Bab
26
“ Cepat Nur nak balik. Kenapa tak
tinggal dua tiga hari lagi,” Mak Leha melihat Nur Jannah dan Maria membawa beg
pakaian ke muka pintu.Pak Samad yang berada
di ambang pintu turut memandang sekilas.
“
Ala..maknya..Nur tu dah jadi
isteri orang!Mana boleh lama-lama. Siapa nak masak
kat rumah tu.Masa mak pergi KL hari tu, ayah masak sendiri je..”
Pak Samad bersuara lembut. Nur Jannah tersenyum mendengar gelaran yang
digunakan oleh ayahnya. Masih romantik walau umur di ambang senja!
“ Yelah..saya tahu. Tapi bukan
senang si Nur ni nak balik..” Mak Leha bersuara sedikit kesal.
“ Mak, ada masa Nur balik. Mak
janganlah risau,” Nur Jannah separuh memujuk. Dia duduk di sebelah emaknya
diikuti Maria.
“ Kak Long! Nanti Kak Long beli Airi
telefon Nokia kat Airi tau! Airi nak call
kawan senang,” Airi yang datang dari arah dapur bersuara.
“ Nelly pun nak. Kak Long beli
telefon Nokia N70 tu. Barulah gempak!”
ujar Nelly bersungguh-sungguh. Matanya bersinar membayangkan telefon tersebut
yang akan menjadi miliknya suatu hari nanti.
“ Banyaklah gempak!Kak
Long mana ada duit nak beli semua tu,” Mak Leha mencelah.
“
Ala mak ni..Kak Long tak ada duit tapi abang Ezri banyak duit.Mak tengoklah banglo Kak Long. Setakat beli telefon tu
kacang je mak.Tak gitu Kak Long?” Airi pula
mencelah.
“
Oklah, nanti Kak Long belikan ek. Tapi jangan lupa belajar rajin-rajin..Kak
Long nak Airi dengan Nelly dapat A dalam semua subjek.Boleh?” Nur Jannah melirik senyum. Tiba-tiba hon kereta
Ejay kedengaran di halaman rumah. Pantas mereka menjenguk keluar. Kelihatan
Ejay turun dari kereta dan memberi salam. Pantas salamnya dijawab.
“
Pak Ngah..” Ejay menghulur tangan
pada Pak Samad yang berada di anak
tangga.
“
Em..Ejay pun nak balik hari ni?”Pak
Samad menyambut salam.
“ Yelah Pak Ngah. Esok dah kena kerja,” Ejay
melempar senyum pada Mak Leha yang bangun megiringi Nur Jannah dan Maria ke
arah pintu.
“ Mak, ayah, Nur balik dulu. Jaga
diri baik-baik. Nur dan Airi jangan banyak sangat bermain!” Nur Jannah sempat
berpesan.
“ Yelah Kak Long!” Airi dan Nelly
bersuara serentak. Mereka bersalaman di atara satu sama lain.
“
Maria ada masa datanglah lagi!” Mak Leha bersuara lembut.
“
Yelah mak cik. InsyaAllah..” Maria tersenyum sambil menyalami Mak Leha dan Pak
Samad.Nur Jannah turut
menyalami orang tuanya. Ejay yang berada di situ turut bersalaman dengan orang
tua Nur Jannah. Mereka bergegas turun menuju ke arah kereta. Nur Jannah sengaja
duduk di belakang untuk memberi ruang pada Maria dan Ejay berkenalan lebih
rapat. Sebelum berlepas hon dibunyikan
dan Nur Jannah melambai sayu. Tanpa sedar air matanya mengalir ke pipi. Bagitu
banyak kasih sayang mereka, namun secebis kasih dari Ezri tidak pernah dia
merasai lagi. Sepanjang perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur, Nur Jannah hanya
mendiamkan diri melayan kelukaan hati. Hanya Maria yang rancak berbual dengan
Ejay. Tanpa sedar Nur Jannah terlena bersama
air mata yang masih bersisa.
****
Aiman Ezri termenung di apartmentnya.Dia memandang ke arah luar. Saat itu dia teringat pada
Nur Jannah. Tiba-tiba dia merasa rindu pada isterinya. Sepanjang perkahwinan
mereka, tidak pernah sekali dia melayan gadis itu dengan baik. Malah dia
melukainya berkali-kali. Teringat dia ketika Nur Jannah datang ke pejabatnya
dengan harapan agar dia dapat pulang bersama ke kampungnya di Ipoh. Namun
sayang, Nur Jannah diherdik dengan sewenangnya. Tidak cukup dengan itu, Zurina
pula menyakitinya dengan kata-kata yang menyakitkan. Ah!
Maafkan abang Nur! Abang tidak mampu hidup bersama Nur! Abang cintakan
Zurina..namun abang juga rindu pada Nur.. abang tak tahu mengapa! Abang yang
salah! Ezri melangkah ke arah televisyen apabila telefonnya menjerit minta
diangkat.
“
Helo..siapa?”
“
Inalah bang! Cuti-cuti ni abang buat apa? Ina bosanlah!” Zurina kedengaran
merengek bagai anak kecil.
“
Abang penatlah sayang. Esokkan kerja! Berehat kat rumah jelah,” Ezri memberi
alasan. dia tiada mood untuk melayan
kerenah Zurina saat itu.
“
Abang..abang cintakan Inakan?” soalan itu lancar terkeluar dari mulut Zurina.
“
Kenapa Ina tanya macam tu? Abang betul-betul cintakan Ina!”
“ Jadi bila kita nak bertunang?”
“ Bertunang?” Ezri membulatkan
matanya bagai ingin tersembur. Tak faham-faham minah ni!.
“
Yelah..Ina bukan muda lagi. Lagipun Ina tak nak kehilangan abang! Abang
fahamkan?” Zurina bersuara sedih.
“
Emm..yelah nanti kita bincang..Ina buat apa tu..”
“
Ina buat tak tahu je!”
“ Buat tak tahu?” Ezri sedikit
tergelak. Lupa dia pada Nur Jannah yang bermain di mindanya sebentar tadi.
“
Abang..Ina tanya boleh?” suara Zurina kedengaran perlahan tiba-tiba.
“
Apa dia Ina?”
“
Abang betul tak cintakan Nur Jannah?”suara Zurina seakan mendesak. Ezri terdiam seketika. Kasihan Nur Jannah!
Maafkan abang.
“ Em..abang hanya cintakan Ina.Dahlah
tanya pasal dia. Ina..abang ada kerja jap. Petang nanti abang call.”
“
Abang kata kat rumah!”
“
Yelah abang nak tidur jap..Ina jaga diri!” talian diputuskan tanpa sempat
Zurina bersuara. Ezri berasa rimas dengan kemelut yang melanda dirinya. Dia
membaringkan diri di atas sofa dan memejamkan matanya rapat-rapat.Tanpa di undang wajah Nur Jannah kembali bermain di
mindanya.