Home Novel Cinta DIA CINTAKU
BAB 27

BAB 27

Selepas satu, satu pakaiannya yang telah digulung-gulung itu dimasukkan ke dalam bagasinya yang berwarna biru muda itu. Lebih banyak pakaian dapat dimuatkan ke dalam sebuah bagasi jika pakaian digulung-gulung berbanding jika dilipat. Pada masa yang sama dia menyanyi-nyanyi perlahan lagu kesukaannya sebelum telefon miliknya terjerit-jerit minta dijawab panggilan yang masuk.

Pantas tangannya mencapai telefonnya yang terletak di atas katil. Zara mengerutkan sedikit dahinya sebaik melihat nombor yang tertera di skrin telefon pintarnya itu sebelum menjawab panggilan masuk tersebut. Hati kecilnya sedikit cemas.

" Hello ... assalammualaikum. Errghh ... Puan Sri ke ni? Puan Sri sakit ke?" tanya Zara laju tanpa sempat si pemanggil berkata apa-apa.

Pelik, risau dan takut sebenarnya. Kenapalah bekas majikannya ini menelefonnya. Adakah kerana pertemuannya dengan Tengku Razlan pagi tadi telah sampai ke pengetahuan bekas majikannya itu. Masaklah dia jikalau itu yang penyebabnya!

" Waalaikumsalam ... Zara, it's me. Razlan," jawab si pemanggil di hujung talian. Semakin berkerut dahi Zara sebaik mendengarkan suara si pemanggil.

" Mmm ... Tengku rupa-rupanya. Mati-mati saya ingatkan Puan Sri yang telefon. Kenapa Tengku call saya?" tanya Zara acuh-tak acuh saja bunyinya. Malas sebenarnya hendak melayan lelaki itu.

" Kenapa? Tak boleh ke? Kalau aku call kau pakai telefon aku ... mesti kau tak angkat. Tu yang aku call pakai phone rumah orang tua aku ni. Aku tahu kau mesti angkat punya. Kau kan sayang kat mama aku."

Zara mencebik sambil mengeluh panjang mendengarkan kata-kata Tengku Razlan.

" Tengku ... sekarang ni saya tengah sibuk packing baju ni. Saya nak balik kampung malam ni. So ... boleh cepat tak sikit cakap apa yang Tengku nak cakap."

" Mmm ... boleh kita jumpa?"

" Hah! Tadikan kita dah jumpa."

" Please Zara. Aku tak tahu apa yang tak kena dengan aku ni. Tapi ... hati aku ni terasa sakit sangat. Aku tak pernah rasa sakit macam ni!"

Zara terdiam seketika. Macam-macamlah mamat ni! kutuk Zara sendirian.

" Kalau Tengku sakit ... pergilah jumpa doktor. Cakap dengan saya apalah yang saya ni boleh buat. Kalau sakit sangat sampai tak boleh nak drive, Pak Ali kan ada. Minta dia tolong hantarkan Tengku ke hospital."

" Pak Ali hantar papa dan mama aku ke rumah Lisa."

" Mmm ... kalau macam tu ... saya call kan teksi. Tengku tunggu jea kat situ sampai teksi datang."

" Apa kata kau jea hantar aku jumpa doktor?" cadang Tengku Razlan.

" Saya sibuklah Tengku."

" Kalau macam tu tak payahlah. Tak payah call teksi. Dahlah. Kau sambunglah buat kerja kau tu. Assalamualaikum."

Terkebil-kebil Zara di hujung talian dengan tindakan Tengku Razlan yang menamatkan perbualan secara tiba-tiba. Merajuk kot ... tapi ada dia kisah. Ah! Whateverlah. Tak kuasa dia nak melayan anak bekas majikannya itu. Tak sangka Playboya seMalaya itu pun tahu juga nak merajuk-rajuk ni. Kelakarlah mamat ni, kutuk Zara sendirian sambil tersenyum sumbing.

Namun tak sampai lima minit sekali lagi telefonnya berbunyi. Tetapi, Zara membiarkan saja sebaik melihat nombor yang tertera di skrin telefonnya. Nampaknya anak teruna bekas majikannya itu masih tidak berputus asa. Ingatkan dah tak nak call dia lagi dah, getus hatinya. Zara membiarkan saja panggilan tersebut. Akhirnya bunyi deringan telefonnya berhenti sendiri.

Tetapi, selang beberapa ketika telefonnya berdering-dering semula. Zara hanya membiarkannya saja kerana rasanya dia dapat meneka panggilan itu daripada siapa. Tanpa menghiraukan bunyi telefonnya yang terjerit-jerit, Zara saja terus berbaring di atas katil empuknya. Matanya dipejamkannya sedikit.

Sekali lagi telefonnya berbunyi. Dan, kali ini memang Zara rasa macam nak terkam jea si pemanggil kalaulah si pemanggil itu berada di hadapannya sekarang. Mana tidaknya. Kepalanya macam nak pecah dibuatnya mendengarkan bunyi deringan yang tak henti-henti itu. Memang lelaki yang bernama Tengku Razlan ini degil betullah, kutuk Zara sambil mengetap bibirnya geram.

" Dear Tengku ... tolonglah jangan buat macam ni. Bisinglah. Sakit kepala saya tau!," jawab Zara sebaik menjawab panggilan tersebut. Bagaimanapun, bunyi ketawa besar si pemanggil di hujung talian membuatkan Zara terkedu seketika. Oppss!!!

" Assalamualaikum ... Zara. Ini daddy. Kenapa marah-marah ni? And ... who is Tengku? Seingat papa .. mmm .. nama bakal menantu papa tu ialah Zuhayr ... anak Pak Long kamu."

" Errgh ... waalaikumsalam. Daddy ... errghh maafkan Zara. Daddy sihat?" dengan pantas Zara segera mengubah topik.

" Alhamdulillah sihat. Anak daddy ni ... sihat tak? Tengku manalah pula yang dah buat princess daddy ni menjerit macam tarzan ni?" usik Sadikin Amir sengaja menyakat satu-satunya anaknya itu.

" Erghh ... takde siapa-siapalah daddy. Tak sangka daddy call. I miss you daddy."

" Daddy pun rindu kat anak tunggal daddy ni. Cuti Zara pun dah habis. Jadi ... macam mana? Daddy harap sangat Zara tak hampakan daddy. Zara faham kan maksud daddy."

" Zara dah fikir. Dan ... Zara setuju lepas ni Zara tolong daddy. Sure daddy happy, right?"

" Alhamdullillah. Akhirnya ... tercapai juga hasrat daddy nak tengok anak daddy ni ambil alih tempat daddy. Daddy happy sangat. Syukur kepadaNYA. Ni ... satu lagi daddy nak bagitahu yang kami semua akan ke KL lusa ... so Zara tak payahlah balik ke sini dulu. Tunggu daddy, Pak Long sekeluarga termasuk tunang kesayangan Zara tu kat sana jea."

" Mmm ... good idea jugak tu. Cuma ... why so sudden?" tanya Zara pelik.

" Entahlah. Daddy tak tahu kenapa tiba-tiba jea daddy terasa rindu pula nak ke sana. Pak Long kamu pun sama. So, we have decide to spend few days there and then ... baru kita balik ke sini sama-sama. Bolehlah kita semua bercuti beramai-ramai. Lagipun, daddy dan Pak Long ingat nak lawat pusara arwah aki dan arwah wan. Macam mana?"

" Mmm .. ok juga. Then, lepas tu ... nanti bolehlah Zara bawa daddy ke tempat makan yang best-best kat sini. Ada sebuah gerai ni ni jual nasi ambeng kesukaan daddy tu. Nasi ambeng Wak Leman tu sedap tau, daddy!"

" Hahaha ... so inilah yang princess daddy ni buat selama cuti yea. Cuti-cuti cari makan yea! Mesti anak daddy ni dah semakin bulat tak sekarang ni? Jangan sampai baju yang dah ditempah untuk majlis kahwin tu nanti tak muat sudahlah," usik Sadikin Amir. Zara hanya tergelak kecil mendengarkan usikan daddynya.

" Boleh tahanlah berat badan anak daddy ni naik. Tapi ... masih terkawal lagi. Hahaha ... so ... pukul berapa daddy and the rombongan bertolak nanti? Nak Zara jemput tak?"

" Tak payah sayang. Nanti kita jumpa kat rumah jea. Oklah Zara. Daddy sayang Zara. Take care and jangan lupa solat tau. Bye ... assalamualaikum princess," pesan Sadikin Amir.

" Love you daddy. Assalamualaikum. Bye," kata Zara menamatkan perbualan dengan senyuman yang meleret di bibir mungilnya.

Zara tersenyum-senyum sendirian sebaik menamatkan perbualan dengan daddynya. Bukan senang dia nak dapat panggilan terus dari daddynya itu. Selalunya setiausaha daddynya yang akan menghubunnginya untuk menyampaikan sebarang pesanan daripada daddynya. Bila difikir-fikir balik, walaupun serumah ... jarang-jarang sekali dia dapat bersemuka dengan daddynya kerana baik dia mahupun daddynya, mereka berdua sama-sama sibuk dengan urusan kerjaya masing-masing. Daddynya sibuk dengan urusan syarikat manakala dia pula sentiasa sibuk di hospital. Tak tahulah sampai bila dia sanggup hidup sibuk dan berkejar-kejar mengejar urusan dunia yang tidak pernah selesai-selesai ini, fikir Zara di dalam hati kecilnya.

Tiba-tiba saja perutnya terasa laparlah pula. Bergegas dia bangun dan mencapai kunci keretanya yang terletak di atas meja solek sebelum mencapai beg tangannya. Di fikirannya sudah terbayangkan keenakan masakan Padang di Restoran Ratu yang terletak di Subang Jaya. Bayangan urat masak kuning terbayang-bayang di matanya di samping masak terung belado ... mmm... terus dia terasa kecur!

Sebaik tiba di restoran masakan Padang yang terkenal itu, Zara segera memilih untuk duduk di sebuah meja yang terletak di penjuru kanan restoran itu. Seorang pelayan restoran menghampiri Zara sambil menghulurkan kad menu dan Zara segera memesan makanan dan minuman.

Tanpa menunggu lama, makanan dan minumannya yang dipesannya sampai di meja makannya. Namun. baru saja dia hendak menelan makanannya, kerusi di hadapannya ditarik seseorang. Mahu sahaja dia tercekik sebaik saja matanya dan mata orang itu saling bertentangan. Punya banyaklah restoran makan kat Subang Jaya ni, kenapalah mamat ni ke sini juga!

" Kau sorang jea kan? Boleh aku join sekali?" tanya Tengku Razlan sambil menanggal cermin mata hitamnya.

Perlahan-lahan Zara menelan makanan yang terdapat di dalam mulutnya. Bukan pagi-pagi buta tadi dia sudah beritahu lelaki ini yang dia tak hendak makan ke, minum ke, jalan-jalan ke atau apa-apa pun dnegan lelaki yang bernama Tengku Razlan ini. Pagi tadi lelaki itu macam faham jea. Tapi ... sekarang ni terbukti lelaki ini memang tak faham atau memanglah lelaki di hadapannya ini seorang yang degil. Macam manalah dia nak buat lelaki seorang ini faham agaknya! rungut Zara sendirian.

" Tengku ni memang degil ke atau tak faham apa yang saya cakap pagi-pagi buta tadi?" tanya Zara geram.

" Aku faham apa yang kau cakap pagi tadi. It just that I never take 'no' as an answer ... and I'm a 'fighter'," jawab Tengku Razlan tersenyum kecil sambil kening kanannya dijungkitkan sedikit.

Zara hanya mencebikkan bibirnya sebaik mendengarkan kata-kata Tengku Razlan. Memang inilah lelaki paling sengal yang pernah dia jumpa rasanya. Baru saja Zara hendak membalas kata-kata Tengku Razlan yang menyesakkan otaknya itu, tiba-tiba satu suara menyapa mereka dari belakang. Wajah Zara terus berubah sedikit. Dia tahu siapa si empunya suara itu. Wajah Tengku Razlan dipandangnya lama. Nampaknya lelaki itu tenang saja riak wajahnya.

Si pemilik suara yang menyapanya dari belakang itu kini telah berdiri di hadapannya dengan wajah yang garang macam harimau bintang. Siapa lagi kalau bukan Cik Lisa a.k.a tunang lelaki di hadapannya ini. Tanpa disangka-sangka, gelas minumannya dicapai Cik Lisa dan disimbah ke wajahnya. Spontan Zara terbangun dari tempat duduknya sambil mengesat-ngesat wajahnya dengan tisu. Begitu juga dengan Tengku Razlan.

" Dasar perampas hak oranglah kau ni. Perempuan murahan! Dasar si miskin yang tak sedar diri!" jerit Lisa mencaci-caci Zara.

Beberapa orang pengunjung restoran dan kakitangan restoran itu memandang ke arah mereka. Tengku Razlan segera menarik tunangnya itu keluar dari situ. Namun, Lisa berjaya merentap tangannya dari pegangan Tengku Razlan yang cuba membawanya keluar dari situ.

Dia berjalan laju mendapatkan Zara semula dan satu penampar yang kuat dihadiahkan kepada Zara. Baru puas hatinya.

Berbirat pipi Zara. Adoi! Nasib baik takde gigi aku yang bersepai, sempat lagi Zara bergurau di dalam hati kecilnya walaupun sakit sambil mengusap-ngusap pipinya. Bukannya dia tak hendak membalas, tetapi dia faham perasaan Lisa. Zara mengusap-ngusap pipinya perlahan.

Baru Lisa hendak menghadiahkan satu lagi penampar ke pipi Zara, tangannya dikilas ke belakang dengan kasar oleh seseorang. Dia segera menoleh ke belakang. Semakin anginlah dia tatkala melihat wajah orang yang mengilas tangannya itu.

" Sayang! Sakitlah. Kenapa you buat I macam ni?" tanya Lisa kasar sambil meronta-ronta minta tangannya dilepaskan. Pandangannya kini beralih kepada Tengku Razlan.

" Apa yang you buat ni? Tak malu ke? Terjerit-jerit macam orang takde akal!" tengking Tengku Razlan. Hatinya terasa sakit melihatkan kesan birat di pipi Zara. Dan, hatinya semakin sakit melihatkan sikap Zara yang tidak sedikit pun membalas perbuatan kurang ajar Lisa. Samada dengan kata-kata mahupun perbuatan.

" I don't care. I nak ajar perempuan tak senonoh ni. Suka-suka hati dia jea nak goda tunang orang! Dasar perempuan murahan," jerit Lisa tanpa menghiraukan pandangan pekerja dan pengunjung restoran itu.

Semua di situ dapat mendengar dengan jelas apa yang berlaku. Merah padam muka Zara mendengarkan tuduhan Lisa itu. Zara mengucap panjang-panjang di dalam hatinya. Dia benar-benar perlu beredar dari situ dengan segera agar keadaan tidak menjadi semakin teruk. Tanpa berkata sepatah pun, Zara segera menuju ke arah kaunter pembayaran dan membayar harga makanannya walaupun dia baru menjamahnya sedikit. Dia ingin segera beredar dari situ. Enggan terlibat dengan pergaduhan pasangan tunang itu. Bukan dia tidak mahu membela dirinya, tetapi jika dia berbuat sedemikian pertengkaran itu akan menjadi semakin besar. Jadi lebih baik dia beredar dari situ. Lagipun, rasanya air matanya akan keluar pada bila-bila masa saja. Selama hayatnya ini, tiada siapa pun pernah memalukannya seperti ini.

Laju saja Zara melangkahkan kakinya keluar dari restoran itu setelah selesai membuat bayaran. Sebaik saja kelibat Zara hilang daripada pandangan matanya, Tengku Razlan memandang tepat ke wajah Lisa. Tajam sekali pandangannya.

" Untuk pengetahuan you ... Zara tak pernah goda I. You patut berterima kasih kat dia sebab dia tak pernah suka pun kat I ni. Dengar ni elok-elok. Semua yang ada kat sini pun boleh dengar sekali. Perempuan tadi tu adalah seorang perempuan yang baik. Dia tak pernah goda saya walaupun sedikit. Tapi ... saya yang tak habis-habis goda dia. Saya yang terkejar-kejar dia. Jadi ... Lisa ... you patut tahu dan sedar kedudukan you dalam hati I ni! Dan, kalau you masih nak I jadikan you isteri I ... please behave yourself! Kalau tak ... lupakan saja angan-angan you tu! " kata Tengku Razlan memberi amaran sebelum melangkah laju dari situ.

Lisa mengetap bibirnya geram. Nanti kau Tengku Razlan. Kau malukan aku di hadapan ramai orang. Satu hari nanti kau akan tahu samada langit itu tinggi atau rendah!


Previous: BAB 26
Next: BAB 28

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh noma