" AKU bukan pembunuh ! Aku bukan pembunuh ! Aku bukan pembunuh ! " Dia mengucap ayat itu berkali bagaikan meratib dalam bilik gelap itu yang berbau kepam itu .Di campur pula dengan bau wap badannya yang entah bila mandinya.
Rambut kian memanjang dan mengembang berserabai .Mukanya pula kian melata bulu jambang sana - sini.Sengaja Dr Amni melihat segala perlakuannya dari luar bilik sel.Tiada warden kini.
Kadang- kala lelaki itu bingkas bangun lalu menendang dinding konkrit berkenaan.Adakalanya dia tersandar kelesuan , ada kalanya dia memeluk lutut.Ada juga sesekali dia bagaikan bersembang dengan seseorang.
Dr Amni merenungnya tajam.Semenjak dia mengambil kes ini , Dr Amni seringkali dihujani mimpi buruk.Lelaki bertopi cap hitam dan berkacamata ! Itulah lelaki yang seringkali memburunya.Dan Dr Amni tahu siapa orangnya !
Ah ! Persetankan mimpikan permainan tidur .Dr Amni ingin memasuki ke dalam bilik itu namun dia tiada kunci.Matanya makin membesar tatkala dia lihat sendiri bagaimana lelaki itu menoreh tangannya memakai sesuatu tanpa dia ketahui apakah itu ! Darah yang menitis itu dia calit lantas dinding yang makin penuh dengan tulisannya itu di coretkan sesuatu !
AKU BUKAN PEMBUNUH !
AKU HANYA HAUSKAN DARAH MEREKA !
MEREKA TAK TAHU , PEDIH HATI INI PABILA DI ANCAM TOHMAHAN!
MEREKA HARUS AKU SEDARKAN !!
Dr Amni terus merakam ulahnya itu.Lelaki itu seringkali menafikan bahawa dia bukan pembunuh ! Tetapi banyak bukti menjurus ke arahnya.Kini dia bergerak ke arah potret besar itu .Potret itu seiras wajah Sabrina ! Mungkin ia Sabrina.
Konsentrasinya terganggu dek nyanyian dari telefon pintarnya.Kelam- kabut di jawabnya tanpa melihat terlebih dahulu siapakah si pemanggil.
" Hello ?"
" Su ? "
" Siapa ni ? "
" Aedy ..." Dr Amni hampir terlepas telefonnya tatkala terdengar nama itu ." Call saya nanti , saya agak busy sekarang ..." Butang merah terus ditekannya.Dia tak mahu di ganggu kini.
Dia tak mahu soal peribadinya di campur dalam soal kerjanya.Akibat termenung , dia hampir terlupa mahu merakam ulah pesakitnya itu.Makin banyak video di kajinya , makin penuh info dalam serebrumnya.
Kini lelaki itu ghaib entah ke mana .Perakam cuba dia zoom kan untuk merakam tulisan yang agak kecil itu.Dia mahu short shot kini.
Perlahan - lahan dia cuba membaca ayat separuh panjang itu melalui perakam videonya.
KAU JUGA HA...RUS ....MATI !! XXXXXXXXX!! Terhenti rakamamnnya kini." Siapa yang dia maksudkan ?? Kau juga harus mati ???" Soal Dr Amni seraya mengelap kacamatanya khuatir tersilap baca.
Mata di picingkan semula.Ternyata ayat itu ayat yang sama.
" Mak!! " Terlepas perakam videonya ke lantai .Dr Amni terdorong ke meja warden.Lelaki itu secara tiba- tiba menyergahnya dari tepi tiang besi itu .
" Dr Amni ! Dr tak apa - apa ? " soal salah - seorang warden .Dia berlari ke situ pabila cctv menayangkan peristiwa itu.
" Ok ! Ok ! Saya ok ! Saya tak apa - apa.Cuma saya terkejut ! " Dr Amni sempat mengerling ke arah lelaki yang terpunduk memeluk lutut itu semula .Dia tetap meratib .Tergoyang- goyang badannya.
" Dia memang jenis susah di jangka Puan! Lihat saja dinding tu ! Makin hari makin penuh ! "
" Tahu tak dia guna apa untuk segala luahan itu ?"
" Tahu Puan , darah ! "
" Kenapa takde orang merawat lukanya itu , saya lihat makin teruk ! "
" Bukan kami tak mahu , tapi.."
" Takut ...?? Beginilah , tolong benarkan saya masuk sebentar "
" Tapi puan...
"
" Tolong saya , sebentar ..
Awak masuk sekali...."
Pada mulanya warden itu teragak - agak.Dr Amni cuba membuat muka minta simpati .Akhirnya dia akur.Jika perkara ini diketahui pihak atasan ??.
" Jangan risau, sebentar sahaja....Ada sesiapa sedang pantau cctv ke ? " Soal Dr Amni sedang mengambil sesuatu dari dalam beg galasnya.
" Waktu begini , memang shift saya..."
" Sekejap ya..." perlahan- lahan dia menapak ke arah lelaki yang masih lagi leka dalam dunianya itu.Lengan yang hampir kering darahnya itu diangkat lalu di ampu menggunakan pahanya.
Dia terkejut lalu mengangkat kepalanya.Lama sekali mata kuyunya melihat perlakuan doktor muda itu.Dengan penuh berhati- hati Dr Amni membalut luka yang makin membesar itu setelah di cuci dan di sapu iodin.
" Hati- hati ya ..." pesan Dr Amni setelah siap kerjanya." Ter...rima....kasih...." jawabnya kedengaran sayu.Warden juga agak terkejut kerana lelaki itu sedikit pun tidak bertindak agresif .
" Sama- sama.Encik..
" ujar Dr Amni sambil menganggukkan kepalanya pada warden itu tanda sudah selesai.Kini mereka berdua pergi meninggalkan Aiman Syafiq keseorangan di dalam bilik gelap lagi sepi itu melayan perasaannya.
" Apa sebenarnya yang terjadi Dr...? " soal pemuda warden itu seraya melepaskan mangga setelah di kunci.Kini mereka di pintu utama." Tiada apa- apa, masa saya merakam ulah dia ...Hanset saya berbunyi lalu saya jawab dahulu , setelah itu saya ingin menyambung kembali tugas yang tergendala.Dia pula entah ke mana, cuma ada satu pesanan yang dia tulis di dinding....Dia menyergah saya ..."
" Nasib perakam ini tak rosak huhuhu...." ujar Dr Amni seraya mengelap perakam kecil itu.Perakam itu mempunyai sentimental value tersendiri.
" Oh....Begitu ....Itulah dia tu memang susah untuk kami jangka..."
" Ada banyak kisah yang tersirat sebenarnya...."
" Maksud Puan apa ? Dia ada ceritakan apa - apa ke ? " sambil menyelitkan kembali kayu cota di pinggangnya .
" Dia tak pernah cerita...Tapi melalui pemerhatian saya...Luahannya pada dinding dan luahannya sendiri...."
" Maksud Puan, dia bercakap seorang begitu ? "
" Ya ...Erm...Boleh saya tahu siapa peguam belanya ? Dan pegawai mana yang mengambil kes ini ? "
" Itu, saya kurang pasti Puan...Sebab kes ini p n c ....Tapi tak silap saya nama pegawai yang ambil kes ini Insp.Marini dan Insp.Megat...."
" Terima kasih.Baiklah jika begitu saya minta diri dahulu..Assalamualaikum" Dr Amni akhiri perbualannya itu dengan salam.
Dr Amni menapak menuju ke arah parkir.Manakala warden itu pula menaiki tangga untuk ke arah pejabat.
" Kenapa kau tolong aku ? Kenapa kau baik pada ku ? " soal Aiman Syafiq membelai lengannya yang di baluti bandage itu .Mindanya masih lagi teringat wajah lembut yang dia sempat tatapi itu.
Dr Amni tersenyum tatkala baru teringat dari mana datangnya darah yang hampir kering pada kurung biru mudanya itu.
Telefon lagi sekali nyaring berbunyi minta di angkat.Kali ini Dr Amni sempat melihat nama si pemanggil yang tertera pada skrin telefonnya.
" Ya, awak..."
" Saya sibuk ...." jawab Dr Amni acuh tak acuh.Tangan sebelah pula menghidupkan enjin keretanya.Agak kuat juga suara dari sebelah sana.
Berkerut - kerut dahi gadis itu selama mendengar." Awak...Nanti dulu, awak, jikalau inilah tujuannnya awak menelefon saya...Saya rasa tak perlulah...."
" Awak nampak kesalahan saya saja...Tapi, pernah tak awak lihat kesalahan pada diri awak pula ?? "
" Beginilah awak , Su rasa tiada makna lagi kalau kita teruskan perhubungan ini..."
" Awak tu setialah ya ? Tak curang ? Saya berdiskus dengan teman sekerja awak anggap ia curang ,?? Tapi , bagaimana pula dengan Irene?? Awak bercumbu mesra tu bukan curang ya ?? Begitu ....? Oh , begitu ya ..."
" Sudahlah..!" Tanpa salam dia berikan panggilan yang tak di undang itu terus dia hentikan .Telefon pintar terus di matikan.
" Ada banyak lagi perkara yang perlu aku selesaikan....Mak..
Maafkan Amni mak....Amni tak mampu untuk teruskan perhubungan ini.."
( kini)