Home Novel Cinta Aku Bukan Perampas
Aku Bukan Perampas
Amylieyhaizani
25/12/2013 02:47:46
206,116
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 5

Bab 5

Jam 8.00 pagi, Rizman Fakhruddin tercegat di luar pejabat Aiman Ezri. Wajahnya yang tampan sukar benar untuk melemparkan senyuman. Beberapa orang staf di pejabat tersebut memberi senyuman apabila tiba disitu.

“ Assalamualaikum.. saudara, boleh saya tolong?” Suri salah seorang staf di situ bersuara ramah. Senyuman yang bermain di bibirnya kelihatan begitu ikhlas.

“ Emm..Aiman Ezri ada?” singkat pertanyaan Fakhruddin. Senyuman yang diberi tidak berbalas.

“ Ooo..Encik Ezri belum sampai. Ada apa yang boleh saya tolong?”

“ Saya nak interview kerja..”

Interview?Kalau macam tu, Encik boleh tunggu kat dalam. Maybe sekejap lagi dia sampai.” Suri melangkah masuk diikuti Fakhruddin.

“ Encik tunggu di sini. Apa-apahal panggil je saya,” gadis itu tersenyum lagi. Murah benar dia dengan senyuman sedangkan Fakhruddin hanya bersahaja. Dia duduk sambil menjeling ke arah jam. Kemudian pantas tangannya mencapai Majalah Wanita yang ada di situ. Dibaca tajuk hadapan dan Fakhruddin mencebik sendiri. Rahsia kelembutan wanita! Uh! Pasal wanita sebegitulah yang menghancurkan hatinya, yang meranapkan kebahagiaannya.Lembutnya wanita hanya luaran tapi hatinya..Fakhruddin membuat andaian sendiri. Dibaca lagi tajuk di dalamnya tentang lelaki atau wanita yang mudah curang? Sudah pasti wanita! Tidak pernah cukup dengan satu lelaki! Fakhruddin panas membaca majalah tersebut. Semuanya menyokong wanita yang kebanyakkannya dianggap menjadi mangsa kepada kecurangan lelaki..lelaki curang? Wanita curang pula, berapa ramai yang tidak mampu dibilang oleh jari. Ah! Memikirkannya hati lelakinya cukup sakit.

“ Ez memang selalu macam tu!” kedengaran suara Zurina dengan nada merajuk. Pantas Fakhruddin memandang ke arah seorang gadis bersama lelaki.

“ Ez gurau jelah!Jangan merajuk-rajuk tak elok! Nanti kita lunch sama-sama ek!” Ezri mencuit dagu Zurina yang mula tersenyum manis. Fakhruddin menjeling sekilas. Jam tangannya dijeling lagi. Jam 9.30 pagi. Uh! Nak jumpa punya susah..

“ Encik Ezri suruh masuk ke pejabat,” gadis yang datang bersama lelaki tadi bersuara ramah. Fakhruddin bangun dan menuju ke arah bilik Aiman Ezri. Pintu diketuk dan dia masuk apabila diberi arahan.

“ Encik Aiman Ezri?” Fakhruddin bersuara. Lelaki yang dilihat tadi rupanya bos di syarikat itu. Dia duduk apabila diminta.

“ Ye saya. Kita pernah berjumpa ke?” Ezri mengerutkan dahinya. Seingatnya wajah itu tidak pernah dilihat.

“ Saya Rizman Fakhruddin sepupu Arman Mustaqim..”pantas lelaki di hadapannya memperkenalkan diri.

“ Oh ye..dia ada jumpa saya tanya pasal kerja.Awak nak kerja kat sini ke?” Ezri merenung wajah tampan di hadapannya.

“ Macam tulah niatnya! Ada kosong ke?” Fakhruddin bersahaja. Ezri tersenyum melihat sikap lelaki di hadapannya. Ada gaya!

“ Emm..apa kerja yang You boleh buat? Maksud I, kerja yang You minat?”

“ Bahagian Akaun. Saya rasa tu kerja yang sesuai buat saya.Tapi kerja apa pun tak apa. Saya tak kisah.” Fakhruddin bersuara cukup pasti.

“ Oklah kalau macam tu. You tolong Encik Shahidan dalam menguruskan perbelanjaan dan kemasukkan wang dalam syarikat kita. Mana-mana fail yang berkaitan kewangan tu adalah tugas You and Encik Shahidan akan pastikan apa yang You buat tu betul atau tidak.” Kata-kata Ezri seolah-olah satu arahan.

“ Temuduga macam mana?” tutur Fakhruddin lagi. Mudah benar dapat kerja! Bagi kerja tak fikir dulu ke? Getusnya sendiri.

“ Tak perlu. Saya percaya kepada awak. Arman Mustaqim takkan suruh orang yang tidak berpengetahuan kerja di syarikat saya. Maybe awak orang yang hebat!” Ezri mengangkat kening sambil tersenyum. Fakhruddin hanya menjungkit bahu dengan pujian yang dilemparkan kepadanya.

“ Oklah macam tu. Bila saya boleh mula?” tiada riak bangga di wajah Fakhruddin. Baginya pujian tersebut tidak membawa apa-apa makna kepadanya.

“ Esok! Jangan lupa bawa fail peribadi andgambar pasport.”

“ Ok..” Fakhruddin bangun dan berlalu. Ezri termenung sendiri. Lelaki itu lain daripada yang lain. Tiada riak berharap di wajahnya untuk mendapatkan kerja di situ.. Tidak seperti orang lain yang datang dengan senyuman dan sopan semata-mata mengharapkan kerja. Ada yang merayu demi mendapat kerjaya di pejabatnya. Adakah lelaki itu berfikir dia akan bersetuju hanya kerana dirinya sepupu kepada Arman Mustaqim? Uh! Kenapalah dia sibuk memikirkan Rizman Fakhruddin. Adakah kerana keterampilannya yang bersahaja atau raut wajah Fakhruddin yang tampan mengalahkan dirinya.Entahlah! Dia sendiri tidak pasti.

****

Aiman Ezri mendail nombor Arman Mustaqim. Irama lagu dangdut yang menusuk ke telinganya menyebabkan Ezri hampir tergelak. Jiwang karat rupanya mamat sekor ni!

“ Helo Ezri. Apa hal kau call aku ni?” kedengaran suara Arman Mustaqim di corong telefon.

“ Kau ni jiwang jugak ek.Dangdut tu!” ketawa Ezri meletus kuat. Sakit perutnya menahan tawa.

“ Biasalah. Orang bujang katakan..” tutur Arman Mustaqim bersahaja.

“ Aku pun bujang juga. Tak adalah macam kau!” Ezri ketawa lagi. Kalau lagu rock ke! Lagu balada ke! Boleh juga..ni tidak, dangdut yang dipilihnya! Kelakar betul!

“ Bujang ? kau tu dah ada bini! Jangan nak perasan bujang ek!” Arman Mustaqim membidas dengan tawa yang panjang. Ezri terkedu! Sememangnya dia lupa tentang itu. Sudah beberapa hari dia keluar dari rumah.Dan sesungguhnya dia hampir melupai masalah yang membelenggu hidupnya kini.

“ Emm..tadi sepupu kau datang tanya pasal kerja. Dia tu orang macam mana?” terlontar soalan itu dari mult Ezri tanpa menghiraukan kata-kata Arman Mustaqim sebentar tadi. Jika dilayan sekalipun, dia juga yang akan terkena akhirnya.

“ Macam mana apa? Ada hidung, ada mulut, tangan, kaki macam kita juga! Kenapa kau tanya?Dia ada buat salah ke?” serius soalan yang dilemparkan.

“ Tak adalah!Aku tengok susah benar nak senyum. Bercakap pun tak banyak. Kau agak, dia boleh buat kerja tak?”

“ Eh Bro! Rizman Fakhruddin tu kelulusan luar negara. Cuma nasib dia belum baik, tak ada kerja lagi. Kalau tak caya kau tengoklah nanti,” Arman Mustaqim bersuara galak. Bangga benar dia dengan kejayaan sepupunya itu.

“ Ye ke?” soal Ezri tidak berapa yakin dengan kata-kata temannya. Cara Fakhruddin tidak menggambarkan dia seorang yang begitu berkelulusan.

“ Pasal sikap dia tu, dia memang macam tu. Susah nak senyum..tapi awek ramai berkenan tu..nanti jangan Zurina terpikat dengan dia sudah!” Arman Mustaqim seakan berseloroh. Ezri pula hanya tersenyum. Aku pun hensem juga! Kalau tak, tak adanya perempuan berebut! Getus Ezri sendiri.

“ Kalau dia boleh buat kerja okeylah! Aku pun malas nak interviewdia.”

“ Oklah tu! Aku nak sambung kerja ni. Kira jadilah dia kerja kat situ!” Arman Mustaqim seolah meminta kepastian.

“ Aku dah suruh dia datang esok.”

“ Baguslah kalau macam tu! tak sia-sia aku jadi kawan kau! Oklah Ez, ada masa kita jumpa dan macam biasa, jangan lupa belanja!”

“ Yelah..asyik aku je!” Ezri seakan merungut.

“ Kau kan tokey..oklah assalamualaikum,” Arman Mustaqim memberi salam dan Ezri mematikan talian selepas menjawab salam. Seketika dia teringat Nur Jannah yang ditinggal sepi. Sudahlah duit belanja tidak di beri, makan minumpun dia tidak ambil tahu. Ezri sendiri hairan, mengapa bencinya pada Nur Jannah menggunung tinggi, sedangkan perkahwinan mereka belum sampai sebulan. Malam pertama mereka pun belum mereka nikmati lantaran panggilan Zurina selepas persandingan mengusik hatinya. Zurina menangis-nangis bertanya tentang kecurangannya. Ah! Dia berdosa kepada Zurina. Pada Nur Jannah? Dia tidak ambil peduli. Malam pertama dia keluar tanpa orang lain menyedari dan Nur Jannah sendiri di dalam kamar yang berhias indah. Ezri teringat semula saat-saat melamar Nur Jannah untuk menjadi suri di dalam hidupnya.

“ Abang ikhlas nak jadikan Nur isteri abang,’’ Ezri ralik menilik kemanisan wajah di hadapan matanya. Senyuman Nur Jannah benar-benar memukau pandangan.

“ Abang tak menyesal? Nur bukan orang kaya ataupun orang senang,’’ Nur Jannah meminta kepastian. Ezri melempar senyuman. Teringat dia kepada Zurina. Jika dibandingkan keduanya, Nur Jannah lebih layak mengisi kekosongan di hatinya.

“ Abang tak akan menyesal kahwin dengan Nur!’’ jawab Ezri cukup yakin.

“ Abang tak ada orang lain selain Nur?’’ Nur Jannah menyoal lagi. Gadis itu seakan tidak yakin dengan kata-kata Ezri. Ezri menelan air liur dan tersenyum pula.

“ Abang hanya ada Nur!’’ pantas dia menjawab tanpa memikirkan sebarang kemungkinan di kemudian hari.

“ Abang! Mengelamun je. Ina masuk tak perasan,” Zurina menepuk meja dengan kuat. Ezri tersedar dari lamunan. Wajah ayu Zurina yang tersenyum manis dipandang lama.

“ Abang kenapa pandang Ina macam tu?” Zurina menarik muka dan duduk di hadapan kekasihnya.

“ Kenapa tak ketuk pintu bila masuk?” suara kasar Ezri mengejutkan Zurina.

“ Sebelum ni tak apa pun!”Zurina seakan membentak. Dia memeluk tubuhnya dan memandang ke tempat lain tanda protes. Wajahnya yang masam semakin kelat bila dipandang.

“ Sekurangnya, Ina bagilah salam. Ni terkejut abang!” Ezri mengurut dadanya tanda terkejut. Malas dia melihat wajah kekasihnya yang mencuka lama-lama.

“ Abang, Ina dah bagi salam dah. Abang tu, ingat bini kat rumah ke?” Zurina bersuara berbaur cemburu. Ezri menelan air liur. Mana minah ni tahu! Macam tok bomohlah pulak!

“ Tak adalah..abang fikirkan Ina.” Lembut kata-kata yang dituturkan.

“ Yelah tu..”Zurina mula tersenyum. Dia menongkat dagunya di atas meja.Matanya meliar melihat pejabat Ezri yang tersusun kemas.

“ Ina kenapa? Ada hal nak cakap dengan abang ke?”

“ Em..tadi..siapa bang?” tutur Zurina sedikit manja. Matanya dilirik kepada Ezri seolah ingin menggoda.

“ Yang mana?” Ezri mengerutkan dahinya.

“ Yang jumpa abang tadi..yang tinggi..hensem tu.”

“ Tinggi..hensem?”

“ Yang abang suruh masuk tadi!” Zurina mulai geram.Hilang lirikan manjanya sebentar tadi.

“ Ooo….hensem..nama dia Rizman Fakhruddin. Sepupu Arman Mustaqim..ada job untuk dia.”

Job? Dah interview?” mata Zurina membutang dengan tiba-tiba.

“ Orang hebat! Buat apa nak interview lagi..” Ezri tersenyum melihat Zurina yang tidak henti-henti bertanya. Dia ingat aku ni ambil penjenayah ke? Macam polislah pulak!

“ Abang ni..mentang-mentang sahabat baik perkenalkan, langsung tak payah interview. Buatnya budak tu tak pandai apa-apa, tak ke naye!” omel Zurina tidak berpuas hati.

“ Orang hensem sayang!” terpacul kata-kata itu dari mulutnya. Pantas Zurina memandang tanpa berkelip.

“ Dah tu kenapa?” Zurina pula mengerutkan dahinya. Takkan orang hensem tak perlu ditemuduga! Datang terus dapat kerja? Senangnya! Kalau macam tu gayanya, tak payahlah belajar tinggi-tinggi! Buang tabiat ke apa balak ni?

“ Sayang tak berkenan ke?” Ezri tertawa kecil. Seronok dia menyakat kekasih hatinya.

“ Ke situ pulak. Oklah! Ina nak sambung kerja ni,” Zurina manarik muka dan bangun dari kerusi. Pantas Ezri bangun dan berdiri di sebelah kekasihnya. Tangan gadis itu dipegang erat dan dikucup lama.

“ Abang gurau jelah! Takkan tu pun sayang nak ambil hati. Sudah-sudahlah tarik muka empat belas tu! senyum sikit!” dagu Zurina dicuit lembut.

“ Abang tu! asyik kenakan Ina je!”

“ Ok! Abang minta maaf! Nanti kita lunchsama-sama ek!” tutur Ezri seakan memujuk. Dia mengeyit mata kepada kekasihnya yang mula berubah wajah. Ada senyuman di wajah manisnya.

“ Ok! Jangan kenakan Ina lagi!Kalau tak, Ina takkan lepaskan abang!”

“ Jangan lepaskan abang buat selama-lamanya! Boleh?” renungan Ezri melemaskan Zurina.Pantas dia menarik tangannya dari pegangan kekasihnya. Dia melangkah keluar dengan senyuman. Tubuhnya yang langsing semakin menyerlah apabila mengenakan baju kebaya yang bercorakkan batik. Rambutnya yang lurus disanggul kemas. Sememangnya Zurina lebih istimewa dari Nur Jannah. Nur Jannah yang tidak tahu bergaya, tidak pandai bersolek, ah segalanya! Ezri membandingkan dua wanita yang kini merebut cintanya. Baru kini dia menyedari cintanya pada Nur Jannah tidak pernah ada.Yang ada hanyalah cinta buat perempuan bernama Zurina. Noktah!

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.