Home Novel Cinta DIA CINTAKU
BAB 29

BAB 29

" Macam mana? Sedap tak?" tanya Tengku Razlan sebaik saja Zara menghirup sedikit sup tomyam seafood yang masih berasap itu ke dalam mulutnya.

Zara langsung tidak bersuara sama ada untuk mengiyakan atau menidakkan kata-katanya. Sebaliknya dia hanya menggangguk-angguk kepalanya sedikit tanda tom yam tersebut memang sedap. Memang tomyam ni sedap tetapi hatinya tengah 'panas' dan merasa geram yang teramat sangat dengan tindakan Tengku Razlan yang membawa dia sehingga sejauh ini semata-mata untuk makan. Macam kat KL atau Selangor tu takde tempat makan, rungut Zara sendirian.

" Itulah. Berbaloikan aku bawa kau jalan jauh-jauh macam ni kan! Dapat makan sedap. Kalau kau nak tahu, aku kalau teringin nak makan tomyam seafood memang ke sinilah aku."

" Mmm ... tak tanya pun," jawab Zara pendek tapi menyentapkan hati orang yang mendengar. Namun Tengku Razlan masih menguntum senyum mendengarkan jawapan Zara. Sekurang-kurangnya gadis di depannya ini masih hendak bersuara. Dia berdehem sedikit.

" Saja jea aku bagitahu. Manalah tahu kan kot-kot satu hari nanti kau terja ...," kata-kata Tengku Razlan terhenti di situ apabila menyedari pandangan tajam Zara yang langsung tak mesra orang. Hissh ... garang betullah perempuan ni. Macam manalah aku boleh tersangkut dengan dia ni, komplennya di dalam hati.

" Kot-kot apanya?" tanya Zara pula.

" Erghh ... lupakan jealah. Jemputlah makan. Kalau nak tambah jangan malu-malu yea. Cakap jea. Nanti aku order lagi. Kau mesti tengah kebulurkan," usik Tengku Razlan sengaja membakar hati gadis di hadapannya.

Zara hanya menjelingkan matanya saja. Malas dia hendak bercakap banyak. Sebab, selain kerana hatinya yang masih sebal dengan tindakan lelaki itu membawa dia sejauh ini tanpa memberitahu hala tuju perjalanan mereka tadi, dia juga benar-benar sedang kelaparan. Mana ke tidaknya. Pukul lima baru nak makan tengah hari! Habis tu ... nak balik KL pukul berapa pulak? Namun, dalam berperang dengan rasa marahnya di dalam hati, isi ikan pari bakar yang terletak di hadapannya dicubit sedikit sebelum dimasukkan ke dalam mulutnya. Mmm ... sedap!

" Nak rasa sikit," kata Tengku Razlan cuba bermanja. Zara menghentikan kunyahannya tiba-tiba. Wajah Tengku Razlan dipandangnya sekejap sebelum menyambung semula kunyahannya.

" Jangan nak mengada-ngadalah Tengku. Tengku sihatkan. Dan, Tengku ada tangankan! So ... kalau nak makan, suaplah sendiri."

" Tangan aku sakitlah. Penat pegang stereng kereta," balas Tengku Razlan lagi

" Padanlah muka tu. Siapa suruh makan sampai kat Penang ni!"

Tengku Razlan hanya mencebikkan bibirnya sedikit. Perlahan-lahan dia menyudukan nasi ke dalam mulut. Keadaan sunyi sepi buat beberapa ketika. Masing-masing melayan tekak masing-masing sebelum Zara memulakan bicara.

" Tengku ... lepas ni kita balik KL yea. Janji yea!"

" Mmm ... aku ada idea lagi bagus. Apa kata aku hantar kau balik kampung kau jea terus. Kampung kau kat mana?" tanya Tengku Razlan pula. Soalan Zara tadi tidak dijawabnya.

" Lupakan jealah hasrat murni Tengku tu," balas Zara sambil mengunyah makanannya.

" Kenapa?"

" Pertama sekali Tengku kena tahu yang kampung saya tu bukan hala sini. Nombor dua yang Tengku kena tahu ialah saya tak jadi balik kampung malam ni. Ayah saya call pagi tadi cakap dia nak ke KL. Jadi, dia suruh saya tunggu dia kat KL jea," jawab Zara.

" Macam tu ke? Ingatkan bolehlah aku berkenal-kenalan dengan keluarga kau sambil menikmati suasana kampung," jawab Tengku Razlan sedikit kecewa.

" Mmm ... mungkin lain kali. Eerghh ... Tengku ... lepas ni kita balik KL yea?" ulang Zara lagi. Takut sungguh dia jikalau lelaki ini melencong ke mana-mana lagi.

" Iyalah. Takkan aku nak bawa kau kahwin lari kat Thailand pulak. Ke ... itu yang kau harapkan tapi malu nak cakap kat aku?" balas Tengku Razlan tersenyum nakal sambil keningnya dijongketkan sedikit. Seronok dapat mengusik Zara.

Zara memandang geram wajah lelaki di hadapannya itu. Tiada satu perkataan pun keluar dari mulutnya. Hanya sebuah jelingan tajam dihadiahkan buat si teruna yang masih tersenyum nakal. Malas nak layan. Ikut sedap mulut dia jea nak cakap apa-apa pun, kutuk Zara.

Selesai makan, dengan muka yang masam dan sungguh serius, Zara terus berjalan laju mendahului Tengku Razlan ke arah kereta yang diparkir di seberang jalan. Tengku Razlan hanya tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya melihatkan telatah Zara yang padanya mencuit hatinya. Bukannya dia tak faham. Itu petanda si dara yang dipuja di dalam diam itu sedang melakukan protes dalam senyaplah. Hahaha ..., gelak Tengku Razlan di dalam hati.

Sebaik memasuki Audi TT yang berwarna merah itu, Tengku Razlan terus memasang stesen radio kegemarannya. Manakala Zara pula buat-buat sibuk membaca sesuatu di dalam telefonnya. Menggelak untuk berborak dengan lelaki di sebelahnya sebenarnya. Semoga semua selamat dan cepat sampai ke KL, Zara memanjatkan doa di dalam hatinya. Sesekali dia mengerling ke arah jam tangannya. Tengku Razlan hanya memerhatikan sahaja segala kelakuan Zara dengan hujung matanya saja.

Cuma apabila si DJ mengudarakan lagu " Jangan Berhenti Mencintaiku", Zara tiba-tiba saja turut menyanyi sama. Selamba saja dia 'berkaraoke'. Tengku Razlan hanya mendengar saja. Rasa-rasanya dia pernah dengar lagu ini sebelum ini. Lama dia berfikir di mana sebelum dia teringatkan peristiwa beberapa bulan yang lepas.

" Aku rasa macam aku pernah dengar seseorang nyanyikan lagu ni untuk kau di Simfoni Bayu suatu ketika dulu," kata Tengku Razlan sebaik sahaja lagu itu habis berkumandang. Zara menoleh ke arah lelaki di sebelahnya. Dahinya berkerut sedikit.

" Kat Simfoni Bayu ke?" tanya Zara. Soalan Tengku Razlan tidak dijawabnya.

" Haah. Kalau tak salah aku ada seorang lelaki ni nyanyi lagu ni untuk kau. Cuma ... aku tak perasan sangatlah muka dia. Siapa dia dengan kau Zara? Aku tengok kau bukan main mesra lagi dengan dia," tanya Tengku Razlan.

" Oh! Itulah tunang saya. Hail," jawabnya jujur dan ceria sambil memandang ke arah lelaki yang sedang memandu disebelahnya. Lama matanya mengamati wajah lelaki yang sedang memandu itu.

Inilah pertama kali dia berbuat sedemikian. Lelaki yang bernama Tengku Razlan Tengku Azmi ini memang kacak sungguh orangnya. Lagi-lagi jikalau lelaki itu mengukirkan senyuman mahalnya itu. Memang cairlah hati para gadis. Bukannya dia tak sedar beberapa orang gadis di restoran tadi mencuri-curi pandang wajah tampan lelaki di hadapannya ini. Tanpa sedarnya, bibir mungilnya mengukir sebuah senyuman sedang matanya masih lagi setia mengamati wajah kacak anak majikannya.

Tengku Razlan tersenyum senang di dalam hati. Dia sedar wajahnya sedang diamati gadis di sebelahnya. Dan, tanpa diduga oleh Zara, Tengku Razlan menggalihkan pandangannya ke arah Zara. Mata mereka berdua bertaut seketika sebelum Zara membuang pandang ke arah lain.

" Lama kau tenung muka aku. Mesti kau baru perasan yang aku ni lebih kacak daripada tunang kau. Betul tak?" Tengku Razlan memuji dirinya sendiri sambil memandang ke arah Zara di sebelahnya. Jelas sekali gadis itu di dalam keadaan serba-salah kerana 'tertangkap' sewaktu sedang asyik merenung wajahnya tadi.

" Errghh ... hah ... haah. Tengku memang bertuah sebab ditakdirkan lahir dengan pakej yang hampir sempurna. Kacak, bijak dan kaya. Tengku patut bersyukur kepadaNya."

Lebar senyuman Tengku Razlan sebaik mendengarkan pujian Zara kerana bukan mudah hendak mendengar gadis itu memujinya. Mengutuk adalah!

" Mmm ... bukan senang aku nak dengar kau puji aku. Kalau tak selalunya kerja kau asyik mengutuk aku jea. Mesti kat dalam hati kau tu, kau tengah menyesalkan sekarang ni. Itulah ... siapa suruh kau cepat sangat bertunang. Kalau tak ... boleh jadi girlfriend aku ke ... teman sehidup semati aku ke," usik Tengku Razlan tersenyum nakal sambil mengenyitkan matanya sedikit sengaja ingin melihat reaksi gadis itu.

" Eeii ... takde maknanya Tengku. Tak ingin saya jadi girlfriend Tengku apatah lagi teman sehidup semati Tengku. Saya ni sekadar memuji jea. Tak lebih dari itu tau. Tolong jangan nak salah faham yea. Saya sayang tunang saya tau!," kata Zara tegas.

Tengku Razlan hanya tersengih panjang mendengarkan kata-kata Zara tadi. Bukannya dia tak tahu yang gadis itu ikhlas bila berkata mahupun mengata! Sengaja dia hendak menguji sesetia mana gadis di sebelahnya dengan tunang yang jauh dari mata. Manalah tahu kot-kot ada rezeki dia! Hahaha ... nampaknya dia masih lagi menaruh harapan untuk memiliki bekas pembantu mamanya itu. Memang dia benar-benar inginkan gadis yang bernama Zara ini sebagai suri hidupnya nampaknya.

" Untungnya tunang kau tu. Tapikan ... my Cik Zara ... awak tu baru bertunang jea tau. Belum pasti lagi yang tunang kesayangan awak tu adalah tuan punya 'tulang rusuk kanan' awak tu. So ... secara teknikalnya ... you are still single. Begitu juga dengan aku sebab mulut aku ni belum melafazkan sebarang lafaz qabul lagi. Teknikalnya, aku pun masih single and available. So, kalau-kalaulah kau nak cuba nasib kau ... well ... pintu peluang tu masih terbuka luas lagi tau. Untuk kau jea tau aku bagi peluang ni. Orang lain tak dapat peluang ni."

" Hahaha ... tak payahlah cuba-cuba untuk mengacah-ngacah saya. Saya ni setia orangnya. Cinta saya satu jea tau! Bukan macam Tengku tu. Cinta pakai buang!"

Tergelak besar Tengku Razlan mendengarkan kata-kata Zara tadi.

" Hahaha ... mana ada aku macam itu. Aku ni baik dan setia tau. Apa yang berlaku sebenarnya bukanlah cinta aku ni cinta pakai buang, tetapi lebih kepada pencarian cinta aku yang belum berakhir. "
" Iyalah tu. Habis Cik Lisa tu apa?"

Lama Tengku Razlan terdiam. Kemuadian dia menarik nafasnya panjang dan dalam sebelum kembali bersuara.

" Dia ... mmm ... dia mungkin jodoh yang telah dicipta untuk aku olehNYA. "

" Tahu pun. Jadi, belajarlah untuk setia. "

" Mmm ... entahlah. Ni ... engkau ni entah-entah kat mulut tu jea berkata-kata macam ustazah. Baik jea. Cakap tak berminat dengan akulah. Entah-entah kat dalam hati tu lain. Lagipun dari cara kau pandang aku tadi tu macam kau ada 'romance interest' jea kat aku ni," ujar Tengku Razlan masih lagi ingin mengusik dan tidak ingin kalah kepada Zara.

" Hah! Romance interest apanya? Saya cuma pandang jealah. Takkan itu pun salah kot. Kalau semua kata-kata saya Tengku nak putar belitkan ... suka hati Tengkulah. Saya malas nak layan," balas Zara sebelum mebuang pandang ke luar tingkap sambil mulutnya terkumat-kamit seolah-olah berkata-kata sesuatu.

Tengku Razlan yang memerhatikan gelagat Zara dari hujung matanya hanya tersenyum nipis sahaja. Itu mesti tengah mengumpat dialah tu. Macamlah dia tak tahu. Keadaan di dalam kereta itu kembali sunyi sebelum Tengku Razlan kembali bersuara.

" Ni ... sedari tadi aku tengok kau ni asyik terkuap-kuap ... tersenguk-senguk macam kepala patung kucing yang orang letak dalam kereta jea. Apa kata kau tidur jea. Jauh lagi ni. Lagi tiga jam baru kita sampai KL. Itupun kalau takde apa-apa halangan."

Zara tidak menjawab. Sebaliknya dia hanya mendiamkan dirinya saja. Ada hati nak suruh aku tidur. Boleh lupakan saja wahai ' Encik Buaya Tembaga'. Bukan boleh percaya sangat kat spesis-spesis 'boya copper' macam kau ni. Nanti entah apa-apa yang kau buat kat aku! Dahlah aku ni tidur mati, kutuk Zara dalam diam.

Zara cuba sekuat hati menahan matanya dari tertutup. Kepalanya terhengok-hengok macam kepala patung kucing yang orang letak di dalam kereta saja lagaknya. Tapi ... akhirnya Zara kalah juga. Kalah dengan rasa ngantuknya. Rapat matanya tertutup. Nampak lena sekali tidurnya.

Tengku Razlan hanya menggeleng-gelengkan kepalanya sahaja melihatkan gelagat cinta hati rahsianya tidur. Segaris senyuman terukir di bibir merahnya. Mimpi yang indah-indah my 'Sleeping Beauty', ujar Tengku Razlan perlahan.

Wajah gadis disebelahnya dikerlingnya lagi. Padanya, Zara memang istimewa dan berbeza sekali daripada gadis-gadis yang selalu mengelilinginya selama ini. Selalunya dia yang akan dikejar si gadis. Tapi sekali ini ... buat julung-julung kalinya dia pula yang kena mengejar dan menagih cinta si gadis. Rupa-rupanya benar kata-kata orang yang dia dengar selama ini. Memang penat dan makan hati bila 'mengejar' cinta orang. Apatah lagi bila orang yang dikejar 'bolayan' kita. Sakit sungguh rasa di hati rupa-rupanya, komen hati kecil Tengku Razlan.

Sebaik sahaja kereta yang dipandu Tengku Razlan memasuki Kuala Lumpur, Zara terus tersedar daripada tidurnya. Seperti dikejutkan seseorang.

" Kita dah nak sampai ke Tengku?"

" Mmm." Ringkas saja jawapan yang diberinya lantaran cuba menyembunyikan rasa hati.

Sebaik tiba di kawasan parkir kereta Zara yang terletak tidak begitu jauh daripada restoran makanan Padang itu, Tengku Razlan bersuara.

" Zara .."

" Iya Tengku ...," jawab Zara dengan nada ceria. Senang hati kerana kini mereka telah sampai di KL. Hilang terus rasa cuak di hatinya.

" Mana kau parkir kereta kau?"

" Kat depan tu jea, " jawab Zara sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah sebuah kereta. Tengku Razlan segera menberhentikan keretanya di sebelah kereta tersebut.

" Tengku ...,"

" Mmm .... apa dia?" tanya Tengku Razlan perlahan. Wajah gadis itu diamatinya seketika sebelum dia mengalihkan pandangannya ke arah lain.

" Thanks sebab belanja makan tadi. Memang tomyam tu sedap betul. Ikan bakar tu pun sama," puji Zara.

" Small matter jea tu. Kalau kau suka, lain kali aku boleh bawa kau ke situ lagi. Just tell me. Nanti aku bawa kau ke sana lagi," balas Tengku Razlan tersenyum kecil.

Zara hanya tersenyum sedikit tanpa menjawab pertanyaan anak majikannya. Ah! Senyuman itu, desis hati Tengku Razlan.

" Betul? " tanya Zara sebelum melangkah keluar dari kereta sport itu.

" Betul. No problem. Untuk kau ... anytime pun boleh Cik Sleeping Beauty," jawab Tengku Razlan sambil membalas senyuman gadis itu.

" Hahaha .... macam-macamlah Tengku ni. Anyway, okaylah. Hari pun dah malam. Saya minta diri dulu. Bye Tengku. Assalammualaikum," kata Zara sebelum terus memasukki keretanya.

Baru saja enjin keretanya dihidupkan, cermin tingkap keretanya diketuk perlahan. Zara segera menurunkan cermin keretanya.

" Kenapa Tengku?"

" Takde apa-apa. Cuma drive carefully."

" Oh! Thanks Tengku. You too. Assalamualaikum. Bye," kata Zara sekali lagi sebelum memandu keretanya keluar dari situ.

Tengku Razlan segera masuk ke dalam keretanya. Tanpa sedar Zara, Tengku Razlan mengekorinya dari belakang. Bukannya apa. Dia sekadar ingin memastikan yang gadis kesayangannya itu selamat sampai di rumah. Lagipun, dapatlah juga dia mengetahui di mana gadis itu tinggal.

Setelah beberapa ketika memandu, akhirnya BMW X6 itu memasuki kawasan perumahan mewah Kiara Hill sebelum Zara menghentikan keretanya di hadapan sebuah banglo putih yang tersergam indah dengan dikelilingi beberapa pokok yang rendang. Sebaik sahaja pintu pagar automatik itu terbuka, BMW X6 itu segera dipandu masuk. Tengku Razlan hanya memerhatikan sahaja dari dalam keretanya. Hatinya mulai tertanya-tanya. Bermacam-macam soalan menerpa di dalam fikiran.

Baru Tengku Razlan hendak beredar dari situ, dua buah lagi kereta tiba. Melihatkan jenis kereta yang baru tiba itu, dahinya berkerut sedikit. Sebaik saja pintu pagar banglo itu dibuka, kedua-dua buah kereta mewah itu terus dipandu ke perkarangan banglo itu. Lampu di luar banglo itu nampaknya dinyalakan. Keadaan nampak terang berbanding tadi kelam. Empat orang lelaki keluar dari kedua-dua kereta itu sebelum mengeluarkan beberapa buah bagasi.

Kelihatan Zara berjalan laju sambil mendepangkan tangannya ke arah seorang lelaki sebelum memeluk erat lelaki itu. Gadis itu nampak gembira sekali. Tengku Razlan menarik nafasnya panjang sebelum menghelanya perlahan. Di dalam fikirannya berbagai-bagai andaian jahat mulai meracun hatinya. Dia mengeluh sedikit. Akhirnya, setelah beberapa ketika termenung, dia memandu keretanya dari situ. Rasa di hatinya ... jangan cakaplah. Hanya tuhan saja yang tahu.

Ah! Tapi mungkin itu adalah ayahnya. Dan, mungkin itu rumah keluarganya. Kan Zara dah cakap tadi yang ayahnya akan ke KL, Tengku Razlan memujuk hatinya. Tapi ... jikalau itu adalah ayah Zara, jadi siapakah mereka sebenarnya. Pasti bukan calang-calang orang! Tapi ... jikalau Zara sekaya itu mengapa dia bekerja dengan mamanya!,desis hatinya lagi.

" Daddy! Bila sampai? Kata lusa baru sampai," tanya Zara bertalu-talu sambil berjalan laju mendapatkan daddynya sebelum memeluk sayang orang tuanya itu.

" Sebenarnya semalam lagi. Tapi ... kami semua ke Langkawi. Ada urusan. Daddy saja jea tak beritahu Zara sebab nak surprisekan anak daddy ni," jawab Sadikin Amir sambil memerhatikan anaknya yang sedang menyalami abangnya yang juga merangkap Pak Long kepada Zara.

" As for me pula ... mmm ... I saja jea nak check tengok tunang I ni nakal tak duduk jauh-jauh dari I. Sebab tu ... I setuju jea dnegan idea Pak Usu," usik tunangnya Hail.

" Hah! Dengar tu Zara. Jaga-jaga sikit. Your future hubby tu cemburu buta orangnya," sahut Emir Amir pula.

" Mana you pergi petang tadi?" tanya Hail perlahan. Wajah tunang kesayangnnya itu dipandang sayang. Malangnya pertanyaannya itu juga didengari abangnya sendiri.

" See ... see. I told you. He's jealous!" usik bakal abang iparnya lagi. Semua di situ ketawa serentak.

" Cemburukan tanda sayang. Tanda kita ambil-berat. Betul tak Pak Usu?" Hail membela dirinya sambil cuba meraih sokongan Pak Usunya yang juga bakal bapa mertuanya.

" Betullah tu. Dah .. dah. Jom masuk dalam. Pak Usu dan papa kamu ni dah mengantuk sangat. Penat pun iya juga. Jom," kata Sadikin Amir sambil menepuk bahu anak buahnya yang juga bakal menantunya itu.

Mereka semua menarik bagasi masing-masing masuk ke dalam banglo itu. Hail sengaja membiarkan papanya, Pak Usunya dan abangnya masuk dahulu. Sebaik mereka bertiga masuk ke dalam kediaman itu, Hail menarik lembut tangan Zara, tunangnya.

" Honey ... you pergi mana tadi?"

" Feringhi ... makan-makan."

" Jauhnya. With who?"

" Tengku Razlan."

" Mmm ... jauhnya makan," nada suaranya mulai berubah. Rasa cemburu mulai menjentik tangkai hatinya.

" Panjang ceritanya. Esok I cerita. Sayang ... you know what ... I happy sangat tengok datang. Seronok tengok you ada kat sini. I nak cuti puas-puas dengan you 'my sayang' ni sebelum start kerja dengan daddy," kata Zara sambil mencuit hujung hidung tunangnya.

" Pandai pujuk nampak," kata Hail sambil tersenyum senang.

" Mestilah. Jom. You mesti penatkan. Tidur nyenyak-nyenyak, besok kita ramai-ramai boleh pergi jalan-jalan pusing-pusing Malaya," kata Zara ketawa kecil. Hail memerhatikan saja tunang kesayangannya dengan penuh kasih.

" Zara, I really love you honey. Jangan tinggalkan I."

" I know sayang. I love you too. Jadi ... apa yang you merepek ni. I tak pandang orang lainlah. You are my cinta, my sayang and my kasih. Dahlah. You dah penat sangat ni. Tu yang merepek bukan-bukan. Nanti daddy dan Pak Long fikir yang bukan-bukan pula kalau kita lama-lama kat luar ni. Tak pasal-pasal pula kena marah pula nanti dengan daddy ," kata Zara sambil menarik tangan tunangnya.

" Mmm ... Zara, apa kata kita cepatkan pernikahan kita?"

" Maksudnya?"

" Maksudnya ... alang-alang semua orang pun ada kat sini, apa kata kita nikah jea kat sini. Maksud I ... kita nikah kat sini. Majlis resepsi kita buatlah kat sana macam yang kita dah rancang," kata Hail dengan pasti.

Lama Zara terdiam.

" Kenapa diam? My honey ni tak setuju ke? Takpelah kalau tak setuju. I tahu semua ni cadangan gila. Tiba-tiba jea kan."

Zara tersenyum lebar mendengarkan kata-kata tunangnya yang sarat dengan nada rajuk.

" Siapa kata kalau I diam tu tanda I tak setuju," balas Zara sambil mengenyitkan matanya sedikit.

" So ... you setuju?"

" Mmm ... I setuju. Benda yang baik buat apa lengah-lengah dan susah-susahkan. Lagipun, senanglah sikit I sikit nak 'mengada-ngada' kalau dah jadi isteri you kan!" kata Zara menyakat tunangnya.

" Ya Allah ... terima kasih sayang sebab memudahkan segalanya. Terima kasih sayang. Nanti kita bincang dengan Pak Usu dan papa yea."

Zara tidak menjawab sebaliknya hanya menganggukkan kepalanya sedikit sambil tersenyum manis. Semoga segala-galanya dipermudahkanNYA. Aamiin.

Suasana di restoran itu mulai dipenuhi dengan pelanggan. Maklumlah sekarang ini memang waktu orang pejabat keluar rehat. Nasib baik Zara telah menempah terlebih dahulu meja untuk mereka sekeluarga. Jadi, tidaklah mereka berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan tempat di situ walaupun datang pada waktu puncak itu.

Sedang mereka semua menikmati makan tengah hari mereka, tiba-tiba terdengar suara seseorang menegur dari arah belakangnya.

" Maaf ... ini Sadikin ke?" tanya suara itu sopan.

Zara mengerutkan dahinya sedikit. Bukan kerana soalan si penanya, tetapi kerana suara itu. Itu macam suara Tan Sri Tengku Azmi. Betul ke yang dia dengar ni? What a small world. Namun Zara tidak menoleh ke belakangnya. Hanya daddynya dan yang lain-lain saja mengangkat kepala dan memandang ke arah tuan punya suara.

" Ya, saya. Saya Sadikin. Encik ni ... ergh ... ni Azmi ke? " tanya Sadikin Amir teragak-agak.

" Ingat pun. Lamanya kita tak berjumpa," kata Tan Sri Tengku Azmi gembira. Sadikin Amir terus berhenti makan. Dia seterusnya bangun dan bersalam dengan sahabat lamanya itu. Jelas riak gembira di wajah daddynya.

" Iyalah. Paling akhir kita jumpa masa majlis kahwin kau dulu. Hahaha ... dah tua baru jumpa yea. Tak sangka boleh terjumpa kat sini pula. Kau apa khabar?"

" Sihat. Bila kau balik sini? Atau, kau memang dah balik ke sini terus?"

" Taklah. Aku rindu Malaya. So ... baliklah kejap. Kenalkan ... ni abang aku, yang berdua ni anak buah aku dan yang itu satu-satunya bunga kat meja makan ni ... itulah anak aku," Sadikin Amir memperkenalkan semua yang berada di meja makan itu sambil mereka semua saling bersalaman kecuali Zara yang hanya menganggukkan kepalanya sedikit tanda hormat. Tan Sri Tengku Azmi mengecilkan matanya sedikit bila memandang ke arah Zara. Terkejut sebenarnya!

" Zara? Zara ni anak kau?" tanya Tan Sri Tengku Azmi sambil tersenyum memandang Zara.

Belum sempat Sadikin Amir menjawab pertanyaan sahabat lamanya itu, terdengar suara seseorang berkata sesuatu kepada Tan Sri Tengku Azmi.

" Awal papa sampai. Maafkan Raz terlambat sebab meeting tadi lambat habis," terang lelaki yang baru sampai itu.

" Takpe Raz. Ada rahmatnya Raz lambat sampai. Kenalkan kawan papa masa belajar dulu. Sadikin Amir ... satu-satunya businessman Melayu yang paling berpengaruh di UK dan Eropah," Tan Sri Tengku memperkenalkan anaknya dengan sahabat lamanya itu

" Saya Tengku Razlan. Nice meeting you uncle," kata Tengku Razlan sambil menghulurkan tangannya bersalaman dengan Sadikin Amir.

" Amboi! Azmi. Tak payahlah cakap macam tu. Malu aku. Ini semua milik Allah swt. Aku tolong urus dan jaga jea," balas Sadikin Amir.

" Ah! kau ni masih sama macam dulu. Sentiasa merendah diri."

" Macam-macamlah kau Azmi. Ni ... Razlan, kenalkan ... ni abang uncle dan anak buah uncle Emir Amir dan Hail Amir."

Tengku Razlan terus bersalam dengan mereka bertiga. Cuma tatkala bersalam dengan Emir Amir barulah dia teringat yang dia pernah terjumpa lelaki ini dengan Zara suatu ketika dulu. Hatinya mula bergetar umpama dipalu sesuatu.

" Dan yang kat asyik pandang pinggan jea tu, my only daughter, Zara namanya. Dia lapar sangatlah tu sampai pandang pinggan macam nak telan jea pinggan tu. Anak dara uncle tu bukan boleh lapar. Kalau anak uncle ni lapar, silap-silap haribulan kita-kita ni semua dia 'ngap' jea. Macam mak rimau!," sakat Sadikin Amir. Semua di situ ketawa mendengarkan usikan Sadikin Amir.

Tengku Razlan tersenyum sedikit. Namun perubahan air mukanya memang tidak dapat disorok sebaik mendengarkan nama yang disebut oleh sahabat lama papanya itu. Matanya segera memandang tepat ke wajah Zara. mata mereka bertembung lama sebelum Zara menggalihkan pandangannya ke arah tunangnya yang nampaknya tidak senang dengan adegan sebabak itu.

Tan Sri Tengku Azmi berdehem sambil menepuk bahu anak tunggalnya lembut.

" Lawa anak dara kau, Sadiq. Tak lama lagi mesti ada yang datang meminang," puji Tan Sri Tengku Azmi

" Hahaha ... mana ada lawanya. Manis tu ... adalah kot. Aku ni bukan menunggu orang datang meminang dah, tapi esok my only daughter ni nak nikah dah pun. Jemputlah datang ke Masjid Wilayah esok selepas asar. Majlis simple jea. Buat yang wajib dulu. Resepsinya nanti buat sana. Nanti aku bagi kau kadnya."

" Dapat orang mana? Orang sana ke, orang sini?" tanya Tan Sri Tengku Azmi ingin tahu.

" Ini hah! Bakal menantu aku ada kat depan ni jea. Budak dah suka. Kita ikutkan jealah," jawab Sadikin Amir sambil jari telunjuknya menunjukkan ke arah Hail Amir.

" Tahniah!" kata Tengku Razlan kepada Hail Amir. Namun begitu hujung matanya masih lagi sempat mencuri pandang ke arah Zara. Tak sangka rupa-rupanya selama ini kau anak Sadikin Amir, getus Tengku Razlan sendirian.

" Terima kasih. Jemputlah datang esok," pelawa Zara sopan kepada Tan Sri Tengku Azmi dan Tengku Razlan.

" Insyaallah. Okaylah Sadiq. Aku jalan dulu. Esok selepas majlis anak kau, bolehlah kita sembang lagi," kata Tan Sri Tengku Azmi sambil bersalam dengan sahabatnya itu sebelum diikuti oleh Tengku Razlan pula.

Sebelum beredar dari situ, sempat lagi Tengku Razlan mengerling sekilas ke arah Zara. Sekali ini hatinya bukan sekadar terasa sakit sahaja, tetapi dirinya terasa seperti kehilangan sesuatu. Terasa kosong sekali!

Selesai makan, Sadikin berjalan beriringan dengan anak tunggal kesayangannya itu. Wajah anaknya dipandang sekilas.

" Jadi ... itu ke Tengku yang buat anak daddy jadi tarzan masa daddy call semalam yea?"

Zara tidak menjawab. Sebalik hanya sebuah senyuman hambar dihadiahkan buat daddy kesayangannya itu.


Previous: BAB 28
Next: BAB 30

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh noma