Home Novel Cinta Bukan Menantu Pilihan (Takdir-Nya)
Bukan Menantu Pilihan (Takdir-Nya)
Aira Aliff
5/2/2015 15:23:41
113,643
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 19

“Hai Ash…” sapa Emelda sebaik menghampiri meja yang diduduki Ashriq.

“Oh hai. You buat apa kat sini..?” sahut Ashriq acuh tidak acuh.

Emelda duduk tanpa meminta kebenaran. Dia tahu Ashriq sendirian lagipun tadi dia nampak tetamu yang duduk bersama Ashriq sudah pun berlalu.

“I ada janji dengan wakil dari Eniqma Butik tentang tawaran untuk peragakan design terbaru mereka…”

Ashriq hanya mengangguk. Mengerti benar dia akan kesibukan gadis di depannya ini.

“Errr Darius tak join you ke…?” soal Emelda bila kelibat Darius langsung tidak kelihatan. Selalunya Darius dan Ashriq ibarat kembar siam. Ke hulu ke hilir asyik berdua saja.

“Darius ada meeting dengan client lain lagipun dia tengah sibuk sekarang ni. You pasti tahu kan sebab kesibukannya…” sindir Ashriq dengan wajah selamba.

Emelda hanya mendiamkan diri. Dia tahu lagi dua hari status Darius akan berubah. Bila memikirkan akan perkara itu, dia tidak dapat membohongi diri. Ada rasa sakit yang menjalar di hatinya.

“You tak call dia..?” soalnya sekadar berbahasa sedangkan dari awal dia sudah tahu akan kedinginan hubungan antara Emelda dan Darius.

“Malas nak layan rajuk sahabat you tu. Biarlah. Dah reda nanti pandailah dia datang cari I…” sahut Emelda tanpa nada.

Ashriq hanya mencebik. Meluat sungguh dia dengan keegoan gadis di depannya ini.

“Yakinnya you yang Darius akan cari you. Manalah tahukan lepas dapat isteri nanti dia terus lupakan you…” ujar Ashriq untuk panaskan hati Emelda.

Emelda hanya ketawa. Dia tahu Ashriq hanya mahu mengujinya.

“Sahabat you tu mana boleh hidup tanpa I…” tutur Emelda dengan angkuh.

“Jangan terlalu yakin Mel. I takut keyakinan you tu suatu hari nanti akan memakan diri you sendiri…”

Emelda menjungkit bahu.Sedikit pun tidak berbekas amaran yang dituturkan Ashriq.

Ashriq hanya menggeleng melihat tingkah angkuh Emelda.Di wajah itu sedikit pun tidak menunjukkan rasa tercabar dengan amarannya.Bengkak sungguh hatinya.Entah macam mana sahabatnya boleh jatuh cinta dengan gadis seperti Emelda.

“You tahu Mel, I kadang-kadang terfikir. Betul ke you cintakan Darius..?”

“Apa maksud you..?” soal Emelda tidak mengerti.

Wajah Emelda direnung tajam.Gadis di depannya ini memang cantik tetapi terlalu angkuh dan ego. Emelda sebenarnya tidak sesuai langsung dengan Darius tapi disebabkan Darius mencintai gadis di depannya ini, dia cuba menerimanya dengan terbuka namun sikap dan tindakan Emelda yang kadang-kadang agak melampau membuatkan dia tidak puas hati. Seenaknya gadis di depannya ini perlakukan sahabatnya sesuka hati.

“Kalau you benar cintakan Darius, you takkan gila membenarkan kekasih you kahwin dengan orang lain. You lebih sanggup pertahankan kerjaya you dari berkorban untuk kekasih sendiri. Ini ke makna cinta bagi you…?”

Merah padam wajah Emelda dikenakan Ashriq. Dia tidak faham kenapa semua menyalahkannya bila membenarkan Darius menikahi gadis lain demi memenuhi kehendak Datin Aida.

“I ada cita-cita Ash. Selagi I tak capai apa yang I mahukan dalam kerjaya, I takkan berhenti. Cakaplah apapun yang you nak cakap. Cinta I pada Darius bukan main-main.I memang cintakan dia. Bagi I, cinta dan kerjaya adalah dua perkara yang berbeza.I tak mungkin korbankan kerjaya I hanya kerana cinta. Kerjaya I adalah masa depan I. I tak faham kenapa semua orang mahu salahkan I dengan semua ni sedangkan semua keputusan ada di tangan Darius sendiri. Dia yang tak berani nak ingkar perintah mami dia. Kononnya tak nak jadi anak derhaka hingga sanggup bakar diri sendiri dan telan semua olahan maminya….” ujar Emelda sekali gus mempertahankan tindakan yang telah dibuatnya.

Terdiam Ashriq dengan kata-kata yang dituturkan Emelda. Bila difikirkan ada betul juga kata-kata gadis di depannya ini. Darius terlalu mengikut permintaan Datin Aida sedangkan boleh sahaja sahabatnya itu berkeras menolaknya.

“Entahlah. Maafkan I kalau kata-kata I tadi buat you terasa….” Keluhan dilepaskan.Dia pula yang menjadi pening dengan masalah Darius.

“I memang cintakan dia Ash tapi I masih belum bersedia nak bagi komitmen dalam hubungan kami. Kami masih muda.Masa nilah kami harus kejar impian masing-masing. I izinkan dia kahwin dengan gadis lain bukan bermakna I tak cintakan dia. Jauh di sudut hati I tetap terasa tapi you sebagai sahabatnya pasti kenal Datin Aida itu bagaimana orangnya. Dia jenis yang tak akan berhenti mendesak selagi keinginannya tak tercapai dan I tak mahu Darius terbeban dengan sikap penting diri maminya. I izinkan sebab pernikahan tu hanya untuk sementara….”

“You tak risau andai Darius jatuh cinta dengan isterinya…?” soal Ashriq sekadar menduga keyakinan Emelda.

“I percaya Darius dan I yakin dia hanya cintakan I….”

Ashriq jungkit bahu.Dia tidak mahu komen apa-apa lagi. Tunggu dan lihat sahaja apa yang akan berlaku di masa akan datang.


************************************


Leya masih setia di sisi uminya. Kurang dari empat jam lagi dia akan bergelar isteri kepada pemuda yang langsung tidak dikenalinya. Menurut Datin Aida, dia perlu ada di kediaman wanita itu tepat 6:00 petang bagi persediaan upacara nikahnya pada jam 8:00 malam nanti. Mengingati pernikahan itu, hatinya tiba-tiba berdebar. Rasa gementar juga turut dirasainya.

“Leya risau…?” soal Puan Dalilah. Dia tahu kerisauan puterinya. Pukul 8:00 malam nanti Leya akan dinikahkan dan sebagai ibu, dia turut merasa kecewa kerana tidak dapat melihat saat-saat puterinya disatukan. Bagaimana dia mahu turut serta sedangkan dia sedang terlantar di katil hospital menunggu hari yang telah di tetapkan untuk pembedahannya.

Apa yang di kesalkan, pernikahan Leya juga terpaksa dirahsiakan dari pengetahuan kakak dan adiknya. Semuanya kerana permintaan Leya. Dia tahu Leya lakukan semua ini demi untuk dia dan lagi pula pernikahan ini hanya untuk melahirkan zuriat anak lelaki Datin Aida. Sesudah anak itu dilahirkan pastinya Leya tidak lagi diperlukan dalam keluarga itu.

“Leya takut umi…”

“Ingat Allah sayang. Banyak-banyak beristighfar. Umi faham perasaan Leya tapi umi yakin puteri umi ini seorang yang kuat dan tabah….” Entahlah, kalau di ikutkan hatinya dia mahu menghalang tapi apa dayanya. Segalanya telah tersedia. Bayaran untuk pembedahannya juga telah di selesaikan. Andai Leya tidak menghadirinya, pasti hidup anak gadisnya akan menjadi semakin rumit.

“Leya tak kenal dia umi. Entah bagaimana orangnya….” Rasa takut dan bimbangnya diluahkan lagi pada uminya. Di saat ini hanya umi yang mengerti rasa sengsara di jiwanya.

“Umi minta maaf kerana tak dapat menemani Leya di majlis tu nanti. Maaf juga kerana umi, Leya terpaksa melalui pernikahan yang begini. Andai diberi pilihan umi lebih sanggup nyawa umi dijadikan galang ganti demi masa depan Leya. Jauh sudut hati umi tidak sanggup untuk biarkan Leya melalui pernikahan yang begini…” Puan Dalilah meluahkan rasa hatinya. Sungguh andai dia punya pilihan dia sanggup walau pembedahan yang telah di jadualkan lagi dua hari itu di batalkan. Baginya masa depan Leya lebih penting dari nyawanya yang entah tinggal berapa lama sahaja lagi.

“Leya dah buat keputusan. Leya sanggup buat apa sahaja demi umi. Leya pohon restu umi, Leya juga mohon ampun dan maaf.."

"Restu umi sentiasa bersama Leya…." Leya terus memeluk dan menangis dalam pelukan uminya. Ya Allah, andai ada jalan lain pasti tidak akan aku lakukan tapi demi umi, biarlah aku berkorban sekalipun pengorbanan ini melibatkan masa depannya. Semua yang dilakukan ini demi insan yang paling bererti dalam hidupnya. Dia tidak akan pernah menyesal dengan pengorbanan ini asalkan uminya sentiasa ada di sisinya.
Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aira Aliff