Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kekasih Separuh Jiwa
Kekasih Separuh Jiwa
Nurina Feeza
31/1/2019 22:36:26
146,164
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
7 - 1

Usahlahterlalu membenci…

Keranakelak suatu hari nanti, hati akan menyayangi…

 

JARUM jam di tangannya sudah genap pukul 7.30pagi. Namun, pintu pejabat sekolah masih berkunci lagi. Elis tercengang. Tadisemasa dia memarkir kereta, sudah ada guru yang tiba. Namun ketika dia sampai,ofis masih kosong. Setelah setengah jam berlalu, barulah Kak Fidah muncul.

            Elismemandang Kak Fidah dengan wajah bingung.

            “Kak,mana Kak Leen? Bukan ke kita sepatutnya mula bekerja pada pukul 7.30 pagi?”soal Elis menginginkan kepastian. Setahunya, itulah yang diperkatakan olehSafwan. Ataupun, dia tersilap dengar?

            KakFidah tercengang.

            “Siapaberitahu?” soal Kak Fidah.

            “GB.”

            “Elis percayacakap GB ke?” Kak Fidah sudah bantai gelak.

            “Habis tu, kitamasuk pukul berapa?” tanya Elis.

            “Masuk pukul 8.00dan balik pada pukul 5.00. GB memang suka kenakan orang, Elis.” Kak Fidahtersengih-sengih.

            “Elis kenatipulah ini?” bentak Elis. Kurang asam betul!

            “Lain kali janganmain percaya saja. Tanya akak atau Leen dulu,” balas Kak Fidah.

            “Elis tak tahu!Muka dia serius semasa tu!” balas Elis geram.

            “Itu tandanya mooddia tengah baiklah itu. Dia akan bergurau senda dengan kita. Tapi bila dia naikangin, kita kena bersiap sedia untuk dengar maki hamun dia,” cerita Kak Fidah.

            “Dia teruk sangatke, kak?” tanya Elis.

            “Dia…”

Kak Fidah belum habis kata lagi. Safwan sudahtersembul di muka pintu.

“Kak Fidah, nanti akak bagi kunci bilikmesyuarat pada Dahlia ya? Dia nak buat meeting panitia,” arah Safwan.

“Baik, cikgu,” balas KakFidah.

Safwan menoleh ke arah Elis. Baru dia perasan Elisjuga sudah tiba di sekolah. Sah, Elis sudah termakan dengan tipu helahnya.

“Awal awak datang, Elis?Awak sayang sekolah ke?” perli Safwan selamba.

“Cikgu dah lupa ke? Cikgu telah menyenaraikanperaturan yang semua staf dan guru wajib patuhi?            Kalau saya datang lambat, nanti saya kena surat tunjuksebab. Saya datanglah awal,” bentak Elis.

Kak Fidah terkedu. Sekali lagi Elis beranimelawan kata Safwan.

“Saja nak mempermainkan awak,” balas Safwan.

Elis mendengus.

“Okey, esok saya datang lebih awal lagi!” tukasElis berang.

Safwan menghampiri Elis. Lalu mendekatkanwajahnya ke wajah Elis.

“Saya tunggu awak di pejabat. Kita tengok siapayang datang awal. Awak atau saya? Deal?” Safwan sengaja mencabar Elis.

Elis tenung muka Safwan.

“Okey, saya sahut cabaran itu!” Sememangnya Elispantang dicabar.

“We will see.”

Safwan beredar menuju ke biliknya.

“Kenapa Elis setuju? Elis sengaja carinahaslah!”

Kak Fidah menjegil mata.

Muka Elis cemberut.

“Elis bengang! Tengoklah, Elis akan pastikanyang Elis akan jadi orang pertama yang sampai pada hari esok!” tekad Elis.

Kak Fidah mula berasa bimbang. Safwan adalah seoranglelaki yang bijak menyusun strategi. Apakah yang bakal terjadi esok?

Previous: 6 - 3
Next: 7 - 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.