SEJAK akhir- akhir ini fikiran Firhad serba tidak kena.Semuanya bermula semenjak peristiwa itu.Dia di asak oleh Rea yang berkali- kali ajaknya kahwin.Dia juga di asak oleh kehadiran Reesya .Juga gangguan panggilan dan mesej misteri .Dan penghantarnya juga misteri kerana memakai private number.Adakah itu Reesya ?
Telefon berdering kembali .Si pemanggil yang sama.Si pemanggil pula tersenyum puas .Puas kerana dapat membuatkan Firhad selalu teringatkannya .Gambar potret itu di kucup rakus .
Pintu diketuk.......
*********
AYRA ERVINA keluar dari bilik itu dengan perasaan yang sebal.Sudahlah segala kertas dokumen itu perlu dia susun semula.Dia juga perlu menyiapkan kembali yang baru selain yang ini.
" Ini ? Sampah ini yang kau berikan pada aku ???!," bentak Firhad yang secara tiba- tiba naik angin tanpa sebab.Ayra terperanjat .Dia juga hampir meloncat tatkala fail itu dihempas ke atas meja.Kertas- kertas berserakan ada juga bertaburan atas lantai .
" Kau tunggu apa lagi ? Kutiplah ! Aku bukan kuli kau ! ," herdik Firhad
.Ayra yang terkejut dengan herdikan demi herdikan kini tunduk mengutip kertas berkenaan.
Tanpa pamitan, Ayra berlari keluar ditemani tangisan.Beberapa orang pekerja di situ telah faham apa yang telah berlaku .Setiausaha Firhad bingkas bangun.Tidak sampai hati pula dia melihatnya.Dia yang dengar segalanya tadi .Dia perlu jelaskan duduk perkara sebenar.Itulah sikap CEO mereka tatkala dirinya dilanda masalah.Orang lain pastikan jadi mangsa !
" Astagfirullahalazim! Apa yang telah aku lakukan ini ?," soalnya seraya meraup muka.Badannya berhaba.Suaranya tadi naik beroktaf- oktaf.Ayra ! Ya Allah ! Dia tak bersalah ! Hanya kesilapan kecil .Penyesalan yang tidak berkesudahan.
Lini, setiausaha Firhad memulas pili air yang sedari tadi terbuka.Bahu itu di sentuh lembut.Ayra terdongak kelihatan wajahnya dibasahi airmata.Tisu di hulurkan.Ayra teragak- agak .Lini tetap menghulurkannya.
" Ayra, CEO kita tu memang macam tu jika dia dalam kesusahan .Jika dia ada masalah.Siapa yang tidak pernah kena dengannya ? Semua sudah .Pantang silap sikit mulai melenting.Saya pun dah lali .Memang memula dulu sentap juga macam awak , tapi bila fikir nak duitkan ? So cuba bertahan juga ," cerita Lini.
Ayra menyeka airmatanya sekali lagi dengan tisu.Dia yang mendengar hanya mampu tersenyum.Mama dan papa dia pun jarang menengkingnya begitu.Pedih masih terasa di hatinya.Apatah lagi pabila peristiwa semalam menjelma kembali .Dia sedar siapa dia dengan Firhad ! Hanyalah seorang praktikal dengan majikannya .Sedarlah Ayra dia bukan taraf mu ....
" Ayra, bersabarlah ya.Tak apa nanti bila dia cool down dia akan cari kita ....," ujar Lini .Dia teringat kembali CEO nya itu datang ke kubikelnya hanya untuk memohon maaf atas keterlanjuran katanya .
" Mana Ayra ?," soal Firhad tatkala kubikel itu masih lagi tiada berpenghuni." Masih terasa lagi kah ? Aku perlu minta maaf padanya .Aku tak sengaja ....," ujar Firhad sendirian.Telefon ditangan tetap bergetar .Dia tahu siapa , oleh kerana itulah dia malas mahu melihatnya.Ingin buat laporan polis tapi bagaimana ? Sedangkan nombor pun dia tidak tahu .Adakah itu musuh perniagaannya ?
Sudah menjadi lumrah seorang usahawan berjaya pabila hidupnya dikelilingi musuh yang nyata ataupun dalam selimut ." Apa dia buat di kubikel aku ? Tak puas lagi ke nak marah aku ? Jangan risau kerja itu hampir siap ," ujar Ayra seorang." Ayra, kenapa ?," soal Syafiq budak penghantar surat pabila melihat gadis itu bercakap seorang .
Ayra yang tersedar kini tersipu malu ." Eh, tak ada apa- apa," ujarnya seraya menapak .Dia pasakkan keberanian dalam hatinya untuk berdepan dengan bos bekunya itu.Seorang bos yang terlalu mementingkan kesempurnaan dalam hidupnya.
Firhad agak sukar untuk bersuara kini.Ayra yang berwajah masam kini terus melabuhkan punggungnya ke kerusi .Dia perlu selesaikan kerja yang tergendala tadi.Sebelum dia dimarahi buat kali kedua.Lini tersenyum melihat ulah majikannya itu yang kelihatan teragak - agak mahu bersuara.
" Ayra, masuk ke bilik saya sekejap ," ujar Firhad terus berlalu .Ayra menghentikan kerja menaipnya kini terdongak dan matanya mengekori tubuh yang sedang membelakanginya itu ke bilik CEO.
" Tadi bukan main berapi lagi ? Kalah gunung berapi krakatoa .Now nak jumpa pulak ? ," rungut Ayra lantas mengambil fail tadi .Nasib kerjanya dia sempat siapkan juga sebelum ke kamar bertanda CEO FIRHAD TSY HOLDINGS.
Pintu diketuk dari luar.Firhad yang mengelamun mencari idea cara pohon maaf kini kelam- kabut melabuhkan punggungnya ke kerusi seraya mencapai pen dan diary nya." Masuk ! ," ujarnya.Pintu terbuka, Ayra melihat pemuda itu sibuk menulis dia menapak ke dalam sedikit sebelum pintu ditutup kembali dari arah dalam.
" Tuan , panggil saya ? Ini dia fail yang tuan minta saya perbaiki itu sudah siap ," ujar Ayra menyorong dua buah fail berkertas coklat ke arah majikannya itu." Ayra, sila duduk sebentar," pelawa Firhad lembut.Kelembutan suara bertona jantan itu menarik jiwa wanitanya kini.
Ayra terus menarik kerusi dihadapannya itu lalu perlahan dia labuhkan punggungnya.Firhad tetap tertunduk menulis.Ayra makin gelisah .Mahu bertanya lagi takut kena sound lagi .
Ayra yang tertunduk merenung meja ditenung lama." Saya nak minta maaf atas kekasaran saya tadi ,saya tak bermaksud pun.Ayra, pandang saya pabila saya bercakap ," ujar Firhad .Ayra kini terdongak hujung selendangnya yang dia simpul- simpul tadi dia lepaskan kini.Mata mereka bertemu buat beberapa saat .
Ya, ada kegentaran dalam diri keduanya saat itu berjalan.Dada Firhad jua Ayra Ervina saling berdetak hebat ." Ya Allah hensemnya dia " desis hati kecil Ayra saat matanya meratah wajah kacak itu.
Ayra, kau sangat ayu ! Firhad perlahan- lahan tersenyum pada Ayra.Senyuman itulah yang menghebatkan lagi detak jantung Ayra Ervina.
" Ayra ! ," sapa Firhad lagi .Ayra yang hanyut dengan senyuman lelaki itu kini tersedar.Lantas dia tertunduk malu .Sikap malu yang ada dalam diri gadis itulah yang telah menambatkan lagi hati seorang lelaki, Firhad.
" Maafkan saya ya, Ayra ," ujarnya lagi sekali.Dia benar- benar maksudkan itu." Tuan, jangan risau ya.Saya maafkan tuan ," ujar Ayra tersenyum.
Momen diwaktu itu sangat indah mereka berdua rasakan ." Tuan, ada apa- apa lagi ke ? Jika tiada apa- apa izinkan saya sambung kembali kerja saya tadi ," pohon Ayra lembut .Dia takut jika disalah erti nanti .
" Kenapa ? Tak sudi pandang saya lagi ke ?," canda Firhad mahu melihat reaksi gadis yang mula bertakhta dihatinya kini.Ayra kelihatan serba- salah kini.' Aku da agak dah ' Desisnya resah.Firhad cuba menahan tawanya daripada meletus.
" Saya bercanda sahaja.Sambunglah kerja awak ," ujar nya tersenyum.Lagi sekali mata mereka bertatapan sebelum Ayra melangkah keluar.
Rea makin mendekati kamar Firhad kini.Ayra menutupi pintu lalu kembali ke kubikelnya.
" Sayang! Jom lunch ! ," ujar Rea setelah menapak masuk .Firhad kini terdongak.Berat sebenarnya mahu lunch diluar hari ini.Tetapi nanti merajuk pula perempuan ini !
Firhad yang dirangkul Rea tertunduk pabila mereka melintasi kubikel Ayra.Ayra hanya mampu menghantar pandangan matanya sahaja.Terdetik rasa cemburu di hatinya kini.
" Rea tu bukan taste Tuan kita tu, Ayra ! ," ujar Lini yang sedari tadi melihat ulah gadis itu .Siapalah yang tak terpikat dengan CEO mereka itu ! Dia juga pernah terpikat dahulu.
" Er, kenapa awak cakap begitu Lini ?," soal Ayra malu - malu .Tidak dia sedar sikapnya tadi itu diperhatikan Lini." Ayra, tak salah kalau kita mencuba....," ujar Lini lantas melangkah ke arah pantri.