Home Novel Komedi/Romantik Komedi YANG MANA SATU NI?
Bab 11 ~ Argh!! Geramnya aku...

“DIA buat lagi dah!” tegur Datin Sabariah pagi itu sambil melabuhkan duduk di meja sarapan. Khairul Syafiq dilihat berserban ke pejabat awal pagi elok dia turun untuk bersarapan tadi.

“Apa? Siapa?” tanya Dato’ Khairy yang sedap menyuap sup tulang yang dicicah dengan roti.

“Alonglah!”

“Kenapa dengan Along?”

“Dah berserban balik.”

“Dia tak ke pejabat ke hari ni?”

Datin Sabariah angkat bahu. Dia kemudian menjeling tajam suaminya. Geram betul! Anak dara orang sibuk dia nak ambil tahu... anak sendiri dia buat tak peduli pula.

“Dia sudah ke kantor Dato’...” tiba-tiba suara Ibu Kartini menyahut dari tangga dengan bakul dobi di tangan. “Hari ini mau solat Jumaat, bilangnya tadi,” terang Ibu Kartini. “Saya sudah sediain celana dan kemeja... tapi tuan muda itu mahu pake yang itu.”

“Pakai baju Melayu pun tak apa... segak sikit,” tegur Datin Sabariah. “Ada ke berserban macam lebai tu yang diminatnya?”

Dato’ Khairy senyum dalam hati. Biarlah... nampak sikit dia muda dari anaknya. Hehehe...

“Tegurlah sikit... abang pun buat tak tahu aje,” bebel Datin Sabariah lagi.

“Eh? Dia bukan budak-budak lagi nak ditegur. Dah dia rasa selesa pakai macam tu... biarlah.”

“Abang memang sukalah nampak muda dari anak, kan?” tambah Datin Sabariah yang tengah bengang itu. Mahu sahaja dia membuka pertanyaan tentang skandal yang didengarnya itu, tetapi bimbang hilang selera untuk bekerja pula nanti.

Hisy! Geram pula dia dengan mulut isterinya pagi ini yang berang hanya kerana penampilan anak sulongnya itu. Dato’ Khairy cepat mencapai tisu dan mengelap muncungnya.

“Dahlah!” Dato’ Khairy cepat meneguk kopi yang masih berbaki di dalam cawan. “Nak pergi dengan abang ke nak drive sendiri?”

Datin Sabariah angkat punggung. Dia terus mencapai beg tangannya dan mengekor Dato’ Khairy dari belakang tanpa suara.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh