Telatahnyamembuat diri berasa tercabar,
Namundi hati pula berkata lain maknanya.
SAFWAN membolos masuk ke dalamperut kereta. Elis terlepas kali ini. Mujurlah dia perlu ke PPD untuk menghadiritaklimat. Jika tidak, Elis perlu berhadapan dengan amukannya kerana beranimelawan kata!
Namun, kehadiran Elistelah membuat hati lelakinya berasa goyah. Sudah lama dia tidak mengalamiperasaan seperti itu. Kali terakhir ialah ketika dia masih bersama-sama denganEmma. Apakah erti perasaannya itu? Wajah Elis bertamu di mataSafwan. Sekali gus mengundang senyuman di bibirnya.
Telefon bimbit berdering. Lamunan Safwan mati.Dia segera menjawab panggilan itu. Rupa-rupanya Kak Fidah menghubungi untukmemberitahu bahawa taklimat pada hari ini telah dibatalkan. Safwan menghelanafas lega. Oleh itu, dia dapat menyiapkan kerja yang tergendala.
Baru sahaja hendak keluar, tiba-tiba Samsulmenelefon kerana mahu mengajaknya bersarapan pagi. Dek kerana Samsul barusahaja pulang ke Selangor, maka Safwan beralah. Enjen dihidupkan lalu keretadipandu pergi meninggalkan perkarangan sekolah.