Darius
dan Ashriq melepaskan lelah di tepi gelanggang sebaik tamat bermain squasy.
Pertandingan kali ini dimenangi Ashriq. Selama ini bukan mudah untuk dia
menewaskan Darius. Sejak di bangku sekolah lagi, squasy merupakan riadah yang
paling digemarinya dan Darius.
“Nampaknya
seminggu ni kau kena belanja lunch
aku….” Tutur Ashriq bangga. Senyuman tidak lekang dari bibirnya.
Darius
hanya mencebik.
“Baru
sekali menang dah nak eksyen dengan aku….”
“Weh,
mesti kena eksyen sebab akhirnya aku dapat tewaskan kau. Selama ni asyik kau
aje yang menang, tension aku. Asal
main aje mesti kau yang menang…”
Darius
hanya ketawa mendengarnya.
“Weh,
macam mana dengan syarat yang arwah atuk kau kenakan tu? Emelda dah setuju
untuk kahwin dengan kau?” soal Ashriq. Sudah hampir dua minggu rasanya dari
hari Darius menceritakan syarat tersebut padanya namun hingga kini masih juga
sepi tanpa jawapan.
Darius
hanya diam tanpa menjawab. Rasa penat masih kuat terasa.
“Weh,
kau dengar ke tak aku tanya ni?” soal Ashriq lagi. Tidak puas hati betul dia
apabila pertanyaannya tidak dilayan.
“Dah
seminggu aku tak jumpa Emelda. Kau tahulah Emelda tu, sentiasa sibuk dengan
kerjaya dia. Bila aku call, tak ada pulak kami berbincang tentang hal tu….”
“Habis,
mem besar tak bising ke…?”
“Mahunya
tak, Ash. Kau macam tak kenal mami aku. Telinga aku ni dah naik bernanah dengan
desakan demi desakan darinya. Aku pun tak faham kenapa mami aku bersungguh
sangat nak aku cepat-cepat kahwin. Harta tu tak ke mana pun. Apa yang ada
sekarang pun dah lebih dari cukup…” Keluhan dilepaskan. Sikap maminya sejak
akhir-akhir ini benar-benar melemaskan.
“Cubalah
bawak bincang. Takkanlah mami kau tak boleh nak consider sikit. Emelda tu pun belum tentu bersetuju. Kau pun tahu
kekasih kesayangan kau tu takkan mudah melepaskan kerjayanya yang sedang naik
tu…”
“Itulah
perkara yang lebih memeningkan aku Ash. Emelda dengan sikap keras kepalanya dan
mami aku dengan perangai diktaktornya. Daddy aku pun tak boleh nak buat apa….”
“Aku
kagum betul dengan daddy kau. Tebal betul kesabaran dia dalam melayan kerenah
mami kau. Kadang-kadang kesian pun ada. Tulah bahananya bila terlalu memberi
muka pada pasangan…”
Darius
menjungkit kening.
“Kau
perli aku ek…”
“Eh,
terasa ke..?” Ketawa Ashriq melihat muncung sahabatnya. Aduhai Darius, tidak
sedarkah sahabatnya itu andai dia berterusan dengan sikapnya sekarang, tidak
mustahil dia akan mengalami nasib yang sama dengan daddynya. Tunduk di bawah
telunjuk isteri.
**************************
Petang
itu Emelda hadir bertandang ke rumah Darius setelah mendapat jemputan dari
Datin Aida. Dia tahu hajat sebenar Datin Aida, mestilah tentang pernikahan
antara dia dan Darius. Sudah lebih dua minggu perkara itu dibiarkan tergantung.
Dia sendiri payah untuk membuat keputusan.
"Masuk,
Mel.."pelawa Datin Aida sebaik terlihat kelibat Emelda. Senyumannya
melebar menyambut kehadiran bakal menantunya itu.
"Auntie
sihat?" Dengan kelembutan dan manja Emelda bertanya khabar.
"Sihat
Mel. Kejap ye, auntie panggilkan Darius..."Datin Aida melangkah
meninggalkan Emelda di ruang tamu. Sebaik langkahnya berhenti di depan bilik
anak tunggalnya, dia terus memanggil nama Darius. Pintu juga diketuk
bertalu-talu. Setelah Darius menjengulkan kepala di balik daun pintu, dia terus
memaklumkan tentang kehadiran Emelda dan berlalu meninggalkan anak tunggalnya.
Langkahnya terus diatur menghampiri Emelda yang sedang ralit membelek majalah.
"Hari
ni Mel tak ada show ke?"soal Datin Aida sebaik melabuhkan duduk di depan
bakal menantunya itu.
"Hari
ni Mel free, lagipun esok Mel kena ke Singapura.Ada show kat sana.."
Datin
Aida hanya menganggukkan kepala.
"Hai,
sayang…"sapa Darius lalu melabuhkan punggung di sebelah kekasih hatinya.
"Hai,
I miss you.." Tanpa segan silu
Emelda melentok manja di bahu Darius.
"Semua
dah ada ni, rasanya eloklah kita teruskan perbincangan..." Datin Aida
memulakan agenda akan tujuannya yang menjemput Emelda ke rumahnya petang itu.
Darius dan Emelda diam tidak berkutik.
"Darius
dah bincang dengan Emelda tentang wasiat arwah atuk..?" Datin Aida terus
sahaja menyoal. Dia tidak mahu lagi bertangguh. Darius dan Emelda perlu
dinikahkan secepat mungkin.
"Dah
mami, cuma tunggu keputusan Mel sahaja..."
"So,
Mel macam mana..?" Terus sahaja Datin Aida menyoal Emelda.
"Errr..
. Mel masih belum buat keputusan lagi, auntie.." Duduknya mula gelisah
saat Datin Aida memandangnya tajam.
"Kenapa
lama sangat nak buat keputusan..?"
"Errr..
Kerjaya Mel tengah naik sekarang, auntie. Banyak job yang Mel dapat. Kalau Mel kahwin dan lahirkan anak, habislah
karier Mel.."
"Emelda,
dengan harta yang akan dimiliki Darius nanti, hidup kamu akan lebih mewah dan
terjamin. Tak perlu susah-susah kerja..."
"Tapi
ini cita-cita Mel. Bukan senang Mel nak berada dalam kedudukan sekarang.."
Dengan tegas Emelda menyatakan pendiriannya.
"Jadi,
kerjaya kamu lebih penting dari Darius?"soal Datin Aida tidak puas hati.
Emelda
diam tidak berkutik. Dia menoleh memandang Darius berharap lelaki itu
menyebelahi dirinya.
"Sayang
please..." Tangan Emelda dicapai dan diusap penuh kelembutan.
"No!
I tetap dengan keputusan I..." Lagi sekali Emelda tegas dengan
keputusannya.
Darius
dan Datin Aida saling berpandangan. Terbit rasa geram di hati Datin Aida.
Melihat
kebisuan Darius dan ketegangan di wajah Datin Aida sedikit sebanyak membuatkan
Emelda kecut perut.
"I
ada cadangan untuk dapatkan semua aset arwah atuk you,"ujar Emelda dengan
senyuman.
Datin
Aida dan Darius memusatkan pandangan ke arah Emelda.
"Untuk
mendapatkan semua aset arwah atuk you, you kena bernikah dan lahirkan seorang
zuriat, kan..?"
Darius
mengangguk.
"Apakata
kita cari seseorang yang sanggup untuk jadi isteri you dan lahirkan zuriat
you..?"
Ternganga
Darius mendengarnya. Tidak sangka Emelda sanggup mencadangkan dia bernikah
dengan orang lain. Cadangan Emelda benar-benar karut.
"You
gila? I nak kahwin dengan you, bukan dengan orang lain.." bantah Darius.
"Sayang,
dengar dulu.Jangan nak cepat melenting. Cari seseorang yang sanggup dinikahkan
dengan you dan lahirkan zuriat you. Selepas sahaja dia lahirkan zuriat you, you
ceraikanlah dia..."
"Maksud
you...?" soal Darius masih samar-samar akan maksud sebenar Emelda.
"Nikah
kontrak. Simple, kan?"
Terdiam
Datin Aida dan Darius.Namun bagi Darius, dia masih tidak dapat menerima cadangan itu. Cadangan yang pada
perkiraannya langsung tidak masuk akal.
"Mami
setuju. Memandangkan Emelda tidak sanggup melepaskan kerjayanya, mami rasa kita
ikut cadangan Emelda..." Senyuman di bibir Datin Aida mula melebar.
"Darius
tetap tak setuju, mami. Kalau Darius kahwin dengan orang lain, bagaimana dengan
hubungan kami?"bangkang Darius apabila maminya dengan senang bersetuju
akan usulan karut Emelda.
"Nama
lagi nikah kontrak, maknanya perempuan tu akan jadi isteri kamu hanya untuk
melahirkan zuriat kamu. Hubungan kamu dan Emelda masih akan berjalan seperti
biasa. Faham?"Terang Datin Aida. Tidak sangka Emelda boleh mencadangkan
idea bernas itu. Andai Emelda masih tidak mahu melepaskan kerjayanya, biarkan.
Yang penting rancangannya masih dapat dijalankan dengan jayanya.
Lagi
seklai Darius terdiam. Bila difikirkan, ia nampak mudah tapi dia tetap tidak
bersetuju dengan cadangan tersebut. Rancangan gila.
"Dah, kamu tak perlu fikir banyak-banyak. Kita
ikut cadangan Emelda. Tentang calonnya, mami akan dapatkannya secepat
mungkin..." Dengan tegas Datin Aida membuat keputusan lalu meninggalkan
Darius dan Emelda.