Home Novel Cinta DIA CEO HATIKU
DIA CEO HATIKU
Pemburu Malam
6/11/2017 16:03:59
87,112
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 3

        DITIKAM ! Tikam ! Satu persatu gambar Firhad yang memenuhi ruangan dinding itu dia tikam dengan pisau." You love me ? You love me not ? You love me ? You love me not," soalnya bersendirian.

        Pada satu sudut pula ada satu botol yang menarik perhatian jika dilihat secara teliti.Ada sesuatu dalam balang kaca itu.Dan ia menyerupai janin tetapi ia telah di awet.Adalah itu janin yang pernah dia gugurkan ? Adakah ia dari benih Firhad ? 

        " Argh !!! Kenapa sayang ? Kenapa ?," bentaknya menolak kesemua gambar itu ke bawah mejanya.Reesya bingkas bangun lantas menolak pintu biliknya.Tapi ia berkunci ." Hoi ! Bukalah ! Bukaklah ! Bodoh ! Aku nak keluarlah ! ," laungnya menghentak- hentak pintu itu dengan kuat.

          Puan Rohana terkedu diluar pintu .Dia terpaksa.Dia tahu Reesya dalam radang itu.Dia keseorangan kini.Suaminya outstation.Reesya pernah mahu menghentaknya dengan batu tatkala memarahinya dari asyik menyebut lelaki itu.Siapa Firhad ? Di mana boleh dia menemuinya ? 

          Tiap malam jika suami tiada di sisi Puan Rohana berada di dalam ketakutan yang amat sangat .Hanya mampu menangis sahaja.Sampai bila hidup anaknya itu akan terseksa begitu ? Hanya kerana cinta ? 

           " Mama...

Reesya tahu ....Mama ada kat luar tu...Bukalah pintu ni ...Tak kasihankan Reesya ke mama ?," rayu Reesya cuba berdiplomasi .Dia tetap mahu keinginannya itu tertunai.

         Puan Rohana sengaja membisukan dirinya.Walaupun dia ditemani linangan airmata.Takkan sesekali perkara itu berlaku lagi ." Mama ! Bodoh lah ! Reesya nak keluar !!! Bagi Reesya keluar !!! Firhad tunggu Reesya !!! Firhad !!!! Huwa....wa....," teriaknya bercampur dengan tangisan.

        ' Thom ! Thom ! Thom ! Hampir roboh pintu itu dia kerjakan kini." Hello ! Abang! Abang, sayang takoot !! Reesya bang ! Dia mengamuk !! Nak roboh pintu dibuatnya ni !!! Mati sayang bang ....Matiiii !!!," teriak Puan Rohana tersedu- sedan .

          " Sabar Ana ! Okay ! Abang minta balik ! Masuk bilik ! Masuk bilik ! Jangan keluar ! Tunggu abang call !," teriak suara dari dalam corong telefon pintar itu keresahan .

         " Ba....Baik....," ujar Puan Rohana bergegas ke bilik.Pintu semakin mahu roboh ." Buka pintulah bodohhh !!! Arghhh !!!!," teriak Reesya makin dirasuk setan.Habis bersepah biliknya kini.Dengan serpihan cermin muka sana- sini.Rambutnya ditarik- tarik kuat .

        " Ya Allah ! Tolonglah hambamu ini ! ," hanya sepotong doa yang mampu Puan Rohana lakukan.Dia terpunduk depan pintu.Almari pakaian di jadikan sebagai halangan.Dia kenal Reesya , dia kenal kekuatan gadis itu .

         " Tidak ! Tidak ! Tolong aku ! Aku tak bersalah !!!," teriak Reesya pabila jelmaan janin kecil berdarah itu terbang ke arahnya.Lengannya pedih dicakar jelmaan janin itu.

        " Tolong Firhad ! Tolong !!! Reesya takut ! Reesya sakitt !! Anak kita bang !! Anak kita jadi gillaaa !!! Dia nak bunuh Reesyyaa!!!," laung Reesya meluru ke arah jelmaan Firhad pula.

        " Abang !! Sampai hati buat Reesya beginiii !!! ," teriak Reesya yang tiba- tiba terjelepok jatuh tanpa ditolak oleh sesiapa.Wajah Firhad makin membesar.Makin mendekati Reesya kini.

       " Ha...Ha....Ha....!," tawa itu berderaian bergema dalam kamar itu." Kau memang gillaa !!! Kau memang gillaa !!! Kau yang bunuh aku !!! Kau pembunuh !!! Kau pembunuh !!!," teriak wajah itu .Terjegil- jegil mata pada wajah jelmaan Firhad itu.

         " Tidak !! Bukan aku yang bunuhhh !! Takkk !! Aku tak bunuh !!! Aku sayang anak kita !!! Dia yang ghaib sendiri !! Bunian bang !! Bunian yang ambill !!! Aku tak salahhh !!! Aku tak gilaa !!!," teriak Reesya terpunduk tepi katilnya .

        " Tidakkk !! Aku tak gilaaa !! Aku tak gilaa !!! ," jeritan bergaung kini .Saling bertingkah dengan suara tuduhan jelmaan Firhad.

          Segala tuduhan, cacian terletak pada pundaknya.Reesya yang terpunduk makin berderaian airmatanya." Kau yang bersalah !!! Kau yang bersalah !!!," laungan itu bergema kembali.

           Reesya pandang kirikanan ." Tak !!! Tak !!!! Tidakkkk!!! Jangan ganggu akuuu !!! Pergi kau !!!," teriaknya tergawang- gawang memukul bayangan- bayangan yang makin aktif mengacau .

           " Abang ! Abang di mana sekarang ?," soal Puan Rohana masih terketar- ketar.Dia nampak ada bayangan melalui bawah pintunya.Puan Rohana yakin itu Reesya.Kekuatan Reesya tidak boleh mereka pertikaikan.

       

         


Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.