Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kekasih Separuh Jiwa
Kekasih Separuh Jiwa
Nurina Feeza
31/1/2019 22:36:26
143,384
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
6 - 3

PUAN SALINA sedang memasak ketika Elis memasuki dapur. Wanita itutidak menyedari kepulangan anaknya itu. Elis serta-merta menerpa ke arah mama.Tubuh mama dipeluk kejap dari arah belakang. Dia menghamburkan tangisan.

Puan Salina termangu, terkejut dengan tindakananaknya itu. Api ditutup. Dia memusingkan tubuhnya ke belakang. Pelukandileraikan.

“Kenapa Elis menangis? Ada sesuatu yang sudahberlaku ke? Cerita pada mama. Siapa yang buat Elis jadi macam ni?”

Bertubi-tubi soalan terpacul keluar dari bibir PuanSalina. Dia tidak suka melihat anaknya itu menumpahkan air mata. Cukuplahpenderitaan yang diberikan oleh Farish dahulu. Dia tidak mahu Elis terusberduka lagi. Dia hanya mahu melihat Elis gembira sahaja.

“Elis jahat sangat ke, mama?”  Elis memandang sayu wajah mama.

Puan Salina tergamam.

“Siapa kata anak mama jahat? Anak mamalah yangpaling baik di dunia ni. Kalau dia kata anak mama jahat, biar mama lepuk dia!Melampau sungguh. Suka hati saja nak tuduh anak mama macam tu. Dia tu bagussangat ke?” Geram hati Puan Salina.

Elis tersenyum hambar.

“Elis tak mampu nak balas cinta Shamil, mama. Elisanggap dia tidak lebih daripada seorang kawan. Tapi mengapa Auntie Salawati takfaham? Kenapa dia tuduh Elis kejam? Salah ke Elis menolak cinta Shamil? Elistidak mahu dia terluka. Rasa itu sakit sangat, mama! Elis sudah pernahmerasainya dulu.”

Suara Elis teresak-esak. Dia berasa bersalah kepadaShamil. Shamil sudah banyak membantunya. Entah bagaimana caranya untuk membalasbudi Shamil?

“Kenapa Elis tak beri peluang kepada Shamil? Shamilis a good person who can makes your life gain happiness,” pujuk PuanSalina.

Dia menyukai Shamil. Malah dia pernah berharapShamil menjadi menantunya. Tetapi Elis memilih Farish. Apa boleh dia kata? Itukeputusan Elis.

“Elis tak cintakan Shamil, mama,” tegas Elis.

Puan Salina terdiam.

“Elis akan jauhkan diri Elis daripada Shamil.Elis nak dia cari perempuan yang lebih baik daripada Elis, yang bolehmembahagiakannya!” tekad Elis.

Puan Salina hanya mampu tersenyum. 

Previous: 6 - 2
Next: 7 - 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.