AYRA yang termenung jauh itu di renung oleh seseorang yang semakin menghampirinya .Kali ini tiba pula masa Firhad untuk menjaga Ayra seperti mana Ayra menjaganya dahulu.
Selepas kejadian itu , Ayra mengalami sedikit trauma.Dia juga terpaksa menamatkan tempoh praktikalnya di syarikat.
Lagipun tak lama lagi , Ayra bakal menyambung kembali semesternya yang hanya lagi empat bulan sebelum konvo.Tetapi bila mengenangkan dirinya yang trauma itu keluarganya tidak pasti sama ada mahu extend semester atau pun tidak .
" Ayra sayang...Buat apa tu ? Kenapa termenung jauh sangat....Kalau teringat saya ? Saya kan dah ada ni ....Mari makan awak..Sedap ni mama awak buat jemput- jemput," ujar Firhad seraya meraih tangan itu lalu di genggam erat .Ayra meronta untuk dilepaskan tangannya tetapi semakin erat pula Firhad mengenggamnya.
Setelah kerusi di tarik , perlahan - lahan tubuh itu didudukkan.Ayra mengangkat cangkir berisi air kopi panas itu lalu ditiup sedikit dan dicicipnya." Ayra," pelawa Firhad cuba menyuapkan jemput- jemput itu ke mulut Ayra.Ayra menggeleng.
" Makan sedikit please....Ayra makan sendiri ok kalau malu saya suap ," ujar Firhad.Sekali lagi Ayra menggeleng.Dia tiada selera.Firhad tidak berpuas hati , tubuh Ayra kelihatan sedikit susut .Firhad risau , lagipun doktor yang merawat Ayra itu pernah berpesan padanya Ayra harus makan.Paksa jika perlu.Dan itulah yang telah Firhad lakukan.
"Ayra! Kalau tak nak makan..Saya mesti suapkan....Ayra kena makan juga....Mama, papa kami semua risaukan Ayra...Macamana Ayra nak sihat jika Ayra tak nak makan....Ayra tak kesiankan Fir ke ?," soal Firhad cuba menyuap gadis itu kembali.
Ayra kini terpaksa akur juga pada permintaan lelaki itu.Perlahan- lahan dia membuka mulutnya.Firhad tersenyum kemenangan lantas cubitan cucur tepung itu di suapkan ke dalam mulut Ayra yang ternganga itu." That' s my girl ....," ujar Firhad menyuap lagi .Ayra cuba memaniskan roman wajahnya dengan memberi satu senyuman.
" Maniskan diaorang tu bang...," puji si isteri lalu terlentok manja di dada bidang si suami.
********
SETELAH kambusan tanah yang terakhir.Mereka semua mulai melabuhkan punggung atas tikar yang telah mereka hamparkan tadi.Tanah yang masih merah ditemani dua nisan kayu bertulis NOURUL AREESYA BINTI ROHANA
1985- 2017
Tangan mereka tadahkan tatkala imam mulai membaca doanya.Setelah itu , keadaan sunyi itu makin dilanda keinsafan tatkala talkin dibaca....
Wahai Nourul Areesya binti Rohana, Hendaklah kamu ingat akan janji- janji Allah yang mana kamu ada bersama- sama dari dunia ini,
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negri akhirat , kamu tlah mengaku bahawa Tiada Tuhan disembah melainkan Allah, Muhammad itu pesuruh Allah, apabila datang 2 malaikat yang menyerupai kamu mungkar dan nakir, janganlah kamu gentar, pabila mereka menyuruh kamu duduk, kamu duduk...
Siapakah Tuhanmu
Siapakah Nabimu
Apakah agamamu
Apakah kiblatmu
Siapakah saudaramu
Apakah peganganmu
Apakah kalimah yang kamu bawa bersamamu
Maka jawablah olehmu
Allah Taala Tuhanku
Muhammad Nabiku
Islam agamaku
AlQuran ikutanku
Baitullah kiblatku
Laa ilaaha illalallah muhammadur rasullah kalimahku bawa
Insaflah wahai Nourul Areesya binti Rohana
Bahawa mati itu benar
Mungkar nakir itu benar
Kubur itu benar
Dibangkitkan semula itu benar
Setelah selesai talkin dibaca.Maka bermulalah penantian Reesya di bawah sana...
Air mawar disirami atas kubur berkenaan dengan bergilir- gilir.Puan Rohana masih lagi dipujuk oleh Puan Sri Aiza.Ayra juga mengambil bahagian dalam sesi siraman itu.
Pabila tujuh langkah....