Home Novel Cinta DIA CEO HATIKU
DIA CEO HATIKU
Pemburu Malam
6/11/2017 16:03:59
87,112
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 16

KASET yang terdampar kaku atas meja dan bersebelahan dengan deretan majalah itu di angkat lalu di lihat .Khas untuk Firhad ....

Berkerut - kerut dahinya kini.Siapa pula yang meletakkan kaset ini ? Namun, jauh di sudut hatinya dia teringin mahu mendengarnya." Pasanglah kaset tu abang ...," ujar Adiba dari sebalik pintu yang sengaja dia buka sedikit .

Perlahan - lahan kaset itu di masukkan ke dalam pemain kaset lantas butang play di tekan.Di mulai dengan bunyian piano yang memainkan lagu balada beethoven.

Fir,

Ku tuju kan lagu ini khas untuk mu,

Agar bisa mengobat duka mu nan lara.....

Agar bisa mengurangkan rawan di hati mu kala ini , sayangku ...

Dengarkan isi hati ku ....

Percayalah tiada satu pun yang bisa menawan hatiku selain cintamu kasehku.....

Perlahan- lahan nyanyian Ayra berkumandang .


*******


REESYA memandang kiri dan kanannya.Doktor muda itu kian mendekati bilik khas yang menempatkan Ayra .Ayra kini dibenarkan keluar sekejap, sekejap dan tangannya sudah dibuka sebarang ikatan.

" Ya Allah , Suraya ! ," laung Dr.Afwan meluru mendapatkan gadis berpakaian jururawat yang terbaring atas lantai itu.Dahinya luka seperti di toreh sesuatu ." Reesya ? ," soal Dr.Afwan liar matanya melihat sekeliling bilik .Hanya mereka berdua sahaja .Di mana Reesya ? Dia melarikan diri ! Allah ! Macamana aku nak bagitahu pada keluarganya ? Reesya ! Reesya ! 

" Doktor ! Suraya! Kenapa ni," soal seorang jururawat bergegas mendekati mereka." Tolong rawat Sue ! Saya perlu cari Reesya !," arah Dr.Afwan bingkas bangun.Dia yakin Reesya masih berada dalam kawasan ini lagi ." Baik doktor ," jawab jururawat itu lalu perlahan- lahan mengangkat sahabatnya itu .

Langkah kaki kian laju sambil matanya memerhati sekeliling ." Mana kau Reesya ! ," soal Dr.Afwan makin resah .Apa tidaknya, Reesya dalam jagaannya jika apa- apa berlaku pada anak gadis itu dia akan di sabitkan kesalahan cuai ! 

Jemari kian kuat dia gigit sambil menapak tanpa mengetahui hala tuju.Reesya yang kini masih lagi berada di dalam kawasan klinik Dr .Afwan gelisah .Dia tidak pasti mana arah tujunya kini.Dia mahu keluar dari situ .Dia rindu pada Firhad .Sampai hati lelaki itu tidak datang .Reesya yakin Ayra mengawal pergerakan Firhad kini.Ayra harus dia hapuskan ! 

" Firhad sayang...Mana kau sayang ....Tolong Reesya sayang....Keluarkan Reesya dari sini ...," ujar Reesya yang kini terduduk dalam semak belakang wadnya.Tanpa dia sedari dia semakin menghampiri jalan keluar .Kerana pagar belakang klinik telah digunting dawainya oleh pesakit klinik itu juga.

Bangunan klinik Sakit Khas Dr .Afwan amat luas dan mempunyai dua tingkat , kantin, taman serta padang sukan.

Dr.Afwan masih lagi melangkah di sepanjang lorong bangunan itu namun bayang masih lagi tidak kelihatan.Ini kali kedua Reesya melarikan dirinya kali pertama dia sempat nampak arah mana Reesya berlari .Dan dia sempat mengejar gadis itu .Tetapi kali ini mungkin silapnya juga yang terlalu yakin gadis itu sembuh tidak dia sangka itu hanya lakonan semata.

Tubuhnya yang dicalari lalang dan rerumput yang tajam tidak dia endahkan kini.Akhirnya dia dapat memboloskan dirinya dari bangunan itu .Dah lama sebenarnya dia mencari pintu keluar selama ini .Ya, memang dia berlakon sembuh untuk melekakan mereka semua dan dalam masa yang sama dia mencari peluang untuk melepaskan dirinya.

Reesya yakin mungkin kehilangannya itu hanya mereka laporkan pada polis jadi dia harus mencari tempat persembunyian .


*******


SETELAH menekan punat Off , kaset di tarik keluar .Firhad termenung sebentar memikirkan akan hal itu .Isi kandungan dalam kaset itu adalah luahan hati gadis bernama Ayra pada nya.

" Siapa Ayra sebenarnya ? "

" Adakah aku pernah mengenalinya ?"

" Atau adakah dia dan aku pernah ?"

" Bercinta ? Tapi benarkah ? Mengapa terlalu sukar untuk aku ingati dia...Ingati segalanya tentang dia ? Mengapa ? Mana silapnya ? Macamana dan di mana aku perlu cari jawapan ??

Pintu ditutup perlahan- lahan, lantas dia bersandar pada dinding kamar lelaki kacak itu.Tidak tertahan lagi matanya untuk menakung air itu .Lantas setitis demi setitis ia menitis jua ke lantai .

" Fir , mengapa begitu sukar untuk kau mengingati aku ? Takkan sedikit pun kau tak ingat pada aku ? Tiada langsungkah ingatan mu terhadap aku ? Ya Allah , dugaan apakah ini," soal Ayra berlinangan airmata.

" Ayra ! Kenapa ni ? Kenapa menangis ? ," soal Puan Sri Aiza yang kini mendekati Ayra.Sedari dia keluar dari dalam kamarnya dia dapati gadis itu tersandar lesu seolah sedang berkhayal.Dan dia berada di hadapan pintu kamar Firhad ? Adakah Firhad memarahinya lagi ? Kasihan sungguh kau Ayra ! 

" Tak....Tak ....Tak ada apa- apa....Tak ada apa- apa mama, mata Ayra masuk habuk , pedih lagi ni ...," dalih Ayra tergesa- gesa menyeka airmata yang membasahi pipinya dengan tangannya .Suaranya melambangkan dia dalam kesedihan .Puan Sri Aiza tahu , gadis itu cuba membohonginya.

Tubuh itu diraih lantas di rangkul erat .Ayra yang terkejut pada mulanya kini menyembamkan wajahnya ke dada wanita bergelar itu .Dia adalah ibunya selain ibu kandungnya .Ayra tersedu- sedan menambahkan lagi  keyakinan wanita itu bahawa , Firhad memarahinya.

Pintu dibuka dengan kasar , namun tiada sesiapa pun diluar.Firhad yakin dengar suara mamanya tadi seperti sedang berbual dengan seseorang ! Tapi siapa ? 

Kepalanya masih lagi sakit walaupun telah berbiji pil penahan sakit ditelannya .Kadang- kala perkara itu amat merisaukannya.Adakah dia mengalami sebarang penyakit merbahaya ? Ingin bertemu dengan doktor tetapi dia takut .

" Kenapa dengan aku ni ? Apa yang telah berlaku pada aku sebenarnya ? Kenapa aku boleh berada dalam rumah ini ? Dalam keluarga yang kaya ini ? Benarkah orang kaya itu mama dan papa aku ? Adiba dia adikku ke ? Ayra ! Siapa pula dia ? 

Dahi kirikanan dipicit lembut .Tiba- tiba dia terasa haus .Firhad cuba menahan kesakitan yang semakin kuat itu .Dia ingin turun ke dapur untuk mengambil minuman .

Berkerut- kerut dahinya menahan kesakitan yang semakin kuat .Namun , dia cuba bertahan.Langkah diperlahankan.Firhad kini semakin menghampiri anak tangga berpilin yang pertama .

Pandangan Firhad semakin berbalam.Kepalanya makin sakit .Tangan yang memegang tiang tangga sebelah kiri cuba memicit dahinya dengan harapan rasa denyutan itu kurang .Namun, ia tidak memberi kesan apa- apa malah makin sakit .

Firhad tidak menyedari bahawa kaki kirinya tidak memijak anak tangga lagi , lalu kaki kanannya diangkat kan.

" Arghh !!!!," laungnya terhentak- hentak kini tubuhnya di atas anak tangga ke bawah .Berdentum kepalanya terhantuk pada bucu tiang tangga bawah dan kali kedua pula terhantuk kepalanya secara menelentang atas lantai marmar .Akhirnya perlahan- lahan kelopak matanya tertutup.Darah pekat mulai mengalir ke lantai putih bersih itu .


*******


" MACAMANA bang ? Anak kita bang ? Ada apa - apa berita ke tentang kehilangan Reesya ? Risau saya bang , paham- paham jela zaman sekarang ni banyak kes rogol dan bunuh....Macamana Dr Afwan jaga hah ? Sampai dua kali pula tu ! Ya Allah Reesya ! Kenapa buat kami begini ? ," keluh Puan Rohana bertubi - tubi.

Membuatkan En.Rafwan semakin sukar untuk memperjelaskannya.Dia keliru untuk menunding jari pada siapa? Mustahil pihak klinik mengabaikan para pesakitnya.Mereka menjaga para pesakit dengan bayaran.Bukan percuma ! 

" Maafkan saya En.Rafwan.Saya akui itu memang kesilapan saya.Selama ini Reesya menunjukkan sikap positif, jadi kami ingat dia sememangnya makin sembuh ! Tapi tak sangka pula itu sandiwara dia untuk mencari jalan melarikan dirinya.Sekali lagi saya berjanji akan berusaha untuk mendapatkannya kembali .Maafkan saya Encik ..."

" Abang ! Saya susah - susah hati ni ! Abang boleh pula mengelamun ! ," bentak Puan Rohana sakit hati." Aku bukan mengelamun, cuba bawa bertenang boleh tak ? Ini tak , tahu nak bising aje ! Kamu ingat dengan bising- bising begini dapat selesaikan masalah ini ke ?,"tinggi oktaf suara En.Rafwan kini.Kesabarannya telah mencapai tahap maximum.

Puan Rohana pula yang terdiam kini.Berlinangan airmatanya kini.Mana ada ibu yang mahu anak- anaknya dalam kesusahan ! Cuba cakap ibu mana ? 

" Ana, maafkan abang...Abang tak berniat nak meninggikan suara pun tadi ...Tapi Ana terlampau mendesak abang ....Abang juga risau , dia juga anak abang ....," tutur En.Rafwan meraih tangan isterinya itu lantas mengucupnya tanda memohon maaf.Puan Rohana terkedu seketika.

Api kemarahannya tadi membeku pabila suaminya bekukan ia dengan kucupan kasih sayang itu .Telefon pintar berdering, poket seluar di seluk.

" Hello ! Assalamualaikum ....Oh , baiklah jika begitu ," jawab En Rafwan bermuram ." Siapa bang ? Dr Afwan ke ? Ada apa perkembangan terkini bang ?," soal Puan Rohana teruja sekali .

Hanya gelengan yang mampu suaminya itu berikan sebagai jawapan pada soalannya tadi .Rasa terujanya kini berubah semula.Hanya keluhan kini kedengaran.


*******


REESYA menapak perlahan menuju ke arah ampaian rumah papan itu.Reesya tidak mengetahui dia kini telah sampai ke mana ? Yang pasti dia perlu cari tempat berteduh , pakaian juga sesuatu untuk dia jamah.Maklumlah seharian dia menahan lapar dan dahaga.

Melihat keadaan rumah yang telah tertutup tingkap juga pintu , dia menapak perlahan dan cuba memilih pakaian mana yang sesuai dengannya.Jijik pada mulanya, maklumlah dia dah terbiasa memakai pakaian modern dan berjenama.

Perut kian berlagu minta diisi .Setelah Reesya yakini tiada sesiapa dalam kawasan itu satu persatu pakaian wadnya di tanggalkan lantas di ganti dengan sehelai t shirt dan seluar jeans.

" Mana aku nak campak baju- baju ni ?," soalnya pandang kiri dan kanan.Tiba- tiba ditepi rumah batu dan papan itu kelihatan seperti tong sampah .Gangguan nyamuk dilibas- libas sebelum mulai melangkah .

Penutup di tutup semula.Matanya terpandang ke arah jendela dapur yang terbuka itu.Kelihatan beberapa periuk ." Mesti ada makanan ! Tapi , macamana aku nak masuk ni ?," soalnya sendirian.

Kedengaran pintu dibuka.Reesya terus meluru ke arah wanita itu , kayu di hayun laju.Wanita berbaju kedah dan berkain batik itu serta- merta rebah ke tanah .Reesya meletakkan jarinya ke lubang hidung wanita itu , masih bernafas lagi .

Reesya menyelongkar atas meja yang di penuhi periuk serta pinggan yang masih berbaki makanan itu .Piring dari tempat letak pinggan basah di ambil lalu disenduk nasi juga lauk.Reesya terpaksa makan dalam keadaan tergesa takut wanita itu sedar semula .

Pinggan di biarkan lantas dia melangkah keluar .Kini dia perlu cari tempat untuk bersembunyi .


Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.