Home Novel Cinta DIA CEO HATIKU
DIA CEO HATIKU
Pemburu Malam
6/11/2017 16:03:59
87,123
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 18

        " JAUH menungan tu ? Ingat orang KL ke....?," tegur satu suara dari arah belakang .Ayra terkejut hampir kakinya tergelincir , jika sahabatnya tidak memegangnya tadi mungkin dia terjatuh ke dalam air terjun itu .

         Tupperware berisi roti gulung goreng berinti sardin di suakan pada gadis itu .Ayra menggeleng tidak mahu dengan alasan masih kenyang lagi ." Hampir seminggu kau kat homestay aku , aku tengok kau asyik melayan perasaan je ....Termenung sana....Termenung sini  ....," keluh Aliza nama teman sekampung Ayra.

         Ayra yang duduk memeluk lutut lantas berpaling pada sahabatnya itu dengan satu senyuman palsu .Memang jasadnya di kampung ini tetapi hatinya di KL....Tipulah jika dia tidak teringatkan atau risau tentang buah hatinya itu .

         " Kau kenapa sebenarnya ? Kalau kau ada masalah aku sudi mendengarnya . Aku susah hati lah melihat kau begini setiap hari ," ujar Aliza yang juga tidak jadi menjamah makanan yang dia bawa itu .

          Ayra tidak sampai hati melihat keadaan sahabatnya itu berada dalam keadaan risau.Dia cuba tersenyum walaupun Aliza tahu ia senyuman palsu." Aku lapar pula, minta sekeping ....Bau macam sedap je ," ujar Ayra berpura- pura lapar.Aliza yang membebel terus terdiam.Tupperware di hulurkan.

         ' Ayra, Ayra kau dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah ....Pandai menyimpan rahsia ....' desis hatikecil Aliza merenung gadis yang sedang mengunyah roti itu.


********


        FIRHAD masih tidak berputus asa untuk cuba mencari dan menghubungi Ayra.Hampir sebulan Ayra pergi dari sisinya tanpa sekalipun dia melemparkan berita.Sakit benar hatinya.Firhad akui memang salah dia , oleh kerana itulah dia mahu berterus - terang pada gadis itu.

       Adiba yang sedari tadi melihat ulah abangnya itu yang mundar- mandir kini mendekatinya."Dib, ada apa - apa berita tak tentang Ayra? Tahu tak dia kat mana sekarang ! Dia sihat tak ? Abang terlalu merindukannya ....," ujar Firhad yang kini makin berserabut .Jambang memenuhi wajahnya.Syarikat tidak lagi dia ambil kisah.Nasibla ada papanya yang membantu.

      Apa yang ada dalam hati dan mindanya hanyalah Ayra! Ayra ! Dan Ayra ! Bertapa hebatnya penangan cinta gadis itu .Mengalir airmata Adiba, sebagai seorang adik tentulah dia juga tidak sanggup melihat keadaan abangnya begitu.Apakan dayanya , tiada satu berita pun yang diperolehi daripada informernya.

      " Di mana kah kau , Ayra ? Tidakkah kau kasihan pada Fir ? ," soal Adiba sedih .Walaupun abangnya yang bersalah dalam hal ini , tapi tiada kah peluang untuknya perbaiki balik ? 

      " Adiba? Abang tanya ni ? Ada apa- apa berita tak ?"

      " Maafkan Dib abang , tapi abang jangan risau Dib masih lagi berusaha untuk jejaki Ayra "

      " Sampai bila Dib ? Sampai bila ? Sampai hatinya kau Ayra ! Kau tinggalkan aku begini , tanpa berita ! ," keluh Firhad terus berlalu sambil bercakap seorang diri .Adiba benar - benar sedih kini .

         " Manakah kau menghilang Ayra ? Sampai Hartina pun tidak kau berikan khabar berita ? ," soal Adiba semakin tertekan.Firhad baru sahaja sembuh dari amnesia kini di duga lagi dengan kehilangan Ayra.

         Tanpa dua beradik itu sedari , Puan Sri Aiza mencuri dengar perbualan mereka.Airmata di seka lagi .Ibu mana yang sanggup melihat anaknya derita ? Dalam masa yang sama dia juga kasihankan Ayra.Tiada gadis yang sanggup dipermainkan.


**********


       REESYA kini sekali lagi menjadi pelarian polis disabitkan kesalahan melarikan diri dan juga mencederakan orang.Dia yang terpaksa hidup berkurung kini semakin di amuk rasa takut .Sakitnya semakin teruk.

       Jaket hoodie yang dicurinya kini menjadi pakaian hariannya.Reesya pandang kiri juga kanan, sebelum dengan pantas mencapai roti bun juga akhbar sebelum dia melarikan dirinya.Tuan kedai masih lagi ralit menyusun tin susu atas para dinding.

      Hoodie yang kian melurut di tarik semula pabila yakin lorong itu tiada sesiapa Reesya terus duduk di atas simen belakang bangunan itu .Kini tiada lagi rasa jijik pada dirinya walaupun duduknya itu berdekatan tempat pembuangan sampah.

       Plastik roti dikoyak rakus sebelum digigit rotinya.Akhbar metro di selak.Kini wajahnya kian menghiasi akhbar - akhbar semasa.Reesya, Pesakit Mental yang melarikan diri.Tanpa menyelak yang lain akhbar itu di campak ke aspal jalan yang berbecak .

      Tiap kali pabila siren polis , ambulans atau bomba berbunyi Reesya tidak senang duduk.Termasuklah di waktu itu, roti separuh itu di campak sebelum dia melangkah untuk bersembunyi.Dirinya tak ubah seperti gelandangan.

      Reesya sanggup hidup begitu semata- mata mahu pergi ke rumah Firhad.Tapi yang menjadi masalah dia tiada kenderaan.Jika berjalan ke bukit antarabangsa dari tempat dia memakan masa yang lama juga.Dia perlukan kenderaan.

       Sedang dia berjalan di tepian kedai itu , matanya tertancap pada sebilah pisau pemotong daging yang elok terletak atas meja luar kedai mamak itu .Disamping itu juga kelihatan raga berisi sayur .Tanpa berlengah lagi pisau itu dicapainya dan terus berlalu .Nasibnya selalu baik.

       Kini dia meneruskan perjalanannya tanpa dikenali sesiapa.Tekadnya hanya satu ! Firhad ! Jika dia tidak dapat lelaki itu ! Jangan harap perempuan lain boleh dapat ! Dia harus juga menemui lelaki itu .

        Manakala dirumah Reesya, Puan Rohana , En.Rafwan juga Dr Afwan bagaikan tidak percaya melihat botol yang berisi janin itu .Bau bangkai begitu kuat sekali .Puan Rohana dan suaminya berkali mengucap pabila mengetahui kisah sebenar Reesya.

        Cuma mereka tidak tahu itu semua angkara siapa.Walaupun Puan Rohana seakan pasti kerja siapa.Dia pernah mendengar anaknya selalu menyebut nama Firhad.Adakah Firhad Tan Sri Yusuf ? Yang pernah mengakui Reesya itu sahabatnya .Sedangkan Reesya bermatian menyatakan bahawa mereka berkasih .


Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.