Home Novel Cinta DIA CINTAKU
BAB 25

BAB 25

Sebaik sahaja mesyuarat yang dipengerusikan olehnya tamat, Tengku Razlan terus keluar dari bilik mesyuarat itu. Laju saja langkahnya menuju ke arah bilik pejabatnya. Tombol pintu biliknya dibuka pantas. Terus dia melabuhkan dirinya pada sofa kulit berwarna coklat walnut yang terdapat di dalam bilik pejabatnya sebelum menyandarkan badannya ke belakang.

Lama dia merenung kosong ke arah syiling. Jauh fikirannya melayang memikirkan apa yang berlaku semalam. Berfikir samaada dia telah membuat keputusan yang betul atau tidak semalam sebelum dia dikejutkan dengan pintu biliknya pejabatnya diketuk seseorang.

" Masuk," jeritnya agak kasar sambil melonggarkan ikatan tali lehernya yang berwarna biru muda berbelang biru tua. Perlahan pintu pejabatnya dikuak dari luar. Dia tersenyum sedikit sebaik melihatkan wajah orang yang membuka pintu pejabatnya.

" Eh! Papa .... masuklah. Maafkan Raz. Raz tak berniat pun nak berkasar dengan papa. Raz tak tahu papa yang kat luar tadi."

" Takpe Raz. Papa tahu Raz tak sengaja. Papa ni cuma berbual sikit dengan anak papa ni. Itu pun kalau Raz tak sibuklah."

" Tak. Raz tak sibuk. Raz free. Lagipun, sekarang ni memang dah nak lunch time pun," kata Tengku Razlan sambil melihat jam tangannya sebelum mengalihkan pandangannya ke arah orang tuanya yang sedang duduk di hadapannya. Sebenarnya jikalau untuk orang tuanya, walaupun dia sangat sibuk sekali pun dia sanggup meluangkan masa untuk mereka.

" Ni ... macam ni. Papa nak tanya ... betul ke Raz memang nak kahwin dengan Lisa atau ada sesuatu berlaku antara Raz dengan kawan baik papa tu? Apa kata ... Raz berterus-terang jea dengan papa."

Tengku Razlan tergelak kecil mendengarkan pertanyaan papanya. Memang kadang-kala papanya ini lebih kuat prarasanya berbanding mamanya. Keningnya diusap sedikit.

" Kenapa papa tanya Raz macam tu? Raz nampak macam tak serius ke?"

" Tak ... bukan macam tu. Tapi ... Raz nampak macam tertekan sangat. Lagipun ..." Kata-kata Tan Sri Tengku Azmi terhenti tiba-tiba. Wajah anak tunggalnya itu dipandangnya.

" Lagipun pun apa papa?" tanya Tengku Razlan sambil mengerutkan dahinya sedikit. Pelik melihatkan cara papanya memandangnya.

" Mmm ... maaflah kalau telahan papa ni salah. Tapi ... mata tua papa ni nampak macam-macam sebenarnya. Raz sebenarnya ada hati pada Zara kan?"

Lama Tengku Razlan terdiam sebaik mendengar kata-kata Tan Seri Tengku Azmi. Fikirannya berputar ligat mencari jawapan yang terbaik. Dia berdehem sedikit. Wajah papanya dipandang dengan wajah yang diceriakan.

" Hahaha ... mana ada pa. Betul Raz memang nak kahwin dengan Lisa. Tentang Zara tu ... well ... Raz tak pernah pun ada perasaan kat dia," bohong Tengku Razlan.

" Kalau macam tu baguslah. Papa cuma tak nak Raz buat keputusan nak kahwin tu sebab desakan mama. Mmm ... so, papa keluar dululah. Ingat, kahwin ni bukan hal main-main. Faham!." Sempat lagi Tan Sri Tengku Azmi memberi nasihat kepada anak tunggalnya itu. Tengku Razlan menganggukkan kepalanya sedikit tanda setuju sambil tersenyum kecil.

Sebaik sahaja Tan Sri Tengku Azmi keluar dari pejabatnya, Tengku Razlan bingkas bangun dan mencapai kotnya sebelum keluar dari pejabatnya. Kakinya terus diarahkan ke arah meja pembantu peribadinya yang bernama Linda.

" Lin ... saya nak keluar. Saya cuti tiga hari. Kalau urgent sangat baru call saya," kata Tengku Razlan pada PAnya.

" Tapi ... Tengku ada meeting dengan SA Hol ...," belum sempat ayatnya dihabiskan, Tengku Razlan segera memotong.

" Oh! Pasal meeting tu .... mmm ... suruh Encik Zakri ganti tempat saya. If you really need to call me ... use my private number because I'm gonna leave this phone with you. Kalau Tan Sri tanya mana I, cakap I outstation mana-manalah. Macam selalulah," arah Tengku Razlan sambil mengenyitkan matanya sedikit sebelum berlalu dari situ..

" Ok boss," jawab PAnya ringkas sambil menyimpan telefon Tengku Razlan di dalam laci yang berkunci di mejanya.

Sudah berkurun rasanya dia duduk di dalam keretanya sambil menunggu kelibat orang yang dinantinya muncul. Pinggangnya pun terasa macam nak patah dua dah! Tapi ... orang yang ditunggu tetap tidak muncul. Dia melihat jam tangannya. Mmm ... nak dekat pukul tujuh malam dah. Mana diorang ni? Boleh tahan juga perempuan ni merayau rupa-rupanya, rungutnya di dalam hati.

Tiba-tiba sebuah Toyota Vios berwarna hitam berhenti di hadapan rumah teres setingkat itu. Seorang gadis bertudung merah jambu keluar dari kereta itu dan membuka pintu pagar sebelum memandu Toyota Vios itu masuk ke perkarangan rumah teres yang bercat kuning air itu.

Dia segera keluar dari keretanya dan memberi salam pada gadis yang bertudung merah jambu itu.

" Waalaikumsalam. Saudara ni siapa? Cari siapa?" tanya gadis bertudung merah jambu itu sambil berjalan menghampirinya.

" Nama saya Razlan. Saya nak jumpa dengan Zara," katanya berterus-terang.

" Oh! Ini Tengku Razlan yea? Patutlah macam familiar jea muka tu. Zara takde," jawab Ana jujur. Wajah Tengku Razlan yang kacak itu diamatinya. Memang lelaki ini handsome, puji Ana di dalam hatinya.

" Pukul berapa dia balik? Saya tunggu."

" Errghh ... Tengku ... Zara takde kat sini. Dia sebenarnya tak duduk sini pun. So ... Tengku tak payahlah tunggu dia kat sini. Dia ke sini sekali sekala jea. Sekadar untuk melawat saya."

" Janganlah tipu saya. Hari tu saya hantar dia ke sini. Ingatan saya kuat lagi tau!" Tengku Razlan mulai meninggikan suaranya sedikit. Agak-agaklah kalau hendak menipu pun. Dia belum nyanyuk lagi. Sudahlah badannya ini terasa sakit yang amat sangat sebab lama sangat duduk di dalam kereta.

" Mmm ... suka hati Tengku kalau tak percaya. Tapi ... sebaiknya Tengku baliklah. Hari pun dah gelap ni. Nak Maghrib dah pun. Tak elok tercegat kat depan rumah anak dara macam ni. Nanti orang salah faham. Lagipun, rasanya hari pun macam nak hujan dah ni. Saya pun dah penat ni. Kalau Tengku degil juga ... suka hati Tengku ler," kata Ana selamba dan terus memasuki rumahnya tanpa mempedulikan Tengku Razlan yang masih tegak berdiri di situ.

Bunyi dentuman kilat yang kuat mengejutkan Ana dari tidurnya yang lena. Jam di bilik ruang tamunya itu dipandang dengan mata yang sekejap dikecilkan , sekejap dibesarkan. Mmm ... lamanya dia tertidur. Dah pukul empat setengah pagi.

Dengan rasa yang amat malas dia bangun dan mencari alat kawalan jauh televisyennya sebab hendak menutup televisyennya yang masih terpasang. Macam biasalah. Bukan dia yang tengok tv, tapi tv yang tengok dia!

Tiba-tiba sahaja hatinya tergerak hendak melihat keluar tingkap. Saja jea nak tengok samaada lelaki hangat seMalaya itu masih lagi ada di luar lagi atau tidak.

Matanya pantas mencari kelibat lelaki itu di dalam kegelapan malam. Rintik-rintik hujan masih ada. Cuma kurang lebat. Dengan tidak semena-mena dia dikejutkan dengan bunyi kilat yang berdentum agak kuat. Ana menggurut-ngurut dadanya kerana terlalu terkejut dengan bunyi dentuman kilat tadi.

Namun itu tidak mematahkan niatnya hendak melihat kalau-kalau lelaki seMalaya itu masih berada di luar sana. Dengan bantuan cahaya lampu jalan yang malap, matanya terus ternampak sebuah kereta mewah yang terletak betul-betul di hadapan pagar rumahnya. Ana menarik nafasnya panjang. Mmm ... macam cerita hindustanlah pulak dah, komen hati kecilnya.

Ana segera mencapai telefonnya dan menekan-nekan nombor Zara. Lama dia menunggu panggilannya dijawab Zara. Hishh ... tidur 'mati' betullah perempuan ni! Mmm ... bukannya dia tak tahu yang sahabatnya ini kalau tidur, memang tidur 'mati'. Eeii ... Zara tolonglah terdengarkan bunyi raungan telefon kau tu weh!, Ana merungut di dalam hatinya.

Akhirnya setelah beberapa kali mendail nombor sahabatnya yang bertuah itu, barulah panggilannya berjawab. Ana menarik nafas lega sebaik mendengar suara Zara di talian.

" Hello ... siapa ni?," tanya Zara di hujung talian ... mamai.

" Beb ... ini aku ni. Weh! Anak bos kau si Razlan tu ada kat depan rumah aku ni!"

" Hah! Apa si boya copper tu buat kat rumah kau?," tanya Zara terkejut. Terus dia terbangun dari perbarimgannya.

" Cari kaulah! Takkan cari aku pula. Dia kan ingat kau duduk sini, beb!"

" Alah! Biarlah dia kat situ. Tak payahlah layan dia. Nanti sekejap lagi dia blahlah," jawab Zara sambil berbaring semual di tilam empuknya. Bercadang hendak menyambung tidurnya semula.

" Hello ... dia dah tercegat kat rumah aku ni dari sebelum aku balik kerja lagi tau. Dan, ni dah pukul berapa ni? Sekarang ni ... kat sini tengah hujan ... kilat sana sini tapi dia masih ada kat situ."

" Hah! Dia nak kena panah petir ke?"

" Lah! Kena panah petir apanya pulak. Dia duduk kat dalam kereta dia tu. Weh! Kau datanglah sini. Selesaikan hal kau dengan dia. Seganlah aku kalau sampai pagi karang dia masih ada kat depan tu. Apa jiran-jiran aku cakap pulak! Aku nak pergi kerja pun susah tau sebab dia block pintu pagar aku tu."

" Kau ni macam-macamlah. Apa kata kau call polis ke ... bomba ke ... mmm ... selesailah masalah kau tu. Aku nak tidurlah. Flight aku besok tau."

" Tapi ... pukul 12.45 malam kan flight kau tu? Sempat apa kau 'uruskan' si boya tu. Aku rasa dia betul-betul sukakan kaulah Zara. Kau tolonglah selesai apa-apa salah faham ke ... masalah ke antara kau dengan dia sebelum kau fly. Aku tak naklah nanti dia dok mengejar aku sebab nak dapatkan info tentang kau. Susahlah aku nanti weh! Please Zara ... please ..."

Zara menarik nafasnya panjang sambil berfikir sejenak. Satu keluhan yang panjang dan berat bunyinya dilepaskan.

" Iyalah. Sekejap lagi aku sampai."

" Cepatlah!"

" Iya .. iya. Bagilah aku mandi dan ambil passport aku kat laci tu sekejap. Manalah tahu kot-kot terlambat ke ... my passport is with me already. Si Boya tu mana ada istilah sejam dua kalau part-part nak mendajalkan aku ni!" balas Zara sedikit merengus.

" Okay Zara. Aku sayang kau. Cepat tau!" kata Ana tergelak-gelak kecil sebab dia dapat membayangkan muka kawannya yang pastinya masam menggalahkan cuka sebab kena paksa!


Previous: BAB 24
Next: BAB 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh noma