“Eeeemmm…
buat masa ini, saya tak fikir Cik Syazwani dapat bantu saya…” akhirnya
kedengaran Airil Amri berkata perlahan.
“Kenapa
tidak?”
“Saya
masih belum nampak jalan bagaimana saya boleh mendapatkan apa yang saya
mahu!..” jawab Airil Amri selamba, sambil terus melemparkan senyuman nakal.
Norsyazwani
menarik nafas dalam perlahan-lahan. Terdetik juga di hatinya perasaan meluat
akan sikap lelaki itu yang kelihatan agak cerewet. Tapi dalam masa yang sama,
jantung Norsyazwani akan terasa bergetaran setiap kali melihat senyuman yang seolah
sengaja mahu menggodanya terus terukir di bibir lelaki yang berkumis rapi itu.
“Kami
ada banyak projek yang lain-lain lagi. Mungkin ada salah satunya yang boleh
memenuhi citarasa dan budget Encik Amri. Kenapa Encik Amri tak cuba tengok
semua model-model yang lain dulu?” kedengaran Norsyazwani kemudian mencadangkan.
Kelihatan
Airil Amri mengangguk-ngangguk seolah sedang memikirkan cadangan Norsyazwani
itu sambil matanya terus merenung ke wajah yang polos di hadapannya itu. Cantik
juga Minah ni ya!.. hati kecil Airil Amri berbisik sendirian. Entah kenapa
tiba-tiba jantungnya bergetaran apabila melihat bibir Norsyazwani mengukirkan
senyuman. Walaupun hanya senyuman kecil tetapi tetap nampak manis.
“Eeemmm…
boleh juga!..” akhirnya Airil Amri menyetujui.
“Kalau
begitu, silalah Encik Amri lihat model rumah teres 2 tingkat tu. Projek yang tu
dijangka siap dalam masa dua tahun lagi tapi dah banyak unit yang telah
ditempah oleh pembeli. Kalau Encik Amri berminat, boleh semak spesifikasinya
yang ada dipamerkan di dinding tu..” Norsyazwani menerangkan sambil menudingkan
jarinya ke arah yang dimaksudkan.
“Okey, terima kasih!..“ balas Airil Amri sambil
segera menuju ke tempat model bangunan itu diletakkan.
Norsyazwani
jadi agak terpinga-pinga apabila melihat Airil Amri segera meninggalkannya
tanpa sempat dia berkata apa-apa. Khuatir kalau-kalau lelaki itu tidak berpuas
hati dengan layanannya tadi kerana sebagai pegawai pemasaran yang komited,
sebolehnya Norsyazwani mahu setiap pelanggan yang datang akan dapat memberi
pulangan yang baik kepada Teguh Sejati Holding sebagaimana yang sering
diingatkan oleh majikannya.
Mahu
tidak mahu, Norsyazwani memberanikan diri menghampiri Airil Amri yang sedang
terbongkok-bongkok meneliti model rumah teres 2 tingkat yang ditunjukkannya
tadi. Cuba menarik perhatian lelaki itu supaya terus mahu membeli salah satu
jenis rumah yang dilaksanakan oleh Syarikat Teguh Sejati Holding itu.
“Macam
mana Encik Amri? Okey tak rumah teres ni?” Norsyazwani menegur sebaik dia
berdiri di belakang lelaki itu.
Spontan
Airil Amri mendongak dan memandang tepat ke arah Norsyazwani dengan pandangan
seolah amat terkejut dengan kehadiran wanita itu di sisinya.
“Oh!...
saya ingatkan awak dah tak mahu temankan saya tadi…”
“Mana
boleh saya tinggalkan highly potential customer saya!..” balas
Norsyazwani cuba menceriakan suasana.
“Eeemmm…
awak memang seorang pegawai pemasaran yang berwibawa. Kalau saya jadi majikan
awak, dah lama saya naikkan pangkat awak!..” sambil tersenyum nakal, Airil Amri
bagaikan seronok membalas usikan Norsyazwani.
“Terima
kasih atas pujian Encik Amri itu. Saya harap ianya jujur. Bagaimana pun saya hanya menjalankan tanggungjawab saya
bagi memastikan semua pelanggan kami berpuas hati dengan syarikat kami. Jadi,
macam mana? Encik Amri berminat tak?” dengan nada yang tenang tetapi mesra,
Norsyazwani berkata sambil merisik.
Dengan
menggigit bibirnya, kelihatan Airil Amri mengangguk-ngangguk seolah sedang
memikirkan sesuatu. Kemudian dia segera kembali memandang ke arah model
bangunan rumah teres 2 tingkat yang sedang di telitinya tadi tanpa memberi
apa-apa jawapan ke atas pertanyaan Norsyazwani yang masih setia menunggu
jawapan darinya.
“Harga
rumah teres ini lebih murah dari rumah berkembar tadi tu. Mungkin ianya boleh
memenuhi keperluan budget Encik Amri. Lagi pun ia ada banyak jenis unit yang
Encik Amri boleh pilih…” Norsyazwani berkata, cuba mempengaruhi Airil Amri
apabila melihat lelaki itu terus membisu.
Airil
Amri segera berpaling memandang ke arah Norsyazwani dengan mata yang tidak
berkelip-kelip dengan dahi yang berkerut seolah masih berbelah bagi untuk
memberi jawapan.
“Eeerrr…
macam inilah… boleh tak Cik Sazwani beri saya business card Cik Syazwani untuk saya hubungai Cik Syazwani nanti.
Saya perlu sedikit masa lagi untuk menyemak beberapa perkara yang perlu saya
ambil kira sebelum membuat keputusan…” akhirnya Airil Amri meminta.
“Oh!...
no problem. Nah, ini kad saya. Encik Amri
boleh hubungi saya bila-bila masa kalau Encik Amri sudah membuat keputusan.
Atau pun Encik Amri boleh datang lagi ke sini kerana pameran ini akan
berlangsung sehingga hujung minggu ini…” sambil menyuakan business card yang
diambil dari poket jaketnya, Norsyazwani menyetujui.
“Okey!..
Ini pula kad saya untuk rujukan Cik Syazwani. Kalau begitu, nanti saya akan
hubungi Cik Syazwani dan terima kasih kerana melayan saya tadi.
Assalamualaikum…” balas Airil Amri sambil menyuakan kadnya sebagai tukaran
kepada kad yang diberikan oleh Norsyazwani itu sebelum berpaling untuk
melangkah pergi.
“Waalaikumussalam…”
Norsyazwani menjawab salam Airil Amri sambil membelek kad yang diberi Airil Amri itu.
Oh!..
Jurutera Kanan syarikat petroleum dan gas. Patutlah sebuk nak cari rumah harga
juta-juta walau pun masih muda!.. hati kecil Norsyazwani berbisik sendirian
sambil terus memerhatikan Airil Amri melangkah laju meninggalkan dewan pameran
itu.
Perlahan-lahan
kemudian Norsyazwani memandang sekeliling kalau-kalau ada pengunjung lain yang
boleh dibantunya sebaik kelibat Airil Amri hilang dari pandangannya. Namun hati
Norsyazwani terus bergetaran mengharapkan akan bertemu lagi dengan lelaki itu
kelak. Norsyazwani sendiri tidak tahu mengapa perasaan itu boleh membelenggunya
kini.
Walhal
Airil Amri bukanlah pelanggan lelaki pertama yang pernah ditemui oleh
Norsyazwani kerana telah ramai pelanggan-pelanggan lelaki yang lebih hebat,
kaya dan kacak yang telah ditemui Norsyazwani sebelum ini. Perlahan-lahan
Norsyazwani menelan liurnya, cuba menghentikan debaran yang masih terasa di
hatinya itu.