Bab 1
NUR LAILAmerenung
wajah bayi comel yang baru berusia seminggu. Bayi kecil itu belum dianugerahkan
nama. Dia hanya memanggilnya ‘Baby’. Bila emak mentuanya Mak Timah bertanya
mengenai nama bayi
itu, Nur
Laila hanya menggeleng. Dia menyerahkan urusan memberi nama bayi itu kepada
emak mentuanya.
“Ikut suka
hati maklah, saya tak kisah,” kata Nur Laila dengan nada hambar.
Mak Timah
juga bingung. Dia tidak tahu nama apa yang harus diberikan kepada cucu barunya.
Puas dia memikirkan nama yang sesuai. Lalu dia mengambil keputusan untuk
memberikan nama ibunya sendiri, iaitu Hawa. Apakah Nur Laila akan setuju dengan
nama itu?
Tapi nama
Hawa pendek sangat pulak, fikir Mak Timah. Nantilah aku fikir lagi nama apa
yang sesuai, begitulah kata hati Mak Timah.
Nur Laila
pula selalu berasa resah gelisah. Tidak tahu kenapa? Hanya tunggu tubuhnya
sihat, barulah dia boleh berfikir secara matang.
Setiap hari
Mak Timah memberikan dia minum pelbagai akar kayu yang begitu pahit.
Terpaksalah dia menelannya meskipun
tekaknya terasa seperti hendak termuntah setiap kali minum jamu dan ubat.
Sebenarnya,
dalam kepala Nur Laila sudah merancang pelbagai perkara. Namun satu pun
rancangannya itu tidak diluahkan pada emak mentuanya. Awal-awal lagi
dia sudah menanam hasrat, sebaik sahaja pulih, dia akan meninggal Baby.
Pagi itu,
sambil memangku Baby dalam pangkuan, diabercakap-cakap dengan anaknya itu.
“Baby...Baby
jangan menangis, sebab ibu akan tinggalkan Baby. Secepat mungkin, ibu mesti
cari kerja. Ayah kau dah meninggal sebelum kau lahir. Jadi tak ada gunanya ibu
tinggal kat sini lagi.Tiada apa yang ibu harus tunggu. Baby tinggallah dengan
nenek.”
Nur Laila
memerhati wajah Baby puas-puas. Dia sudah membuat keputusan. Hari ini
hari terakhir dia berada di rumah Mak Timah. Saat-saat akhir dia
memangku dan memeluk anaknya itu. Dia tidak sanggup tinggal di sini lagi. Mak
Timah pernah membayangkan padanya, sebaik sahaja sihat kelak, dia mahu Nur
Laila menolongnya menoreh getah.
Nur Laila
tidak pernah bermimpi turun menyembah pokok getah tua yang susunya tidak
seberapa. Dia tidak pernah bermimpi untuk tinggal lebih lama di rumah
itu.Sebaik sahaja kandungannya lahir, dia akan pergi. Pergi seorang diri. Dia
sudah merancang hendak ke Kuala Lumpur.
Sebelum
berkahwin dengan anak lelaki tunggal Mak Timah iaitu Said, dia berkawan dengan
seorang anak muda dari Kuala Lumpur. Dia masih menyimpan nombor telefon jejaka
itu. Semalam dia cuba menghubungi Khairil menggunakan telefon awam di tepi
jalan kampung. Dia berjaya menghubungi Khairil. Dan Khairil berjanji akan
menolongnya.
Nur Laila memerhati
bayinya yang baru diletakkan di atas tilam.
Wajah Baby memang comel, banyak menyalin wajahnya sendiri. Amat sedikit sekali
menyerupai Said.Seolah-olah anak itu bukan anak Said. Tiba-tiba dadanya
menjadi sebak. Naluri keibuan muncul tanpa diundang. Air matanya berderai.
Tidak! Aku
tak boleh lemah begini! bisik hati Nur Laila. Dia tidak mahu lebih lama berada
di samping Baby. Dia bimbang dan takut hari demi hari dia akan sayangkan Baby
dan tidak sanggup meninggalkannya. Dia tidak boleh lemah
dan lembut
hati begini.
Tinggallah
Baby, bisiknya. Bukan ibu tidak sayang, cuma ibu tidak sanggup hidup susah.
Air hangat
lebat bertamu di wajah indah Nur Laila. Dia membiarkan sahaja air matanya jatuh
menimpa dada.
Di sini
tiada apa-apa yang boleh aku sandarkan harapan.Satu-satunya lelaki
yang dicintai sudahpun pergi tak kembali. Aku harus pergi.Aku harus mencari
masa depanku,memburu kesenangan dunia selagi usia masih muda.
Nur Laila
memandang jauh. Dia tidak sabar untuk mengorak langkah. Dia akan pergi malam
ini juga. Dia sudah nekad.
MAKTimah berasa
resah, tidurnya tidak begitu lelap. Dia terjaga bagaikan dikejutkan oleh
seseorang. Tubuhnya tersentap. Dia bermimpi hujung jarinya dihiris pisau.
Pedih. Matanya terbuka luas menentang kegelapan malam. Dia memasang telinga.
Sunyi mencengkam.
Dia bingkas
bangun kala terdengar suara tangisan halus cucunya. Anak itu pasti kelaparan.
Dia bergerak pantas menuju ke bilik Nur Laila. Pintu ditolak perlahan, lampu
dipasang. Dia memerhati ke arah katil. Hanya bayi Nur Laila yang terbaring
sendiri di situ, sedangkan wanita muda itu tidak kelihatan.
“Laila!”
serunya dengan agak kuat. “Laila!” serunya lagi. Namun tiada sahutan.
Ke mana
pulak Laila? Dahi MakTimah berkerut. Matanya memandang jam di dinding.Tepat
pukul 12.00 tengah malam. Si kecil merengek kelaparan. Mak Timah segera
membancuh susu. Dipangku cucunya sambil menyuakan puting susu ke bibir yang
kehausan.
Ke mana
Laila pergi? Soalnya sendiri sambil memerhatikan bantal yang kelihatan tidak
berusik. Selimut juga masih berlipat kemas di hujung katil. Dahi Mak Timah
terus berkerut, dipagut bimbang. Pelbagai kemungkinan muncul dalam kepalanya.
Jatuh di
bilik air ke? Bisik hatinya tidak keruan. Mak Timah bergegas ke bilik air.Tiada
jejak Nur Laila di situ. Dia kembali ke dalam bilik, terburu-buru membuka
almari baju. Kosong. Pakaian Nur Laila tiada walaupun sehelai di dalam almari
itu. Beg pakaian di atas almari juga tidak ada. Memang sah itu tiada!
Hampas
betul! Dia dah lari rupanya, rungut Mak Timah. Tapi kenapa? Kenapa dia harus
lari malam-malam buta begini? Lari senyap-senyap tanpa
pengetahuan aku? Mak
Timah rasa
kesal yang amat sangat.
Dia terduduk
di hadapan pintu almari yang ternganga luas. Ingatannya kembali berputar pada
peristiwa selepas Isyak tadi. Dia mengajak Nur Laila makan malam, tetapi wanita
muda itu menolak.
“Laila masih
kenyang,” jawab Nur Laila sambil merapatkan pintu bilik dan menguncinya dari
dalam.
Bayinya ditinggalkan
di luar bilik supaya MakTimah dapat melayaninya. Entah pukul berapa pula bayi
itu dibawanya masuk lalu diletakkan di atas katil.
Rupa-rupanya dia
sedang berkemas, nak lari! Gerutu MakTimah sambil matanya memandang ke arah
katil. Si kecil sudah tidur dengan nyenyak semula selepas menghabiskan sebotol
susu. Apa aku nak buat dengan budak yang masih kecil ni? Emaknya dah lari.
Mak Timah
kalut memikirkan nasib cucunya. Kalau aku pergi menoreh, siapa nak jaga? Mak
Timah memegang kepalanya yang jadi pening secara tiba-tiba.
Digagahinya
bangun menuju ke katil. Cucunya yang masih kecil itu dikendung masuk ke dalam
bilik tidurnya sendiri.Dia berbaring di sebelah cucunya itu sambil berfikir-
fikir dalam apa yang harus dilakukan. Dia terpaksa mencari rezeki.Tapi siapakah
yang akan menjaga cucunya semasa dia pergi menoreh? Hendak mengupah orang
menjaga dia tidak mampu. Benar-benar tidak mampu.
Tiba-tiba dia
bangkit menghala ke almari. Dia menarik laci tunggal yang ada di dalam almari
itu. Dari dalam laci dikeluarkannya sebuah kotak kayu berukir. Di dalam kotak
itu tersimpan barang-barang kemas miliknya. Dia membuka kotak kayu
itu.
Matanya terbeliak sebaik-baik sahaja
matanya tertancap ke dalam kotak beralas kain baldu itu. Dua utas rantai besar
berbentuk seperti tali belati dan gelang berbentuk donat hilang. Hanya tinggal
seutas rantai kecil dan beberapa urat rantai tangan. Tiga bentuk cincin permata
masih ada. Mak Timah terus terduduk sekali lagi.
Dia yakin
siapakah pencuri yang telah menceroboh biliknya itu.Tidak lain dan tidak bukan
pastilah menantunya yang telah melarikan diri itu. Beberapa titis air mata Mak
Timah mengalir lesu. Rasa marah dan geram bercampur baur, menerbit kesedihan
pula sudahnya.
“Jahatnya
kau Laila. Sampai hati kau curi rantai dan gelang pusaka mak aku!”
Mak Timah teresak-esak sendiri.
Tubuhnya terasa longlai.
SEORANGwanita muda
tercegat sendiri di hadapan perhentian bas yang sepi. Angin galak mengusik
rambutnya yang lepas bebas melepasi bahu. Sesekali blaus putih berlengan pendek
dipadankan seluar palazo hitam itu turut dibelai angin. Dia memeluk tubuhnya
sendiri, kedinginan.
Suasana agak
terang, cahaya datang dari lampu jalan tidak jauh dari situ. Sudah hampir sejam
dia berdiri di situ, wajahnya dibayangi keresahan yang jelas. Berkali-kali dia
merengus geram sambil mengetap bibir. Matanya tidak lepas memandang jalan raya
yang lengang. Hanya sesekali kereta melintasi kawasan itu.
Di atas
tempat duduk batu di bawah pondok menunggu bas itu,terdapat sebuah beg pakaian
sederhana besar.Setelah penat berdiri dan berjalan mundar-mandir, dia
melabuhkan punggung di sebelah beg pakaiannya itu. Beg pakaian itu didakapnya
erat bagaikan mendakap seorang kekasih.Angin terasa makin dingin mencengkam
tubuh. Dia membuka zip beg pakaian lalu pantas mengeluarkan sehelai baju sejuk.
Badannya rasa sedikit hangat kala baju daripada benang bulu biri-biri itu
mendakap tubuh.
“Cepatlah
sikit datang! Macam nak gila aku duduksorang-sorang kat sini!” Nur Laila
bercakap sendiri.
Matanya ke
belakang, tiba-tiba terasa meremang tengkuknya. Kawasan itu agak
semak, jauh dari kampung. Untuk sampai ke jalan besar itu tadi,dia berjalan
kaki seorang diri, bertemankan lampu suluh. Jauh juga dia berjalan lebih kurang
45 minit. Ada waktu-waktunya dia berlari kerana terlalu takut.
Dadanya
terasa sakit. Dia tidak seharusnya beraksi lasak begini, dia baru sahaja bersalin.
Namun sesekali hatinya rasa kecut bersendirian kala jam sudah hampir pukul
11.00 malam. Keinginannya terlalu kuat mengasak diri, supaya lari dari kampung
itu. Lari dari kesengsaraan yang membelit diri. Dan dia percaya di hujung jalan
yang gelap itu ada cahaya yang terang.
Dia
mengerling jam tangan di pergelangan tangan kiri. Lagi 15 minit lagi, jam akan
menunjukkan ke angka 12.00 tengah malam.
“Jangan-jangan Khairil
ni tipu aku,” rungutnya sendiri. Sanggupkah dia balik semula ke rumah Mak
Timah?
Apakah dia
akan berpatah semula ke belakang sekiranya Khairil tidak jadi datang
mengambilnya di situ?
Tidak! Dia
tidak sanggup. Sekiranya Khairil tidak jadi datang, dia akan tetap pergi dari
kampung itu. Dia akan menahan kereta orang ataupun lori balak atau...apa-apa sajalah!
Asalkan dia dapat pergi sejauh mungkin dari situ. Dia tidak sanggup berpatah
semula ke belakang. Dia teringat dalam beg tangan yang sedang dikepit erat,
mengeram beberapa utas rantai dan gelang milik Mak Timah.
Dia memilih
gelang tangan dan rantai besar milik emak mentuanya itu. Tanpa rasa bersalah,
tanpa rasa kasihan. Dia lebih kasihan pada dirinya sendiri! Dia tidak mahu
kelaparan dan dilanda kesusahan. Dia memerlukan duit untuk menyara hidup.
Sempat juga dia mencuri wang milik Mak Timah walaupun tidak banyak. Hanya dapat
beberapa ratus sahaja.
Kalaulah Mak
Timah tahu dia telah mencuri duit dan harta milik wanita itu, dia tidak dapat
membayangkan apa yang akan berlaku! Dia tidak akan pulang untuk menyerahkan
tengkuknya agar dicekik-cekik oleh Mak Timah semahu hati.
Silap-silap emak
mentuanya itu menelefon pihak berkuasa dan dia disumbatkan ke dalam lokap.
Semasa dia bekerja di Snuker Lucky dahulu, dia memang kerap songlap duit
taukenya itu.Tetapi Lucky langsung tidak tahu! Dia tidak pernah tertangkap.
Sekarang dia
tidak akan merelakan dirinya ditangkap pula. Sebesar mana pun jenayah yang
dilakukannya, dia tidak ingin dihukum. Mereka yang terhukum kerana jenayah-
jenayah kecil adalah mereka yang bernasib malang.
Bunyi hon
kereta mengejutkannya. Dia terus tersentap dan memandang ke arah jalan raya.
Sebuah kereta wira berwarna biru gelap berhenti di hadapan pondok menunggu bas
itu. Nur Laila memandang ke dalam kereta,serta-merta terlihat seraut wajah
yang dikenalinya. Nur Laila bingkas menggapai beg pakaian dan menuju ke arah
kereta itu. Khairil sudah datang. Hati Nur Laila melonjak, riang tidak terkata.
Lebar senyumannya memandang Khairil. Khairil juga tersengih panjang.
Nur Laila
masuk ke kereta setelah meletakkan beg pakaian di kusyen belakang.
“Kenapa
lambat sangat?” tanya Nur Laila tidak sabar. “KL dengan kampung ni jauh jugak.
Dua jam lebih
perjalanan.Tu
pun I ikut highwaypecut sampai 120km/jam,” jawab lelaki yang
memandu kereta Wira biru itu sambil tersengih.
“Yalah tu!
Sampai naik kecut kaki tangan I tunggu you. Sejuk tau kat luar tu. Mujur malam
ni cuaca baik.”
Khairil
hanya tersengih. Kereta terus meluncur laju. Nur Laila menjeling Khairil. Jika
tidak dalam keadaan
terdesak
begini, mustahil dia mahu menghubungi lelaki itu! Sumpah, dia tak ingin. Dia
hanya mahu memperalatkan Khairil sahaja untuk melarikan diri. Dia perlukan
tempat untuk bertapak. Dia berharap Khairil akan menolongnya. Masih diingatnya
Khairil pernah bercerita dia banyakcontact,kenal dengan ramai orang-orang besar.
Dia kenal
juga orang filem dan ahli politik. Bapanya sendiri turut terlibat dalam dunia
politik dan perniagaan. Khairil mendakwa keluarganya orang berada. Dia sendiri
tidak bekerja, hanya menghabiskan duit ibu bapanya sahaja. Dia maklum, Khairil
suka padanya. Berkali-kaliKhairil menyatakan perasaannya pada Nur Laila
namun perasaan itu tidak pernah berbalas.
Kadang-kadang Nur
Laila merasakan kecantikan tubuh badan dan
wajahnya satu sumpahan. Lelaki amat mudah tergoda walaupun dia tidak pernah
melayani merekaberlebih-lebihan. Malah mulutnya selalu melontar kata-katayang
pedas pada mereka. Namun dirinya tetap dipuja.
Hampir jam
2.00 pagi mereka tiba di Kuala Lumpur. Nur Laila tertidur di sisi Khairil yang
tekun memandu. Khairil mengejutkannya semasa mereka sudah tiba di hadapan Hotel
Plaza di Jalan Raja Laut. Hotel bertaraf tiga bintang itu disewa oleh Khairil
untuk Nur Laila bermalam.
“Esok I akan
bawak you pergi jumpa produser filem tu...
tapi ada
syaratnya tau!” kata Khairil. Dahi Nur Laila berkerut. “Huh! Syarat apa pulak
ni?”
Khairil
mengenyitkan matanya sahaja. Enggan memberitahu Nur Laila, sedangkan dalam
hatinya sudah lama menyimpan hasrat ingin memiliki wanita muda yang jelita itu.
Nur Laila
berengus perlahan. Dia bagaikan dapat membaca isi hati Khairil. Pertolongan
yang dihulur bukan sekadar percuma. Dia mengerti benar. Tapi dia juga tidak
ikhlas mendampingi Khairil. Hanya untuk memperalat lelaki itu sahaja, tidak
lebih daripada itu!
Nur Laila pura-pura tersenyum.
“Okey, apa-apa aje
lah! Yang penting cita-cita I yang satu tu tercapai.”
Khairil
tersengih lebar.
“Bila you
dah jadi bintang filem terkenal nanti, jangan lupa jasa I! Jangan mudah lupa
diri, siapa orang yang tolong you, bawak you keluar daripada kesusahan.”
Argh! Belum
tolong apa-apa dah menuntut balasan, dengus Nur Laila dalam hati.