Home Novel Cinta DIA CINTAKU
BAB 3

BAB 3

Asyik sekali dia melayan mimpi indahnya sebelum terasa seperti rintik-rintik air terpercik di wajahnya. Dia membuka matanya perlahan-lahan. Dan sebaik-baik dia membuka matanya, dia terus dia terjerit-jerit sambil menangis-nangis.

" Saya tak bersalah. Saya tak bersalah. Tolonglah jangan tangkap saya. Kami tak buat apa-apa! Jangan paksa saya kahwin dengan dia. Saya tak nak kahwin dengan dia. Saya cuma menjalankan tugas saya saja. Lagipun, dia tak layak menjadi suami saya. No ... no ... I don't want to marry him .... no .. no .. never. I don't want playboya copper to be my hubby...," jerit Zara seperti sedang histeria. Air mata jangan cakaplah. Dah menderu-deru keluar dari matanya.

" Hei! Apa yang kau merepek ni? Histeria tak pasal-pasal ni! Siap nangis-nangis lagi. Hei! Siapa yang tangkap kau ni? Mana ada sesiapa suruh kau kahwin ... ," jerit Tengku Razlan pula sambil matanya mencerlung memandang ke wajah si gadis. Garang sungguh wajahnya. Sedangkan ... di dalam hati dia menahan rasa gelihati mendengarkan jeritan histeria gadis itu. Aduhai! Drama queen betullah minah ni, kutuknya di dalam hati lagi.

Zara mulai berhenti menangis. Dia mula melihat keadaan di sekelilingnya. Kurang puas dengan penglihatannya, matanya dibesar-besarkan lagi dan melihat ke sekelilingnya sekali lagi. Sekali ini dia pasti dan yakin dengan penglihatannya sendiri. Yang terdapat di situ hanyalah seorang gadis cantik sedang memandang ke arahnya sambil tersenyum sambil pinggangnya dipeluk erat lelaki sengal poyo di hadapannya ini. Baru dia sedar yang dia sebenarnya telah terlebih imaginasilah pula tadi. Aduhai! Malunya.

" Eerrghh ... maafkan saya. Saya ingatkan ..." mohon Zara sambil mengesat-ngesat air matanya. Hissh malunya. Makin seronoklah mamat poyo ni mengenakan dia nanti.

" Kenapa? Kau ingat tadi pencegah maksiat datang yea?" gelak si lelaki. Wajah polos Zara terus merona merah menahan malu.

" Sa ... sa .. saya minta maaf sekali lagi," pohon Zara sambil memandang ke arah Tengku Razlan dan gadis cantik yang pinggangnya dipeluk lelaki itu. Aduh! Malunya ... malunya ni. Mana nak letak muka ni, desis hati Zara.

" Itulah. Lain kali tengok dulu. Bukannya pengsan dulu. Dah bangun. Untuk pengetahuan kau wahai minah panik, yang datang tadi ni perempuan. Kenalkan Lisa ... my beautiful girlfriend," terang Tengku Razlan tersenyum. Gadis yang bernama Lisa itu masih tersenyum memandang ke arahnya sambil memaut erat lengan sasa Tengku Razlan.

" Kalau macam tu .... eerghh ... alhamdullillah. Baguslah Cik Lisa datang. Lega sikit hati saya. Kalau tak ... mmm ... bahaya sebab macam-macam boleh terjadi. Ni ... hari pun dah petang. Masa kerja saya pun dah habis. Puan Sri pun dah pesan tadi. Saya boleh balik rumah saya terus dari sini. Dokumen yang encik cari tu .... ini pun dia. Saya jumpa kat atas meja komputer tu. Nampaknya ... kerja saya pun dah siap. Jadi, saya minta diri dululah," kata Zara pantas sambil ibu jarinya menunjukkan ke arah meja kerja yang menempatkan komputer itu.

" Hi! perempuan ... tunggu sekejap. Aku nak tanya sesuatu kat kau ni. Tadi kau kata apa? Bahaya dan macam-macam boleh jadi kalau kau berdua jea dengan aku kat sini? Eh! Come onlah perempuan. Kau ni ingat aku takde otak ke saja nak tempah maut berdua-duaan dengan kau kat sini! Aku pun takut kena tangkap basah juga. Apatah lagi dengan kau yang nampak so ... so ... so not my taste langsung untuk dijadikan isteri walaupun percuma. Euyeww ... Buat malu aku jea tau kalau beristerikan kau ni," kata Tengku Razlan selamba separuh mengejek.

Terkedu seketika Zara mendengarkan ejekan anak majikannya itu. Geram sungguh dia mendengarkan kata-kata Tengku Razlan tadi. Dan,sekali kali ini rasa malunya bertambah berkilo-kilo lagi sebab gadis yang bernama Lisa itu juga turut mendengar kata-kata kutukan anak majikannya itu.

Namun baru saja dia hendak bersuara menjawab kata-kata sombong anak majikannya tadi, telefon bimbitnya yang terletak di dalam poket seluarnya berbunyi. Dia segera menjawab panggilan tersebut. Sebaik menamatkan perbualannya dengan si pemanggil, matanya terus memandang ke wajah kacak milik anak majikannya. Bajet bagus punya lelaki, kutuk Zara di dalam hati sebelum bersuara.

" Tengku, nampaknya kerja saya kat sini pun semuanya dah siap. Saya minta maaf pasal kejadian tadi. Saya minta diri dulu yea. Sekarang ni pun dah pukul enam, jadi saya nak balik rumahlah yea. Lagipun, Puan Sri dah pesan tadi yang saya boleh balik terus balik ke rumah saya bila kerja saya kat sini selesai," terangnya sekali. Jam tangannya dilihatnya sekilas.

" Mmmm. Kau dah telefon teksi ke belum? Baik kau telefon diorang dulu. Kat luar tu macam nak hujan lebat jea. Sini susah nak dapat teksi ... atau kau nak aku hantar kau balik sebab aku dan Lisa pun memang nak keluar ni," pelawa Tengku Razlan tapi ajak-ajak ayam jea sebenarnya. Lagipun, dia pasti sangat perempuan itu pasti tidak mahu menerima pelawannya pun. Itu yang dia berani pelawa tu sebenarnya!

Zara hanya tersenyum nipis mendengarkan pelawaan anak majikannya itu. Macamlah dia tak tahu yang pelawaan tadi hanya ajak-ajak ayam jea. Dia pun ada kuasa telepati juga tau.

" Takpe. Tadi ni kawan saya telefon. Kawan saya kata nanti dia datang jemput saya. Rasanya kawan saya tu pun dah nak sampai dah ni," terang Zara sambil berjalan keluar dari bilik itu sambil diikuti oleh Tengku Razlan dan gadis yang bernama Lisa itu.

Sebaik saja Zara menutup pintu kondonya, Tengku Razlan terus melangkah menuju ke balkoni. Lisa pula menghilangkan dirinya ke dapur. Minum air agaknya.

Dari balkoni kondonya yang terletak di tingkat tujuh itu, dia dapat melihat Zara sedang berjalan ke arah pondok pengawal dan seterusnya ke arah sebuah BMW berwarna putih yang telah tersedia menanti. Sebaik gadis itu memasukki kereta mewah itu, ia pun meluncur laju beredar dari situ.

Terangkat sedikit kening Tengku Razlan. Dia mengusap-ngusap dagunya yang berlekuk itu. Siapa yang menjemput gadis itu? Kekasihnya ke? Eh! Yang aku sibuk-sibuk sampai nak tengok siapa kawan dia ni kenapa? Suka hati dialah nak balik dengan siapa-siapa pun, Tengku Razlan berkata di dalam hatinya sambil mengusap-ngusap dagunya yang berlekuk sedikit itu.


Previous: Bab 2
Next: BAB 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh noma