KHEMAH- khemah kini sudah siap terpasang dihadapan rumah teres dua tingkat itu begitu juga dengan rumah agam milik Firhad.Khemah kanopi merah putih yang mengikut tema sebelah pihak mereka Ayra pula biru firus.
Adiba dan Hartina agak sibuk membantu mereka- mereka di situ menyusun door gift dalam kotak dan raga yang dihiasi riben merah.Bunga telur dan juga kotak- kotak yang telah diisikan telur ayam.Suasana makin meriah pabila dihiburkan dengan latah makcik- makcik di ruangan itu.
Pelamin kelihatan indah dengan dilatari bunga- bunga rose merah.Lampu spot light di kedua- dua penjuru pelamin dan dibawahnya pula tersusun bunga telur yang cantik gubahannya.
Ayra pula sabar menunggu wajahnya yang sedang dihiasi mak andam.Ditambahi rasa debaran menanti ketibaan acara akad nikah malam nanti.Begitu juga dengan Firhad yang sedang dipakaikan sampin oleh pembantu mak andam.
Firhad juga semakin berdebar menanti detik itu.Jam di dinding tidak jemu dia kerling ." Kenapa Fir? Takut ke ? Jangan takutlah inshaa Allah semua ok nanti ," ujar Dr.Afwan seraya menepuk bahu rakannya itu.
Firhad yang kelihatan segak bersongkok hitam hanya mampu tersenyum.Tidak lama lagi Ayra Ervina bakal menjadi suri hidupnya.Firhad tersenyum sendirian." Amboi, anak mama ni hensemnya...," ujar Puan Sri Aiza yang masuk ke kamar itu tiba- tiba.
" Tula...Tak berkeliplah nanti mata si Ayra tu ...," usik Dr.Afwan ." Afwan , kamu bila lagi ....Jangan tunggu lama sangat ....Nanti Nad tu dikebas orang"
" Inshaa Allah auntie ...Nanti terima lah kad Afwan..."
" Firhad dan semua dah ready ke ? ," soal Tan Sri Yusuf juga kelihatan kacak berbaju melayu dan bersampin songket.Manakala Puan Sri Aiza pula berkurung senada dengan suaminya , dan dia kini telah pun berhijab penuh .Naelofar instant shawl menjadi kegemarannya." Dah," laung kesemua yang ada di sebelah kereta masing- masing.
" Baiklah jika begitu Afwan baca doa dahulu ..."
" Aamiin...," jawab mereka lantas memasuki ke dalam perut kereta masing- masing.
" Pengantin lelaki dah sampai !!," teriak satu suara.En.Wahab Fenner dan Puan Sabella Merican selaku tuan rumah kini bergegas ke muka pintu untuk menyambut ketibaan bakal menantu dan bakal besannya.
" Baiklah sebelum memulakan acaranya di minta pengantin perempuan menandatangani surat ini jika dia menyetujui acara akad ini," arah tok kadi.
Ayra yang kelihatan begitu jelita dengan sepersalinan baju nikah biru laut .Walaupun ditampilkan dengan mekap yang tipis namun masih lagi mengekalkan kejelitaan gadis bakal bergelar Puan ini.Perlahan- lahan tangannya menandatangani surat itu.
" Auzubillahiminashaitunnirajjim....bismillahirahmanirahim...Baiklah dimulai dengan apakah rukun nikah ?"
Debaran di dada entah kenapa makin kuat pabila mic dihulurkan padanya.Peluh kian kelihatan di dahi Firhad kini." Bismillah....Rukun nikah ialah pengantin lelaki, pengantin perempuan , wali, dua saksi dan ijab dan qabul"
" Alhamdulillah , betul.Baiklah mari kita mulakan dengan lafaz istigfar dan qunut dahulu."
Walaupun didadanya makin berdebar tetapi Firhad dapat membaca apa yang telah tok kadi arahkan dengan lancar dan tenang...
" Firhad bin Yusuf, aku nikahkan akan dikau dengan Ayra Ervina binti Abdul Wahab Fenner dan berwalikannya dengan mas kahwin sebanyak RM 300 tunaii....Sah! Sah ! Sah! ?," soal tok kadi mengarahkan pandangannya pada semua.
" Sah! "
" Alhamdulillah...Baiklah kini upacara membatalkan air sembahyang dan solat sunat ....," arah tok kadi lagi.
Perlahan- lahan Firhad bangun daripada silanya atas tilam bulat berbalut baldu biru lantas perlahan- lahan menapak ke arah pelamin dimana Ayra duduk.
Cincin bertakhtakan berlian kini selamat disarungkan pada jari manis Ayra yang merah berinai .Ayra menyalami dan mengucupi tangan suaminya itu.Firhad pula meletakkan tangannya atas ubun- ubun wanita itu.
Setelah itu , Firhad menapak ke arah sejadah yang telah mereka hamparkan untuk melakukan solat sunat.
Para jemputan kini dipelawa untuk jamuan makan di bawah khemah." Tan Sri , Puan Sri silalah makan," pelawa En.Wahab Fenner .
Walaupun Firhad dan Ayra kini sudah sah sebagai suami isteri namun demikian mereka tidak akan bersama pada malam itu tetapi selepas bersanding.