Si
ayah berpaling memandang, melemparkan senyuman lalu berdiri dan menyambut
kedatangan ayahnya. Salam dihulur dan tangan tok ayah dikucup mesra. Mereka
kemudian berpelukan.
Anak
lelaki dan cucunya itu sampai petang semalam, tetapi tok ayah tidak sempat
hendak berjumpa kerana berada di luar daerah. Nasib baik ada Pak Hussin yang
boleh diharap untuk ke tepi ke tengah mengurus anaknya itu.
“Join
us?” tanya ayah si kecil.
Oo...
anak Tan Sri Azizan rupanya dia ni. Tunggu Tan Sri Azizan datang, patutlah dia
tahu benar dengan pejabat itu. Nur Najwa di sebelah si kecil terbeku. Namun dia
bersuara juga.
“Assalamualaikum Tan Sri.”
“Waalaikumsalam.”
“Tan
Sri....”
Tan
Sri Azizan angkat sebelah tangan. “It’s okay... saya cuma datang nak ambil cucu
saya aje,” pangkah Tan Sri Azizan sebelum sempat Nur Najwa menerangkan keadaan.
Tan Sri Azizan membongkok mencium pipi cucunya.
“How are you?” tanyanya pada si kecil.
“I’m
good,” jawab si kecil petah sambil memeluk tengkuk tok ayah.
“Ikut
tok ayah balik?” ajaknya. “Daddy nak kerja.”
Tan Sri Azizan datang kerana semasa dia
menelefon pejabat tadi, Najmi memberitahu anaknya dibawa sama ke pejabat.
“Nanti
ayah datang, bawak dia balik sini. Kat rumah ni ada Cik Tipah boleh jaga.”
Beritahu Tan Sri Azizan tadi. Dia memang tidak berkesempatan menjengok anaknya
yang baru tiba dari US dan menginap di hotel petang semalam.
“Adik
ikut mommy,” cepat dia menjawab.
Mommy?
Berkerut dahi Tan Sri Azizan mendengar ayat itu. Dia merenung anak lelakinya
bertanya tanpa suara. Mommynya ikut sama ke?
“Rindu
mommy dia agaknya,” jawab ayah si kecil sambil memuncungkan mulutnya ke arah
Nur Najwa di depannya.
Tan
Sri Azizan senyum mengerti maksud si anak.
“Tapi, mommy ni nak kena kerja,” terang
tok ayah yang faham dengan aksi yang ditunjukkan oleh anak lelakinya. “Ikut tok
ayah balik... dekat rumah ada Mak Cu.”
Si
kecil memandang muka Nur Najwa.... kemudian memandang daddynya pula. Dia
memuncungkan bibir dan menggelengkan kepala.
“Sudah...”
si ayah menggaru kepala tak gatal. “...payahlah daddy nak kerja kalau adik tak
nak ikut tok ayah balik?” rungutnya.
“Adik
mana ada kacau daddy? Adik kan ikut mommy aje?”
Si
ayah memandang Nur Najwa meminta bantuan untuk menyelamatkan keadaan,
kalau-kalau dia ada idea yang boleh diguna pakai di dalam waktu kecemasan
begitu. Entah aura apa yang ada pada wanita itu sehingga anaknya terus boleh
jatuh cinta.
“Macam
nilah... Najwa ikut tok ayah balik...”
Nur
Najwa cepat mengangkat wajah memandang Tan Sri Azizan dengan pernyataan yang
agak canggung itu.
“....bawak
mommy sekali.” Tan Sri Azizan memberikan cadangan.
Apa
maksud Tan Sri Azizan sekarang ini? Nur Najwa langsung tidak memahami arahan.
Najwa – ikut – tok ayah – balik – bawak – mommy – sekali. Nur Najwa cuba
mengajuk arahan Tan Sri Azizan sebiji sebiji di dalam hati.
“Najwa,
awak ikut saya sekali, karang saya suruh Pak Hussin hantar balik ke opis, arah
Tan Sri Azizan lagi bila seorang pun daripada nama yang disebutnya itu tidak bergerak.
Kini,
giliran anak lelaki Tan Sri Azizan pula keliru dengan panggilan Najwa dari
ayahnya.
“Oh!
Sorry....” Tan Sri Azizan mengusap rambut cucunya. “...makanlah dulu, tok ayah
tunggu kat opis,” katanya memberitahu.
“KAMU memang dah kenal dengan Najmi ke?” tanya Tan
Sri Azizan yang memandu sendiri ke pejabat pagi itu.
Kasihan
Pak Hussin ke hulu dan ke hilir sejak semalam. Pagi tadi Pak Hussin ditugaskan
mengambil cucunya dari hotel tempat mereka menginap, tetapi menurut Pak Hussin,
cucu Tan Sri Azizan tidak mahu berenggang dari bapanya.
Nur
Najwa berkerut muka mendengar pertanyaan Tan Sri Azizan. Najmi mana? Tan Sri Azizan
ni tanya aku ke? Tapi manalah ada orang lain lagi di dalam kereta ini selain si
kecil cucunya itu?
“Najmi
mana Tan Sri?” Nur Najwa bertanya perlahan.
Tan
Sri Azizan sedikit menjeling. Dia mengerling cermin pandang belakang. “Hai? Dah
keluar sama-sama tak tau Najmi mana pulak?” perli Tan Sri Azizan.
Nur
Najwa di belakang hanya kaku. Mahu mengangkat muka pun dia sudah tidak mampu.
Malu.
“Najmi
tu anak sulong saya...” cerita Tan Sri Azizan. “Saya ambil dia jadi pengurus
ganti pengurus kita yang hari tu.”
Nur
Najwa angguk faham.
“Cucu
saya ni...” Tan Sri Azizan memuncungkan bibirnya ke sebelah. Itik kuning
mainannya itu dipeluk rapat ke pipi. “....nama dia Najwa juga.”