2013
" LEPASKAN isteri aku ! Aisy tidak ada kena- mengena dalam hal kita ini ! Lepaskan Aisy " Aku tetap berwaspada. Apatah lagi kini aku berada di kalangan mereka- mereka yang memusuhi aku !
" Mana isteri aku ? Mana Aisy ? " Berulangkali dan soalan yang sama aku ajukan pada mereka ini namun gelak ketawa mereka menyambutnya . Dan ini membuatkan aku makin sakit hati ! Mahu sahaja aku tumbuk setiap wajah samseng itu sekarang juga !
Kelihatan seorang lelaki menapak sambil tersenyum ke arah aku . Wajahnya yang bersahaja membikin hati aku rengsa mengingati kepayahan yang sedang Aisy hadapi kini . Aisy sayang , manakah dikau berada ?
Dari dalam gelap , aku fikirkan lelaki yang lengkap berpakaian jeans biru ini memaparkan wajahnya seperti yang lain , rupa- rupanya tidak . Topeng berwajah tengkorak telah menyembunyikan wajahnya yang sebenar . Wajah tengkorak yang tersenyum lebar dan agak mengerikan juga jika ditenung lama.
" Well ! Ini dia orang harapan Mr.K ! " Sindirnya dengan sengaja bertepuk tangan . Wajahku kian merona kemerahan kini .Nampak gayanya, mereka ini telah mengejutkan ' harimau' yang sedang tidur .
" Kau siapa hah ? Mana kau sembunyikan Aisy, isteri aku ! Apa sebenarnya yang kau mahukan dari aku ? " Aku menengkingnya, radangku semakin menghampiri tahap maksima . Diikutkan , ya memang tanganku berikat tetapi aku dapat merungkaikannya dan berjaya seketika melawan musuh . Tetapi, itu hanyalah untuk sementara, sebelum kepalaku di ketuk dari arah belakang lalu aku rebah .
Dan apabila, aku membukakan mataku . Aku telah pun berada di bilik berbau kepam itu. Dan dikelilingi mereka- mereka ini . Rasa denyutan kesan hentakkan kuat pada kepalaku masih lagi terasa . Ada - ada masanya, kepalaku terasa pening .
" Aku tanya mana kau sorokkan isteri aku ? Mana Aisy ? Kau orang suruhan siapa hah ? " Aku benar- benar tidak berpuas hati . Lelaki itu memang sengaja melewat- lewatkan masa . Sengaja tidak mahu menjawab soalanku . Masih lagi boleh bergoyang kakinya yang terjuntai .
Dengan wajah bertopengnya, lelaki itu melompat kecil dari birai meja besi berkenaan . Lalu senapang di ambil dan langsung di bidikkan pada Aryan .
Kau ingat aku takut ? Aku berdesis sendiri .
PANG ! Tergolek kepala patung berkenaan ke kakiku . Aku tahu tembakkan itu umpama amaran buatku . Namun, aku Aryan Park pantang menyerah sebelum bertempur !
Tanpa suara hanya menggunakan isyarat tangan, aku diarahkan supaya merenung skrin di hadapanku .
" Abang ! Apa abang buat di sini ? Bahaya abang ....!" Laung Aisy berikat kaki dan tangan pada kerusi elektrik.
" Argh !" Laungannya bergema tika itu . " Aisy ! Bodoh ! Apa kau dah buat pada isteri aku hah ? " Aku semakin meluru ke hadapan . Namun , kedua tanganku di pegang kiri dan kanan oleh pengikutnya . Aku tetap berdegil dengan rontaan kasarku .
" Kau memang menempah maut sialll...! Kau sentuh isteri aku ! Kau sentuh...Isteri Aryan Parkkkk..." Aku melengking sambil menguatkan lagi rontaan . Kini kedua belah tanganku telah mereka berdua lepaskan setelah menerima arahan lelaki bertopeng tersebut .
Aku terlalu ingin tahu apa yang berlaku sekarang pada Aisy ! Aku benar - benar tidak tega mahu melihat isteriku di seksa sebegitu rupa ! Aku nampak...
Aku nampak apa yang telah terjadi pada Aisy ! Isteriku di seksa dengan kejutan elektrik bermula dari kepalanya yang di litupi satu topi besi di mana ianya dilingkari wayar- wayar yang telah di sambungkan pada mesin elektrik .
Zalim ! Itu yang aku tahu kini ! Tergamak memperlakukan kaum yang lemah sebegitu rupa ! Aku sendiri pun tidak sanggup mahu melihat penderitaan Aisy dikerusi maut itu !
Telingaku bagaikan terdengar- dengar raungannya yang kesakitan akibat aliran elektrik berkenaan .Sumpah jika aku dapat ke sana , mati lelaki itu aku kerjakan !
" Hei kau bisu ke ? Kau pekak ke ? Jawablah aku tanya ni , mana kau sorokkan Aisy ! Apa salah dia pada kamu semua ? Kalau aku yang kau mahukan , ni aku dah datang ! Lepaskan dia ! " Aku semakin di asak angin amarah . Penumbuk makin lama makin aku kejapkan . Aku dah tak sanggup mahu membiarkan Aisy menderita lagi . Aku mesti selamatkannya !
Oleh kerana itu , lelaki bertopeng tengkorak berkenaan menapak mendekati diriku yang telah terkepung .
Terteleng dan tersembur darah dari bibirku apabila menerima tumbukan mengejut itu . " Argh ! " Kemudian perutku pula ditumbuknya kuat sehingga aku terasa senak . Ternganga mulutku , ditemani lelehan darah merah .
" Ark ! Allah ! " Raungku apabila buntut senapang pula dihunjamkan ke perut . Aku kian membongkok , aku tak tahu kenapa denganku kini . Langsung menyerah tanpa sedikit pun mahu melawan !
Aku mengoyakkan senyuman berkali di balik topeng melihat musuhku yang makin lemah itu . Namun , jangan ingat aku sudah puas !
Aku mahu kau rasakan apa yang aku rasakan selama ini . Aku mahu kau lihat kematian isteri kau tidak lama lagi , aku mahu kau rasa apa itu derita pabila kehilangan orang yang tersayang ! Maut tetap akan di balas dengan maut !
Aku yang tertunduk , darah berhamburan apabila wajahku pula di sepak olehnya . Aku genggam kedua - dua penumbukku . Aku pejamkan mataku serapat mungkin. Aku tahan nafasku , aku perlu cari kekuatan kini . Aku tak boleh menyerah sahaja ! Tubuhku bukan punching bag , bagi lelaki durjana itu .
Telingaku picingkan walau mata masih lagi terpejam rapat . Aku dengar derap tapak kasut lelaki itu begitu hampir denganku . Aku terasa libasan angin itu .
" Argh ....!" Aku bingkas bangun, aku tolak tubuhnya terus - menerus ke belakang tanpa aku hiraukan semua senapang kini terhala padaku . Aku terus hentak- hentakkan kepalanya ke dinding konkrit . Topeng itu tetap tersenyum walau belakang kepala si pemakainya pecah berdarah . Gila aku telah naik !
Para pengikutnya kaku di tempat masing -masing . Hanya senapang mereka sahaja yang tetap terhala pada ku . Hentakkan terakhir telah membuatkan tubuh itu rebah .
" Mana kau semua sorokkan Aisy ! Bawa aku sekarang ! " Aku menengking lantang . Tiada jawapan . Hatiku yang masih lagi panas semakin membara dengan kedegilan mereka semua.
Aku terus meluru ke arah mereka , lalu aku mengerahkan tenagaku lagi untuk berlawan dengan pengikutnya pula .
Satu lawan tujuh !
Aku menendang , mereka mengelak ! Mereka menyerang aku pula mengelak sambil mencari titik kelemahan .
Sehinggalah ....
" Cepat ! Bawa aku pada isteri aku ! Cepat kalau kau masih sayangkan umur kau itu ! " Aku pula mengugut mereka kini .
Tapi , sebelum itu ...
Topeng tengkorak aku hempaskan ke lantai lalu ia retak seribu. Tawanan ku pula masih lagi meronta, makin kuat aku rangkul lehernya dengan lengan kananku .
" kau ? " Aku baru teringat sesuatu . Ya, aku memang mengenali lelaki yang kaku itu . Aku lah pembunuh adik nya ! Tapi aku hanya menerima arahan dan upah juga lumayan !
Dan , ternyata....Hari ini , aku pula menerima balasannya .
" Cepat ! " Gesaku sambil menarik tawanananku itu supaya membawaku untuk berjumpa dengan Aisy , isteriku yang aku tahu telah cukup terseksa kini . Aku sedar , ini karma untukku atas perbuatan aku sendiri .
" Allah ! Aisy......! " Pekikku lalu berlari mendapatkan tubuh longlai di kerusi seksaan . Darah masih lagi mengalir dari kedua lubang hidungnya .Ada bau hangit !
" Aisy ! Aisy ! Bangun sayang ! Bangun sayang ! Abang datang sayang ! Abang datang ! Maaf ....Maafkan abang terlewat ....Aisy ? Aisy ? Abang ni Aisy , bukalah mata tu! Pandang abang sayang ....Pandang abang...." Aku memangkunya .....Merayu padanya ....Walau aku tahu semuanya tidak bermakna lagi .
Dan aku juga, tak mengetahui bahawa Aisy sedang mengandungkan anak kami .
********
KINI
TANAH perkuburan sepi itu , menerima seorang lagi pengunjung setianya . Aku menyentuh nisan putih kaku itu . Aku renung keseluruhan pusara itu lama .
" Aisy ...."