NISAN itu di genggam erat hujung atasnya.Yassin telah pun selamat dia kirimkan untuk insan di yang kini berada di alam sana.Lelaki itu benar- benar terasa kehilangan kini." Sayang....Sampai hati tinggalkan abang keseorangan....Maafkan abang sayang ...Tak mungkin abang dapat tunaikan permintaan sayang itu....Dalam hati abang hanya ada nama sayang sahaja.....," ujar Firhad yang kini berjambang semula.
Firhad kini tidak seperti dahulu, malah makin teruk jika dibandingkan semasa dia hilang ingatan hari itu.Syarikat kini Adiba yang terpaksa menjaganya.Apatah lagi dengan ketiadaan arwah papa.Akibat didakwa dalam kes pembunuhan Rea Arianna Sufian , Tan Sri Yusuf dikenakan hukuman gantung sampai mati.
Dari jauh Hartina juga merasa sebak melihat lelaki itu.Dia tahu bahawa cinta lelaki itu pada Ayra terlalu mendalam.....Mesej whatsapp dari Ayra masih lagi dalam simpanannya." Ayra, maafkan Tina....Ayra mengertilah bahawa cinta Fir padamu terlalu mendalam....Tak mungkin Fir sanggup bersama dengan ku....Maafkan aku kerana tak dapat menunaikan permintaanmu..."
Hartina mengenakan kembali kacamatanya.Selendang hitamnya diperbetulkan pabila ditiup angin.Perlahan- lahan kakinya melangkah meninggalkan kawasan perkuburan itu....
Hanya Firhad yang masih setia menemani kubur yang kini genap dua bulan kewujudannya.
" Tidurlah sayangku...."
MOGA KARYA INI DAPAT MENGHIBURKAN ANDA PEMBACS BUDIMAN SEKALIAN...
DIA CEO HATIKU
KARYA CINTA PERTAMAKU