Sebaik
masuk ke ruang pejabatnya pagi itu, tergamam Darius apabila melihat Emelda yang
sedang duduk di sofa biliknya. Rasa marah yang masih berbekas membuatkan dia
hanya memandang kosong wajah Emelda yang sedang tersenyum. Tanpa menyapa, dia
terus melangkah ke meja kerjanya.
Senyuman
yang terukir mati tiba-tiba melihat raut wajah tegang Darius. Dia bangun dan
melangkah menghampiri Darius.
“Sayang,
I tahu you marah. I minta maaf sangat-sangat. Bukan I sengaja, cuma semalam
tiba-tiba ada job yang I kena bereskan…”
Tutur Emelda cuba memujuk. Dia tahu dia bersalah kerana tidak hadirkan diri di
pertemuan semalam.
“Hingga
tak sempat nak call I? Hanya satu panggilan Mel. You cuma tekan nombor I dan
cancelkan date kita semalam tapi sebab you terlalu sibuk sampai you terlupa
dengan janji kita dan disebabkan tidak sengaja you tu, you buat I tak ubah
macam tunggul. Hampir dua jam I tunggu you….” Wajah Emelda direnung tajam.
Sudah terlalu banyak dia bersabar dengan kerenah gadis ini. Benar dia mencintai
Emelda tapi bukan itu bermakna Emelda sewenang-wenangnya memperlakukan dia
bagai barang yang langsung tidak berharga.
“Mel,
ini bukan pertama kali you tak hadir. I dah muak dengan alasan-alasan you. Tak
habis-habis dengan kerjaya yang you banggakan sangat tu. Siapa sebenarnya I
dalam hidup you? Tunggul….?” Kemarahannya dilepaskan lagi. Dia sudah tidak
peduli andai gadis itu terasa atau merajuk. Hatinya benar-banar sakit dan sikap
Emelda benar-benar mencabar kesabarannya. Apa sekalipun yang akan terjadi, dia
sudah tidak peduli. Sudah puas dia berusaha menjaga hati Emelda walaupun
hatinya sendiri terguris.
Kaku
Emelda memandang wajah tegang Darius. Untuk pertama kalinya dia melihat wajah
Darius setegang ini. Timbul rasa kecut di hatinya.
“Sayang
please, I tahu I bersalah…” Lengan
Darius dipaut dan diusap. Dalam hati dia berharap tindakannya ini mampu
meredakan sedikit amarah kekasihnya.
Darius
tetap membekukan diri. Entah kenapa kali ini hatinya bagaikan tidak berbekas
dengan pujukan Emelda.
“Sudahlah
Mel. I rasa baik you balik dulu. I pun ada banyak lagi urusan yang perlu
diselesaikan…” Lengannya ditarik perlahan. Fail yang berada di depannya dibuka.
Emelda yang masih berdiri di sebelahnya tidak lagi dipedulikan. Dia sudah malas
mahu berdebat dengan Emelda. Bukan dia tidak tahu dengan sikap keras kepala dan
mahu menang Emelda. Setiap kali berdebat, akhirnya hatinya sendiri yang sakit.
Melihat
tingkah Darius yang langsung tidak mempedulikan dirinya membuatkan hatinya
panas tiba-tiba. Tanpa sepatah kata, dia terus berlalu meninggalkan Darius.
Tidak kuasa dia hendak melayan rajuk
lelaki itu sedangkan sejam dari sekarang dia ada perjumpaan dengan Raqif, designer muda yang baru beberapa bulan
kembali ke Malaysia untuk meneruskan legasi rekaannya. Biarlah Darius mahu
merajuk seberapa lama pun kerana dia tahu akhirnya lelaki itu pasti akan
mencarinya juga.
Darius hanya memandang pemergian Emelda dengan ekor
mata. Sebaik kelibat Emelda hilang di pandangan, tubuhnya disandarkan di
kerusi. Kepala yang tiba-tiba berdenyut dipicit seketika. Entah apa kesudahan
hubungannya dengan Emelda. Dia merasakan hubungan mereka semakin hambar dan
tawar.
************************************
Ashriq
merenung Darius yang sedang tunduk menyemak fail di depannya. Wajah sahabatnya
itu kelihatan sugul. Tanpa bertanya pun dia dapat mengagak akan sebabnya. Sudah
berbuih mulutnya menasihati sahabatnya itu agar jangan terlalu memberi muka
pada Emelda namun Darius berterusan mempertahankan kekasihnya itu. Melihat
sikap Emelda sejak akhir-akhir ini membuatkan dia sendiri yang menjadi muak.
Entah macam mana Darius boleh bertahan dengan sikap ego dan keras kepala Emelda
pun dia tidak tahu. Kalau dia di tempat Darius, sudah lama ditinggalkan Emelda.
Bunga bukan sekuntum hingga sanggup menahan diri dari dijadikan tunggul oleh
kekasih sendiri.
“Semua
okey, kau boleh proceed dengan account department…” Wajahnya didongakkan namun sebaik melihat
Ashriq yang seolah sedang mengelamun membuatkan dia menjadi pelik.
“
Ada yang tak kena ke?” Soalnya. Matanya tajam merenung Ashriq di depannya.
Ashriq
hanya tersenyum tawar. Bahunya dijungkit.
“
Ada apa-apa yang kau nak cakap dengan aku ke?” Soal Darius lagi. Bukan sehari
dua dia bersahabat dengan Ashriq. Riak yang terlukis di wajah Ashriq sudah
cukup untuk dia mengerti.
“
Tadi aku nampak Emelda,” Jawabnya perlahan.
Darius
melepaskan keluhan. Mengingati Emelda membuatkan hatinya sakit tiba-tiba.
“Hampir
dua jam aku tunggu dia semalam tapi dia tak juga muncul-muncul. Entahlah, Ash. Aku dah pening dengan hubungan kitaorang ni.
Dia seperti langsung tak hargai aku. Aku
sanggup kosongkan jadual aku semata-mata kerana dia, tapi lastnya aku yang
sakit hati” Tanpa Ashriq bertanya dia terlebih dahulu meluahkan rasa hatinya.
Selama ini pun, Ashriq lah tempat
untuknya meluah rasa.
“Aku
sebenarnya dah malas nak komen. Dari awal lagi aku sering ingatkan kau jangan
terlalu memberi muka pada Emelda tapi kau langsung tak nak dengar, kononnya
sebab cinta. Orang lain pun bercinta jugak tapi tak adalah separah kau. Semua
yang Emelda buat kau iakan aje. Darius tolonglah, sebagai lelaki kau kena
tegas. Masa bercinta ni bolehlah kau ikut segala kemahuan dia tapi bila dah
kahwin nanti macam mana? Sampai bila kau nak pejamkan saja tindak tanduk
Emelda. Wake-up Darius. Jangan jadi
bodoh kerana cinta. Emelda sebenarnya tak layak pun untuk dicintai….” Untuk
sekian kalinya Ashriq cuba menyedarkan Darius. Bukan dia tidak suka sahabatnya
itu menjalinkan cinta dengan Emelda, cuma dia merasakan gadis itu terlalu ego
dan sukar untuk dibentuk. Segala hal harus mengikut kata dan kehendaknya.
Darius
hanya mendiamkan diri. Dia sedar semua itu. Bukan sekali dua Ashriq
mengingatkannya malah berkali-kali namun sikapnya terhadap Emelda masih juga
begitu. Dia mencintai Emelda, sungguh dia mencintai gadis itu. Mungkin betul
kata Ashriq yang dia sebenarnya terlalu lemah dengan hal yang melibatkan
Emelda. Dia terlalu mahu menjaga hati kekasihnya itu hingga sanggup menelan
semua sikap Emelda selama ini.
“Dahlah, aku keluar dulu. Kau fikirlah dalam-dalam
Darius. Bukan aku menentang hubungan kau dan Emelda tapi satu aku nak ingatkan
kau. Dalam satu kapal andai ada dua nakhoda, tenggelam kapal tu nanti….” Ashriq
berlalu meninggalkan Darius sendirian. Dia hanya mampu menasihati dan
selebihnya terpulang pada Darius untuk menentukannya. Benarlah kata sesetengah
pendapat, cinta itu kadangkala memuakkan. Biar tidak berteman dari punya
kekasih seperti Emelda. Dia lebih sanggup hidup solo dari terpaksa menahan hati
dek sikap kekasih hati.