Home Novel Komedi/Romantik Komedi YANG MANA SATU NI?
Bab 6 ~ Pertemuan dengan Karl Syafiq

“PAPA!”

Suara seorang lelaki menegur dari belakang membuatkan perbualan antara Dato’ Khairy dan Tina terhenti. Dato’ Khairy cepat menoleh. Mereka baru sahaja pulang dari bertemujanji makan tengahari. Tina pula beliak mata memandang susuk tubuh lelaki muda yang memanggil Dato’ Khairy. Wah! Ada anak bujang handsomelah Dato’ ni.

“Ada apa?” tanya Dato’ Khairy.

Lelaki muda itu menghulurkan dokumen kepada bapanya minta perhatian. Dato’ Khairy menarik cermin matanya dari saku kemeja. Dokumen itu dibaca dan beberapa minit kemudian, cermin mata itu ditarik ke atas kepalanya yang botak di bahagian tengah. Tetapi ditutup dengan rambut tepinya yang disikat ke atas.

Dia memandang wajah anaknya yang hendak berjumpa dengan Nur Najwa Sallehuddin berkenaan dengan rumah kedai tiga pintu yang dibelinya. Mahu sahaja dia sendiri berjumpa dengan wanita idaman kalbu itu tetapi dia pula harus ke pelabuhan untuk menandatangani shipment kiriman dari Vietnam yang baru sampai. Aduhai!

“Along ikut Tina, dia kerja kat opis tu,” arah Dato’ Khairy kepada anak sulongnya yang baru mahu berjinak-jinak mengambil alih tugasnya di Maya Sutera.

Tina senyum gedik. Macam inilah baru sesuai untuk dipikat. Ada ke Dato’ yang dah hampir botak itu mahu direbutnya?

“....permintaan saya tadi jangan lupa,” sempat Dato’ Khairy berpesan kepada Tina. Puas sudah dia menghabiskan duit untuk belanja spy yang dilantik itu.

“No hal Dato’,” jawab Tina sambil mengatur langkah beriringan dengan anak lelaki yang hanya dikenali dengan panggilan Along oleh Dato’ Khairy tadi.

“Siapa nama sebenar Along ni?” tanya Tina ramah.

“Khairul Syafiq.”

“Ooo...Khairul Syafiq bin Khairy.... sedap nama tu,” usik Tina. “...ada urusan nak jumpa dengan siapa di Mega Bina Holdings?”

“Pengurus yang berurusan dengan rumah kedai tiga pintu yang kami beli dulu untuk dijadikan butik baru.” Jawab lelaki muda itu.

“Tapi Encik Hans Yusof tu dah meletakan jawatan...”

Belum sempat habis ayat Tina, lelaki anak Dato’ Khairy itu berhenti menapak.

“Habis siapa yang akan membuat urusan ini sekarang?” Khairul Syafiq mula bimbang bila pengurus yang mengurus pembeliannya dulu, dikatakan sudah berhenti. Tentu nanti urusan seterusnya bersama pengurus yang baru akan memakan masa pula.

“Ala... no worries la Along...” ujar Tina selamba kodok sama berbahasa memanggil Along. “...kita orang ada bos baru perempuan.”

Khairul Syafiq yang mendengar merasa lega. Dia lebih rela bekerja di luar dari duduk di dalam pejabat Maya Sutera. Rasa tak boleh hendak bernafas pula bila dikelilingi oleh pekerja-pekerjanya yang sengaja diambil dari kaum wanita kesemuanya.

“Dia ada di pejabat ke sekarang ni?”

“Tadi masa I nak keluar makan tengahari adalah, tetapi sekarang ni tak tahu pulak.” Kata Tina sambil menolak pintu kaca masuk ke Mega Bina Holdings.

“Jom! I tunjukkan pejabatnya,” ajak Tina.


“MASUK!” teriak Nur Najwa yang sedang tertonggeng-tonggeng mencari fail berkenaan dengan pembelian rumah kedai tiga pintu oleh Dato’ Khairy Awaluddin yang mahu ditukar lokasinya. Sibuk betul Dato’ seorang itu... dah elok-elok selesai urusannya, dia sibuk mahu menukar lokasi pula.

Tina cepat menolak daun pintu apabila mendapat kebenaran. “Bos! Ada orang nak jumpa,” katanya elok dia menolak lebar daun pintu. Tetapi bayang Nur Najwanya tidak kelihatan.

“Silalah! Saya dah terima call dari peguam yang mengurus hartanah tu,” ujar Nur Najwa lagi yang masih mencari fail pelanggannya.

“Duduklah....” dia mengangkat wajah memandang orang yang harus dia jumpa berurusan dengan pembelian rumah kedai itu. “....awak wakil dari Dato’ Khairy ke?” tanya Nur Najwa merenung wajah lelaki muda itu.

“Ya saya....” lelaki itu juga sama merenung Nur Najwa sambil menghulurkan dokumen yang dibawa.

“Dato’ ke mana?” tanya Nur Najwa lega.

Dia tadi cuak juga hendak memandang kerana harus berurusan empat mata dengan Dato’ yang memang meminatinya itu. Lagipun dia rasa takut juga kerana asyik memberi alasan mengelak untuk menghias bilik pejabat seperti mana yang diminta oleh Dato’ Khairy berulang kali.

“Dia ada urusan lain,” jawab lelaki itu.

Wah! Lega. Mujur dia hantar wakil aje... tak perlulah dia berhadapan dengan Dato’ Khairy yang botak tengah kepalanya itu.

“Okey....” Jawab Nur Najwa sambil menarik sikit duduknya ke depan menghadap lelaki itu. Dokumen lelaki itu diambil dan dibelek untuk memastikan apa bentuk tindakan yang perlu diambil.

“Hurmm... kalau ikutkan proses pembelian dengan Dato’ hari tu, memang dah selesai. Tapi sekarang Dato’ minta ubah dari corner jalan pertama itu ke corner yang berdekatan dengan tasik. Di situ pemandangannya lebih cantik.... namun ada penambahan harga kerana terdapat sepuluh kaki ruang yang lebih bahagian tepi. Dato’ setuju tak dengan harga tu?”

Khairul Syafiq merenung wajah yang sedang mengomel itu. Seolah pernah dilihat tetapi di mana ya? Mindanya mencari wajah itu di mana-mana. Hah! Khairul Syafiq tersenyum dalam hati. Dia sudah mengenalpasti wajah di depannya.

“Itulah saya datang ni untuk menandatangani surat perjanjian baru tu mewakili Dato’.” Khairul Syafiq menunjukkan surat pengesahan dari bapanya yang dibawa sama tadi.

Nur Najwa melihatnya teliti. Haruslah dia berbuat begitu kan? Bukannya Mega Bina Holdings itu syarikat tok wan dia nak dibuat sesuka hati dan bukan mudah pula Tan Sri Azizan hendak memberi kepercayaan kepadanya?

“Nanti saya kenalkan dengan Eksekutif Pemasaran baru kami, dia akan bawa encik...” Nur Najwa menunjuk ibu jari tangan kanannya bertanyakan nama wakil dari Dato’ Khairy itu.

“Khairul Syafiq.”

Nur Najwa angguk. Dia kemudian bangun dengan membawa dokumen yang diberi oleh lelaki itu tadi.

“Jom!” ajaknya sopan.

“You don’t remember me, do you?” bertanya Khairul Syafiq bila wanita itu seolah tidak mengenalinya.

Nur Najwa cepat merenung wajah itu. “Do I know you?’ tanyanya pula sambil berkerut kening beria-ia mengingat lelaki yang gagah dan muda di depannya itu.

Khairul Syafiq senyum. “Tapi saya kenal awak,” jawab Khairul Syafiq. Hehehe...

Tetapi dia lupa waktu itu penampilannya berbeza. Manalah perempuan itu mahu mengenalinya pada malam mereka pertama kali ditemukan di dalam premis 7 Eleven itu?

Nur Najwa yang berjalan beriringan dengan Khairul Syafiq ke bilik bahagian pemasaran itu berpaling memandang lelaki yang mengaku pernah mengenalinya itu.

“Isy! Awak salah orang ni,” ujar Nur Najwa yang memang rasa dia belum pernah melihat lelaki muda itu di mana-mana.

Pintu bilik pejabat Noor Azizah diketuk. Nampak wanita di dalam itu mengangkat mukanya memandang ke arah pintu yang separa bercermin kaca. Dia menunjukkan isyarat masuk dengan jari telunjuk.

Nur Najwa menolak daun pintu.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam,” sahut Noor Azizah yang tertancap matanya ke arah anak muda bersama Nur Najwa di muka pintu.

“Ini Khairul Syafiq, wakil Dato’ Khairy nak buat pertukaran lot rumah kedai yang dah dibincangkan semalam tu,” jelas Nur Najwa memperkenalkan wakil Dato’ Khairy kepada Noor Azizah.

“Hai Karl,” tegur Noor Azizah ramah.

Nur Najwa memandang Khairul Syafiq dan Noor Azizah silih berganti. Oo... nama panggilan dia Karl, desis Nur Najwa. Nampak macam mereka berdua sudah saling mengenali.

“Dia nak tengok rumah kedai tu sendiri, can you attend to him?” tanya Nur Najwa kepada Noor Azizah selaku Eksekutif Pemasaran Mega Bina.

“Definitely...” jawab Noor Azizah yang mata masih belum lekang memandang pemuda itu. “...please, have a seat,” ajaknya sopan.

‘Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu tetapi ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.’

Dia sudah nampak hikmah yang cuba Allah sampaikan padanya. Memang dia tidak menyetujui keinginan mamanya yang mahu dia mengambil alih Maya Sutera... butik yang dipenuhi dengan perempuan semuanya. Tetapi dengan menuruti kehendak mamanya, dia bukan sahaja telah menemui perempuan empunya sekampit gula itu... malah telah ditemukan dengan bekas teman wanitanya juga.

Dia marah sungguh semasa dapat tahu bahawa teman wanitanya itu sama melayan bapanya. Walaupun hubungan itu tidak sampai ke mana-mana, dia rasa kecewa juga dengan perangai teman wanitanya itu yang dalam diam telah menduakannya. Perasaan marah itu telah membuatkan dia mengambil keputusan melarikan diri ke UK di tempat adiknya. Cadangan asalnya untuk menyambung pengajian... namun, semasa di dalam pesawat penerbangan itu dia telah ditemukan dengan seorang dari ahli jemaah Tabligh yang akhirnya telah membawa dirinya ke kelompok pendakwah itu.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh