

Previous: 2 - 2
Next: 3 - 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.