“Eh!..
hari ni kau tak pergi ke pusat pameran ke Wani?” kedengaran Aryna menegur
sebaik sahaja terlihat Norsyazwani melangkah masuk ke pejabat mereka pagi itu.
“Taaak…
Encik Badrul hendak aku ikut dia mesyuarat dengan pihak bank nanti, sebab
itulah aku terpaksa datang ke pejabat pagi ni..” jawab Norsyazwani sambil
menyimpan beg tangannya ke dalam kabinet di sebelah mejanya.
“Oooh!..
kenapa pulak kau yang kena mesyuarat dengan pihak bank?” sambil melangkah menghampiri
meja sahabatnya itu, Aryna bertanya agak hairan.
“Entahlah!..
mungkin semalam aku ada beritahu Encik Badrul yang ramai potential buyers nak tahu pasal kemudahan pinjaman kewangan. Jadi
mungkin dia nak aku ikut dia berbincang dengan pihak bank. Untuk membolehkan
kita bekerjasama dengan mereka bagi memudahkan pelanggan membeli rumah-rumah
yang kita bangunkan…” Norsyazwani memberitahu apa yang diagaknya.
“Eeemmm…
betul juga tu. Kalau dah ada bank-bank yang boleh bekerjasama dengan syarikat
kita, lagi senang pembeli yang berminat untuk membeli rumah-rumah yang kita
bangunkan itu kerana mereka boleh mendapatkan nasihat kewangan pada masa yang
sama..” Aryna menyetujui tindakan yang diambil oleh majikan mereka.
“Itulah
tu… aku pun memang dah lama mengharapkan begitu supaya senang kami-kami pegawai
pemasaran ni nak closed deal dengan potential buyers bila mereka boleh
membuat kiraan budget kewangan mereka
pada masa tu juga…” sokong Norsyazwani lagi.
“Hah!..
lagi banyaklah sales engkau nanti.
Hai… bertambah sayanglah Encik Badrul pada engkau nampaknya…” sambil tersenyum
nakal, Aryna mengusik sahabatnya.
“Heh!..
ada-ada sajerlah kau ni, Rina. Itu fitnah namanya tu. Kang tak pasal-pasal aku
kena sumbu oleh girlfriend En.
Badrul…” Norsyazwani segera menepis usikan Aryna itu sambil
menggoyang-goyangkan kedua bahunya. Takut benar kalau apa yang dikatanya itu
menjadi kenyataan.
“Alaaahh…
Encik Badrul mana ada girlfriend? Nak
tengok perempuan pun takut apatah lagi nak ada girlfriend. Tapi kalau dengan engkau…”
“Kenapa
dengan aku?” pintas Norsyazwani dengan mata yang terjegil.
“Kalau dengan kau, sampai nak terkeluar biji
mata dia merenung. Aku rasa dia memang minat kat engkau lah, Wani...” Aryna
cuba mengukuhkan pendapatnya.
“Hish!..
Jangan merepeklah, Rina. Buat malu aku ajer nanti kalau orang lain dengar!..”
“Apa
yang nak dimalukan kalau perkara benar?..”
“Heh!...
Kau jangan buat cerita yang bukan-bukan, Rina. Dah aku selalu kena briefdia pasal status pemasaran, sebab
tulah dia kena dengar betul-betul setiap apa yang aku katakan…” kedengaran agak
serius nada suaranya sebagai tanda tidak selesa, Norsyazwani segera cuba
menepis kata-kata Aryna itu.
“Sorrylah… takkan macam tu pun kau nak
marah. Aku sajer jer nak gurau dengan kau pagi-pagi ni. Dah dua hari pejabat ni
sunyi bila kau orang semua bertugas di pusat pameran. Eeemmm… kau dah minum ke
belum? Kalau belum, jom kita minum di cafeteria sementara masih awal lagi ni…” Aryna
mengajak seolah mahu memujuk.
“Eeemmm…
boleh juga. Aku pun memang tak sempat nak minum kat rumah tadi. Marilah!..”
Norsyazwani menyetujui sambil segera bangun untuk ke cafeteria.
Aryna
yang memang sudah bersedia hendak ke cafeteria hanya tersenyum lega apabila
Norsyazwani setuju untuk menemaninya pagi itu. Beriringan mereka berjalan laju
menuju ke tempat yang dimaksudkan kerana mengejar masa sebelum masuk waktu
pejabat yang bermula pada pukul 8.30 pagi.
Tidak
berapa lama selepas Norsyazwani dan Aryna balik dari cafeteria, kedengaran
telefon di meja Norsyazwani berdering-dering minta dijawab.
“Wani…
sila masuk ke bilik saya sekejap!...” kedengaran Badrul mengarahkan sebaik
sahaja Norsyazwani menjawab telefon yang berdering-dering itu.
“Baiklah…”
jawab Norsyazwani lalu meletakkan telefonnya kembali ke ganggang. Kemudian
segera dia mencapai dairi dan pen sebelum bergegas ke bilik ketuanya itu.
“Encik
Bad nak bincang apa?” Norsyazwani bertanya sebaik sahaja dia melabuhkan
punggungnya di kerusi yang ada di hadapan meja lelaki itu.
Badrul
yang sedang membelek beberapa helai kertas yang bersepah di atas mejanya segera
mendongak, memandang tepat ke arah wajah yang polos di hadapannya itu.
Ditenungnya wajah itu tanpa berkelip-kelip buat seketika seolah cuba mengingati
sesuatu.
“Eeemmm…”
Sememangnya
Badrul sendiri tidak tahu entah mengapa hatinya akan sentiasa rasa bergetar
setiap kali bertentang mata dengan Norsyazwani sehingga membuatkan lidahnya
bagaikan kelu. Perasaan begitu tidak pernah timbul kalau dengan perempuan lain.
Perlahan-lahan Badrul menarik nafasnya dalam-dalam sebelum memulakan bicaranya.
“Saya
nak awak sediakan statistik semua potential
customers yang memerlukan pinjaman kewangan supaya senang kita bincangkan
dengan pihak bank nanti. Kalau ramai, mungkin kita boleh minta pihak bank
memberikan tawaran yang menarik supaya potential
customers itu tidak akan berbelah bagi lagi untuk membeli rumah-rumah yang
kita tawarkan…” terang Badrul.
“Kan
saya dah beri pada Encik Bad semalam?”
“Itu
hanya yang ada pada awak. Saya nak semua, termasuk pegawai-pegawai lain…”
“Oh!..
Encik Bad nak statistik semua ke? Semalam Encik Bad tak beritahu, jadi saya
hanya ada statistik yang saya punya sajer. Eeemmm… kalau begitu, biar saya
telefon pegawai-pegawai lain dulu untuk minta maklumat itu...” balas
Norsyazwani dengan nada agak tegang sambil bangun mahu berlalu.
“Eeerrrr…
cuba dapatkan segera ya, kerana kita perlu pergi ke bank dalam setengah jam
lagi sebab appointmentkita dengan
mereka pukul 9.30 pagi..” ujar Badrul sambil terus memerhatikan Norsyazwani
yang sudah mahu melangkah.
“Hah?...
Kita pergi ke bank?” soal Norsyazwani agak terkejut, sambil memandang tepat ke
arah Badrul.
“Kenapa
awak terkejut?”
“Tak
adalah… saya ingatkan kita mesyuarat di sini di pejabat kita. Saya tak bawa
kereta hari ini sebab lepas mesyuarat saya kena balik ke pusat pameran semula.
Di situ tempat pakir agak susah kerana ramai pengunjung yang datang, jadi saya
cadang nak naik teksi sajer…” dengan rasa terkilan, Norsyazwani menjelaskan.
“Oooohh…
pasal itu ke? Tak mengapa, jangan risau. Awak boleh naik kereta dengan saya.
Lagi pun di bank tu pun agak susah juga tempat pakir, jadi memang elok kita
pergi satu kereta sahaja. Lepas tu bolehlah kita pergi ke pusat pameran tu
sama-sama kerana saya pun nak tengok juga macam mana sambutannya…” jelas
kedengaran riak lega dalam suara Badrul.
“Hah!..
naik kereta dengan Encik Bad?”
Sebaliknya
Norsyazwani pula yang sekali lagi bagaikan tidak percaya. Dia benar-benar tidak
menyangka Ketua Pegawai Kewangan merangkap Pengarah Operasi Teguh Sejati
Holding itu mahu mempelawanya. Setahunya, belum ada pun seorang pegawai biasa
yang pernah naik kereta bersama Badrul, walaupun untuk urusan rasmi sebelum
ini. Jadi pelawaan Badrul pagi itu benar-benar memeranjatkan Norsyazwani.
Boleh
dikatakan semua warga kerja di Teguh Sejati Holding tahu yang Badrul seorang
yang serius dan tidak suka bercakap banyak terutamanya dengan pekerja
perempuan. Sehingga ramai juga pekerja perempuan yang mengatakan Badrul
bagaikan batang kayu berjalan, tiada perasaan langsung. Namun Norsyazwani
benar-benar keliru kini.
“Kenapa?
Awak takut ke?...”
“Eeerrrr…
tttaaapi..”
“Tapi
apa? Apa yang awak risau sangat nak naik kereta dengan saya? Saya tak makan
anak dara orang. Janganlah awak risau sangat, Wani…” dengan nada nakal, Badrul
berkata.
“Taaak!..
bukan takut atau risau, cuma…”
“Cuma
apa?...”
“Saya
tak mahu menyusahkan Encik Bad kerana terpaksa pulak menghantar saya ke pusat
pameran selepas itu. Saya tahu Encik Bad sibuk dan banyak tugas-tugas lain yang
perlu diselesaikan di pejabat…” dengan agak berhati-hati Norsyazwani
menjelaskan kerana tidak mahu ketuanya itu berkecil hati.
Badrul
merenung tepat ke anak mata Norsyazwani. Bagaikan sengaja mahu membalas
renungan Norsyazwani yang memandang ke arahnya apabila dia terhenti dari
meneruskan langkahnya tadi. Mata mereka bertautan buat seketika namun mulut
masing-masing bagaikan terkunci untuk sebarang bicara.
Norsyazwani
segera menunduk kerana tidak tahan menentang tenungan anak mata Badrul yang
bagaikan memanah anak matanya. Hati Norsyazwani jadi resah tidak menentu
apabila kata-kata Aryna pagi tadi tiba-tiba terngiang-ngiang di telinganya.
Perlahan-lahan Norsyazwani menggigit bibirnya seolah cuba mententeramkan
hatinya sambil menunggu reaksi dari ketuanya itu dengan dada yang
berdebar-debar.
“Macam
saya kata tadi, saya memang tetap hendak ke pusat pameran itu untuk melihat
sendiri bagaimana sambutan dari pengunjung walaupun kalau awak tidak naik
kereta dengan saya. Jadi tak ada apa pun
yang akan menyusahkan saya nanti…” akhirnya kedengaran Badrul berkata seolah
mahu meyakinkan pegawainya itu.
Norsyazwani
menelan air liurnya sambil cuba mencari kata-kata yang sesuai untuk menjawab
pelawaan ketuanya itu.
“Eeemm...
kalau dah macam tu kata Encik Bad, saya ikut sajerlah. Jadi saya minta diri
dulu untuk dapatkan maklumat yang Encik Bad hendak tu…” Norsyazwani akhirnya
menyetujui sambil mahu meneruskan langkahnya yang terhenti tadi.
“Baiklah.
Tapi jangan lupa, pukul 9.00 tunggu saya di lobi. Jangan lambat, nanti lewat
pulak kita sampai ke bank…” Badrul segera mengarahkan sambil memerhatikan
sahaja Norsyazwani yang hanya mengangguk tanpa suara, melangkah laju
meninggalkan bilik pejabatnya.
Tekad
yang cuba ditanamkan di sudut hati Badrul terus berdetik lagi seolah
mengejeknya kerana masih gagal melaksanakannya walaupun peluang sudah beberapa
kali menjengah di depan mata. Badrul jadi buntu seketika. Akhirnya Badrul hanya
mampu menarik nafas dalam-dalam sebelum melepaskan kembali perlahan-lahan
seolah cuba memujuk dirinya sendiri.