Home Novel Cinta AKU TAK SALAH
AKU TAK SALAH
Kamsiah Abu
1/1/2014 18:47:29
79,247
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Beli Sekarang
BAB 6

“Silalah, Wani…” Badrul mempelawa sebaik selesai membaca doa makan.

“Terima kasih. Encik Bad ambillah dulu..” balas Norsyazwani sebagai menghormati ketuanya itu.

Kelihatan Badrul hanya mengangguk lalu mencapai sudu dari pinggan yang berisi ikan siakap masak tiga rasa. Norsyazwani terus memerhatikan lelaki itu memotong-motong isi ikan yang di dalam pinggan itu sambil menelan liurnya.

“Eeemm… Nah, cuba awak rasa lauk ni…” ujar Badrul.

Norsyazwani yang masih memerhatikan apa yang dibuat oleh Badrul tadi jadi tergamam. Tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Badrul telah meletakkan isi ikan yang dipotongnya tadi ke dalam pinggan Norsyazwani dan bukan ke dalam pinggannya sendiri.

“Eh!.. tak apalah, Encik Bad. Saya boleh ambil sendiri. Encik Bad makanlah dulu. Tadi kan Encik Bad kata Encik Bad lapar...” Norsyazwani cuba berbasa basi.

Norsyazwani benar-benar tidak menduga sehingga begitu sekali Badrul melayannya hari itu. Perwatakkan yang amat berbeza dengan apa yang Norsyazwani lihat selama ini. Semua warga kerja Teguh Sejati Holding tahu Badrul seorang yang serius, lebih-lebih lagi kalau dengan pekerja wanita. Namun tindakkannya ketika itu amat-amat mengelirukan Norsyazwani.

“ALLAH memerintahkan kita supaya melayan tetamu kita dengan baik. Hari ini Wani adalah tetamu saya kerana Wani sudi menemankan saya makan tengahari ini. Jadi, saya kenalah layan Wani sebaik-baiknya…” balas Badrul sambil tersenyum mesra sebelum menceduk lauk ke pingganya sendiri pula.

Bulat mata Norsyazwani memandang tepat ke anak mata Badrul bagaikan tidak percaya kata-kata itu diucapkan oleh ketuanya itu. Sebaliknya Badrul hanya terus tersenyum mesra sambil menyua-nyuakan tangan kananya seolah menyuruh Norsyazwani segera makan. Kekeliruan Norsyazwani itu bagaikan tidak memberi sebarang kesan di hatinya.

“Macam mana, Wani? Suka tak masakkan tu?” Badrul bertanya apabila mereka telah mula menyuap makanan mereka.

“ Eeemm… sedap!.. Pandai Encik Bad pilih makanan. Semuanya masakkan yang saya suka.” Norsyazwani memuji sambil menelan makanannya dengan penuh selera.

“Oh!.. iya ke? Jadi citarasa kita samalah ya!...” ujar Badrul, seronok.

Lagi sekali Norsyazwani tergamam. Tidak menyangka Badrul juga adalah seorang yang suka bergurau. Belum pernah dia melihat Badrul begitu riang sebelum ini.

“Encik Bad pun suka masakkan macam ni ke?” Norsyazwani sengaja merisik.

“Kan saya kata citarasa kita sama. Maknanya saya pun memang suka masakkan macam ni. Kalau hari-hari macam ni pun tak mengapa!..” jawab Badrul sambil tersenyum nakal.

“Hhmmm… nampaknya kenalah bakal isteri Encik Bad nanti belajar masak masakkan macam ni untuk nak pikat hati Encik Bad…” ujar Norsyazwani pula, cuba melawan reaksi nakal Badrul tadi.

Norsyazwani sendiri agak terkejut bagaimana ungkapan itu boleh begitu laju meluncur dari bibirnya. Namun dia terus cuba melemparkan senyuman mesra ke arah ketuanya yang sedang memandangnya dengan kening yang terangkat.

“Wah, pandai awak nak perli saya ya, Wani!...”

“Apa pulak perli? Betullah apa yang saya kata tu!.. Arwah emak saya pernah cakap, kalau nak suami sayang, kena pikat perutnya dulu. Dia tentu akan balik makan di rumah setiap hari kerana sukakan masakkan isterinya…” balas Norsyazwani sambil tertawa kecil, geli hati.

“Tapi kalau bakal isteri pun tak ada lagi, macam mana saya nak tahu samada dia pandai masak masakkan kegemaran saya atau tidak?” soal Badrul pula, sengaja mengusik.

“Alaahh... saya tak cayalah kalau Encik Bad belum ada calon bakal isteri. Entah-entah Encik Bad sajer jer nak sorokkan dari kami. Tu yang buat saya agak takut tadi nak ikut naik kereta Encik Bad. Takut kalau-kalau ada orang yang cemburu pulak nanti…” balas Norsyazwani semakin nakal. Cuba membalas kemesraan Badrul yang kelihatan begitu selesa dalam keadaan begitu.

“Hah!... ada orang cemburu pada awak ke atau pada saya? Saya rasa ada orang cemburu pada saya, bukan pada awak kerana saya yang dapat makan dengan awak bukan dia...” Badrul sebaliknya membalas. Seronok benar dapat mengusik Norsyazwani.

“Hhhmmm… tak sangka ya Encik Badrul pun pandai nak kenakan saya. Kalau macam tu, lepas ni saya tak nak lagilah makan dengan Encik Bad…” dengan nada seolah merajuk, Norsyazwani berkata. Namun senyuman nakal tetap terukir di bibirnya membuatkan Badrul turut tersenyum riang.

“Huhuhu… tak sangka awak ni pun suka merajuk ya, Wani. Okeylah… okeylah… kalau macam tu, saya minta maaf kerana dah buat awak merajuk sehingga tak mahu lagi makan dengan saya nanti. Nah… saya tambahkan lagi lauk awak supaya awak jangan merajuk lagi ya!” sambil terus tersenyum nakal, Badrul menambah ikan yang baru disenduknya ke dalam pinggan Norsyazwani.

Norsyazwani yang sedang mahu menyuap makanannya hanya menggeleng-geleng. Tanda sudah terlalu banyak makanan yang perlu dihabiskannya ketika itu. Bagaimana pun bibirnya terus melemparkan senyuman mesra ke arah Badrul sebagai tanda memahami dan menghargai gurauan serta layanan baik ketuanya itu.

“Terima kasih banyak-banyak Encik Bad kerana telah belanja saya makan tadi. Kenyang betul saya hari ni. Kalau hari-hari makan macam ni, takut banyak baju saya yang tak boleh pakai lagi nanti..” Norsyazwani berkata dengan nada nakal apabila mereka telah selesai makan dan mula mahu bangun untuk meninggalkan restoran itu.

“Bukan hari-hari saya dapat makan dengan Wani macam ni.Tapi kalau Wani sudi, saya tak kesah. Saya lagi seronok!...” balas Badrul pula, cuba melawan gurauan Norsyazwani sambil beriringan menuju ke keretanya di hadapan restoran itu.

Mereka berpandangan dan mata mereka bertautan buat seketika. Tiada kata yang terucap dari mulut mereka yang bagaikan terkunci. Badrul terus merenung wajah polos yang bertudung litup itu seolah sengaja mencabarnya untuk menjawab kata-katanya tadi. Namun tiada sebarang suara yang kedengaran sehinggalah beberapa saat kemudian terdengar derai tawa mereka yang begitu mesra bagaikan pasangan kekasih yang amat bahgia.

Tanpa Badrul mahu pun Norsyazwani menyedarinya, sepasang mata yang berada tidak jauh dari tempat letak kereta mereka, sedang memerhatikan segala telatah mereka dengan perasaan cemburu bercampur geram. Mata itu terus memerhatikan mereka tanpa berkelip-kelip sehinggalah kelibat kereta Badrul hilang dari pandangannya. Dendam kesumat di dalam hati yang empunya mata itu menjadi bertambah panas dan hanya menunggu masa untuk dilunasi.

Previous: BAB 5
Next: BAB 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.