MAKIN laju langkah kakinya, makin kuat derap tapak kaki itu.Kawasan parkir dalam bangunan itu agak sunyi dan gelap .Suasana ini agak bahaya untuk seorang perempuan sepertinya.Ayra kejap, kejap menoleh ke belakang.Dia yang berbaju kurung menyukarkan perjalanannya ke arah keretanya.
Dia menarik nafas kelegaan tatkala matanya terpandang kereta lama ayahnya itu .Punat pada remote kunci ditekan agar pintu terus terbuka.
Telah menjadi kebiasaannya untuk mengawasi setiap cctv di dalam bangunan itu.Dia yang kini berada dalam bilik pengawal bersama- sama mengawasi di setiap lokasi .Kini dia memerhati petak untuk kawasan parkir bertingkat pula.Matanya dikecilkan pada tiang bertanda G5 .Ada sesuatu yang menarik perhatiannya.
" Burn, tolong zoom petak parkir bertingkat pula ," arahnya dibelakang pengawal keselamatan muda itu.Kelihatan satu pasangan seolah sedang bertengkar .Tetapi benarkah itu pasangan ?
" Kau nak apa dari aku ? Kau jangan cuba lakukan sesuatu ! Aku...Aku jerit nanti ," ugut Ayra ketakutan." Ha....Ha...Ha....Takut....Takutnya aku ! ," sindir lelaki berhud kepala itu.
Pisau masih lagi terhala pada Ayra di muka pintu keretanya." Kau tahukan , aku dah lama menanti saat ini ," ujarnya seraya bermain pisau di wajah ayu itu.Ayra semakin gentar .Tidak dia sangka lelaki itu sanggup melakukan demikian padanya.Dia mengenali lelaki itu.Sudah lama dan dia adalah rakan sekolahnya.
" Tolong Yus ! Tolong jangan buat aku begini ! Aku rayu pada kau ," Ayra merayu .Airmata deras alirannya .Ingin sekali dia menjerit meminta tolong tapi pada siapa ? Yang ada hanya kereta.
" Eh, ini bukan ke Ayra ?," soal Burn terus zoom lagi pada wajah perempuan yang tersandar pada pintu kereta itu ." Ya Allah Ayra ! Call police cepat ! Aku ke parkir sekarang ! ," teriak Firhad bergegas keluar." Ya Allah! Kau selamatkanlah Ayra gadis ku ! ," doa Firhad sambil berlari ke arah parkir dari lift .
" Encik ! Apa Encik lakukan ini ? Kenapa ganggu pekerja saya ?," soal Firhad kini berada di hadapan mereka.Ayra benar- benar lega , Firhad datang membantu .Bagaimana lelaki itu boleh tahu tidak dia pasti .Yang dia pasti penyelamatnya sudah datang .
" Kau siapa ? Ini antara aku dengan perempuan ini ! Kau jangan cuba masuk campur ! Kalau mahu selamat !," gertak lelaki bernama Yus itu mengacah- acah pisaunya ke Firhad .
" Jangan bergerak ! Letakkan senjata anda! ," laungan bergema dari corong speaker milik anggota polis yang kini berada di kawasan berkenaan.Lelaki itu kini terkepung.
Mahu tak mahu terpaksa jua dia meletakkan senjata ke lantai parkir , lantas tangan diangkat .Dia terpaksa nenyerah kini .Tangannya di gari dari belakang oleh seorang anggota bersenjata.
" Sila hadirkan diri ke balai untuk laporan.Terima kasih dengan bantuan anda ," ujar pegawai berpangkat inspektor itu berjabat tangan dengan Firhad.Yus tetap merenung Ayra Ervina dari dalam kereta polis yang mulai bergerak itu .
" Terima kasih tuan ! Kalau tak ada tuan tadi, tak tahulah apa akan terjadi pada saya nanti ," ujar Ayra yang berkali - kali mengucapkan terima kasih pada bantuan yang telah lelaki itu berikan.
" Siapa lelaki itu ? Lain kali berhati- hati dan kalau boleh cuba parkir ditempat yang terang dan berdekatan jalan keluar .Biasalah kalau tempat sunyi begini .Zaman sekarang ini jenayah ada di mana- mana sahaja.," ujar Firhad panjang lebar .
Ayra akui semua itu.Mungkin kesilapannya juga tadi.Dan mulai hari ini dia akan cuba parkir dikawasan yang dekat dengan jalan keluar.Dia yang masih lagi terkejut agak fobia kini dengan lelaki memakai hud kepala.Bagaimana dia mahu beritahu pada keluarga Yus yang dia kenali itu ?
" Mari kita ke balai sekarang untuk laporan.Yang lain kita serahkan pada keadilan undang- undang ," ujar Firhad kini mulai menapak.Ayra mengangguk dan membuntuti lelaki itu ke arah keretanya.
********
MATANYA tidak mahu terlena.Mindanya masih lagi bekerja .Dan ia perkara itu tetap berlegar - legar dalam mindanya yang kian sesak itu.
Bantal di tegakkan lantas dia tersandar ke bantal tepi katil berukiran mewahnya.Walaupun suasana kelam bertemankan lampu tidur dari atas meja lampu di sebelah kirinya namun matanya tetap berdegil .Sejuk aircond pun tidak dia rasai kini.
Dia mahu lakukan perkara itu kerana dia mulai cinta pada gadis itu.Dan ia demi menjaga keselamatannya.Keegooan dan kedinginan yang selama ini merajai dirinya semakin menghilang ditelan perkataan sayang juga cinta !
Firhad tahu perasaan ini kadang kala menyesakkan dan membebankan jiwanya selagi tidak di luahkan.Namun atas nama ego dia tetap cuba bertahan.Rea dan perempuan lain bukan persoalannya
.Tetapi , bagaimana untuk dia beritahu pada kedua orang tuanya itu tentang benda ini.
Bagaimana pula dengan reaksi Ayra dan keluarganya ? Firhad tidak betah pada penolakan ! Dib ! Iya, hanya Adiba adiknya itu yang dapat membantunya !
********
AYRA juga malam yang sama sukar untuk lena.Mungkin dia takut di ganggui mimpi - mimpi buruk itu lagi .Dan dia juga terkenangkan seseorang yang pernah menyelamatkannya .
Sukar untuk dia fahami akan mengapa tiap kali mereka berdekatan detak jantungnya berdegup hebat.Apakah itu pertanda cinta ? Ayra tidak pernah bercinta ! Yusri ? Dia obsesi pada lelaki itu.Tiada cinta antara mereka.Hanya bertunjangkan nafsu semata.Jika Firhad tiada pada masa itu , tiada lagi erti gadis buat dirinya.
" Tuan Firhad , salah ke perasaan saya ini ? Adakah menjadi satu kesalahan jika saya jatuh cinta pada tuan ? Walaupun ia saya tahu tidak mungkinkan berlaku ! Kita tidak setaraf .Tuan CEO saya hanyalah pelajar praktikal dan tidak lama lagi bakal keluar dari syarikat tuan.Biarlah diri ini di jadikan perindu sepi ," ujar Ayra keseorangan sambil mendakap erat teddy bear nys itu.
********
AYRA ERVINA berlari di tepian pantai sambil bermain ombak .Burung - burung bebas berterbangan sambil berkicau riang .Lariannya terhenti tatkala dia melihat satu lukisan pasir berbentuk hati yang amat besar .
Ayra berlari ke arah lukisan itu , dia melangkah ke dalamnya .Ada lakaran nama yang terlakar atas pasir pantai itu .Lakaran nama menggunakan kayu itu diukir dengan nama Ayra Ervina Dan Firhad.Bawahnya pula terukir perkataan Biarkan kami menyatu .
Ayra tersenyum tatkala berdirinya seseorang dihadapannya kini.Berhakimkan bayangan matahari yang kian terbenam .Firhad melafazkan kata cintanya juga lamarannya .
Ayra tersenyum sendirian dalam lenanya kini .