LUKA dikakinya kian sembuh , tapi Qayra masih lagi menumpang di rumah Laila memandangkan dia perlu menghindari dirinya dari KL buat sementara.Suratkhabar di selak laju sehingga matanya tertumpu pada gambar kalung yang dikatakan salah- satu bukti.Mata semakin di picingkan pada gambar berkenaan.
" Kalung ???" Soal Qayra .
" Bukankah kalung ini ?? Adakah ??? Qayra ?? Kau kah pembunuh itu ??? Kau bunuh ibu kau sendiri ??" Soal Qhyael membulatkan matanya.
" Bukankah kalung ini , kalung Qayra ?? Ish, takkanlah ?? " Soal Hameed Khan pula." Qayra, anakku di mana kau sekarang nak ??."
Setelah memastikan tiada sesiapa , Qayra mengoyak gambar kalung berkenaan.Kerana serasanya akhbar itu telah anak - beranak itu baca tadi .
Laila yang memerhati dari balik dinding semakin menaruh rasa curiga terhadap gadis asing itu.Gadis yang pada pemerhatiannya amat pelik dan misteri.
" Qhyael !! Qayra bukan pembunuh ! Qayra bunuh mak Qayra kerana Qayra tidak boleh menerima Qhyael di pukul teruk oleh dia !! Qhyael membenci Qayra pun kerana dia juga kan ? Kan Qhyael.???"
Laila menelan liur .Qayra tak menyedari ulahnya itu sedang di perhatikan .Pisau yang terpacak atas tanah itu diangkat lalu di tikam- tikam kembali.Laila terus berlari sambil menekup mulut tatkala dia terlihat Qayra sedang memasukkan cacing ke dalam mulutnya.
UWEK ! UWEK ! UWEK ! Pili terus di putarkan .Cucuran air tersebut terus menghapuskan muntahnya tadi ke lubang sinki.Berkali - kali dia berkumur .Bila teringatkan kembali , lagi sekali dia muntah sehingga tubuhnya kian lemah dehidrasi.
Qayra merenung tajam tandas itu.Dia dengar Laila sedang muntah .
" Kau ingat aku tak tahu ? " Soalnya pabila mata keduanya saling bertemu.Laila tertegun.Dia yang berada di pintu bilik air makin pucat pabila Qayra merenung tajam.Adakalanya , dia cuba mengintai apa yang gadis pelik itu sembunyikan !
" Qayra ! A...Apa maksud kau ? Apa yang kau tahu ? "
" Kau muntahkan ? "
" Aha, aku ada gastrik..."
" Betul ke ? Bukan sebab geli tengok aku telan cacing ???"
Laila membulatkan matanya.' Aik, peliknya aku ? Bagaimana dia boleh tahu aku mengintainya tadi ?? Allah !! ' monolognya resah.
" Cacing ?? Kau makan cacing ?? Bila ?? Takkanlah kan ??? "
" Aku tahu , kau sememangnya menaruh perasaan curiga pada aku ! Boleh aku tahu ? Siapa kau pada Qhyael ?? Apa hubungan kau berdua?." Pisau di belakangnya makin tak sabar mahu menikam jantung gadis yang pandai berpura - pura itu.
' Bila masa dia dengar perbualan aku ? '
" Kau kenal ke Qhyael tu ?? Dia boss Laila.."
" Oh boss...Mesra sekali ya hubungan boss dengan pekerjanya ?? Ke kau berdua ada apa- apa ??"
" Jika ada sekalipun, apa kaitannya dengan Qayra ???" Soalan Laila kedengaran amat sinis ditelinga Qayra.
" Kau nak tahu ???"
" Ya , Qayra mengenali Qhyael ke ?? "
" Ini dia ...ARGHH!! " Qayra terus menerpa .Laila kini bergelut dengan Qayra, sedaya- upaya dia menahan tangan berpisau itu dari percubaan menikam dadanya.
" Qayra !! Bawa bersabar!! Kenapa dengan kau ni ??? " Laila kini tersandar di dinding bilik air .Pisau masih lagi terhala ke arahnya.
" Qayra tak suka ada yang MERAMPAS Qhyael dari Qayra !! Qhyael milik Qayra !! " Qayra terus - menerus memberi tekanan pada Laila.
Tangan kiri Laila kini mencapai cebuk .Dipegang lalu di bawa ke kepala Qayra .
TUK ! TUK ! TUK ! Berkali- kali dia memukul kepala Qayra sehingga gadis psiko itu pengsan.Laila menolak tubuh yang memeluknya itu.
" Aku harus lari dari sini secepat mungkin !! Tapi bapak ?? Allah !! " Laila yang dilanda keterkejutan kini kian kelam- kabut .
" Telefon! " Laila terus berlari ke arah biliknya , lalu di kunci demi keselamatan.
" Ya Allahh!! Cepatlah angkat!! "
Qayra terbangun , kepala masih sakit ." Argh !! Sial.!! " Bentaknya seraya menolak baldi( cebuk) berkenaan ke dinding bilik air .Retak baldi kecil itu kini.
" Laila !! Mana kau nak lari hah !! ?? " Soalnya lantang .Qayra cuba berpaut pada kerusi , meja dapur untuk bangun ." Mana kau nak lari ???" Soalnya liar perhati kelilingnya .Tergeleng kepalanya supaya penglihatan makin jelas .
" Pak !! Pak !! "
" Waduh Laila ngapain ni ?"
" Pak !! Jangan pulang dahulu !! Qayra pak !! Qayra ..."
" Lor ? Ngapain dia ???"
" Dia lah pembunuh itu!! "
" Astaga !! "
" Laila udah nelefon polisi pak.!"
" Habis kamu gimana ??? " Pak Hardono cuak .Dia kerisauan tentang Laila yang tinggal seorang ." Laila baik pak !! Laila tahu jalan keluar ! "
" Lailaa!!!"
" Allah ! Dia dah sedar !! " Laila mempercepatkan kerjanya memintal dan mengikat cadar dan selimut untuk di balingkan ke bawah .Dia rumah kampung , rumah atas dan bawah .
" Mana hah kau sialll !! Tak perlu menyorok diri tu !! Kau akan mati juga !! Ini Qayra lahhh !! Takde sesiapa yang boleh terlepas dari Qayra !! Argh !!! " Teriaknya .Habis segalanya di lemparkan.Pasu- pasu bunga kecil , perabot di tolaknya .Tunggang- langgang .
BEDEBUKKK !!!
" Allah !! Sakitnya !! " Keluh Laila bangun seraya meraba punggungnya.Qayra terdengar bunyi benda jatuh dari arah bilik ." Keluar kau Laila !! Aku tahu kau dalam bilik tu !! Aku kata keluar !! " pekiknya terus merempuh pintu .
Qayra terdorong ke depan akibat kelajuan dia merempuh.Kosong !! Tiada Laila !! Tiada sesiapa !! Di bawakan matanya ke setiap arah , lalu terhenti ke arah tingkap yang terbuka luas.Dia menderam pabila tertancap pada cadar yang bersambung .
" Laila !! " Teriaknya dari atas ." Hah !! Qayra..." Laila terus berlari ke arah jalan keluar ." Sialll!! " Qayra juga turut melompat dari jendela yang sam a tanpa bergayut pada rantaian cadar dan selimut tepi jendela.
" Berhenti !! Berhenti !! " Laila terloncat - loncat sambil mengawangkan tangannya betul - betul di tengah jalan." Laila ?? Lailaa.." Teriak Qhyael terus menekan minyak.
Qhyael menyerongkan keretanya , supaya tidak melanggar Laila.
" Ya Allah !! Awak...." Laila terus berlari mendapatkan Qhyael.
" Kenapa ??? Kenapa ni Laila ???"
" Awak !! Pembunuh tu ada dalam.rumah saya !!"
" Pembunuh ??"
" Qayra !! Qayra pembunuh !! "
" Gadis pelik yang awak ceritakan tu ?? "
" Awak ! Cepat awak !! Kita kena pergi dari sini!! Dia kejar saya !!"
" Laila...!!"
" Jom cepattt !"
Laila dan Qhyael terus memasuki ke dalam kereta.Enjin yang masih panas membuatkan Qhyael terus menekan pedal minyak.
" Lailaa!! Qhyaelll!! "
" Sialllll!! " Qayra berlari cuba mengejar