SOMEONE ' S POV
BENGANG ! Marah ! Apa lagi yang harus aku nyatakan lagi ? Terkejut ? Ya, memang ....Memang aku betul- betul terkejut . Manakan tidak , orang yang aku anggap dalam kesusahan juga sedang dalam kesakitan kenakan aku kembali !
Tetapi , aku semakin merasa pelik dengan ulahnya . Bagaimana dia boleh berada di dua lokasi berlainan dalam satu masa ? Dan mana luka- lukanya ? Atau apakah aku yang berhalusinasi ?
Namun, yang aku pasti penulis itu memang penuh dengan kecurigaan . Benarkah dia di serang dalam kondonya ? Benarkah penceroboh yang menyerang aku itu wujud ? Atau sebaliknya ? Split ! Iya, bukannya aku tak pernah nampak ?
Aku hanya mampu berfikir didalam lokap polis ! Aku tak bersalah tetapi aku yang kena ! Huh , memecah masuk rumah orang ! Tuduhan palsu yang telah penulis psiko itu lemparkan telah menjebakkan diriku dalam kandang besi ini ! Nak menyesal pun tiada berguna lagi .
Kaki dan tubuh ini dah berkali di bawa ke bilik interogasi untuk di soal- siasat ! Penat ? Siapalah yang tidak penat , jika di soal bagaikan pesalah sebenar ?
Dan, pesalah yang sebenar- benarnya pula bebas bergerak ke sana - sini ! Adilkah ini ? Adilkah ?
INSP.AREF POV
SUKAR ! Sukar untuk aku mensahihkannya ? Bukan pula aku mahu menuduhnya ! Tetapi , kad yang aku jumpai itu ? Dan kini , di dalam lokap pula , wujud pula seorang manusia dengan dakwaan memecah masuk ! Dan rumah itu pula , kondo Anna !
Bermatian dengan penafian . Melalui penelitian aku juga , ya aku yakin bahawa lelaki ini di tuduh . Pelik sebenarnya mendengar hujahannya kala aku menyoal- siasat .
Mungkin cara dia salah ! Tetapi , niatnya yang mahu menyiasat kepelikan sikap penulis bernama Anna Patricia itu tidak menjadi satu kesalahan . Anna ? Ya, aku juga sebenarnya sudah lama memendam perasaan ini . Satu perasaan di mana aku agak pelik pada sikap pesimis dan introvert nya .
Apa yang ada di sebalik seorang Anna Patricia Amin ? Anna menuduh En.Saiful Irshad sebagai pesalah ? Anna juga menyatakan bahawa lelaki merangkap jirannya itu seringkali menghendapnya ! Dan tuduhan paling berat adalah lelaki itulah pesalah yang kami semua buru itu !
" Mana gambar itu ? " Aku menyoal diriku serentak dengan itu , beberapa keping gambar yang telah di bluetooth dari telefon pintar Anna sendiri . Gambar - gambar pemberian ' istimewa' dari PEMBURU MALAM .
Pelik ! Bagaimana pula dia yakin ? Nama pembunuh misteri itu pula sudah cukup mencurigakan . Memang berita tentang pembunuhan high profile ini semakin menular di mata netizen . Cuma kehilangan jantung para mangsa tidak pula kami hebahkan ?
Apakah pembunuhan yang berlaku selama ini ada kaitan dengan Anna ? Apatah lagi dirinya sahaja yang acapkali menerima pemberian ' istimewa' ini .Mungkinkah pembunuh itu mengenali diri penulis itu ? Atau mempunyai sebarang perhubungan ?
Kejap ..
Berbalik pada En.Saiful , dia pernah menyatakan bahawa penulis karya thriller nombor 1 itu mempunyai masalah jiwa . Atau lebih tepat lagi mengalami tekanan perasaan . Dan En.Saiful juga mengesyaki Anna mempunyai permasalahan identiti . Anna dikatakan mengalami masalah Split !
Ya, Split Personality Disorder !


TETIKUS aku lepaskan , leher yang agak lenguh aku lakukan sedikit senaman .Trauma psikologi !
Ya, aku masih lagi teringat arwah bekas kekasih Anna pernah bercerita padaku tentang peristiwa hitam itu . Peristiwa di mana , Anna tanpa sengaja tertikam mati abang angkatnya yang dalam percubaan memperkosanya.
Dan arwah akibat terlalu mabuk dan tidak sedar telah cuba memperlakukan perkara yang sama . Akibat perasaan amarahnya pada Anna yang terlalu taksub pada dunia sasteranya .
Aku yang mendengarnya juga merasa marah pada keterlanjurannya itu . Sudahlah Anna sendiri masih lagi dalam trauma . Dan , apakah kematian arwah ini ada kaitan ?
Aduh! Pening aku begini ! Bagaimana seorang gadis yang lemah - lembut dan agak naive ini boleh merubah sikapnya ? Dan seandainya benar Anna berkaitan ia boleh di sabitkan kesalahan di bawah akta 302 kanun keseksaan dan boleh membawa kepada hukuman gantung mandatori .
Akan tetapi, seandainya pesalah itu di syaki mempunyai permasalahan dari segi kesihatan mental kemungkinan hukumannya itu akan di ringankan sedikit . Dan pesalah itu pula akan menjalanani proses rawatan .
Saiful Irshad ? Seorang jiran yang terlalu ambil berat pasal Anna . Apakah tujuannya ? Siapa juga dia sebenarnya ? Apa yang telah berlaku dalam kekalutan ini ?
Atau Saiful juga di antara peminat fanatik penulisan thriller Anna ? Bagaimana aku hendak siasat Anna ? Aku dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada penulis itu . Novel ? Ya, aku rasa aku harus dapatkan novelnya dulu .
Siapakah pemburu malam.?.Apakah dia hanya aktif pada waktu malam sahaja ? Kenapa dia hanya ambil jantung sebagai ' piala kemenangan ' atau trademark pembunuhannya !
Jantung ? Hati ? Hati seorang manusia ? Anna pernah di sakiti dan di kecewakan oleh arwah dan beberapa orang rapatnya . Sudah tentu hatinya sakit ! Dan dia telah ' merampas' hati- hati yang lain , mungkin mahu menyakiti pula ' hati- hati' itu sebagai pembalasan dendamnya ?
Ah ! Terlalu banyak kemungkinan sekarang ini ! Aku harus soal Saiful kembali .
BILIK INTEROGASI
ASP AREF
Kenapa awak terlalu ingin tahu pasal Anna ? Sedangkan kamu berdua tidak saling - mengenali ? Apa motif kamu sebenarnya ? Atau kamu juga fanatik penulisannya juga ?
SAIFUL IRSHAD ( SOMEONE)
Mungkin benar saya juga di antara peminat karya Anna tetapi saya juga bukanlah peminat fanatiknya. Sebagai seorang jiran , saya rasa tidak salah jika saya ambil berat tentang jiran kita kan ? Saya juga tiada sebarang motif .
ASP AREF
Awak pernah nyatakan bahawa Anna mempunyai masalah jiwa iaitu split . Apakah ada bukti ? Apakah awak sememangnya mengenalinya ? Saya harap awak bisa bekerjasama dengan kami dalam merungkai misteri ini . Awak juga menuduhnya psiko dan pernah melihat dia mencederakan dirinya , apa alasan awak ?
SAIFUL IRSHAD
Ya , saya pernah melihatnya melakonkan beberapa watak. Saya yakini dia pembunuh itu kerana saya pernah nampak dia bertengkar malahan mencederakan dirinya sendiri .
ASP AREF
Tapi , awak pernah nyatakan penulis itu telah di cederakan ? Apakah dia dicederakan atau mencederakan dirinya sendiri ?
SAIFUL IRSHAD
Saya, saya tak pasti Tuan . Tetapi memang saya pernah nampak dia hantukkan kepalanya sendiri . Walaupun, pada masa itu dia nyatakan dia telah dicederakan oleh pemburu malam .Saya kasihan padanya, lalu saya hulurkan bantuan tetapi saya pula terperangkap . Dan saya nampak pemburu malam itu , bertopeng putih dan berhud . Saya yakin dia perempuan melalui rakaman cctv yang saya pasangkan di belakang kondo . Dan saya juga pernah ternampak dia sedang ' menyembelih ' sesuatu . Baunya pula bukan seperti bangkai haiwan , tetapi mayat ! Dia juga pernah cuba menyusup masuk ke dapur saya .
ASP AREF
Siapa pemburu malam sebenarnya ? Pernah awak nampak apa - apa yang mencurigakan selain mencederakan dirinya sendiri ? Awak tahukan kes yang kian viral sekarang ini ?. Pembunuhan berantai misteri , jantung si mangsa pula hilang !
SAIFUL IRSHAD
Saya yakini penulis itu sendiri . Sisi gelapnya ! Seperti yang telah saya nyatakan tadi . Saya boleh beri rakaman cctv tapi pada hari kes mangsa ke tujuhnya .